stoking
damn.
Yang aku tak pahamnya sekarang yang lecturer aku takut kat aku tu apa kes???
Apa raksasa kah aku?
Siapa observe siapa ni?
Heh!!!
merajuk
tak nak jadi macam elia dengan apex
Well.Aku malas nak kata aku busy sebab rasanya tu je la model aku bila tak menoreh kat sini.
Sebabnya aku tak nak bawa emosi aku di sekolah dalam belog sebabnya aku risau kalau aku geram aku nak marah aku tulis kat sini.Even tak ramai yang baca atau mungkin tak baca terus torehan aku ni tapi disebabkan ini adalah dunia tanpa sempadan makanya semua benda boleh jadi.
Aku tak nak buat kes macam kes Elia dengan Apex tu.Terlajak erahu boleh reverse terlajak tulis status,tulis entry orang print screen.
Satu persatu kisah pengalaman di sekolah aku akan publish kat sini.Tak ada orang baca pun aku jugak yang akan baca bila tua-tua nanti.Nama belog tak serius kenapa nak tulis benda serius kan?
Lagi 20 hari lagi di sekolah untuk praktikum.Tak sabar nak balik jadi pelajar balik.Wohaaa!!!
tak ada benda yang senang
Perghh.Berpeluh atas bawah kiri kanan tubuh aku kalau nak siapkan RPH ( Rancangan Pengajaran Harian ). Kalau nak jadi cikgu menatang ni memang kena buat dan kena master.Lepas tu siap minggu akan ada lecturer datang observe,tu tak kira dengan guru pembimbing lagi.Memang dan cukup rimas dan bertambah panas hati hempedu bila kena terlibat dengan aktiviti sekolah di samping assignment tak buat-buat lagi.
Aku cuma nak bagi tahu,nak jadi cikgu bukan kerja yang mudah.Aku paling benci kalau orang ambik keguruan sebab nak elaun semata-mata atau pun jadi cikgu sebab kerja cikgu ni mudah.
Aku cuma nak pesan,tak ada kerja yang mudah di atas dunia.Hatta jadi orang kaya mahupun penangkap ikang,semua perkerjaan ada cabaran masing-masing.So jangan dihina profession orang lain tapi hormati mereka seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.
Peace =)
zaman 1515
Kalau setakat speed ala-ala dial up zaman 1515 baik aku tidur dari online.heh!!!
pesen tak malu
Cuti aku di pertengahan tahun biasanya akan lebih seminggu daripada cuti sekolah. Rasionalnya kalau cuti sama baik aku masuk sekolah dan bukannya maktab.Gitu alasannya.Heh.
Jadinya seminggu ni adik-adik dengan cik abah semuanya pergi sekolah.Sebagai anak yang ala-ala nak kena sumpah jadi batu,aku selalu bangun bila aku nak bangun sebabnya aku tidur pun bila aku nak tidur. Orang tidur aku melompat-lompat dalam rumah,masa tu la kerja yang cik bagi baru aku nak buat.
Contohnya vakum ruang tamu.Kek dah pukul 2 pagi aku vakum sampai dapat masej dari abah.
‘kalau tok sir kena tibe (pukul) bo vakum’
Heh.
Pagi tadi aku bangun awal.Rasa mengidam nak makan ais krim.Gila western,mat salleh pun tak bantai ais krim pagi-pagi.
Menahan napsu sampai tahap mengigi-gigil macam duduk di kutub selatan,aku buat keputusan pergi beli ais krim.Jenis iman senipis bawang gitu lah pesen.
Jenis pemalas, pakai ala kadar dengan seluar track busuk bawak kereta pergi supermarket depan USM. Aku jenis independent okeh,bukan jenis rasa loser bila keluar sesorang.
Sampai je terus turun keta bukan golek-golek.Kalau golek-golek kan ada terkejut sampai kencing tak ke malu.
Naik je supermarket cari ais krim dengan kon.Bayar terus terun cari kereta.Aku ni jenis mudah menarik perhatian orang,bukan nak tapi jenis mudah menarik perhatian.
Macam pagi tadi jugak.Ramai orang pandang-pandang.
Sebabnya aku turun kereta tak buka spek hitam aku,sampai aku ambik ais krim dengan kon ais krim sampai aku bayar.Gila jakung.Masuk kereta baru aku sedar.
Perghhh gila smart,pakai spek hitang dengan seluar track busuk pergi beli ais krim.
Tobak aku dop g doh nirwana.
