Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

kompidem tahap agung

Benda ni dah lama tapi peram-peram tak basi tak pulak jadi tapai tapi jadi kenangan.Kalau cakap pasal kenangan tak payah cakap la,dari kenangan membanggakan diri sampailah menjatuhkan diri memang banyak la sangat.Tu tak kira lagi kes syok sendiri.Heh.*Terasa

Dulu masa Kelantan bawah kepimpinan PAS,masa jalan raya dua tingkat tak siap-siap lagi dari zaman aku keluar ambik result SPM sampai aku nak habis belajar ni.*Hmmm.Dulu,nak cakap berapa lama dah kenangan ni la..*Hmmm sekali lagi

Ada sorang member ni,orang kata orang kel el gitu.Orang jenis duduk rumah tak ada laman,jenis tak jumpa sawah padi,tak jumpa lembu,then jumpa kambing peluk-peluk bajet jumpa biri-biri New Zealand then upload friendster.Hah?Nampak tak zaman tu dah lama sangat?*Okeh sila rujuk perenggan di atas.*Hmmm

Kami lalu di satu kawasan yang femes dengan satu jenis tanaman ni.Kalau korang dapat A Geografi memang sure pasti confirm tahu jenis apa tanaman ni..

Dengan muka inosen,muka jenis jalan-jalan petang keliling Mid dengan bangga dirinya meluahkan rasa kekagumannya terhadap kuasa Tuhan Illahi.Tak salah tapi tahap confident dia tu aku tak tahan…


‘Woooowww,suburnya tanah sini.Besarnya gila sawi sini.Geram dohh’


Ni aku kecik hati ni.Sawi dengan tembakau pun tak kenal.Siapa cikgu dia ni?Tak beli kamus bergambar ke kecik-kecik dulu?

Cuba teka mana sawi,mana tembakau?



*orangnya study di Australia sekarang,kalau dia tahu,mahu dia bahang aku kang…

pesen tak malu

Cuti aku di pertengahan tahun biasanya akan lebih seminggu daripada cuti sekolah. Rasionalnya kalau cuti sama baik aku masuk sekolah dan bukannya maktab.Gitu alasannya.Heh.

Jadinya seminggu ni adik-adik dengan cik abah semuanya pergi sekolah.Sebagai anak yang ala-ala nak kena sumpah jadi batu,aku selalu bangun bila aku nak bangun sebabnya aku tidur pun bila aku nak tidur. Orang tidur aku melompat-lompat dalam rumah,masa tu la kerja yang cik bagi baru aku nak buat.

Contohnya vakum ruang tamu.Kek dah pukul 2 pagi aku vakum sampai dapat masej dari abah.

‘kalau tok sir kena tibe (pukul) bo vakum’

Heh.

Pagi tadi aku bangun awal.Rasa mengidam nak makan ais krim.Gila western,mat salleh pun tak bantai ais krim pagi-pagi.

Menahan napsu sampai tahap mengigi-gigil macam duduk di kutub selatan,aku buat keputusan pergi beli ais krim.Jenis iman senipis bawang gitu lah pesen.

Jenis pemalas, pakai ala kadar dengan seluar track busuk bawak kereta pergi supermarket depan USM. Aku jenis independent okeh,bukan jenis rasa loser bila keluar sesorang.

Sampai je terus turun keta bukan golek-golek.Kalau golek-golek kan ada terkejut sampai kencing tak ke malu.

Naik je supermarket cari ais krim dengan kon.Bayar terus terun cari kereta.Aku ni jenis mudah menarik perhatian orang,bukan nak tapi jenis mudah menarik perhatian.

Macam pagi tadi jugak.Ramai orang pandang-pandang.

Sebabnya aku turun kereta tak buka spek hitam aku,sampai aku ambik ais krim dengan kon ais krim sampai aku bayar.Gila jakung.Masuk kereta baru aku sedar.

Perghhh gila smart,pakai spek hitang dengan seluar track busuk pergi beli ais krim.

Tobak aku dop g doh nirwana.

hantar rombongan pengantin

Sekarang musin orang mengawan.Ramai orang mengawan. Aiphhh.

Buktinya haku dapat banyak kad undangan jemputan ajak makan hayam yang bukan ajak-ajak hayam.Fenim?.

Fine.Info : orang jarang hidang hayam sekarang sebab hayam mahal.

Di suatu petang yang panas terik.

Satu rombongan nak hantar pengantin.Mereka berjanji nak bertemu di suatu persimpangan jalan.Makanya di persimbangan yang dijanji,satu rombongan telah berada di situ makanya rombongan yang lain mengikut rombongan tersebut.

Maka sampailah mereka ke tempat yang dihendaki yakni rumah penganti perempuan.

Turunlah mereka semua dengan hampir 10 buah kereta dan 18 buah pahar.

Fine.Pengantin mana yang balas pahar 18 balas 18?Cuba jawab.

Yang lain dah sampai pegang pinggang kaut lauk buat makan.

Mana datang 18 buah pahar ni?

Cakap punya cakap.Pom Pum Pam.

Got it.Kita salah follow rombongan pengantin.Pengsan.Maluuuu.

Dan benda tu baru sahaja berlaku.Perghhhh

sakit kata kesakitan,malu kata ....

Salam satu bloggers.

Lega tak habis lagi sebab baru habis satu kertas exam,ada lagi 4 kertas yang melambai2.Kemudian cuti panjang sehingga buka sekolah balik.Wohaaa.Keji gila bila ingat cuti then preparation untuk 4 kertas tak ada pape lagi.Hahahahaha,gelak dalam kesedihan.Sob3~


Sebelum ni tak sempat nak update sebab busy mahupun buat-buat b'z.Sila rehda,nyah bukan gila trafik pun.Hahahaha.Gelak lagi tanpa arah sebab rasanya banyak hari nyah tak gelak2 sebab nak jaga diri.Nyah punya mind set jangan gelak banyak-banyak nanti apa yang nyah baca semua keluar sama laju dengan gelak-gelak.Mitos ke?Entah.


Tapi mitos tu tak boleh jalan sangat apabila suatu petang nyah tergelak-gelak dengan penuh kemaluan.Erkkk..Macam pelik je.Rasa macam dah betul.Abaikan kalau salah,gelak kalau betul.Heh.

Contoh yang tak pelik adalah :
Betul ke salah? 

Pada suatu petang yang indah dengan matahari redup-redup rindu kami keluar bersama-sama.Indah riang bersama gelak ketawa sakan.Tawaf keliling bandar sampai penat kemudian pulang ke pondok masing-masing.


Bila balik ke pondok  menjerit kuat-kuat sebab rasa sangat malu yang amat. Sumpah sangat malu yang tak reti nak tulis macam mana sudah. Benci,benci,kata hatiku.Rasa ternoda tanpa rela walaupun tak confirm.Bencik tau.Nyah tak suka...


Kenapa?

Apa perasaan ko orang bila tertengok boxer orang lelaki?Kena pulak londeh pelik pakai boxer spangebob pink.Kan budak-budak pra tengok menangis sakan,spangebob dah jadi pink padahal petang tadi tengok warna kuning lagi.Huh.
 

Apa ko rasa?Sila nyatakan perasaan anda ...........................apabila melihatnya.


Nyah tak nak nyatakan perasaan nyah disini sebabnya apa pulak ko orang rasa kalau  ko di tempat tuan punya boxer tadi?


Nyah malu dan selamanya akan pakai seluar track.Waaaaaaa T_T



notakakiku : jangan tanya kalau tak paham.kalau faham sila gelak jauh2.