budak kecik yang chomel

Salam satu bloggers.

Ingat lagi tak yang nyah bagi tahu cuti yang lepas nyah jaga dua budak kecik?

Dari tak pernah-pernah pegang baby sampai reti nyah dibuatnya sebab dua budak kecik ni.Memang rare la.

Ada satu hari ni,Emeer dah bosan tahap agung tunggu mummy dia balik,dia pun buka la (umbrella)sebabnya ‘kakak’ aka nyah tak nak bawak dia pergi main kat leground (playgground).

Nyah bukan apa nyah rasa macam ala-ala bibik gitu kalau keluar.Pakai pun sememeh je.T_T

Tak koser nyah nokks,kat kawasan tu penuh dengan orang kulit hitam.Kan dia wat lari nyah balik negara dia orang.Sure-sure nyah paling cerah kat sana.Hahahahaha.

Nyah bukan bias tapi memang seram u all.Depa dah la tinggi gedebak lepas tu tubuh pun besar-besar macam indon gaul simen tu.Ko tak takut?Nyah takut.

Lepas penat bebel-bebel orang tak layan dia pun main umbrella.

Smile with tongue out

DSC01047

kakak tolong buka sebab kakak tak larat kena marah kat budak techik ni.

DSC01048

tu dia dah siapsiap investigate.dah buka nak tutup pulak.

DSC01049

muka tak tahan tu,marah sebab kakak pandai tutup umbrella,dia buat tak jadi.

DSC01051

putus asa dah tu,ugut nyah nak buang umbrella.

DSC01052

penat argue dengan kakak main payung happy sorang diri.

 

Mudah je kan jadi budak.Tak pikir masalah.Penat menangis mintak ‘angket’angkat dia.Orang tak layan bagi susu,settle.

Kita?

Alahai lambat la nak senang macam tu.

 

notakakiku : rindu emeer =)

kisah abah

 

Salam satu bloggers.

Nyah jarang bercerita pasal pamilia nyah kan?Memang pun sebab nyah tak nak berkongsi sangat pasal orang lain dalam belog ini.Serik.Dikhutiri menjadi bahan sensasi.

Sebenarnya dah banyak kisah abah nyah dalam ni cuma tak mention nama dia je.Nyah kira lepas ni nyah nak buat entry khas pasal abah macam Cik Epal dia ada kisah opah,sama juga dengan Singgplus dengan kisah Opah Timah yang femes tu.Kelakar you all.

Tapi kali ni nyah nak bercerita pasal abah nyah.

Satu hari tu kami gathering ramai-ramai depan TV.Entah apa topik tetiba keluar la pasal isu kereta.

Rasanya kes kazen nyah yang baru mengajar berhajat nak beli kereta kot.Kazen nyah ni bulan 3 ni dah nak kawen.

Kalau cerita pasal kereta ni,mesti isu nyah rempuh dinding garaj kereta sampai runtuh dengan Civic dia akan naik.Semua nak kenakan nyah.Heh.

Rasanya sampai nyah beranak pinak isu ni tak habis.Huh.

Abah pun masuk line menyampuk masa orang tengah berbual.Tu feberet dia.

 

Abah : Pok Dek (panggilan diri abah pada anak saudara ) hari tu dapat free gift masa beli kereta.

 

 

Kazen : Dapat free apa Pok Dek?

 

 

Abah : Dapat free gear  so ( satu ).

 

Dengan selamba abah pakai kopiah terus naik motor ke masjid nak sembahyang Magrib.

Makan dalam abah bergurau,nak suruh kita orang berhenti tengok TV je pun.Heh

 

notakakiku : terharu dengan abah petang tadi.

lelaki yang ku cari yang ku puja

 

THAT MAN

One man loves you

He loves you with all his heart

Everyday he follows you like a shadow

He is laughing but actually crying


How much longer that I must gaze at you like this alone?

This foolish love.. This miserable love..

Must I continue for you to love me?

Come closer a little bit more

When I take a step closer.. You run away with both feet..

I, who loves you.. Even now I'm by your side..

That man is crying


That man is very timid

So he learnt how to laugh

There are so many things that he can't tell his closest friend

That man's heart is full of tears


So that man said that he loved you because you were the same

Another fool.. Another fool..

Won't you hug me once before you go?


I want to be loved my dear

Everyday in my heart.. In my heart..

I shout out

That man is beside you till today


Do you know that man is me?

Don't you tell me you know

Still you're doing this to me

But you won't know

Because you're such a fool my dear


How much longer that I must gaze at you like this alone?

This foolish love.. This miserable love..

Must I continue for you to love me?

Come closer a little bit more

When I take a step closer.. You run away with both feet..

I, who loves you.. Even now I'm by your side..

That man is crying

 

lelaki yang nyah dengan Doktor Farhana tergila-gila. =)

 

notakakiku : masa lepak nyah layan cerita korea je…

isu panas gadis bershawl bergaya

Salam satu bloggers.

Hye semua.Dua tiga hari ni nyah  follow up isu yang hangat sekarang.Gadis bershawl apa entah tajuknya tapi lebih kurang macam tu lah.

Disebabkan nyah jugak gadis bershawl dan admire sangat dengan fashion dan trend  shawl sekarang maka nyah jugak agak tersentap dan terasa dengan bidasan tulis makhluk Allah tersebut.

Nyah tak ada niat busuk tak nak bagi orang baca belog dia kot-kot nak naikkan traffic belog dia so nyah dengan buka pintu tingkap semua bagi link kontrabasi tersebut.

http://lensarosak.blogspot.com/2011/01/menjengkelkan-4-gadis-tudung-shawls.html

Semua orang boleh baca,boleh tafsir dan boleh fikir.Anda bebas untuk mempunyai pandangan masing-masing walaupun akan ada yang sakit hati.Termasuklah nyah.

Sebabnya bukan semua orang betul dan bukan semua orang salah.

Dalam isu ni bagi nyah tak boleh nak sangkal points yang dia bagi sebab ada isinya adalah betul dan benar dan tidak boleh disangkal cuma cara penyampaian beliau tu agak tidak sesuai.

Niat untuk menegur biarlah berpada-pada.Jangan tulis nama orang yang dituju jangan guna gambar,lebih-lebih lagi dalam dunia blogspot.Tak pasal-pasal tuan punya gambar mintak delete gambar tu.

Kenapa nyah sentap?

Sebab nyah jugak terpengaruh dengan gaya tersebut dan nyah juga tidak nafikan salah satu sumber adalah melalui blogspot2 tersebut.Naluri perempuan biasalah,mahu kelihatan cantik,bergaya.ia juga disebabkan faktor pengaruh.

Kalau buruk dimata orang pun,kadang-kadang kita tak peduli sebabnya kita berkeyakinan tinggi.Ko ingat nyah tak fikir banyak kali masa 1st nak pakai riben kat shawl.

Disebabkan nyah berkeyakinan tinggi nyah pakai jugak dan nyah gembira walaupun ada yang kutuk macam budak retarded dan kemudiannya orang yang kutuk retarded tadi pulak terpengaruh dengan fashion tersebut dan bertanya : kat mana nak beli riben shawl tu?

Kenapa dia boleh tanya macam tu?Sebabnya itu adalah pengaruh dan itu jugak adalah trend.

Makanya terpulanglah pada tafsiran masing-masing.Nyah mungkin akan slow down sedikit lepas ni,sedikit je la.Banyak macam tak janji sangat sebab tu dah jadi imej nyah.Hehehehe.

Yang paling penting pakai apa yang anda selesa.be confident dan jangan takut dengan orang yang dengki-dengki dan pastikan bersesuaian dan mengikut syiah. =)

 

Muahahahaha.

 

 

notakakiku : hujan lebat.air dah naik.

tujuh tiga rumah

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

sebelas

 

…

esok nak balik rumah.terapi jiwa terbaik.

Photo0019

I think I need u sayang.

feeling sedih dan terkejut di awal semester

Salam satu bloggers.

