bila deman

Nyah selamat sampai ke Kuala Besut dari Melaka pukul 1am.Penat segala organ pembiakan sebab naik bus 12 jam.Tak pernah dalam sejarah hidup.Ehh adalah,masa pergi Kem PLKN dulu la.





Bila balik demam la pulak.Bila demam mula la nak bermanja.Roomate tak ada,jadi beginilah nasib,bagai melukut di tepi gantang.Mula la ingat kat abah sebab bila deman abah la rajin manjakan anak-anak dia.Mula la tanya nak makan apa?Dah makan ubat ke belum?


Abah paling takut anak-anak dia demam panas,risau takut kan kena sawan.Ish,nyah tak ada sawan la.
Bila demam abah akan masakkan nyah maggi kari dengan kuah yang paling cair,tak rasa pape tapi nyah makan dengan selera.Abah buatsendiri,air tangan sendiri,mestilah berselera.


Ingat nak balik rumah minggu ni tapi ada BIG pulak.Bina Insan Guru.Tak apalah bukan rezeki.Tapi nak makan maggi abah masak dengan air milo pekat abah buat.


Masa ni la baru ingat nak abah ae,masa sakit.Bertuah anak.Bila rindu macam ni kat abah mulalah penyakit dengar Klasik Nasional datang.Retro giler,xpa.Ubat melepas rindu.


notakakiku : nak balik makan maggi abah.



















diam sendiri


Tidak akan berbelog mahupun berngesotbelog sehingga hari Ahad.Menuju ke Melaka pagi esok untuk aktiviti field trip.Sila google jika tatau.Sekian,terima kasih.




Yang Menurut Perintah,
Miss Alie aka Science Teacher wanna Be








Mari melacur dengan install sofware?heh

Salam sayang buat mak-mak nyah sedunia.Apa khabar? Sihat x? Malam ni Lorong Haji Taib sakan yer,mesti banyak laku ko orang dilanggan.Mesti kencang goyang Idul sekor-sekor.Heh



Ni fast update?Eh betul ke?Entah la,biarlah.Nyah pun bukan pandai sangat,mengaji sampai takat Tingkatan 3.


Biar,biar,biar.Fast update tak banyak membebel la.


Semalam entry Ah Fatt,tak kira nak panggil Ah Fatt jugak,I love Ah Fatt rather Luffy.Ah Fatt sila jangan kembang hidung ok.


Ah Fatt ada cakap pasal blog kena block.Biasanya kalau guna line gomen,gitu la adatnya.Nyah juga. T_T


Tapi nyah notti,lalalala.Nyah ada penyembur nak halang dari kena block dari nak buka FB n YM dan yang sewaktu dengannya.

Gunalah KY JELLY.Sangat laris di pasaran.Lalalala.Untuk kepastian tahap keberkesanan boleh tanya Ah Fatt jugak.Gila,apa kes nyah promote Ah Fatt.Ish.

Bukan la.Banyak dah aq bebel merapu merabang tak tentu pasal.Ko ko n ko pergi download benda ni,then install.Bila dah install,boleh connect ( sila sebut dengan betul,kan ada y gersang lak.Heh)

Then sofware tu akan tukar ni IP address anda.Kemudian anda dapat melayari malam asrama dengan indahnya disaat orang lain kegersangan.lalalalala


Tekan sini,bukan sana.


notakakiku : terasa hati dengan pakcik ini.Dia lupakan saya.T_T.Maklumlah kita tak femes,jarang komen dah blog dia.Huhuhuhu













bra merah bersatin milik siapa ini?

Dalam menaip nak siapkan entry eh asemen sempat lagi nyah menaip di sini.Bukan buat-buat tersalah taip dah ni,memang niat.Otak tepu dengan hal-hal dan unsur-unsur Perlembagaan.Sejarah kadang-kadang membosankan kadang berbuat kita tersentak dengan faktanya.



Apa nyah bebel ni,tension weiii..

