KAWAII GADGET'S CONTEST

 

Salam satu bloggers.

Entry ni khas untuk KAWAII GADGET'S CONTEST.

Nyah terjumpa masa check list belog-belog femes yang terpilih untuk pertandingan belog tu la then termelawat dalam belog Mommy Pinky (referral) kemudiannya tersadai la ke belog KAWAII GADGET'S maka terjumpalah contest kawaii ni.

Sila klik untuk join ae.

 

contestbanner

Selama ni nyah tengok J-Drama selalu je dengar perkataan kawaii lepas masuk belog ni baru tahu kawaii tu apa.Naif giler nyah kan?Hmmm.

Sapa-sapa nak tahu boleh buat spot check untuk tahu makna kawaii tu ae.=)

Untuk contest ni nyah tag 3 rakan bloggers yang ternyata sekali punya masa untuk membuat entry ini.Mereka adalah :

Zikery Hassan

Bella Pinky

Ahsfantasy24

 

Lain orang lain selera lain lagu pilihan bukan?

Okeh untuk contest ni lagu pilihan nyah adalah : Beautiful dari Christina Aguilera.

Lagu ni sangat bermakna bagi nyah apabila nyah rasa down atau kurang motivasi lebih-lebih lagi bila terkena hentaman manusia yang sentiasa iri hati atau berniat tak baik pada nyah.Lagu ni jugak akan buat nyah bersemangat untuk bangkit dan refresh diri untuk terus berdepan dengan pancaroba hidup ini.

Nyah akan dengar lagu ni sambil fahamkan lirik dia sampai otak nyah akan hadam makna lagu ni sebabnya setiap kali lepas dengar lagu ni even berjuta-juta kali dengar nyah akan hilang ingatan.Sila rehda sebab penyakit mudah lupa ini.T_T

Biasanya nyah akan dengar berulang-ulang kali dan bila part chorus nyah akan nyanyi dengan penuh semangat dan penuh bertenaga walaupun hasil yang keluar mampu mendatangkan seranah manusia sekeliling.Heeee

 

I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down
So don't you bring me down today

 

Setiap kata nista atau niat jahat orang tak akan menjadikan nyah lemah sebaliknya semakin kuat dan bersemangat untuk berdepan dengan masyarakat.Bukan kata nista je tau mana-mana halangan yang berniat untuk menjatuhkan motivasi nyah membuatkan nyah berani dan tahu untuk membuat keputusan yang baik mahupun buruk sebabnya nyah selalu berpengalaman berdepan dengan keadaan ini.

Sesungguhnya halangan ini datang akan membentuk kita  menjadi tabah untuk menjadi diri sendiri dan tak mudah tunduk pada halangan.Setiap halangan ada jalan penyelesaiannya tapi kita sendiri yang harus mengerakkan diri kita sendiri.Pada tuhan kita memohon arah petunjukNya dan lagu ini hanya perangsang untuk nyah berani untuk mengambil langkah seterusnya.

Kalau berdepan dengan masalah jangan mudah berputus asa.Tuhan ada sentiasa disisi.Mengadu la pada tuhan.Insyaallah doa kita didengariNya.

Opppsss,dah macam entry agama la pulak kan?

Heeee,xpe kadang-kadang kita kena balance jugak kan,tak kan nak menulis merapu merapan je.Heeee.

Harap entry ini dapat dibaca oleh juri dengan tersenyum riang =)

Menang atau kalah bukan isunya tapi kalau terpilih apa salahnya,tu stadium Bukit Jalil nyah tadahkan tangan nak terima hadiah.

 

notakakiku : update seterusnya dari…..rahsia =)

Ini Style Saya Da Contest

Hye salam satu bloggers.

Hari ni disebabkan hujan yang lebat bagai mencurah-curah makanya nyah bertapa saja kat rumah,duit tak ada nak berjalan ke mana?Kalau hujan nak berjalan jugak mesti pergi tempat yeng berteduh yakni tempat-tempat merbahaya dan menghairahkan seperti shopping complex yang tengah menggila sale tahap orang gila-gila.Apa ko ingat nyah anak tokey Bank Negara apa?Heh

Sambil berbelogjog tadi nyah terjumpa satu belg yang buat satu contest ni.Nama contest ni adalah Ini Style Saya Da Contest.Tuan punya belog yang baik hati ni namanya Cik Fatin.

Hye Cik Fatin!!!!

Sapa-sapa yang nak join boleh click kat banner bawah ni ae,secara percuma anda dibawa merentasi dunia kabel ke contest ni.

DSC02798

Contest yang simple,menarik dan menjadi kegilaan gadis-gadis you all,nasib baik nyah dah jadi pompuan.Gediks.

Makanya dengan mangganya,eh vangganya nyah menyertakan sekeping gambar khas untuk contest ini yakni kalau tayang kat mak-mak mertua dia akan pening kepala samada nak terima atau reject.T_T

 

IMG_1091

 

Tampil yakin,selesa dan bergaye

Ini lah style saye!

 

notakakiku : musim tengkujuh telah tiba.

kekerapan gadis jatuh cinta

Salam satu bloggers.

Dalam setahun berapa kali kamu akan jatuh cinta?Adakah sekerap nyah yang tiap kali layan cerita korea akan jatuh cintaz?T_T

Jatuh cinta lagi ni.Ommmoooo.

