sampai bila nak bergantung kepada orang?

Salam satu bloggers.

Mula-mula kita senyum lebar dulu,pastikan sehabis luas mulut anda yer.Kenapa?Sebab malam ni adalah malam Jumaat,sila senyum lagi.Kalau orang kahwin suka la kan,senyum sampai nak terkoyak mulut tapi kalau yang bujang annoying tahap nak arwah sebab banyak iklan malam Jumaat seperti meraikan malam itu.Heh. Seumpama memperli golongan bujang seperti kita.

Kenapa tak buat iklan malam Jumaat malam untuk kita beribadat.Okeh fine,yang tadi pun ibadat juga ( ko yang belum bersunat kawin bagai jangan gatal-gatal ) Okeh itu bukan pointnya.Hahahaha.Sila rehda bila anda membaca belog ini.Anda akan dibawa entah kemana-mana yer.

Nyah cuma nak bertanya adakah perempuan akan bergantung kepada pasangan atau lelaki apabila lelaki ada berdekatan dengan mereka? Adakah ramai yang begitu? Sebab nyah tak macam tu,baik ada lelaki atau tidak nyah lebih senang berdikari membuat sendiri melainkan di luar batasan kudrat wanita yang tak seberapa ini.Contohnya : angkat beg yang berat tawaf KBMALL dan  membantu drive kereta sebab malas.Fine itu saya.

Tapi kalau sampai nak makan,nak bergantung kat lelaki dan kalau tak ada lelaki tak nak makan,Itu namanya mengada-ngada okeh.Nak jugak bontot orang atau dengan kata lain nak bergantung kepada orang.Tolonglah,masing-masing dah besar tak kan nak bergantung sampai tahap tu.Nak makan nak kena tanya,ajak tak mahu turun,malas nak simpan lemak.Heh.

Kesimpulannya jangan bergantung kepada orang sehingga buat orang meluat.Hudoh tau.Sekali tak apa lagi,banyak-banyak kali sorry naik lori la.




notakakiku : rindu nak makan burger abang depan pintu pagar IPG KKB  =(

2 anak murid:

Jard The Great said... []

heeee...... suka mlm jumaat.. lalala

.alie. said... []

sapa x suka xnormal kan?
heh