Sedikit tulisan nyah tentang apa yang sedang usahakan buat masa ini



Jika dilihat lebih mendalam, seandainya ada pertukaran budaya atau dengan kata lain amalan sesebuah kaum itu juga diamalkan oleh kaum lain, ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu ikatan perhubungan yang erat dan utuh. Ini kerana setia kaum memahami sifat kebudayaan dan adat kaum tersebut. Ini dapat mengelak berlaku sebarang salah faham antara kaum. Seandainya dilihat lebih mendalam lagi, ianya secara tidak langsung akan mengutuhkan perpaduan antara sesuatu kaum di sesebuah negara. Dengan tidak langsung, rakyat yang terdiri dengan pelbagai kaum ini dapat hidup dengan aman dan damai tanpa merasakan ketakutan di samping keselamatan yang terjamin. Di sini kita dapat lihat di mana perlembagaan ini penting bagi menjamin perpaduan antara kaum di sesebuah negara. Cuba kita bayangkan sebuah negara yang tidak mempunyai perlembagaan. Mungkin perpaduan yang enteng antara kaum di negara tersebut  akan membawa ke kancah ketidakstabilan politik seperti yang banyak berlaku di rantau Asia pada hari ini.
dengan arial saiz 12 dan 1/2 spacing.Inilah kerja ku. ~ kredit to www.fahmiibrahim.com ( ni ayat dia )


Bukan ni yang nyah nak kongsi dengan kamu.Tapi satu fakta yang memang berlaku dan mengerikan bagi nyah.Betul.Nyah terbaca di notes kawan yang kena tagged.



Mula-mula nyah tengak,entah pape la benda ni.Macam familiar tapi pelik pun ada.Hairan la.Betul..Cuba tengok betul-betul gambar tu.Ada kisah untuk tu.Nyah harap nyah tak dikencingkan.Tapi dari tulisan tu rasionalnya tetap ada.Jom usha.


Sila baca niat,tengok untuk ilmu dan pengetahuan dan bukan kepuasan seks okeh.!!!
Nyah tak boleh tengok gambar ni lama-lama.Meremang segala bulu nyah dari atas sampai kebawah.Ish



Okeh tu gambar tetek.Jangan ko tanya tetek sapa,yang pasti bukan tetek lembu yang bagi jamu susu tepung kat budak-budak zaman sekarang.Tu tetek manusia.Siapa tanya lagi nyah hempuk banyak-banyak.


Apa tu?geli ar..

Tu larva yang bertelur dalam tetek mak cik tu.Nyah dah seriu ni.Bulu habis tegak nak tulis ni.Ish.

Larva tu bila dah besar jadi ulat,bukan jadi rama-rama okeh.Apa kes keluar rama-rama kat tetek orang tu.Ish.

Ulat tu dah makan lemak-lemak dan daging di area situ.Sebab tu berlubang gitu.Adooo,nyah tak mampu nak tulis ni,seriu.Geli wehh.



Kenapa jadi macam tu?

Fakta yang ditulis mengatakan mak cik ni pakai bra baru,tapi tak cuci dulu.Pakai terus segar dari supermarket agaknya.


Cuba kita imbas balik,biasanya kat pasar raya barang-barang dia letak kat mana?Dalam stor dan gudang kan.Kita pulak tak pernah jenguh dalam tu semua.


Ada kebenaran la jugak,dalam stor yang kotor entah bersih tu,binatang-binatang kecil menetas tinggal zuriat kat cup bra tu. Then bila orang tu pakai,binatang tu tersempit tak boleh nak keluar..

Tolong !!!



Tolong !!! jerit binatang itu.
Heh.

Di kawasan areola tu terdiri daripada tisu lemak dan ligament.Sebab tu tempat larva tu bertelur tak nampak buruk atau bernanah.EEeeee.Nyah geli seriu ni.Adoo malas nak tulis bagi  educated dah ni. Meremang ni..

Sebelum jadi gitu,ada radang di kawasan situ,mak cik ni pergi hospital rujuk dengan doc.Doc letak ubat apa ntah then balut.Sepatutnya ada date untuk buka balutan tersebut,tapi doc tu xda then macam mana boleh hospital cuai tak panggil suh buka balutan ni.Mak cik ni pun tak buka.


Lepas dua minggu,bila buka jadilah macam tu.