Kali ni pada hero dalam cerita Prosecutor Princess.

Park Si Hoo,sambil sebut nama dia dengan muka gatal,bukan gatal yang garu tu la.Ish.

First time kenal dia dengan cerita ni,lepas tu terus khayal dengan dia sampai last episode semalam.Semalam punya la bernafsu sampai nekad layan cerita 7jam non stop.Lepas subuh baru tidur.Tidur pun berulit mimpi dengan dia.

Waaaaa,kronik.

Tahu.T_T Tapi kenapa ramai antara kita muda berjangkit penyakit ni,bila tengok drama melayu,tak pulak siap maki-maki lagi.Heh.

parkshi2y

Suka tengok dia pakai serban orang baru balik haji ni.Nanti kita kahwin kita sama-sama pergi haji ye sayang.Aummmm..

Lepas tu nak kasi orang tak kenal sayang sangat kan,bila kat public you pakai la spek gojes macam dalam filem robot-robot.I pun rasa macam public figure kalau jalan dengan u sebelah even sebagai maid.Heh,tak nak maid nak lover loving la kan.

71776_155881664448227_152717931431267_235274_5855682_n

Ommmmooo,aku suka bebonor tengok dia pakai spek ni.Rasa macam dia cover kegatalan mata dia memandang ke arah diri ini.Hahahahaha.

Nanti kita jalan sama-sama kita candid gambar sesama ae sayang,macam you berlakon dalam cerita ni ae.Konon-konon kita berjalan keliling Tasik Taiping.I ada impian nak buat pre-wed kat sana,I sanggup tau dari Kelantan nak pergi sana.

39316_10150252834405721_374582135720_13796357_5028586_n

Dia ni muda lagi tau,umur 32,sesuai dengan taste nyah suka lelaki matang ni.Haaaa,ayat ni ada kebarangkalian menyebabkan nyah bersilat dengan abang nyah ni.Tak pe sayang,I heart you most.Hehehehehe.

Sekarang Korea Selatan dengan Utara berperang.I harap you tak turun berperang even I dah tahu you dah buat service apa nama tu.Nanti I beli tiket untuk you dari sana terus sampai ke Kedai Lalat.Kalau boleh I memang nak selamatkan semua hero-hero kacak kegemaran I tapi isau you kecik hati pulak.Hehehehe.

park_shi_hoo_3

Apa yang nyah suka pasal dia ni sebab bila dia senyum dia nampak manis.Rasanya ramai gadis suka pada lelaki yang manis apabila senyum ni.Sebab dari nak marah jadi sejuk.Hati pun riang,mood pun baik kan.

 

Ohhh Park Si Hoo.I'’m in love you.Jap ke I’m in love with Seo In Woo.Argghhh tak kisah la.

 

 

notakakiku : minat punya pasal sanggup request kat pakwe sendiri suh potong rambut macam dia.

Picture of My Life Contest

Salam satu bloggers.

Malam ni nyah nak jawab soalan SPM Bahasa Melayu Penulisan 2010 dengan  no kod dah tak ingat dengan tajuk Picture of My Life Contest dengan mengepilkan sekeping gambar yang akan menjadi isi cerita penulisan ini.Penulisan BM tapi tajuk karangan BI,perghhhh,aku tatau nak kata apa.

Soalan penuh boleh didapati dengan menekan gambar di bawah.Sila klik.

 

P10000661-300x225

 

Di harap para pemeriksa akan menanda skrip ini dengan menitik beratkan tatabahasa dan segala format berkenaan penulisan ( sudahlah kalau luluih pun jadi dah ni )Berdebar ni,maklumlah pertama kali jawab SPM.Cuak cuak cuak.

Good luck kepada semua calon-calon SPM 2010.Peace Fingers crossed

Sebelum tu izinkan nyah untuk mengetag tiga rakan bloggers ini.

Zikery Hassan

Doktor Farhana

Ahsfantasy24

Sebelum nyah mula mengarut panjang-panjang,berikut adalah karangan nyah berserta gambar.

Ini adalah gambar raya tahun ni selepas setahun ‘dia’sembuh dan kami masih boleh beraya bersama-sama.

 

74221_103380173066207_100001826744290_20192_4526363_n

Saya panggil dia cik.Cik jugak sama dengan ibu,mama,umie dll.Cik saya bernama Tuan Ramlah Tuan Mat.

Cik bukan sekadar cik malah juga cikgu saya.Cikgu yang paling saya takut sebab paling bekeng = garang dan paling pemurah dengan cubitan.Setiap inci tubuh saya ini pernah mendapat kesan lebam biru.Cakap saja dimana kebanyakkannya telah dihinggapi tangan berbisanya T_T


Sekarang tak lagi tapi telinga yang menderita.Buat salah kena bebel kadang-kadang dia di dapur saya dalam bilik di atas pun boleh dengar.Rehda saja lah cik saya suara bernada speaker yang kadang-kadang mengalahkan speaker masjid.Ohh melampaunya analogi.

Sehingga satu saat,satu saat yang paling genting dalam keluarga saya.Cik disahkan mengidap barah payu dara peringkat kedua.Masa tu saya sedang belajar di IPG Kuala Lipis,baru saja mendaftar dua minggu.Saya tak tahu menahu ianya barah sehinggalah dua malam sebelumnya,itu pun kerana sepupu saya yang bagi tahu.

Saya telah berusia 18 tahun dan kadang-kadang dinafikan hak sebegitu.Saya tak pulang sebab saya takut dan tak berani untuk berdepan dengan situasi itu.Biarlah saudara mara nak kata apa.

Sebulan kemudian baru saya pulang ke rumah.Cik tak jemput saya di stesen keretapi.Saya pulang ke rumah,sepi dan saya lihat cik di tepi dinding.Lemah sugul tak bermaya.Tiada lagi suara speaker dan dia juga tiada daya untuk mencubit saya seperti dulu.Guru yang garang juga tiada melainkan seorang wanita yang lemah berdepan penyakit pembunuh wanita nombor 1.

Hari demi hari saya melihat perubahan cik,dari sugul tak bermaya kemudiannya rambut gugur,gugur dan gugur dan kemudiannya tiada.Emosinya juga tidak stabil,lebih senang berada di dalam bilik,diam tidak berkongsi cerita menarik di TV sebelum ini,diam dan sangat diam.

Adik lebih banyak mengambil alih tugas cik,memasak,membasuh,menjemur dan mencuci.Hampir dua tahun.

Hampir dua tahun saya menjamah air tangan adik saya ( abah tak selera makan masakan saya T_T ) dan air tangan abah.Dua tahun juga cik tak memasak,dua tahun juga cik tak mengosok pakaian dan dua tahun semuanya.Dua tahun juga cik tidak ke sekolah untuk mengajar dan dua tahun abah terpaksa berulang alik ke sekolah dan hospital untuk menghantar cik ke HUSM.Dua tahun juga saya berulang alik dari Kuala Lipis selang dua minggu.Tapi kawan-kawan tak paham,selalu perli kata selalu balik.Saya rehda.

Dua tahun kami sekeluarga berpantang makan tiada makanan bergoreng melainkan direbus dan dibakar dan dua tahun tanpa membeli daging melainkan di musim korban sahaja.Dua tahun kami mengurus diri tanpa bantuan cik.Dua tahun saya dan adik membeli barang dapur berdua dan abah menunggu di parking.Dua tahun.Dua tahun semua menjadi dewasa.

Dua tahun saya melihat cik saya masuk wad untuk kemoterapi dan radioterapi.Dua tahun juga saya mendengar orang berbicara tentang cik di belakang tentang cik menyembunyi diri dalam rumah seolah-olah mereka tidak memahami kondisi orang sakit.Dua tahun juga saya mendengar cik membuat latihan tangan dengan takal yang abah buat khas untuk cik di berand.Dua tahun juga bunga-bunga diluar layu sayu dan ada yang mati kerana tidak ada yang sudi menyiramnya.Dua tahun.

Biarlah dengan dua tahun itu,dua tahun yang penuh ketakutan bagi saya.Takut kerana risau kehilangan cik.Cukup.Saya tak akan mengeluh dengan apa yang kami hadapi dengan dua tahun itu sebab dua tahun itu membuatkan saya amat menyedari betapa pentingnya cik dalam kehidupan kami.Dua tahun sebelum ini lah saya baru reti untuk mengucapkan selamat hari jadi,dalam dua tahun ini,tak terdaya untuk meluahkan dengan kata-kata saya tunjukkan melalui perbuatan.

Maafkan anakmu yang pemalu ini cik.

Kini saya cik sudah sihat.Sudah masuk dapur,masak masakan kegemaran kami.Biarlah yang lain kami urus sendiri.Yang kebiasaan kami selama dua tahun ini kami urus sendiri.Kami sudah biasa dan berdikari.Cik juga semakin sihat,mula aktif.Sudah mula memandu kereta sendiri,sudah aktif berjalan keliling kedai kain memilih kain.Semuanya kembali seperti biasa dengan masing-masing sudah dewasa dari usia masing-masing.

Dua tahun cik berjuang diri bukan untuk diri sendiri malah untuk kami.Terima kasih cik,sesungguhnya apa yang berlaku membawa hikmat tersendiri.Terima kasih kerana menjaga dan melahirkan kami.Menjaga makan minum kami sebelum ini,mendidik kami dan mencubit kami juga T_T.Terima kasih kerana terus berjuang menahan sakit untuk kami semua.

Ali sayang cik.

masuk keluar hotel dengan makwe

Salam satu bloggers.
 
Nyah punya aims sepanjang cuti ni nak update sekurang-kurangnya satu entry setiap hari lepas make up lawa-lawa belog tapi macam hampagas sebab rasanya dah langgar janji sebab asyik jimba-jimba.Heh.

 
Nyah jimba-jimba sampai penat badan,penat otak,sampai kena tegur kat mak nyah sebab asyik keluar dari rumah macam rumah ni macam hotel boleh check in dengan check out.

 
Apasal aku menulis macam tak cukup nafas.Heh.

 
Sebabnya.Gelak laju-laju dulu.

 
Nyah sedang menyorok diri dalam rumah.Hahahahaa.Mana-mana kawan nak ajak nyah keluar memang tak akan jumpa nyah.Kawan-kawan nyah ni jenis tak ada sensitiviti yang tinggi.Tengok-tengok dah sampai depan rumah dengan lawa-lawa ajak keluar jimba-jimba.

 
Nyah pantang keluar gaya karipap segera ni sebabnya penampilan akan menjadi sangat mak cik-mak cik.Serabai ko nokkkss.Depa lawa-lawa maca datin-datin wannabe.Mana aci.
Tak kena la,gandingan macam bibik-datin je.

nyah bersama kawan nyah.percayalah sangat :p

 
Hari ni dok diam-diam je.Nyah dah pesan kat adik-adik cakap nyah dah keluar kalau ada spesis call cari nyah.

Nyah tak larat kena tegur kat mak nyah,sebab bila nyah penat,nyah tidur kemudiannya bangun ala-ala jetlag.Lepas tu malam-malam aku melalak la sorang-sorang mengilai tengok cerita korea.Lepas tu abah terjaga bangun malam sebab ingat ada kuntilanak.Boleh ke?
 
notakakiku : Hye Kak Yuyu!!!Rolling on the floor laughing

Alahai Kalau Dah Sampai Seru

Salam satu bloggers.

Gulagula kapas nyah dah balik ke UMP,katanya nak berlatih silat untuk pertandingan.Pergilah,ku relakan pemergianmu sayang.Balik kan jangan tangan kosong,pastikan perut ramping kembali dan bawak balik pingat,tiga minggu kat sana kalau tak menang aku silat ko balik.Heh

Tadi nyah pergilah berjimba-jimba,bajet nak cuci mata tengok tiang-tiang balak semua tapi tu la budak-budak je.Heh

Masa tengah cuci mata tu tiba-tiba Whiteberry nyah berbunyik.Dalam hati,sudah kantoi terus.

 

Dia : Awak kat mana?Saya sampai kat jubur dah ni

Aku : Jubur sapa? :P

Dia : Hahahaha,Jabol la sayang.

Aku : Tengah jimba-jimba ni.Lalalala

Dia : Selalu macam tu,ajak semalam tak nak kuar.Huh

 

Tengah jimba-jimba terjumpa kawan sorang ni sambil tangan beliau menghulur sekeping kad.Wahhh kad yang berbau wangi yang tertera nama beliau bersama pasangan.Luluh hati aku,ramai kawan-kawan nyah dah bertunang,dah berkahwin dan ada anak dan ada jugak bercerai berai.Heh,tu pun nak cerita ke?

Tak kisah la wei,jodoh masing-masing la kan,kan dah tertulis.Setiap Hawa ada Adam masing-masing kerana Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam.Lepas tu kan kalau Adam kawin dua tiga,tulang rusuk dia yang hilang tu tak ada dua tiga jugak la ni.Ni nak kena buat xray ni.Lepas tu kan,berapa kali lepas tu ni.Heh

Awas,mana-mana Adam yang tak ada tulung rusuk lebih dari satu,Hawa sila lari jauh-jauh.

 

IMG_1339

 

notakakiku : some people came into our life and quickly go-some stay for awhile but leaved footprint in ours life-then we are never-never the same

Alahai Kenduri Kahwin

Salam satu bloggers.

Nyah penat lagi dik non,seharian berjimba dengan skandal lesbo dengan gay Malaya masa kini yang kalau tengok muka dia orang sah-sah rasa basah-basah sebab nak marah sebab memang kacak dengan lawa.Heh.Puji dalam keji omputeh kata.

Berderet kad jemputan kahwin kat rumah,bila nak habis nyah pun tak tahu.Gawatlah kalau hari-hari makan daging,naik pom pum pam la muscle nyah di perut ni.Naik sampai berlipat. :P

Tadi kan nyah pergilah kenduri kahwin anak abah.Terharu giler nyah tau ko nokss,sebabnya dah banyak tahun nyah pergi kenduri inilah pertama kali selepas berdekad kenduri yang bagi makan dengan daun pisang pinggan.

Terharu dia tu sampai nak makan banyak-banyak tau.Memang jarang dah rumah bagi pinggan kat sini melainkan kalau ko orang pergi kenduri di hotel tak pun dalam dewan.Bapak kedekut kalau pakai pinggan plastik dalam dewan yang Grand Livina tu.

Lepas tu kan,door gift dia kan sarat dengan harta karun.Mana tak sarat,sebiji epal,beg duit kecik tu,sampul tangan dengan gula-gula.Yang menerima ni suka la,yang nak memberi tu berat hati kot.

Kesimpulannya nyah kahwin nanti nyah nak buat habis jimat.Contohnya kad kahwin tag kat FB tak pun photostat pakai kerja A4 yang bila potong-potong dapat 4.Hahahaha.Door gift tak bagi terus boleh tak?

Sumpah kena keji kat ang pa semua.Larikkkksss!!!

Jap nak tayang hasil berjimba siang tadi,eh semalam punya.Hari ni punya tak upload lagi.

 

IMG_1096

-Pashmina-Inner 2 Tone-Turtle Neck-Blouse-Skinny Jean-

 

notakakiku : esok jimba-jimba lagi.

Tutorial WLW 2011 Untuk Update Entry

Salam satu bloggers.
Hari ni nyah nak tunjuk apa kegunaan WLW 2011 dan macam mana bloggers boleh menfaatkan untuk update entry dengan lebih mudah dan lebih cepat.
Kenapa?
Sebabnya kita dapat update event masa kita offline.Lepas dapat line,kita publish je la.Senang je kan,especially bagi bloggers yang mendapat line tenet free dari gomen ultraman yang suka block-block dengan limit website tu.Heh.
Lagi satu,aplikasinya hampir sama menyerupai Microsof Word.Tak percaya.Sila klik untuk pembesaran gambar yang lebih jeles eh jelas.

3
Pertama kalinya sila download WLW 2011.
Kemudian install yer.Awas sebab WLW 2011 ni kalau anda nak tahu adalah salah satu aplikasi dalam Window Live makanya masa nak istall tu tak ubah macam YM jer.Alat komunikasi dalam pengguna Gmail kalau tak salah.Kalau salah tolong betul kan =)
Jadinya masa nak install tu memang makan masa yang agak lama kalau kelajuan internet adalah sangat pelan-pelan kayuh,pengalaman nak install tu sama je dengan nak install YM.Ada faham tak?
Then lepas install tu cari di button Start di tingkap (sila baca : Windows) dan cari Window Live>Window Live Writer.Anda akan melihat paparan WLW 2011 yang seakan Words.
Kemudiannya isi butiran belog kesayangan masing-masing.Awas kalau anda nak ubah template belog selepas dah register dengan WLW 2011 ni,pastikan update dulu WLW 2011 di Blog Account.
Sebabnya WLW ni buatan manusia makanya dia agak lembam untuk menerima perubahan,jadinya kita kena pimping dia ke jalan yang benar dengan update.Kemudian baru boleh update.
Kelebihannya malas dah nak explain sebab masing-masing tahu guna Words kan,so setiap kemudahan Words tu ada pada WLW 2011.Paling penting dapat update masa offline,kemudiannya tak payah nak upload gambar sebab data dah direct dengan komputer.
Rasanya dah boleh faham kot.Kalau tak faham boleh contact nyah di komen atau pun di massage FB.

Selamat mencuba.

Alahai Ahmad Durrah

Salam satu bloggers.

Genap 3 minggu dah tau nyah tak tengok cerita ni dan dalam tempoh 3 minggu jugak lah nyah TURUN 3 kilometer dengan jayanya.Semuanya gara-gara exam yang lepas tapi malangnya cuti 3 hari sudah cover 3 kilometer tersebut atau mungkin lebih kerana pemakanan yang berasaskan lembu. T_T

Nak update sebab Ahmad Durrah je.He reminds me to my sweet lover Red heart sebab persamaan mereka adalah mereka berdua adalah pandai bersilat.Okeh you all teman gay nyah tu peminat dan kipas susah mati ( die hard fan ) silat cekak tau.Penyilat ke pemain ke entah apa nama terbaik tahun 2010 di Melaka yang lepas tau.Ada teman gay ko orang pandai silat.Nyah je yang ada Smile with tongue out

Ahmad Durrah suka Fatanah.Normal la tu kan?

Pak Saaban suka Ahmad Durrah.Bukan sebab dia gay tapi sebab dia nak menantukan Ahmad Durrah.Heh.Ko orang pun jangan lurus bendul sangat.

Mak Suri pulak nak Ahmad Durrah kawin dengan Solah,perempuan yang selalu jaga dia.Kes terhutang body eh budi.

Alahai,kadang-kadang terlampau banyak pilihan bukanlah satu keistmewaan tapi menyerabutkan kepala lutot semata-mata.Kadang-kadang orang sekeliling kita yang menambah rasa serabut tu.

Alahai jadi hot stuff kadang-kadang menyusahkan jugak kan?

 

 

notakakiku : dari zaman aku tak period sampai la ni,he is still of of my favourite hot stuff.bujang lagi ke bang?

gah tapi perlu gagah

 

Salam satu bloggers.

NEW YORK – Millions of young women may envy of Kate Middleton’s engagement to Prince William, but Andrew Roberts says they should be relieved to miss out on the onerous, boring, and unending life of being a royal.

Hah? Betul ke?

Tak kisah la,saya rela pak cik Andrew,sambil hentak-hentak kaki laju-laju nak kahwin jugak dengan Prince William.Air mata dah berjujuran dah ni.Crying face

Tapi bila baca huraian pak cik Andrew dalam buku dia,ada sebab jugak la akan membuatkan kita betapa susahnya apabila menjadi seorang puteri,seorang Royal yang terkenal di dunia.

 

Contoh :

Dia anak jutawan,dia ada harta dia sendiri tapi dia tak boleh sewenangnya guna duit dia sebab segala pendapatan dia akan dipaparkan dan dibincangka dalam parlimen Britain.Kalau nyah la kan,apa susahnya,duit aku,aku punya pasal la kan.Apa kes nak kawal-kawal ni kan?Heh.Emo sebab nanti tak boleh shopping banyak-banyak.

Dia kena bersikap neutral dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang kontrobasi.Heh.Yang ni biasa je kot,sebab mana-mana Royal pun kena jaga mulut sebab mereka harus bersikap neutral untuk rakyat mereka.Perlu menghormati organisasi rakyat berpelembagaan.Hello Britain pun kerajaan berperlembagaan jugak okeh.

No bad hair days.Hahahaha.Best apa,rambut semua orang tolong set kan.So tak ada masalah kelemumur dan rambut mengurai macam Kaliwong.Guna jari rambut pun dah lembut.Hehehehe.Oh nak minum pun limit dua gelas je tau,ish seksa je.Minum pun nak kawal.Memang patotlah sebab yang dia kawal tu had limit minum wain.Heh

Kerja dia pergi majlis pembukaan sekolah,gereja,hospital dan apa-apa je la.So kena senyum,kena bertegur dengan semua,dengan friendly dengan semua tanpa bias.Kena bersalam dengan dengan semua orang.Kalau tangan dia berkudis pun kena jugak.Kalau dalam hati meronta memang fail la,makanya terserlahlah hipokrit.T_T .Dulu salah satu sebab Lady D memberontak adalah sebab dia dipulaukan dan rasa hipokrit dalam keluarga diraja.Kalau boleh tak payah la bercerai-cerai Wiilly dengan Kate ni yer. (padahala kahwin pun belum lagi )

Bila pergi melawat bapak mertua tak jadi nyah,Prince Charles di Scotland dia kena happy dan riang je sebabnya rules kat sana kena bangun selewatnya pukul 6.15am.Alalalala,ececece standard nyah je tu nak pergi perhimpunan pagi.No biggie la.Bangun awal ta mati pun.

Seluruh hidup beliau perlu ramah dan mesra rakyat selepas bergelar Princess Kate Middleton.Harus.Sampai la dia beranak cucu semua.

 

Macam ni sebenarnya,dalam mana-mana pilihan yang kita buat,kita kena berani dan bersedia untuk berkorban.Tak akan ada jalan yang mudah untuk semua benda tau.Pengorbanan tu samada dalam bentuk fizikal mahupun mental.Kekuatan tu yang paling penting,sebab tu kita perlu gagah.

Lebih-lebih lagi perempuan,kita tak boleh sentiasa begantung kepada lelaki.Kalau lampu tak nyala,kita pun boleh je nak tukar pasang sendiri.Mana yang terzahir kita cuba buat sendiri.

Nyah kesian tengok perempuan yang asyik bergantung pada lelaki/suami.Semua benda nak berpaut kat bontot laki.Once suami tak ada/meninggal/dicerai maka masa tu susah sangat nak bagun berdiri.Masa tu perlukan sokongan yang padu dari orang sekeliling.

 

Kenapa kita sendiri tak cuba untuk berdikari dengan memakan kari Smile with tongue out

notakakiku : kita pun superwoman apa Open-mouthed smile

Girl-Fashion-Confident

Hye salam satu bloggers.

Hari ni entry khas tentang fashion gadis-gadis semasa di Malaysia yang sangat nyah admire.Rasanya dah ramai kot yang sedar gaya fashion ni,samada ramai yang tertarik,puji-piji ‘wooww lawa sih’ dan ada jugak yang pelik tapi tetap cool.

Tu kata perempuan.Lelaki nyah tatau.So kalau ada lelaki membaca entry ni cuba ko orang bagi tahu apa opinion ko orang dengan fashion gadis semasa kini ( gadis berhijb ).Pasti ada yang puji pasti juga ada yang keji. Smile with tongue out

I am the one of the but I have not enough confident to wear like them.Damn it.Seriously,I love the style but I can’t.There are some factors that prevent me to follow their style.

1.Kewangan

Yang ni memang faktor utama la,mostly ramai yang pakai barang branded yang kadang-kadang kalau nyah refleks balik,kalau nak ikut gaya ni tak ubah biar papa asalkan bergaya.This is totally ridiculous.Kalau nyah sebagai penerima biasiswa khas dari kerajaan,duit yang lebih nak kejar semua ni memang teruk la,lebih-lebih lagi elaun tu duit rakyat.Rasanya tak perlulah.Paling penting elaun tu diguna untuk sara hidup dan kos pembelajaran.Kalau ada yang lebih sikit-sikit pandai-pandailah.Kalau nak jadi up-to-date dengan fashion memang teruk la.

2.Bekalan

Ada seorang bloggers ni,barang-barang yang dia pakai mostly below than RM30.Serius geram giler mana dia dapat cari semua tu.Kalau duit lebih memang boleh cari je dalam shopping on9 as long as ada duit.Tapi barang murah babe,lepas tu lawa susah nak cari.

DSC_0593

  • jeans dress // TIMES SQUARE RM25
  • long cardigan // JUNK SALE JB RM22
  • shoes // CITY SQUARE JB RM25

Kalau nak cari di Kota Bharu alamak mahal dan tak up date sangat la jawabnya.

3.Lokasi

Yang ni la penyelamat nyah dari berketerampilan begitu.Hahahaha,gelak kuat-kuat la.Disebabkan nyah berada di kawasan perkampungan Kuala Besut dan kalau nyah keluar dengan fashion macam ni,memang tok iman tok siat pandang serong  pelik la.Budak-budak boleh label kita gila kalau bertuah jumpa budak-budak yang lurus bentul.Heh.Aku rasa siap kena gelak on da spot rasanya.

Sebab tu la,gaya pemakaian perlu mengikut etika dan lokasi budaya tu sendiri.Lebih-lebih lagi apabila anda seorang guru. T_T

 

DSC04497-p

DSC03378

 

Fatin Liyana doktor comel yang belajar di Indonesia.Gaya dia sangatlah comel dan comel sangat-sangat.Paling suka tengok riben dia yang lawa-lawa.Dia kalau pakai baju-baju memang colourful tapi cantik mata memandang.

23803_1308703392244_1070354304_927568_7067517_n

Nurul Hidayati Jalidar ni lawyer wanna be.Orangnya kecik molek bermuka bulat tapi serius nampak lawa even nampak bermuka bulat.Style dia paling nyah suka dia pakai skrit pendek untuk cover lebihan daging belakang.Hahhaha.Nyah ada satu skirt ni,beli untuk apa entah dan bila mahu pakai dan dimana.T_T

64939_1537860041017_1070354304_1499684_4860925_n

i

Selain skirt apa yang nyah suka pasal Nurul ni sebab flat dia pakai.Rasanya Crocs yang banyak dia pakai.Nyah tak mampu nak beli Crocs ori dan tanpa segan silu mengaku beli Crocs yang cap Golok yang sangat best sangat nak pakai.Nyah dalam proses mengumpul Crocs berwarna striking.Setakat ni yang ada adalah warna biru turquoise,merah,biru terang dan dalam proses mencari warna pink,oren dan kuning yang strinking.Hahahaha.Semua tu boleh di cari di Rantau Panjang cuma duit je yang tak ada sekarang. T_T

Shawl dia pakai cun,gaya loose tapi bila nyah pakai nampak loser.So nyah tak follow.Heee.

nov10

 

Shea Syahirah.I lover her vintage style.Sangat admire tau tapi di punya barangan sangat-sangat high maintenance dan branded.Kasut dia pula style macam ni tau,nyah tatau apa nama jenis kasut ni.Bloggers girl may you help me plz?

Day3b

Nyah ada satu jenis kasut ni yang berharga RM70,paling mahal antara koleksi yang pernah ada dan hanya pakai sekali je.Sekali dan cukup seksa sebab pakai untuk tawaf KBMall.Hahaha.Sakit ngenggg.Mula-mula pakai sedap je lama-lama sampai 5 jam memang terharu dan mengalir air mata la jugak.

 

73209_1748572472752_1192041792_31971599_46794_n

 

Huda Luna ni tatat saya yang paling sporting.Ajak berbual,gossip,kutuk-kutuk pakwe sume boleh.Sebab kami berkenalan sejak dua tahun lepas,makanya nyah dapat lihat dengan jelas transformasi beliau.Sekarang she looks so adorable and attractive.Dia tak banyak tayang gambar dia maybe sebab takut kat singgapelas kot.Hehehehe.

Terinspirasi dengan beliau dengan gambar ini suatu ketika dahulu.Cuba tengok riben dia.sangat besar dan sangat berani.

47898_1643089955755_1192041792_31757581_4526609_n 

Nyah punya kecil molek je tu pun pakai masa dinner ada classmate kata macam retarded dan mangsa fashion.Hahahaha,gelak guling yang amat-amat sebabnya lepas nyah pakai sudah muncul junior-junior nyah follow dan yang cakap retarded tu pulak tanya beli kat mana?Jilat muntah sendiri ke?

DSCF5307

Nyah lebih senang follow fashion yang berbentuk dalam hijab berbanding dengan bentuk pakaian.Itu saja cara untuk melepaskan nafsu fashion dalam diri ni dan disebabkan nyah terlampau banyak membeli on9 abah nyah dah bagi gelaran ‘Jutawan Pos’,sebabnya bila posmen datang dia la yang ambiknya.Hahahaha.Anaknya dah jadi "’Jutawan Fakir’ sudah.Sila salahkan genetik kita ya abah ae.Hehehe..

Image5859

DSCF4543

IMG_0917

Perasan tak sangat simple je pemakaian nyah.Nyah lebihkan pada hijab dan aksesori semata-mata.Kalau nak tayang banyak la sangat sebabnya di Kuala Besut kalau nak keluar perempuan kena keluar dengan seluar track je. T_T

Gaya hijab pula banyak di pelajari dari ini kakak iaitu Raja Shairah.Peminat Glee dan pet ni sangat banyak buat tutorial dan DIY.Mana-mana gadis yang tangannya sangat serasi dengan jarum benang dan mesin jahit boleh belajar dari tutorial beliau.

SAM_1437

Gaya fashion dia juga agak funky.Paling suka tengok mata beliau yang macam mata kucing yang berwarna warni dan make up mata dia.I tak reti nak make up sangat dan sangat malas.Heee.

SAM_0702

Tengok mata kakak ni,geram nyah tengok tau.ngeeeee..

 

Kesimpulannya,kalau nak berfesyen pastikan anda selesa dengan fesyen tersebut dan jangan guna konsep biar papa asal bergaya.Orang lain dia orang mampu tak apa lah,berbelanja ikut keupayaan diri okeh dan paling penting keyakinan yang tinggi.

 

 

 

notakakiku : cantik tu dimata orang bukan di mata kita kata abah saya. T_T

Perkahwinan Diraja Britain 2011-Willian & Kate

Salam satu bloggers.

T_T

Air mata nyah mengalir berlingan pagi tadi.Masa tengah menjala roti jala tu kan,terdengar berita perkahwinan Putera William.Masa tu sebak hati dah,hooo memang rasa agak annoying.Semua anak dara di dunia mesti berkabung dengan berita perkahwinan ni termasuk lah nyah.

Nyah yang tengah jala roti lagi la sebak sampai tak da mood terus nak menjala.Waaaa melepas nyah ajak dia kahwin,untung-untung dapat pahala sebab tambah sorang lagi jadi Muslim.

Siapa Putera William?

