muhasabah diri dari hati

Salam satu bloggers.

Masih bersama Alie dan bukannya nyah.Mood masih dalam perhatian dan penguasaan dari tahap normal.Alie nak share sesuatu dengan semua yang sudi membaca belog Alie ni.


Ungkapan dari seorang rakan kepada seorang rakan :

'Tuhan bukan sahaja berikan kita peluang untuk memilih, tetapi jugak lebih baik bagi kita apabila tuhan berikan kita peluang untuk mengubah sesuatu yang kurang baik kepada sebaik yang mungkin'


Dalam kuasa memilih yang kita anggap kita berhak untuk memilih ( dalam konteks percintaan ),kita cenderung untuk melihat surface area saja tanpa mengambil kira aspek bahagian sisi belakang dan hadapan dan apa saja.


Kita sering melihat kita sentiasa betul tanpa kita sedari pemasalahan yang wujud sedikit sebanyak datangnya dari kita sendiri.


Tanpa kita sedari ada kuasa lain yang lebih berkuasa dari kuasa memilih iaitu kuasa pembimbing.Keupayaan untuk membimbing orang dari perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik.Dalam kes ini andai si dia yang teralpa maka kita harus membimbing dan bukan menuding jari berterusan tanpa sebarang daya usaha untuk memperbaiki keadaan tersebut.


Alie mencari perasaan yang lama dulu,perasaan yang sama-sama kami berkongsi dahulu.Kami akan mencari rasa tu.Benar kata kawan Alie : kami dah lama sangat berkasih sampai lupa untuk menjadi kawan dan member seperti dulu penyebab kami bersama.


 kami pernah berjanji untuk kesini suatu hari nanti



Alie masih mencari-cari.Doakan yang terbaik untuk kami.


kredit kepada jejaka ini,antara kawan lelaki terbaik yang saya ada.




notakakiku : b.e.n.c.i.n.t.a
]




1 anak murid:

zikeryhassan said... []

alie,
andai si dia bukan memilih kamu pada hari ini,
pasti suatu hari nanti ada insan yang terbaik akan memilih kamu.


kembali nyah di blog ni!!

:)