lima tahun bersama

Malam ni kalau di hitung cukup lah genap hubungan kami 5 tahun.Dari 2006-2011.Kalau orang kahwin anak mungkin dua atau mungkin lima.T_T

Lain orang lain cabarannya.Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana kami boleh survive dengan satu hubungan sehingga tahap ni sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan lain dalam tempoh 5 tahun sudah bertukar pasangan beberapa kali.

Saya pun tatau nak jawab macam mana.Kepercayaan?Baik saya mahu dia ada juga ada rasa syak wasangka antara kami.Saya tak mahu rasa terlampau selesa dengan menyangka dia setia kepada saya dan memang benar ada unsur-unsur khianat dipertengahan jalan.

Mungkin puncanya datang dari saya,dan juga dia dan ada juga yang bersifat tak senang hati dan berani mencelah antara kami.Kami merasainya sudah.

Lima tahun.

Kami tak seperti dulu lagi.Masing-masing berubah,perubahan itu mungkin tak disedari atau disedari tapi buat-buat tak sedar.Kegemaran masing-masing sudah berubah.

‘Awak tahu tak saya dah boleh minum soya?’

‘Awak tahu tak saya dah tak suka disentuh,saya dah mula baca buku-buku keagamaan,saya dah labuhkan tudung,shawl bawah dari dada’

Perbezaan semakin hari semakin ketara semakin dalam jurangnya.Cabaran mulai datang.Kita tak seperti dulu lagi tapi kita saling cuba bersabar dan mencari solusi.Seorang marah seorang lagi cuba untuk menjadi sejuk.Tenangkan situasi.

Kita semakin berbeda tapi berbezaan itulah yang membuatkan kita semakin jelas memahami orang tersebut.Persamaan yang sama dalam tempoh 5 tahun adalah membosankan.

Saya juga bosan melayan perubahan dia tapi saya juga berubah makanya kami win-win situation.Jangan mengelak susah tapi ajar diri cara nak atasi kesusahan itu.Itulah kekuatan kita.

Perbezaan adalah pelengkap antara kita seperti celah-celah jari ini,saling melengkapi antara satu sama lain.Raikan perbezaan.

Selamat Ulang Tahun Sayang.

-2011-

2 anak murid:

zikeryhassan said... []

cepat2 la kawen :)

nora said... []

@zikeryhassan

tamooo,kena belajar silat dulu :P