Pendekkan cerita la kan,awek-awek cucila bra merah biru purple hijau kamu sebelum pakai yang baru yer.


notakakiku : trauma x nak pakai bra?Gilaaaaa.HAHAHAHAHAHA~nak sambung buat HE.

kisah sebenar boleh di link disini
selepas di perjelaskan oleh dr farhana.
tQ farhana...



















































siapa nak upah?

Salam kasih sayang kepada semua.Siapa nak ambik upah nyah buat kerja melacur asemen.Upah?Mestilah ada,mana orang tak nak upah kan?


PAHALA di kemudian hari.Bagus tak twaran nyah?Heh.


Kerja asemen Hubungan Etnik nak kena hantar hari Selasa.Khamis pagi lawatan ke Melaka.Heh.Tak suka naik bus,takooot.


Kerja lain berlambak-lambak sebenarnya.Beza tarikh dan isi je tapi TEKANAN yang sama.


Laptop lama Si Pinky telah diganti dengan Si Belu.Si Belu yang buat hal okeh.Habis duit nyah nak beli kamu.Makan sardin dah lepas ni.Muka pun dah nak jadi macam DUTA SARDIN SEDUNIA.


Nyah tertekan ni tapi tak terluah lagi,tunggu masa je bila nak meletup.Adoooo.
Update luah perasaan je ni.
sebab====> tatau nak cakap dengan saper-saper.


GTG dalim kalian,lain kali nyah membebel okeh.Muahahahahahaxxx



Sidikit souvenir untuk kalian


mengajar nak gosok gigi =)












kembali

Baru dapat Si Belu ni.Sakit jiwa aku..Nanti aq normal seperti biasa.Petang ni balik Kuala Besut semula.Damn.


Rasa nak pergi sekolah lagi pulak esok...


notakakiku : hilang konfigurasi













kenduri.sapa suka?





Sebelum nyah mahu lena izinkan nyah untuk menconteng papan putih yang free ini.Mahu saja nyah conteng sepenuh-penuhnya ruang ni.





Tadi sian nyah pergi memenuhi kenduri kawan nyah yang semuda nyah.Jodoh dah sampai.Nikah dengan abang polis yang gagah perut bulat dan agak putih dan sangat tinggi.SUngguh beda dengan abang pendek silat saya.Huh.





Nyah sangat jarang memnuhi kenduri hanya dan melainkan tengahari mak nyah mogok tamoo masak,malas nak masak so nyah rajinkan diri pakai baju kurung,tudung lilit then cari selipar paling buruk untuk ke kenduri.





Motif?





Orang suka buat-buat tertukar selipar masa kenduri.asyik tertukar dengan yang baru dan mahal je.Pandaiii..



Nyah nak usulkan di sini.Ada dua jenis majlis kenduri.Majlis kesyukuran dan walimatulurus.Apa bezanya?





M.Kesyukuran - makan free je,tak payah bayar duit.Bawak gulu 2kg atau susu cap F&N





Walimatulurus - bayar duit then orang pun bagi kat kita goody bag yang ada gula-gula,towel kecil,set sudu garfu kecik dan panty liner.Terkejut kaa nyah.





Nyah tak berkenan majlis walimatulurus ini.Memang tak sangat berkenan.Malas nak hurai tapi memanng nyah tak suka.Bukan kedekut tapi rasa macam nawaitu majlis diadakan terpesong seketika.





Buat majlis grand-grand cover balik dengan duit tadi.Zaman sekarang pulak majlis nak grand-grand.Buatlah ikut kemampuan diri,jangan lepas nikah p gadai hadiah majlis kahwin nak bekal makan laki bini.





Penat nyah bebel awal-awal pagi ni.Nyah cuma nak cakap.Nyah p majlis kahwen kawan tadi dengan sehelai sepinggan tak bawak beg duit,susu or gula jauh lagi hadiah untuk diberi.Bawak diri dengan kamera je.





Tuan rumah bagi makan sedap-sedap dan siap bagi goody bag setiap sorang.Mudah bukan.

Abang Hisham buat gitu jugak ae..

Hahahaha











notakakiku : nyah syak ko orang tak nak jemput nyah ke kenduri angpa..































Kem Karisma 3





Salam sayang kepada semua jejaka yang kacak.You la.Iye you la sayang ,yang kat belakang you tu. :P



I rindu sangat nak tulis panjang-panjang lepas tu mabuk sorang-sorang baca tulisan sendiri macam psiko tapi nyah tak ada masa.Sedikit demi sedikit is better than nothing bukan?