Entry pertama nyah bukan dari Lorong Haji Taib tapi dari IPG Agama Kampus Sultan Mizan.

Cool tak?

Tu nama panggilan manja ramai pelajar kat sini di semester ni.

Sistem baru di semester baru buat ramai orang mula berasa susahnya nak balik awal seperti biasa.T_T

Seksa tau hari pertama belajar dah belajar dan kelas dari pagi ke petang.Nyah siap telan panadol lagi.

Enjin masing-masing berkarat,mana boleh bawak lajulaju.Kelas pukul 2,otak semua terpikir kat Alisa.Heh.

Kawan nyah sampai deman dapat cuti 2 hari tau sebab terkejut.

Sistem baru tu kan,rasanya kat IPG Terengganu je kot.Hari tu kata tak ada perhimpunan,tup tup ada la plak.Heh huh Heh.

7.40 semua masuk kelas baca al-Quraan sampai pukul 8.00am.Kelas habis pukul 1.30pm.

Kedatangan ala-ala matrikulasi gitu aka U jugak sebab pensyarah pegang attendant.Makin susah la nak balik bilik awal.Nyah terkejut noksss.

Elaun tengah bulan 2 paling awal.OMGuccci.

 

notakakiku : tak nak cerita banyak la.ada homework dah walaupun baru masuk hari kedua.T_T

suka gadis fashionista tapi tak mampu

 

Salam satu bloggers.

Hati nyah gunda gulana.Bukan sebab berak batu tapi sebab penyakit rutin awal tahun.Feeling dia macam budak sekolah tak nak pergi sekolah.Pernah rasa kan?

Feeling naïve gitu,bagi gula cap tebu manis sekilo pun belum tentu dapat ubat hati tapi mati hati adalah.Heh.

Sebenarnya tiap awal tahun mesti nyah akan rasa berat hati nak balik ke penjara aka maktab tu.Hmmmm

Biarpun tak jauh mana dari rumah ( sebab perjalanannya sungguh membosankan ) hanya ambil masa sejam dan boleh balik rumah setiap minggu tak menyebabkan penyakit ini hilang.

Dulu masa belajar di Kuala Lipis lagi teruk.Setiap kali nak naik keretapi di Stesen Wakaf Baru mata mesti berair,memang la berair kan berdarah kan ko kata nyah jelmaan Kuntilanak pulak.Heh.

Sampai ke hari ini,dah masuk umur 22 tahun pun masih macam tu.Maknanya hampir 4 tahun penyakit ini hinggap dalam mental nyah.Serius tahap kepala tempurung you all.

Sepatutnya nyah bila dah makin mudo tua ni, makin matang tapi nampaknya tidak ae.

Normal je kan penyakit ni?Jangan heleng kepala,kan nyah gigit kan.

Petang ni nyah akan check in dalam penjara Besut tu dan rasanya beban kurang sikit kot.Kot.

Nyah dah dapat result sem lepas.Okeh la tu padan dengan perangai malas sem lepas dan tahu kebolehan diri.Nyah cuma mampu dapat 3.68.Alhamdullilah.Lebih tinggi dari sem lepas yang jatuh tahap cium bumi Besut.

Highest dalam unit nyah 3.84.Memang jauh berbeda la.Tak apa,rezeki masing-masing.Kita kalau nak banding dengan orang sangat,asyik sedih la jawabnya.Lebih baik banding dengan keputusan lalu dengan semasa.Peningkatan individu orang kata,lebih adil.Bukan semua orang mempunyai potensi yang sama bukan?

Dah balik fenjara ni tak boleh dah nak melawa sangat you all.Track dengan t-shirt sudah.Hmmm.

 

No more fashionista looks.Buhbye.

 

IMG_1561hyun-bin-as-chadonam

 

Nyah dengan pakwe baru.Jangan marah Doktor Farhana.matching gitu you all.Hek3,gelak kuda malu-malu.

 

 

notakakiku : cabaran berpraktikum semester ini.setapak ke dunia perguruan.