Sampai hati tak kenal.Dia ni pewaris takhta Britain yang kedua selepas Putera Charles.Kalau P.C pun kau tak kenal tak payah lah godek banyak-banyak.T_T

P.W ni nyah kenal dia masa nyah umur 8 tahun.Darjah dua lagi nyah falling in love dengan dia tahu,kenal masa Lady Diana meninggal dulu tahun 1997.Masa tak period dah falling in love.Rehda je la betapa kuatnya penangan P.W ni.Dulu dia ni kacak tau,comel je.Kalah Justin Bibir.Heh

29ed2b5fd37faa3eb729e4e4bcf2cc2f

NI masa dia umur 15 tahun rasanya.Comel je dia dengan mata biru,dia punya senyum sama dengan mak mertua tak jadi nyah tu.Dulu maniac sangat kat dia sampai wallpaper PC pun letak gambar dia tau.Rehda je la,masa budak-budak tak baligh orang kata.Padahal gatal tak boleh blah.

Nyah punya maniac sampai kan buat karangan adalah tulis pasal P.W ni then cikgu report kat mak nyah pasal nyah tulis pasal P.W.Balik kena marah-marah.Sob3~

Tahun depan,insyaallah dia kahwin dengan Kate Middleton.Kalau dia pilih rakyat biasa macam bapak dia dulu mesti ramai anak gadis meroyan sakan,nasib baik Kate ni anak jutawan.Kira okeh la.Memang rasa enggang dengan pipit ni ( ayat untuk diri sendiri )

prince_william5_459x6_6714a

Kate-Middleton-and-Prince-William-a-wedding

kate-middleton

Nasib baik ko lagi lagi dari nyah. T_T

Tahun depan musim bunga atau musim panas,depa nak kawin.Rasa macam nak beli tiket Air Asia X je nak pergi London nak tengok bekas kekasih hati nak kawin then nyayi lagu Tenda Biru yang macam ni :

 

 

hot-royals-Prince-William

The hot prince of the world.I ‘m still in love with you la WillBroken heart

 

notakakiku : tunggu turn kena cuci perut lembu.Crying face

imej baru sempena aidiladha

Salam satu bloggers.

Hye semua.Rindu nyah tak?

Dushhh sedas dua sebab hari ni baru nak update kan.Hahahaha,gelak manja-manja macam adik-adik Lorong Haji Taib,gelak suara kepit.Heh.

Sudah merdeka sudah.Apa ko orang ingat Malaysia je dapat kemerdekaan ae.Mana aci,sudah merdeka sudah dari exam tapi masih ada 4 kali exam perlu dirempuh,dua kali raya puasa lagi sebelum boleh merdeka fasa pra-kedewasaan.Hah?

Nyah tengok senior-senior nyah semester 8 dah habis belajar,hoooo dengan mulut ternganga masuk angin.Harus mereka tabah dan menahan rasa sebab nak habiskan 5 tahun setengah sebab nak jadi pendidik.Sebab nyah sendiri pun dah tak tertahan dah dengan dunia belajar ni,padahal tahun depan baru nak praktikum.Buruk punya perangai.

Oittttttt3!!Ko cikgu ke?

Tak3,sambil hangguk2 kepala,bakal cikgu je pun.Tolong jangan judge nyah hanya kerana nyah seorang bakal guru.Awas ini adalah sisi gelap nyah semata-mata okeh.

Smile with tongue out

Sapa-sapa yang tak tahu sapa nyah jangan ingat nyah memang nyah okeh.Cukup-cukup la nyah perdaya kamu semua.

Identiti baru sebelum malam raya.Blog bertukar wajah,bertukar gaya.Macam biasa memang feminim dengan warna-warna gedik perempuan ni.Ahhhaaa.Perasan tak nyah dah letak badge FB.Makanya anda sudah boleh mengenali nyah cumakan kalau nak add sila bagi tahu anda siapa yer.Be right back

Lawa tak header nyah?Baik kata lawa sebab header free tu nyah dapat dari bloggers Zikery Hassan aka senior junior nyah di istitut tuuuutt,sebabnya dia tak reti nak ajar nyah cara nak buat header.T_T

Lawakan,macam pompuan je header tu.Heh,bajet selama ni jantan kan?Terperangkap dalam tubuh jejaka berjiwa gadis.Sadis tol.

Siapa-siapa yang berkenan dengan header tu boleh mintak tempahan dengan Zikery Hassan ae,bisa dirunding saja sebab orangnya mudah dibawa berbincang.Zik,akak pom pum pam you banyak-banyak ni,lain kali tolong buat lagi yer.Kalau tak nak buat,tolong ajar akak yerWinking smile

Kepada senior-senior institut pendidikan guru batch pertama PISMP,selamat maju jaya dan anda menjadi batch mark kami bagi program ini.Selamat bertugas dimana saja anda berada yer.

Rakan bloggers yang juga merangkap guru Fahmi Ibrahim dan Kak Si Lampu Neon.Selamat berjuang yer.

Yang pastikan nyah akan rindu gelagat kak chantik arip,kak yati yang lawa,kak ain yang kelakar dan abang model tak pakai baju jugak Embarrassed smile

Dan tak lupa juga.

Selamat Hari Aidiladha.Biar lembu yang jadi korban bukan nyawa manusia di jalan raya.=)

 

IMG_0809

notakakiku : juga seorang amateur photographer Send a kiss