awek cun kena rasuk depan rumah

Tipikal abah dengan cik (ibu) selepas makan malam adalah keliling kawasan rumah sampai penat.

Abah akan berbual dengan pokok buah-buahan dan cik akan membelek pokok bunga.Apa ke jadah malam-malam gelita nak tengok pokok,bukan nampak pun.Kan ada pontiyanak tersengih tak ke sawan.

Malam tu meriah sebab depan rumah kami tengah get ready untuk kenduri esok harinya.Aku pulak jenis anak puteri emas jadi tak berminat nak tayang muka malam-malam keliling rumah,makanya aku online sahaja.

Tiba-tiba...

Cik melompat terkejut sebabnya ada orang menjerit di depan pintu pagar.Okeh nak describe sikit : bunga rawang atas pagar yang emas olok-olok tu hilang kena bedal entah siapa.Jenis gilo ko besi.Heh.

Mana tak terkejut,mahu aku terkincit dalam seluar dalam.Seorang perempuan tiba-tiba menjerit meraung secara tiba-tiba.Elok-elok tadi jalan lek lok,muka dah berkerut menjerit-jerit tarik rambut.Meraung pulak mengadap cik.

Pesen macam dalam slot seram.Nasib baik gate dah kunci.Sah-sah kena rasuk.

Orang ramai dah mula pegang dia.Perghhh dalam menjerit-jerit sempat dia tendang orang.Memang seram.Orang bawak masuk dalam kereta nak hantar berubat dia tendang sampai bergoyang kereta.

Balik rumah semula,sebab pak cik tu tak ada kat rumah.Aku jenis pesen penakut.Tadi rasa nak berak tapi kepala taik masuk balik.Sapa nak tolong aku basuh kalau masa aku tengah berak,dia melaung lagi.Memang sah-sah aku lari tak basuh punggung.Heh

Malam tu dia menjerit-jerit tak reti nak penat.Panas kena ayat kot.Bilik aku pulak mengadap ruang tamu rumah sebelah.Takut tak takut aku layan kdrama kuat-kuat sampai lena.

Menjerit la sampai penat,jangan tetiba meraung ketuk tingkap aku,kan ada yang kena basuh tilam esok pagi.Perghhh..

9 anak murid:

Kapten Atok said... []

haha
malam ni dia datang lagik

nora said... []

@Aimi dan Pakcik Hashim

datang cari ko :P

nora said... []

@HaNa Hani

i tak rasa bahaya tapi serammmmm...

Adziim said... []

blog mlm2 berani pulak.

FarhanaDr said... []

Kene cari tandas portable. Bawa ke sana ke mari. Hahaha. :p

hamzah ian said... []

kakak gua pernah kena rasuk..

gua takut gak.. hahaha

nora said... []

@hamzah ian

lau lu leh takut,gua lagi lew...

nora said... []

@FarhanaDr

kena sentiasa berada dalam safety zoone macam ni...ekekekke

Scya Lollita said... []

cik scya pernah kena tmpar dgn mkcik mse dye kne rsuk -___-''
kne buatan oorg )';