KAWAII GADGET'S CONTEST

 

Salam satu bloggers.

Entry ni khas untuk KAWAII GADGET'S CONTEST.

Nyah terjumpa masa check list belog-belog femes yang terpilih untuk pertandingan belog tu la then termelawat dalam belog Mommy Pinky (referral) kemudiannya tersadai la ke belog KAWAII GADGET'S maka terjumpalah contest kawaii ni.

Sila klik untuk join ae.

 

contestbanner

Selama ni nyah tengok J-Drama selalu je dengar perkataan kawaii lepas masuk belog ni baru tahu kawaii tu apa.Naif giler nyah kan?Hmmm.

Sapa-sapa nak tahu boleh buat spot check untuk tahu makna kawaii tu ae.=)

Untuk contest ni nyah tag 3 rakan bloggers yang ternyata sekali punya masa untuk membuat entry ini.Mereka adalah :

Zikery Hassan

Bella Pinky

Ahsfantasy24

 

Lain orang lain selera lain lagu pilihan bukan?

Okeh untuk contest ni lagu pilihan nyah adalah : Beautiful dari Christina Aguilera.

Lagu ni sangat bermakna bagi nyah apabila nyah rasa down atau kurang motivasi lebih-lebih lagi bila terkena hentaman manusia yang sentiasa iri hati atau berniat tak baik pada nyah.Lagu ni jugak akan buat nyah bersemangat untuk bangkit dan refresh diri untuk terus berdepan dengan pancaroba hidup ini.

Nyah akan dengar lagu ni sambil fahamkan lirik dia sampai otak nyah akan hadam makna lagu ni sebabnya setiap kali lepas dengar lagu ni even berjuta-juta kali dengar nyah akan hilang ingatan.Sila rehda sebab penyakit mudah lupa ini.T_T

Biasanya nyah akan dengar berulang-ulang kali dan bila part chorus nyah akan nyanyi dengan penuh semangat dan penuh bertenaga walaupun hasil yang keluar mampu mendatangkan seranah manusia sekeliling.Heeee

 

I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down
So don't you bring me down today

 

Setiap kata nista atau niat jahat orang tak akan menjadikan nyah lemah sebaliknya semakin kuat dan bersemangat untuk berdepan dengan masyarakat.Bukan kata nista je tau mana-mana halangan yang berniat untuk menjatuhkan motivasi nyah membuatkan nyah berani dan tahu untuk membuat keputusan yang baik mahupun buruk sebabnya nyah selalu berpengalaman berdepan dengan keadaan ini.

Sesungguhnya halangan ini datang akan membentuk kita  menjadi tabah untuk menjadi diri sendiri dan tak mudah tunduk pada halangan.Setiap halangan ada jalan penyelesaiannya tapi kita sendiri yang harus mengerakkan diri kita sendiri.Pada tuhan kita memohon arah petunjukNya dan lagu ini hanya perangsang untuk nyah berani untuk mengambil langkah seterusnya.

Kalau berdepan dengan masalah jangan mudah berputus asa.Tuhan ada sentiasa disisi.Mengadu la pada tuhan.Insyaallah doa kita didengariNya.

Opppsss,dah macam entry agama la pulak kan?

Heeee,xpe kadang-kadang kita kena balance jugak kan,tak kan nak menulis merapu merapan je.Heeee.

Harap entry ini dapat dibaca oleh juri dengan tersenyum riang =)

Menang atau kalah bukan isunya tapi kalau terpilih apa salahnya,tu stadium Bukit Jalil nyah tadahkan tangan nak terima hadiah.

 

notakakiku : update seterusnya dari…..rahsia =)

Ini Style Saya Da Contest

Hye salam satu bloggers.

Hari ni disebabkan hujan yang lebat bagai mencurah-curah makanya nyah bertapa saja kat rumah,duit tak ada nak berjalan ke mana?Kalau hujan nak berjalan jugak mesti pergi tempat yeng berteduh yakni tempat-tempat merbahaya dan menghairahkan seperti shopping complex yang tengah menggila sale tahap orang gila-gila.Apa ko ingat nyah anak tokey Bank Negara apa?Heh

Sambil berbelogjog tadi nyah terjumpa satu belg yang buat satu contest ni.Nama contest ni adalah Ini Style Saya Da Contest.Tuan punya belog yang baik hati ni namanya Cik Fatin.

Hye Cik Fatin!!!!

Sapa-sapa yang nak join boleh click kat banner bawah ni ae,secara percuma anda dibawa merentasi dunia kabel ke contest ni.

DSC02798

Contest yang simple,menarik dan menjadi kegilaan gadis-gadis you all,nasib baik nyah dah jadi pompuan.Gediks.

Makanya dengan mangganya,eh vangganya nyah menyertakan sekeping gambar khas untuk contest ini yakni kalau tayang kat mak-mak mertua dia akan pening kepala samada nak terima atau reject.T_T

 

IMG_1091

 

Tampil yakin,selesa dan bergaye

Ini lah style saye!

 

notakakiku : musim tengkujuh telah tiba.

kekerapan gadis jatuh cinta

Salam satu bloggers.

Dalam setahun berapa kali kamu akan jatuh cinta?Adakah sekerap nyah yang tiap kali layan cerita korea akan jatuh cintaz?T_T

Jatuh cinta lagi ni.Ommmoooo.

Kali ni pada hero dalam cerita Prosecutor Princess.

Park Si Hoo,sambil sebut nama dia dengan muka gatal,bukan gatal yang garu tu la.Ish.

First time kenal dia dengan cerita ni,lepas tu terus khayal dengan dia sampai last episode semalam.Semalam punya la bernafsu sampai nekad layan cerita 7jam non stop.Lepas subuh baru tidur.Tidur pun berulit mimpi dengan dia.

Waaaaa,kronik.

Tahu.T_T Tapi kenapa ramai antara kita muda berjangkit penyakit ni,bila tengok drama melayu,tak pulak siap maki-maki lagi.Heh.

parkshi2y

Suka tengok dia pakai serban orang baru balik haji ni.Nanti kita kahwin kita sama-sama pergi haji ye sayang.Aummmm..

Lepas tu nak kasi orang tak kenal sayang sangat kan,bila kat public you pakai la spek gojes macam dalam filem robot-robot.I pun rasa macam public figure kalau jalan dengan u sebelah even sebagai maid.Heh,tak nak maid nak lover loving la kan.

71776_155881664448227_152717931431267_235274_5855682_n

Ommmmooo,aku suka bebonor tengok dia pakai spek ni.Rasa macam dia cover kegatalan mata dia memandang ke arah diri ini.Hahahahaha.

Nanti kita jalan sama-sama kita candid gambar sesama ae sayang,macam you berlakon dalam cerita ni ae.Konon-konon kita berjalan keliling Tasik Taiping.I ada impian nak buat pre-wed kat sana,I sanggup tau dari Kelantan nak pergi sana.

39316_10150252834405721_374582135720_13796357_5028586_n

Dia ni muda lagi tau,umur 32,sesuai dengan taste nyah suka lelaki matang ni.Haaaa,ayat ni ada kebarangkalian menyebabkan nyah bersilat dengan abang nyah ni.Tak pe sayang,I heart you most.Hehehehehe.

Sekarang Korea Selatan dengan Utara berperang.I harap you tak turun berperang even I dah tahu you dah buat service apa nama tu.Nanti I beli tiket untuk you dari sana terus sampai ke Kedai Lalat.Kalau boleh I memang nak selamatkan semua hero-hero kacak kegemaran I tapi isau you kecik hati pulak.Hehehehe.

park_shi_hoo_3

Apa yang nyah suka pasal dia ni sebab bila dia senyum dia nampak manis.Rasanya ramai gadis suka pada lelaki yang manis apabila senyum ni.Sebab dari nak marah jadi sejuk.Hati pun riang,mood pun baik kan.

 

Ohhh Park Si Hoo.I'’m in love you.Jap ke I’m in love with Seo In Woo.Argghhh tak kisah la.

 

 

notakakiku : minat punya pasal sanggup request kat pakwe sendiri suh potong rambut macam dia.

Picture of My Life Contest

Salam satu bloggers.