Nyah nak sambung balik elak kisah nyah di Kem PLKN Kem Karisma okeh.Ni kemuncak dan penutup kisah pengalaman nyah.



Seminggu sudah nyah tak sana,nyah dah boleh adapt dengan kawan-kawan.Dah tahu mana ada geng yang mana suam-suam kuku yang mana bajet d-va.Ngada ko orang ae,muka je cantik bahasa macam tong sampah.auwwww,gediks.





Nyah berkenan kat sorang balak ni.Jamal.Ingat lagi tak?Jamal sudah pandai main kelik-lelip mata macam lampu krismas dengan nyah.Nyah pulak dengan sengal wat kelip-kelip balik.hahahha



Biasanya kami main mata masa lagi Dayang Nurfaizah tengah berkumandang.Lagu dayang?

Kat sana sebelum kelas mula dan tamat dia akan mainkan lagu,Motif?Nyah tatau lak,tapi kami gelak-gelak la jugak masa 1'st dengar tu.Heh





lagu Hijau - zainal abidin tu lagi nyah tak tahan.Dah la kawasan tu memang hijau dengan kepala sawit.tension-tension.



Hari Jumaat pagi tu Jamal ada mintak no hp dengan nyah.Hik3.Malu weiii.Maklumlah lusa dapat handphone dah.Hik3.Mesti la nak massage kan?Gediks weii.





He gots my number and i got his too.

Blushing..



Petang hari Sabtu nyah dan company siap sedia na kawat apa menda entah.Tali kasut nyah tercabut dan Cikgu suruh keluar dari baris.Siap-siap ikat tali kasut then Cikgu suruh nyah kejar barisan kumpulan nyah.





Gila ko.Dengan punggung saiz 36 dada 36 but 2kg nak suruh nyah kejar barisan dengan lalu bukit cerun tu.Nyah tak larat mak oiii..





Nyah kejar jugak.Bila dah sampai nyah mengalami hutang oksigen.Muka pucat.Kawan-kawan dah ready nak sambut..





Tak ada lah,depa bawak nyah jumpa Doktor je.Doktor yang kedekut nak bagi nyah plaster rawat kaki nyah yang melecet.I hate that Doc.Bekas melecet bot PLKN masih ada di kaki sampai ke saat nyah menaip ayat-ayat ni.



Doc : Awak sakit apa?



Nyah : Leloh.





Masa tu otak nyah jam.Nyah cakap direct kelantan terus.hahahaha.





Oleh sebab jawapan nyah begitu makanya,nyah dibawa ke Hospital Kuala Pilah pagi esok bersama-sama rakan yang lain.1'st aq berjalan atas muka bumi N.9 ni.Orang N.9 ni rumah walaupun uzur macam mana pun laman tetap bersih.tak macam orang Kelantan dengan Ganu.Ish.Ini realiti tau.



Nyah suka satu banglo kat atas bukit di pekan Kuala Pilah.Siapa punya?





Nyah buat urine test.Dua kali.Gagal sebab protein banyak.Hahahaha.Dah pagi-pagi dia suruh makan telur sebiji sorang.Mana nak lulus test.Tengahari balik makan ikan sekor sorang.Agak la..





Ujian ke 3 akhrnya menjadi juga.Then dia suruh buat xray.Ni pertama kali nyah buat xray ni.memang jakun la.Yang jaga bahagian tu pulak orang lelaki.Jangan la.Nyah malu,dada kita sama besar je. :P





Nyah jakun.Serius.Nyah salin baju.Nyah keluar.Abang tu cakap.Masyaallah.Adik.....





apa kes ko ingat aku tak pakai baju.Gila ko.Nyah pakai la.Nyah buang kemeja coreng-coreng je.Baju kecik dan top nyah tak buka.Pergi buang balik.





Adik.....





Nyah keluar dengan buang singlet je.Then kena bogel la ni,buka bra jugak.Damn.





Pom Pum Pam dengan doktor,doktor sain juga kebenaran pengecualian menyertai PLKN.Hahahaha





Malam tu dengan muka tersenyum riang.Memang nyah happy la tinggalkan kem.Nyah tak report kat abah nyah.Nyah takut.



Malam tu nyah dah siap-siap simpan segala baju-baju.Syampu ,sabun baldi nyah derma je kat semua budak company.Happy ni.Rasa macam nak balik raya je.



Tiba-tiba





Cikgu cakap abah nyah tak bagi nyah balik dengan keretapi.Dia kata nak jemput nyah minggu depan.Mengalir air mata aku weii.Seksa weii..



Malam tu wira wirawati yang pulang disuruh naik ke pentas.Lampaian akhir untuk wira-wirawati yang lain.Nyah tak naik,sebab geram tak dapat balik.



Habis pad-pad aq budak-budak ni cuci,syampu baldi sabun semua kena mintak balik.malu weiii.Malam tu sepatutnya nyah kena berjaga malam,tapi nyah terkecuali sudah.



Geram giler kat abah masa tu.Esoknya nyah macam kambing hitam.Nyah tengok je orang buat aktiviti.Nyah tak dibenarkan terlibat tapi sempat menyelit jugak masuk kawat.Haahahah.Bila dah nak habis baru cikgu panggil masuk.heh



Masa tu dha lewat dah.Masa nak mandi.Cikgu datang.Laili kenapa awak tak bagi tahu abah awak datang petang ni.Cepat kemas barang.





Hahahahahah





Dengan langkah semangat nyah angkat kaki dari kem tu dengan bangga.Depan wira-wirawati yang tengah makan de dewan makan.Terbaik.tak kena bowww pun,pakat lambai-lambai gatal adalah.



Peluk cium sume awek company,tak kira cina india melayu.Semua.Masa tu la mengalir air mata.I will miss you.





Kawan-kawan gembira sebab abah mai abah bawak makanan untuk satu company.Heh.Suka la tuu..



Jamal?

Dia tak massage nyah pun hari Sabtu tu.Wira lain adalah.









Nyah cuba bilang hari nyah berada di kem tu.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10





Hari nyah sampai dirumah.Nyah on9.Nyah terlepas interview JPA untuk Vaterinar.Sekian







notakakiku : leloh dalam bahasa kelantan penat.































sembonia tersembur









Salam semua.Rindu betul nyah kat ang pa semua.Fasa muram dan suram nyah dah hilang dibawa hujan yang tiba-tiba melebat petang tadi.Bumi yang hangat menjadi dingin.



Moga Tanah Melayu ini menghijau kembali.Tension nyah tengok rumput kering sampai warna merah tau,tak sabar nak tunggu jadi hijau macam seronok nak tunggu spring,heh.Nyah sudah melaluk terlampau sangat.



Tak kisah la.





Minggu lepas,si Pinky nyah telah rosak.Masuk debu yang tebal sampaikan orang yang baiki tanya..





'bilik adik ni kotor sangat ke?'





Damn.Malu giler nyah.Mana ada.Nyah syak sebab belakang meja nyah tu ada ruang kecik dan disitu penuh dengan debu-debu tebal dari zaman mula-mula hostel tu siap lagi.





So ko orang jaga laptop tu kalau rasa sayang lagi.Si Pinky bertukar menjadi Si Biru.Sangat tak cantik nama tapi kuasanya perghhh





Core i3

DDR3

RAM 1Gb tapi pasni nak upgrade

HDD 320











Nyah sangat tension dua tiga hari sebelum ni sebabnya eseman nyah tertangguh dekat seminggu.Kerja pulak nak kena hantar minggu depan.Mana aq tak mengamuk.Memang tension sampai gugur bulu kaki.Huh.Licin terus.





Pulak tu esemen tu nyah g letak dalam My Documents.Laptop kunci.Bila kuarkan hardisk,hardisk tak dapat detect file tu kat mana.lagi la aq tension.Memang tak senang hati la.





Minggu depan kena ke Melaka.Nyah tak akan pergi,biarlah duit yuran burn.Nyah lebih pentingkan assigment.





Masa pergi beli laptop,nyah kena kuarkan duit sendiri.Mengalir air mata nyah.menagalir laju-laju macam coklat koko krunch tu.Mak nyah pula mengalir duit macam tu je pergi beli beg Sembonia.



