::rambutan kuning::

Ini kisah orang tak ada kerja,dia berjalan-jalan sekitarnya sambil mulut mengomel-gomel,bising membuih kata yang tak pasti.


Puas dia mengomel-gomel tanpa henti kemudiannya dia terlupa membawa charger untuk mengecas tenaganya makanya apabila kehabisan tenaga tersandar lah ia seperti pengemis dijalanan tidur beralaskan kotak tapi dia beralaskan karpet tebal milik ibu yang jika semut melaluinya sudah pasti tidak akan menemui jalan pulag dan mati tanpa di dijenazahkan.


heh.


Maka petangnya apabila dia telah penuh tenaganya segera dia berlari ke dapur mencari makan.Periuk dibuka.Udang.Dia tidak mengemarinya,menutup segera tudung periuk itu.Mencari-cari membuat telur goreng,itu lagi marvellous baginya.Makan sendiri sambil adik melihatnya sambil air liur berlinangan.Dia kakak yang jahat.


Dia makan banyak dan tidak membahagi apabila dia kelaparan.Dia seperti nenek kebayat yang muda itu cuma hatinya busuk tak mahu berkongsi.Hujan-hujan ini mengikiskan sifatnya.

Kekenyangan itu disua dengan pertemuan kecil dengan buah hatinya yang chomel bagi 20 dengan kechomelan dia.Mereka berbaju warna yang sama.Biru.Tanpa janji.


Dengan perut bulat tanpa segan menemuinya.Sambil berbual-bual,tendang-tendang tayar motor apabila bergaduh dan berada dibawah pepohon rambutan yang menguning.


Buah hati yang chomel itu cuba mencapai rambutan kuning yang ranum itu tapi dia ketawa terkedek-kedek.Budak chomel itu kurang inchi,ada silat gayung 25 bunga tidak mampu mencapai rambutan kuning itu.


Dia terus gelak-gelak sehinggan budak chomel itu terus malu-maluan dan terus pulang ke rumah dengan segera.




notakakiku :segala gambar comel ini dikreditkan milik kak emila



busuk-busuk yang tak cun

dah balik macam malas pulak nak menulis sebabnya tak ada benda y menarik sangat pun..
nanti nyah cuba upload gambar seketir rumah ni bila hujan melanda k..

masalah sekarang adalah..
tak ada kerja nak buat
sampaikan makan tdo je...
xkisah gemuk dah..
baik sem depan akan kurus jugak

amat pasti sebab nka tunggu elaun
paling koman bulan 2 baru dapat..
hu3..

tapi tak apa..
itu bukan masalah yang besar selagi anda menabung..hee


pagi tadi laju2 p bank
abah ajak..
dengan tak mandi cuma sekadar gosok gigi..

xsenonoh?
harus.nyah tau la..
gelong sikit bila anak2 ayam x da untuk dilacurkan..
hu3

mak x leh nak depands sangat dengan hasil lacuran anak2 ayam n..
bukan laku selamanya
.heh.


tadi p bank buka akaun asb..
saya sudah..
anda bila lagi?


harus melabur tau..
untuk masa hadapan

koleksi je ni,ya aktif cuma lah 3 buku sahaja

ya saya telah jatuh papa...



perhatian!!!

this is sticky mode

jari jemari dalam proses menaiktaraf..
sebarang kesulitan amat dikesali

url ini juga akan bertukar tidak lama lagi
harap maklum.
:)



(abah) faham ke?

duduk rumah ini jadi ruang lagi luas
tidak lagi terhad di meja study dan katil macam hostel
harus berjalan-jalan kalau tak wajib lapar

heh.


maka berjalanlah anak mokhtar menuju ke dapur
menu hari ini mee goreng
chef alie akan masak
percaya la!!


sambil kupas bawang..
telinga mendengar
mata melongok tengok jam
8.00pm


abah tengok berita
berita mendarin


aku pelik sambil menumbuk bawang

mokhtar bersama cucu


notakakiku : jangan tanya bila boleh aku bagi cucu kat abah.tampar muka sendir.noww



entry pertama di lembaran baru

alhamdullilah url jari jemari menari-nari dah selamat berukar
kenapa?
hmmm...


sebab nak bertukar angin
sebab nak lebih private
lebih bebas untuk berkata-kata
bukan takut untuk di kutuk
tapi ingin menjauh..
mau tenang apabila menulis




lagipun selama ni,blog ni sangat la buruk reputasinya
hanya kerana mulut seorang yang membaca
menyebar mencanang dan menebar kata-kata dusta
blog ini digelar blog kutuk orang
pedih..
sebab itu adalah fitnah
lagi sedih apabila classmate sendiri mengata begitu


sedangkan tiada pun yang membaca tulisan tersebut
tapi masa jadi penawar
ada yang telah melupainya tapi ada yang mengingatinya..
well
blog ni lagi femes daripada tuan punya blog
.heh.


masa tu roomate saya y tahu betapa sedihnya hati ini
apabila blog ini dicanang begitu rupa
terima kasih kepada kak lin
kerana memahami.


hatta buah pinggang sendiri menyuruh berhenti menulis
hati memberontak
aq tak salah,x perlu tunduk kepada kemahuan orang
jauh disudut hati ini
egonya masih tinggi


hidup kadang-kadang harus menentang harus
tidak menggunakan demokrasi,guna autokrasi
nanti saya huraikan di entry lain~


nak tau entry sensasi tersebut?
saya menunujukkan keterbukaan apabila meluahkan pandangan
bukan niat untuk gebang gebong
tapi sebagai ingatan kepada readers yang lain
disini ===> tamoo bagi link sebab akan ada y jejak
( cari apabila chenta membutakan mata hati,may 2009 )

i hanya tinggal jejak kepada mereka yang saya senang sahaja
:)



selamat tinggal alie89-norazlaili.blogspot.com

notakakiku : ini entry pertama selepas 100 entry ditulis



bila november datang

Tajuk tu salah yer,tajuk yang betul mengikut bahasa adalah " apabila November datang"
Harap anda pekak,eh peka dengan penggunaan bahasa yang betul jika tidak anda mempunyai tanda-tanda disabalities learner dalam kategori visual.
Bahasa Jiwa Bangsa.
heh!


Ni nak cerita,ini musim kesibukan tak kira la warga IPGM or IPTA,hatta selagi anda bergelar pelajar selagi tu akan sentiasa dihadapkan dengan PEPERIKSAAN.


Haram jadah,aq tak mood atau intrinsic motivation nak study lama-lama or nak study dengan kadar fokus yang tinggi.If i can achieve 8/10 then it would be fine


but..


aq cuma achieve 6 or 7 je over 10..macam mana nak masuk exam dan keluar awal
( sebab tak dapat spot ni,lau asraf baca dy mesti marah2 or kutok2..hek3)


Kalau ikut kadaran sebenarnya,saya tidak harus menulis entry ini kerana dalam mood study,specifically studying facebook.


Sape yang mencipta FB n,banyak dosa ko tau,sebab ramai budak-budak lalai.Sampaikan ada yang tag aq dengan artikel FB melalaikan pelajar dan menurunkan PNGK.


heh,aq memang terasa sangat.kurang ajaq org yang tagged aq tu.


Aq addicted dengan Farmville and Cafe World sebenarnya.hmmm~blushing
Sapa suh taruk games tu dalam FB,kan dah addict dah.huh


ladang saya



kafe saya

Then bila November ni,secara khususnya bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur bukan Pasaraya Pantai Timur kat airport yer..harap maklum,akan mengalami musim tengkujuh.


Lagi nyaman apabila tinggal dikawasan berdekatan dengan pantai ini,budak-budak IPGM KSM tahu betapa heavennya apabila aktiviti hibernasi berlaku,rasa tamo bangun terus tau.Kalau yang ada laki bini memang tak ingat dah la
( macam entry sha semalam : malam jumaat sunat, malam lain wajib )


Itu bagi yang dah dapat lesen besar la,lagi la heaven agaknya.Tido sorang2 pun dah rasa legend tau.


Bila nak study kalau tubuh kena cover dengan selimut,luckily la sebab i anak watan so hujan ni tak ada bagi kesan sangat melainkan aq menjadi malas dan on9 je sedangkan masa tersebut boleh guna untuk study.


Sesungguhnya kadar kelembapan yang tinggi persekitaran turut mempengaruhi kelembapan di dalam otak.Aq syak asraf yang dok kat Cameron lagi tak effek dengan sejuk-sejuk gini.


Bila hujan gini,segala kain baju x reti nak kering.Dah lama aq tak nampak matahari dah kat sini tapi bulan rajin lak keluar malam-malam.Bilik dah ala-ala bau masam tau,gantung baju kat lampu dinding.

Aq hairan asal kat lipis kami tak sakit kepla lutot dengan kain basah-basah ni,rupanya kat lipis dulu ampaian kat depan bilik ada shelter so hujan macam mana pun x kan tempias kena kain baju.Sini hempeh,sibuk nak besarkan dan tinggikan pagar,macam sekolah pulak.huh




KAlau kat rumah tak pe la,tepi tangga pun boleh bertukar multiplefunction sini dalam bilik sekangkang kera ni nak jemur kat mana.


Geram je nak sidai kat atas katil rumate,atas meja rumate,kerusi rumate tapi aq syak dy pun sharing feeling yang sama dengan aq.hahahaha~


Macam mana nak study kalau mengikut teori humanistik,jika keperluan asas manusia tidak dipenuhi maka proses pembelajaran tidak akan menjadi lancar.


Sebagai contoh,aq lapa nak tukar baju pun fikir panjang,asyik pakai baju sama je.Aq dalam keadaan tak selesa macam mana nak study sebab pikir dengan benda-benda gitu.Tambah pulak hujan-hujan gini selalu lapar ( best jugak maka ubi kayu dengan isi kelapa.hah! ).Bilik pulak busokk.Proses pembelajaran akan terbantut kerana motivasi juga tidak dapat dijana dengan baik.

Perangai teruk dah datang dah.Malas.

Malas sampai malas dah nak bebel.

Huh.




notakakiku: x makan lagi kenapa x lapa pulak ni?










sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir dihariku
Namun ini hanya
Ada di bibir.. di bibir saja

Aku ini
Yang biasa mengerti
Walaupun yang lain
Mau mengerti
Namun berat beban dihidupku
Biarkan saja... biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh... Ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
aku tetap diam oh...

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh... ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang kubisa atasi semua
Aku tetap diam...


notakakiku: seharian hati mendendang lagu ini