gah tapi perlu gagah

 

Salam satu bloggers.

NEW YORK – Millions of young women may envy of Kate Middleton’s engagement to Prince William, but Andrew Roberts says they should be relieved to miss out on the onerous, boring, and unending life of being a royal.

Hah? Betul ke?

Tak kisah la,saya rela pak cik Andrew,sambil hentak-hentak kaki laju-laju nak kahwin jugak dengan Prince William.Air mata dah berjujuran dah ni.Crying face

Tapi bila baca huraian pak cik Andrew dalam buku dia,ada sebab jugak la akan membuatkan kita betapa susahnya apabila menjadi seorang puteri,seorang Royal yang terkenal di dunia.

 

Contoh :

Dia anak jutawan,dia ada harta dia sendiri tapi dia tak boleh sewenangnya guna duit dia sebab segala pendapatan dia akan dipaparkan dan dibincangka dalam parlimen Britain.Kalau nyah la kan,apa susahnya,duit aku,aku punya pasal la kan.Apa kes nak kawal-kawal ni kan?Heh.Emo sebab nanti tak boleh shopping banyak-banyak.

Dia kena bersikap neutral dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang kontrobasi.Heh.Yang ni biasa je kot,sebab mana-mana Royal pun kena jaga mulut sebab mereka harus bersikap neutral untuk rakyat mereka.Perlu menghormati organisasi rakyat berpelembagaan.Hello Britain pun kerajaan berperlembagaan jugak okeh.

No bad hair days.Hahahaha.Best apa,rambut semua orang tolong set kan.So tak ada masalah kelemumur dan rambut mengurai macam Kaliwong.Guna jari rambut pun dah lembut.Hehehehe.Oh nak minum pun limit dua gelas je tau,ish seksa je.Minum pun nak kawal.Memang patotlah sebab yang dia kawal tu had limit minum wain.Heh

Kerja dia pergi majlis pembukaan sekolah,gereja,hospital dan apa-apa je la.So kena senyum,kena bertegur dengan semua,dengan friendly dengan semua tanpa bias.Kena bersalam dengan dengan semua orang.Kalau tangan dia berkudis pun kena jugak.Kalau dalam hati meronta memang fail la,makanya terserlahlah hipokrit.T_T .Dulu salah satu sebab Lady D memberontak adalah sebab dia dipulaukan dan rasa hipokrit dalam keluarga diraja.Kalau boleh tak payah la bercerai-cerai Wiilly dengan Kate ni yer. (padahala kahwin pun belum lagi )

Bila pergi melawat bapak mertua tak jadi nyah,Prince Charles di Scotland dia kena happy dan riang je sebabnya rules kat sana kena bangun selewatnya pukul 6.15am.Alalalala,ececece standard nyah je tu nak pergi perhimpunan pagi.No biggie la.Bangun awal ta mati pun.

Seluruh hidup beliau perlu ramah dan mesra rakyat selepas bergelar Princess Kate Middleton.Harus.Sampai la dia beranak cucu semua.

 

Macam ni sebenarnya,dalam mana-mana pilihan yang kita buat,kita kena berani dan bersedia untuk berkorban.Tak akan ada jalan yang mudah untuk semua benda tau.Pengorbanan tu samada dalam bentuk fizikal mahupun mental.Kekuatan tu yang paling penting,sebab tu kita perlu gagah.

Lebih-lebih lagi perempuan,kita tak boleh sentiasa begantung kepada lelaki.Kalau lampu tak nyala,kita pun boleh je nak tukar pasang sendiri.Mana yang terzahir kita cuba buat sendiri.

Nyah kesian tengok perempuan yang asyik bergantung pada lelaki/suami.Semua benda nak berpaut kat bontot laki.Once suami tak ada/meninggal/dicerai maka masa tu susah sangat nak bagun berdiri.Masa tu perlukan sokongan yang padu dari orang sekeliling.

 

Kenapa kita sendiri tak cuba untuk berdikari dengan memakan kari Smile with tongue out

notakakiku : kita pun superwoman apa Open-mouthed smile

0 anak murid: