begitu begini

Selepas raya memang malas nak update,actually sebelum puasa lagi malas sebenarnya.Malas dalam persepsi yang lebih luas..malas sampai malas nak bercerita.Ini malas yang tahap boleh dihumban ke Pantai Air Tawar.Ini pasti..

Ini nak bercerita al-kisah hidup.Hidup ibarat roti eh roda la,jangan cari nahas:baca entry ini menarik untuk hidangan minda dari Encik Soyuz.

Begini dan bukan begitu kisahnya.Jika kita sentiasa mengharapkan orang untuk menghulurkan bantuan tanpa kita menghulur tangan untuk membantu,maka janganlah terasa hati jika tidak dihulurkan bantuan yang sama.

Jika kita sentiasa berharap hidup ini sentiasa dikasihani tanpa rasa sekumit kasihan dihati ini,jangan la kau menunggu keli di hujung tebing.

Jika orang berusaha untuk menolong kamu,jangan pula berpatah arang dengan mereka kerana niat mereka baik.Jika mereka tidak yakin tapi ada daya untuk menolong jangan pula kamu memandang ke lain.Janganlah berdiam diri jangan pula menghempas pintu itu,kesian abang di bilik pengurusan asmara,eh asrama ( saya malas nak padam :p)

Jika orang ada daya untuk menolong tapi tidak ketahuan,ditanya jawab lah dengan baik.Jangan meninggi suara volume tahap audio konsert Boyence yang tak jadi.

Jika kita bermanis muka,maka manis la muka mereka kepada kita.Jika kita berat bertutur kata,sama juga.

Tapi awas,diajak berperang jika orang tak mahu jangan diuji kesabarannya.Bahana jika orang memendam rasa buruk akibatnya.Sentiasalah bersangka baik kepada orang walaupun berat hati merasa,cubalah maka ketenangan dikecapi.

Ini kerana ion-ion negatif berteriakan lari ke hujung petala membiarkan ion-ion positif berlari-lari riang.

Ketenangan tanpa pengisian dari jiwa dan mental adalah kosong.Tiada damai di angin yang membuai sepi.Malah bahangnya hangat dalam tiuapan..

Jangan ditanya kenapa begini kerana begitu apa yang diperlakukan.

Yang pasti cuma satu,jangan buat jika tak mahu diperbuat.


p/s : kenapa di daun ada semut-semut kecil?






0 anak murid: