the lovely bond

Semalam nyah ingat nak publish entry pasal rakan-rakan bloggers,entah macam mana tulisan tangan tu hilang lepas nyah tersalah tekan delete pada draft tu. T_T .Semalam dah la tengah serabut kepala lutot dah jadi macam tu,nyah pun malas dah nak godek-godek sebab kalau dah delete memang dah hilang kot.Biarlah.Sebab tu nyah update ala kadar dengan formspring je semalam.Janji update.



Hari ni nyah buat review filem-filem yang best untuk ko orang download dan tengok.





PONYO





Citer ni pasal seekor ikan entah spesis apa sebab ayah dia manusia yang boleh hidup dalam air dan mak dia bidadari laut tapi anak ikan la pulak.Nonsense.Abaikan.Kekuatan citer ni pasal kasih sayang anak ikan tu pada budak nama Sosuke.Ponyo sanggup bertukar jadi manusia sebab terpikat kat Sosuke.Ponyo dan Sosuke ni budak tau.Citer ni comel maybe sebab dia orang budak kot.Lagi satu lagu dia tu best,cuma untuk minit pertama tu mungkin membosankan tapi selepas syok banyak-banyak.Suka bila Ponyo sebut  Sosuke.Nyah bagu 5 bintang.




LOVELY BONE





Ni pasal pembunuhan Sosie Solomon.Citer ni bukan kategori horror yang buat ko orang tak tidur lena tapi sekadar nak buat adrenalin merembes dengan tetiba tu boleh la.Kisah ni macam mana Susie recall balik kisah kematian dia.Nampak sadis cara pembunuhan dia walaupun tak ditunjukkan.Rasanya ni keskisah sebenar yang berlaku dalam tahun 1970-an.Susie ni sangat lawa,serius maybe salah sebab dia dibunuh.Motif pembunuhan memang tak dinyatakan tapi lebih kepada bagaimana dia mencari pembunuh dia dan kisah keluarga dia selepas kematian dia.Nyah bagi 4 bintang.


IT'S COMPICATED



Dari picture tu kita tengok orang tua kan.Memang kisah orang tua pun tapi boleh tahan la.NI kisah pasangan yang dah bercerai tapi laki dia gila talak balik nak kat bekas bini tua dia.Atas faktor kesepian la yah rasa bini tua dia tu buat affair balik dan dalam tempoh hubungan tu dia da jumpa seorang duda yang agak baik.Watak tuhero citer Pink Panter.Love him la,xda la dia bercakap omputeh France macam citer tu.Tak rugi untuk ditonton sebab kisah macam ni jarang ditonjolkan.Awas.Agak banyak agenda didalam cerita ni tai tak berat mana pun,biasa-biasa je cuma kekerapan dia je yang lebih. T_T


SHHH..JADIKAN AKU SIMPANAN



Citer ni kelakar tapi ending dia nyah tak paham sebab masalah komunikasi agaknya.Lawak dan higar sebab Acha ni ken halau kat mak bapak dia sebab boros.Otak singkat dia pergi ke rumah yang mengajar perempuan jadi perempuan simpanan.Memang kelakar habis sebab Acha dalam cerita ni naif dan citer ni ala-ala cuci mata sebab ada nama besar macam Julia Perez dengan AYu Azhari.Sapa yang tak kenal boleh google la.Wekxxx..




notakakiku : semua boleh dicapai di syok.org kecuali PONYO.



0 anak murid: