Saya Sayang Maktab ni Kerana..

saya sungguh sayang malah teramat lah sayang kepada IPSMB kerana di semester baru ini,banyak perkara baru yang saya porolehi....

sesungguhnya saya sayang IPSMB kerana ia mendidik saya untuk menjadi guru yang baik malahan sopan serta pada masa yang sama meningkatkan sifat hipokrit dikalangan para guru pelatih..

saya sayang IPSMB kerana,HEP baru-baru ini mewartakan guru pelatih wanita tidak dibenarkan memakai tudung bercorak yang berharga RM1o yang dibeli di pasar malam kerana mahu meningkatkan produktiviti tudung sulaman tangan dan batu-batu yang semakin berlambakan dipasaran kerana mahu menanambah isi pendapatan kaum Melayu.

Saya sayang IPSM kerana,guru pelatih wanita tidak dibenarkan memamkai jeans kerana war-war akan meningkatkan keberahian guru pelatih lelaki IPSMB terhadap guru-guru pelatih wanita di sini yang mempunyai susuk badan yang menarik dan menggoda.Malahan sayang saya makin bertambah apabila disebabkan hanya kaum lelaki yang dibenarkan memakai jeans ini menyebabkan pelatih guru wanita semakin ghairah melihat jeans yang dipakai guru pelatih lelaki dan bagi mengelak ada kes guru pelatih wanita terangsang berlebihan terhadap guru pelatih lelaki maka diumumkan pagi tadi guru pelatih lelaki juga tidak dibenarkan memakai jeans dikhuatiri membahayakan mereka.

saya bertambah sayang lagi pada IPSMB kerana pengumuman terbaru di blok berbunyi:semua guru pelatih wanita tidak dibenarkan memakai jeans dan slack dan hanya dibenarkan memakai seluar track sahaja mulai 27.6.2009.Ini lah k=hadiah hari guru yang bakal IPSMB raikan selasa ini.SAya amat bangga menjadi warga IPSMB....

Nasib baik la IPSMB berada diceruk kampung,jadi tidak lah kekot untuk memakainya untuk shoping di SUPERMAS atau ke Jertih.Menambahkan rasa sayang saya kerana air pula tiada,seoalah2 paip air juga bertumpang simpati dengan kami...

apa-apa pun saya sayang IPSM...

2 anak murid:

aLia said... []

ahahaha,
yeah syg.
pakai suar track aje.
takat balik rmh ku di k.L pon kna pkai gitu.
xtahan aku, arghh.

.alie. said... []

mesti org2 stesen pandang je kot..
macam jelik je turun bus dengan track..
bak kata kawan aq...macam busuk je