Sembonia dah 50% tapi harga tolak tu duit makan nyah di Kuala Besut untuk 3 bulan.Melampau la mak nyah ni.



Nyah tengok harga SEMBONIA tu sampai tersembur-sembur.Tak akan nyah beli beg sebegitu melainkan laki nyah nak bagi.Hahahahaha







notakakiku : nak cerita banyak tapi biarlah dulu.one by one ok..

























SANGAT TENSION.













Mak nyah oh mak nyah

Hye kawan-kawan nyah sekalian.Nyah sekarang mengalami sedikit masalah untuk menerjah teman-teman.Nyah sekarang sedang melacur di sebuah sekolah untuk School Based Experience.


Esok hari terakhir berada disini.Tak sabar.Penat dah pergi sekolah.


Lappy nyah yang berwarna pink sedang dirawat di hospital.Padan muka.Assigment tak buat langsung.Sudah tiga hari bersenang lenang macam ni.


Okeh la.Ni update terkini sahaja.Nak masuk kelas pulak ni,nak ajar budak-budak cara nak attract attention manusia khususnya di Lorong Haji Taib .Tidakkk nya aq nak ngajar gitu Cik Kiah oiii..


Jaga kelas Sains.Nak buat helicopter.Daaaaa



~Ah Fatt buat contest.Sila terjah yer.



notakakiku = lambatnya nak balik rumah.lagi sejam











lawak bodoh

Salam.


Bukan cara saya melepas rasa sinis pada orang dalam blog.Kadang-kadang adalah.


Tak suka orang buat lawak bodoh.Tipical nonsense.



Lagi tak suka manusia yang bersifat mahu autokrasi dan mahu up diri saja.Menyampah walaupun tittle anda lebih tinggi.



Pengalaman yang ada berserta dengan riak.WTH!!!!




notakakiku : sangat nak tulis banyak tapi tahan diri.














Kem Karisma 2



Walaupun golongan melayu tak ramai yang berkawan dengan nyah ( dalam company charlie je la )nyah masih berkawan dengan budak-budak dari company lain mcm alfa delta b???.Ala tak ingat dah.





Antara kawan-kawan yang paling nyah suka apabila berkumpul dengan mereka adalah dalam kelas kenegaraan rasanya.Masa tu kelas tu la yang paling menarik sebab banyak buat hands-on.Gelak-gelak tepuk bahu members sume.





Dalam ramai-ramai wira dan wirawati ada seorang wira.Jeng jeng jeng...







Namanya Jamal.Jamal ni kalau tengok muka pelakon yang ada masa ni iras muka Nas-T tapi versi kulit gelap.Orangnya kelakar gila-gila suka cari gaduh dengan nyah.Nyah jugak suka cari gadoh dengan dia.Biasanya kami perang mulut tapi in the ends of class kami senyum balik.Nice bukan?





Ada satu malam,masa kami semua dalam surau.Tetiba ada suara wirawati mengilai.Damn.I hate it.Kenapa mesti masa kat surau.Kami semua masa tu tengah baca Yassin.Makin kuat kami baca makin kuat dia mengilai.HUk3..





Segala bulu roma nyah meremang.Takut.Dalam takut sempat lagi tengok muka wirawati tu,tapi cepat-cepat larikan pandangan.Tangan masing-masing erat antara wirawati.Cuak.Tengah mengaji tu,sorang lagi kena.Wira pulak yang kena.Adoo la.Tak lama lepas tu sorang lagi wirawati yang kena.





Malam tu,cukup untuk semua orang berganding bahu dan berkongsi rasa takut.MAsing-masing tidur rapatkan katil kat tengah.Cina India Melayu tak kira sume tu.Maisng-masing baca ayat masing-masing.Siap mintak garam dengan mak cik kantin lagi tau.Kelakar pulak.Malam tu dorm senyap je.





Dua malam berturut-turut kami tidur katil rapat-rapat sebab takut.Malam ketiga,rupanya cikgu masuk dorm kesemua company.Esoknya pula cikgu dengan lantang bersuara suruh tidur tempat masing-masing sebab katanya dia tak senang tengok budak lelaki tidur rapat-rapat berpelukan tak pakai baju.So gay.Hahahaha.













( bersambung )

















Kem Karisma 1

Salam semua.Malam ni nyah ingat nak publish entry pasal satu penyakit tapi nyah tak jadi sebab gara-gara nyah tertengok cerita budak-budak PLKN tadi.Huh,menguji perasaan betol sebab nyah pernah pergi ke PLKN ni.


Nyah ke Kem Karisma,Kuala Pilah.Heh.Tatau la samada ada yang perasan ke tak,selepas F5 nyah asyik ke tempat yang bernama Kuala.

Kuala Pilah-Kuala Lipis-Kuala Besut


Agak-agak nak postim nanti Kuala apa ae,prediction nyah adalah dekat-dekat sini sebab cuma tengok perjalanan nyah.Dari N.9 ke Pahang turun ke Terengganu.Hahahaha.Agak bernasib baik jika prediction itu benar.


Nyah tak ada gambar hatta sekeping pun untuk ditayang disini semasa disana.Masa tu tahun 2007.Nyah pakai telefon Nokia 1100 dengan hasil simpanan sendiri yang harga 120 yang sekarang boleh dibeli dengan 30.Nostalgia betul.


Nyah pergi untuk siri kedua,selepas result SPM keluar.Inilah pertama kali nyah nak keluar dari Kelantan seorang diri.Ni lah kali pertama juga nyah naik bus dan inilah juga pertama kali nyah ke Negeri Sembilan dan inilah kali pertama nyah tinggal diluar selain rumah.Banyak pertama kali tol..


Inilah kisah independent nyah dewasa ini.Damn.Sangat tak syok.

Nyah pergi ke sana dengan hati yang berat dan berbelah bagi.Kenapa?Sebab masa tu kawan-kawan yang lain dok b'z isi borang nak U nak JPA dll.Nyah pula kat dalam kem.WTF,what the fun la..ish.


Pengalaman naik bus ini memenatkan dan meyeksakan.Pergi kul 10 kul 12 tengahmalam baru sampai.Baru nak makan nasi.Angkut beg ke bilik siap-siap.Orang lain tengah tidur kita baru sampai.Katil paling hujung dan paling depan je yang available.

Sarung katil yilekk,malam pertama tidur tak lena sebab kena gigit semut.Mengalir air mata.PIndah ke katil depan sekali yang mengadap pintu.

Pagi tu baru berkenalan dengan yang lain-lain.Tegur ala-ala basi je.Masih bukan dalam mood.Mood kacau.Banyak benda dlam fikiran.


Pagi tu ada ice breaking.Berkenalan.Cikgu tanya suka ke tak ke PLKN ni.Soalan tipikal icebreaking

Nama
Asal
Tarih lahir
RESULT SPM...

Tang soalan itu lah aq rasa dengan lurus bendulnya nyah menjawab dengan jujur tanpa kiasan.Tanpa mengingati perasaan orang lain.Maklumlah budak nerd dari Raja Sakti.

'Saya tak suka masuk PLKN sebab saya tak sempat nak buat lesen kereta,saya juga rasa tak adil sebab kawan-kawan saya dapat isi borang untuk ke U dan recheck tgk peluang lain dan saya tak ada kemudahan itu '

SPM dapat berapa?Soalan segar sebab result baru kuar.

'Sikit je,tu pun sebab tak study sangat.'

7A,bagi nyah tak banyak sangat pun sebab masa tu berlambak org dapat 10A.Tujuh tu apa la sangat.


Tanpa nyah sedari nyah mejadi golongan minoriti dalam pasukan Charlie itu.Sungguh teruk perasaan itu.


Rupa-rupanya,kawan-kawan yang lain tidak lah secemerlang nyah.Ada yang gatal,eh gagal dan ada yang tak ada A terus.Ada yang mula menjauhi nyah tanpa nyah sedari.Disebabkan nyah ni pelajar cemerlang pasukan Charlie,makanya cikgu banyak memberi tanggungjawab kepada nyah.Tukang masak dan tukang pintu kem juga kenal nyah.Masa tu yang paling highest SPM result wirawati nyah dan wira budak ganu.


Alie pergi ini itu,kira ni,ambik tu...Situasi makin teruk bagi nyah.Dah ada seorang dua muka bajet jadi ketua geng.Masa tu nyah lebih senang berkwan dengan Chinese dengan Indian.Depa lagi friendly,siap ajar nyah nyanyi lagu cina lagi.Makan sekali,pergi toilet sekali.Woooo 1 Malaysia tu..


Tetiba teringat kat dia orang.Lost contact terus..


( bersambung )












kain kebaya nyonya sulaman indon

Salam Hari Jumaat untuk semua.Masih dalam mood busy dengan assigment,semalam tak buat langsung sebab meronggeng ke KB dari pagi ke petang.Malam je lena seawal pukul 10.Nikmat sungguh lena nyah sampai ke pagi ni nak buat assigment pun malas lagi.Heh.





Semalam Dak Wan tanya kain kebaya yang nyah beli tu boleh cari kat sapa.Ok cuba add saudari Fariezza Rahim di FB,ni akak senior nyah di maktab Pulau Pinang.Banyak jenis kebaya lagi,kalau yang ada dalam list dia tu dah book,boleh request kat dia nak warna apa.





Tetiba jadi promoter la pulak.Nyah sekarang dalam mood giler shooping on9.Masyaallah,ni semua bahana nyah bercuti kat rumah.Sebabnya kalau kt Besut,nak bank-in semuanya kena turun ke Jerteh.Nyah bukannya rajin sangat nak ke sana.Heh.





So,mana-mana yang belum berjangkit jangan berjangkit,sekali berjangkit boleh bawak maut.Menipu je tak habis aq ni.





notakakiku : telah habis rm200 dengan shoping on9 sampai hari ini.lelaki sekalian saya tahu anda akan menjauhi saya. =(





















hijau daun..

Salam.Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau tak reti nak menghormati masa orang lain?Nyah paling pantang dengan orang yang menjawab..


'sukati aku la masa aku,ada aku kacau ko?'


Memang ko kacau sebabnya ko menyusahkan aq dengan masa aq,aq kena tunggu,bukan pakai masa ke?


Masa tu emas.Tidak.Tidak sama sekali nyah setuju.Kalau nak emas boleh beli kat Poh Kong je tapi kalau nak masa boleh ke gadai dengan emas dengan cap Tiffany?


Heh.Oii Cik Kiah,kalau aq boleh beli masa,hmmm kalau la aq boleh beli masa.Tak akan berlaku sebab masa yang berlalu tak akan kembali.


Hargai lah masa,lebih-lebih lagi masa orang lain yang sudi meluangkan masa untuk kamu.




++++++

Nyah sudah sampai di teratak ini.Esok cuti dan nyah plan nak keluar ke bandar Kota Bharu,jangan salah sangka pulak,bukan mahu melacur tapi pergi bayar hutang.

Hutang kain-kain kebaya dengan shawl.Sumenya bahana shooping on9.Duit oh duit.


lawa bukan??

Sapa nak jumpa nyah kat KB esok.Pagi je.Hahahaha,bajet la aq tanya soalan ni.


ESok nyah update elok-elok.Malam ni cakau-cakau cukup syarat je.Ok la.GTG..

Take care semua..


notakakiku : =)



Streamyx untuk pelajar - free mini lappy

Salam sekelian.Update ringkas tepat dan padat dari Kuala Besut.Tengah buat esemen ni nak hantar esok tapi masih sempat lagi nak update.Dush banyak2 kat pipi gebu nyah,GEBU yer..

TAdi siang nyah ada register untuk Streamyx Combo edisi Unipax.Lumayan.Lagi 2 minggu dapat mini lappy free.Sebabnya dy dalam penghabisan promosi,4000 mini lappy di sediakan untuk students di Terengganu saja dan bekalannya juga masih banyak.

Tak ramai yang register,maybe tak dapat banyak info kot.

Khamis ni hari keputeraan terengganu.Cuti.Yeyeyeye.Ahad depan pulak ke sekolah sebagai cikgu muda.Amacam cikgu muda comel x?

Pakai heels,kening cantas,make up 3 inchi sah-sah,smokey eyes bukan monkey eyes,suara garau.Terbaik bukan,sume students lari tengok nyah.


notakakiku : esok balik umah.tak sabarnya...