tak ada benda yang senang

Fuhh berzamang jugak aku tak update belog tapi tak apalah bukan ada orang baca pun.Kalau ada yang sudi nak ambik tahu tentang diri yang lawa lagi hina ni,aku sekarang dalam musim mood praktikum di sebuah sekolah rendah dan mengajar Sains dan Pendidikan Jasmani.

Perghh.Berpeluh atas bawah kiri kanan tubuh aku kalau nak siapkan RPH ( Rancangan Pengajaran Harian ). Kalau nak jadi cikgu menatang ni memang kena buat dan kena master.Lepas tu siap minggu akan ada lecturer datang observe,tu tak kira dengan guru pembimbing lagi.Memang dan cukup rimas dan bertambah panas hati hempedu bila kena terlibat dengan aktiviti sekolah di samping assignment tak buat-buat lagi.

Aku cuma nak bagi tahu,nak jadi cikgu bukan kerja yang mudah.Aku paling benci kalau orang ambik keguruan sebab nak elaun semata-mata atau pun jadi cikgu sebab kerja cikgu ni mudah.

Aku cuma nak pesan,tak ada kerja yang mudah di atas dunia.Hatta jadi orang kaya mahupun penangkap ikang,semua perkerjaan ada cabaran masing-masing.So jangan dihina profession orang lain tapi hormati mereka seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.

Peace =)

zaman 1515

Aku boleh hidup tanpa nasi mahupun telefon tapi bukan tanpa internet kelajuan tinggi.

Kalau setakat speed ala-ala dial up zaman 1515 baik aku tidur dari online.heh!!!