Malam ni nyah nak jawab soalan SPM Bahasa Melayu Penulisan 2010 dengan  no kod dah tak ingat dengan tajuk Picture of My Life Contest dengan mengepilkan sekeping gambar yang akan menjadi isi cerita penulisan ini.Penulisan BM tapi tajuk karangan BI,perghhhh,aku tatau nak kata apa.

Soalan penuh boleh didapati dengan menekan gambar di bawah.Sila klik.

 

P10000661-300x225

 

Di harap para pemeriksa akan menanda skrip ini dengan menitik beratkan tatabahasa dan segala format berkenaan penulisan ( sudahlah kalau luluih pun jadi dah ni )Berdebar ni,maklumlah pertama kali jawab SPM.Cuak cuak cuak.

Good luck kepada semua calon-calon SPM 2010.Peace Fingers crossed

Sebelum tu izinkan nyah untuk mengetag tiga rakan bloggers ini.

Zikery Hassan

Doktor Farhana

Ahsfantasy24

Sebelum nyah mula mengarut panjang-panjang,berikut adalah karangan nyah berserta gambar.

Ini adalah gambar raya tahun ni selepas setahun ‘dia’sembuh dan kami masih boleh beraya bersama-sama.

 

74221_103380173066207_100001826744290_20192_4526363_n

Saya panggil dia cik.Cik jugak sama dengan ibu,mama,umie dll.Cik saya bernama Tuan Ramlah Tuan Mat.

Cik bukan sekadar cik malah juga cikgu saya.Cikgu yang paling saya takut sebab paling bekeng = garang dan paling pemurah dengan cubitan.Setiap inci tubuh saya ini pernah mendapat kesan lebam biru.Cakap saja dimana kebanyakkannya telah dihinggapi tangan berbisanya T_T


Sekarang tak lagi tapi telinga yang menderita.Buat salah kena bebel kadang-kadang dia di dapur saya dalam bilik di atas pun boleh dengar.Rehda saja lah cik saya suara bernada speaker yang kadang-kadang mengalahkan speaker masjid.Ohh melampaunya analogi.

Sehingga satu saat,satu saat yang paling genting dalam keluarga saya.Cik disahkan mengidap barah payu dara peringkat kedua.Masa tu saya sedang belajar di IPG Kuala Lipis,baru saja mendaftar dua minggu.Saya tak tahu menahu ianya barah sehinggalah dua malam sebelumnya,itu pun kerana sepupu saya yang bagi tahu.

Saya telah berusia 18 tahun dan kadang-kadang dinafikan hak sebegitu.Saya tak pulang sebab saya takut dan tak berani untuk berdepan dengan situasi itu.Biarlah saudara mara nak kata apa.

Sebulan kemudian baru saya pulang ke rumah.Cik tak jemput saya di stesen keretapi.Saya pulang ke rumah,sepi dan saya lihat cik di tepi dinding.Lemah sugul tak bermaya.Tiada lagi suara speaker dan dia juga tiada daya untuk mencubit saya seperti dulu.Guru yang garang juga tiada melainkan seorang wanita yang lemah berdepan penyakit pembunuh wanita nombor 1.

Hari demi hari saya melihat perubahan cik,dari sugul tak bermaya kemudiannya rambut gugur,gugur dan gugur dan kemudiannya tiada.Emosinya juga tidak stabil,lebih senang berada di dalam bilik,diam tidak berkongsi cerita menarik di TV sebelum ini,diam dan sangat diam.

Adik lebih banyak mengambil alih tugas cik,memasak,membasuh,menjemur dan mencuci.Hampir dua tahun.

Hampir dua tahun saya menjamah air tangan adik saya ( abah tak selera makan masakan saya T_T ) dan air tangan abah.Dua tahun juga cik tak memasak,dua tahun juga cik tak mengosok pakaian dan dua tahun semuanya.Dua tahun juga cik tidak ke sekolah untuk mengajar dan dua tahun abah terpaksa berulang alik ke sekolah dan hospital untuk menghantar cik ke HUSM.Dua tahun juga saya berulang alik dari Kuala Lipis selang dua minggu.Tapi kawan-kawan tak paham,selalu perli kata selalu balik.Saya rehda.

Dua tahun kami sekeluarga berpantang makan tiada makanan bergoreng melainkan direbus dan dibakar dan dua tahun tanpa membeli daging melainkan di musim korban sahaja.Dua tahun kami mengurus diri tanpa bantuan cik.Dua tahun saya dan adik membeli barang dapur berdua dan abah menunggu di parking.Dua tahun.Dua tahun semua menjadi dewasa.

Dua tahun saya melihat cik saya masuk wad untuk kemoterapi dan radioterapi.Dua tahun juga saya mendengar orang berbicara tentang cik di belakang tentang cik menyembunyi diri dalam rumah seolah-olah mereka tidak memahami kondisi orang sakit.Dua tahun juga saya mendengar cik membuat latihan tangan dengan takal yang abah buat khas untuk cik di berand.Dua tahun juga bunga-bunga diluar layu sayu dan ada yang mati kerana tidak ada yang sudi menyiramnya.Dua tahun.

Biarlah dengan dua tahun itu,dua tahun yang penuh ketakutan bagi saya.Takut kerana risau kehilangan cik.Cukup.Saya tak akan mengeluh dengan apa yang kami hadapi dengan dua tahun itu sebab dua tahun itu membuatkan saya amat menyedari betapa pentingnya cik dalam kehidupan kami.Dua tahun sebelum ini lah saya baru reti untuk mengucapkan selamat hari jadi,dalam dua tahun ini,tak terdaya untuk meluahkan dengan kata-kata saya tunjukkan melalui perbuatan.

Maafkan anakmu yang pemalu ini cik.

Kini saya cik sudah sihat.Sudah masuk dapur,masak masakan kegemaran kami.Biarlah yang lain kami urus sendiri.Yang kebiasaan kami selama dua tahun ini kami urus sendiri.Kami sudah biasa dan berdikari.Cik juga semakin sihat,mula aktif.Sudah mula memandu kereta sendiri,sudah aktif berjalan keliling kedai kain memilih kain.Semuanya kembali seperti biasa dengan masing-masing sudah dewasa dari usia masing-masing.

Dua tahun cik berjuang diri bukan untuk diri sendiri malah untuk kami.Terima kasih cik,sesungguhnya apa yang berlaku membawa hikmat tersendiri.Terima kasih kerana menjaga dan melahirkan kami.Menjaga makan minum kami sebelum ini,mendidik kami dan mencubit kami juga T_T.Terima kasih kerana terus berjuang menahan sakit untuk kami semua.

Ali sayang cik.

masuk keluar hotel dengan makwe

Salam satu bloggers.
 
Nyah punya aims sepanjang cuti ni nak update sekurang-kurangnya satu entry setiap hari lepas make up lawa-lawa belog tapi macam hampagas sebab rasanya dah langgar janji sebab asyik jimba-jimba.Heh.

 
Nyah jimba-jimba sampai penat badan,penat otak,sampai kena tegur kat mak nyah sebab asyik keluar dari rumah macam rumah ni macam hotel boleh check in dengan check out.

 
Apasal aku menulis macam tak cukup nafas.Heh.

 
Sebabnya.Gelak laju-laju dulu.

 
Nyah sedang menyorok diri dalam rumah.Hahahahaa.Mana-mana kawan nak ajak nyah keluar memang tak akan jumpa nyah.Kawan-kawan nyah ni jenis tak ada sensitiviti yang tinggi.Tengok-tengok dah sampai depan rumah dengan lawa-lawa ajak keluar jimba-jimba.

 
Nyah pantang keluar gaya karipap segera ni sebabnya penampilan akan menjadi sangat mak cik-mak cik.Serabai ko nokkkss.Depa lawa-lawa maca datin-datin wannabe.Mana aci.
Tak kena la,gandingan macam bibik-datin je.

nyah bersama kawan nyah.percayalah sangat :p

 
Hari ni dok diam-diam je.Nyah dah pesan kat adik-adik cakap nyah dah keluar kalau ada spesis call cari nyah.

Nyah tak larat kena tegur kat mak nyah,sebab bila nyah penat,nyah tidur kemudiannya bangun ala-ala jetlag.Lepas tu malam-malam aku melalak la sorang-sorang mengilai tengok cerita korea.Lepas tu abah terjaga bangun malam sebab ingat ada kuntilanak.Boleh ke?
 
notakakiku : Hye Kak Yuyu!!!Rolling on the floor laughing

Alahai Kalau Dah Sampai Seru

Salam satu bloggers.

Gulagula kapas nyah dah balik ke UMP,katanya nak berlatih silat untuk pertandingan.Pergilah,ku relakan pemergianmu sayang.Balik kan jangan tangan kosong,pastikan perut ramping kembali dan bawak balik pingat,tiga minggu kat sana kalau tak menang aku silat ko balik.Heh

Tadi nyah pergilah berjimba-jimba,bajet nak cuci mata tengok tiang-tiang balak semua tapi tu la budak-budak je.Heh

Masa tengah cuci mata tu tiba-tiba Whiteberry nyah berbunyik.Dalam hati,sudah kantoi terus.

 

Dia : Awak kat mana?Saya sampai kat jubur dah ni

Aku : Jubur sapa? :P

Dia : Hahahaha,Jabol la sayang.

Aku : Tengah jimba-jimba ni.Lalalala

Dia : Selalu macam tu,ajak semalam tak nak kuar.Huh

 

Tengah jimba-jimba terjumpa kawan sorang ni sambil tangan beliau menghulur sekeping kad.Wahhh kad yang berbau wangi yang tertera nama beliau bersama pasangan.Luluh hati aku,ramai kawan-kawan nyah dah bertunang,dah berkahwin dan ada anak dan ada jugak bercerai berai.Heh,tu pun nak cerita ke?

Tak kisah la wei,jodoh masing-masing la kan,kan dah tertulis.Setiap Hawa ada Adam masing-masing kerana Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam.Lepas tu kan kalau Adam kawin dua tiga,tulang rusuk dia yang hilang tu tak ada dua tiga jugak la ni.Ni nak kena buat xray ni.Lepas tu kan,berapa kali lepas tu ni.Heh

Awas,mana-mana Adam yang tak ada tulung rusuk lebih dari satu,Hawa sila lari jauh-jauh.

 

IMG_1339

 

notakakiku : some people came into our life and quickly go-some stay for awhile but leaved footprint in ours life-then we are never-never the same

Alahai Kenduri Kahwin

Salam satu bloggers.

Nyah penat lagi dik non,seharian berjimba dengan skandal lesbo dengan gay Malaya masa kini yang kalau tengok muka dia orang sah-sah rasa basah-basah sebab nak marah sebab memang kacak dengan lawa.Heh.Puji dalam keji omputeh kata.

Berderet kad jemputan kahwin kat rumah,bila nak habis nyah pun tak tahu.Gawatlah kalau hari-hari makan daging,naik pom pum pam la muscle nyah di perut ni.Naik sampai berlipat. :P

Tadi kan nyah pergilah kenduri kahwin anak abah.Terharu giler nyah tau ko nokss,sebabnya dah banyak tahun nyah pergi kenduri inilah pertama kali selepas berdekad kenduri yang bagi makan dengan daun pisang pinggan.

Terharu dia tu sampai nak makan banyak-banyak tau.Memang jarang dah rumah bagi pinggan kat sini melainkan kalau ko orang pergi kenduri di hotel tak pun dalam dewan.Bapak kedekut kalau pakai pinggan plastik dalam dewan yang Grand Livina tu.

Lepas tu kan,door gift dia kan sarat dengan harta karun.Mana tak sarat,sebiji epal,beg duit kecik tu,sampul tangan dengan gula-gula.Yang menerima ni suka la,yang nak memberi tu berat hati kot.

Kesimpulannya nyah kahwin nanti nyah nak buat habis jimat.Contohnya kad kahwin tag kat FB tak pun photostat pakai kerja A4 yang bila potong-potong dapat 4.Hahahaha.Door gift tak bagi terus boleh tak?

Sumpah kena keji kat ang pa semua.Larikkkksss!!!

Jap nak tayang hasil berjimba siang tadi,eh semalam punya.Hari ni punya tak upload lagi.

 

IMG_1096

-Pashmina-Inner 2 Tone-Turtle Neck-Blouse-Skinny Jean-

 

notakakiku : esok jimba-jimba lagi.