nyaris arwah

Nyaris-nyaris nak masuk hospital dan jadi muka depan akhbar.

Takut.Seram.Ketar-ketar tangan  tapi tuhan masih sayang.Tadi masa drive nak balik rumah,aku cuba potong trelar depan lepas tengok kereta belakang aku lepas potong trelar tu.

Trelar tu bergerak dalam 60km/s.Unser belakang aku tu pulak potong dengan speed yang biasa-biasa.Tak sampai 100km/s sebab aku perhati kereta tu.

Jalan clear.Viva jalan sebelah nampak jauh lagi.Slow je.

Aku tekan button pick up gear.Meter naik sampai 100km/s then bertambah.Aku dah kat tengah-tengah antara jarak trelar then aku perasan Viva  yang mula nampak macam B*b* tiba-tiba tekan minyak.Jarak makin dekat.

Nak kedepan memang tak sempat.Samada akan terlanggatr Viva mahupun terlanggar kepala trelar masa nak mencilok atau akan terbabas sebelah kiri atau mungkin Viva,Myvi dan trelar akan bertemu.

Adrenalina aku mencanak-canak.Aku tak boleh nak masuk line belakang trelar dgn slow kan kereta.Tak sempat.Aku ada satu je pilihan.Brek mengejut dan ke kanan jalan dan jangan sampai langgar pokok.

Tuhan masih sayang.

Aku tekan brek sampai rapat sampaikan aku boleh rasa brek tu tak seperti biasa aku tekan brek mengejut.Selamat.

B*b*  tadi melintas kereta aku.Biasa-biasa saja.Tak tekan hon seperti kebanyakan kereta memandu yang lain yang akan marah bila ada pemandu lain membuatnya terancam.

Aku tak faham kenapa bila dia nampak kereta aku tgh potong dengan lajunya.Dia di jalan setentang pun tekan minyak mengejut.Nak bunuh diri ke?

Aku perasan kereta dia kereta sekolah memandu.

Awak panik macam mak cik ni ke?

http://www.youtube.com/watch?v=G5qx_GLsD2I


Aku pun salah jugak.Tak dengar pesan abah.Jangan sesekali potong trelar.Dan ni kali ketiga kes aku potong tak lepas dan dua kali melibatkan trelar.

FObia dan deman.

4 anak murid:

cikpinky said... []

menakutkan =,='

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said... []

Adess...

[z@ck] said... []

biar lambat asal selamat =)

Selendang Merah said... []

lepas nie jgn potong dh ya..bahaya..