aktiviti bersetubuh di malam jumaat

well hello there!!!

Malam ni malam jumaat.Malam jumaat sangat dicintai lelaki dan perempuan kerana malam jumaat sangat berkat untuk mereka bersetubuh mahupun disetubuhi secara halal mahupun secara haram.Hmmm.Malam jumaat jugak iklan seperti ombak besar,bah besar,kopi janda mahupun minyak lintah sensaoil akan memenuhi slot iklan di tv3.Semua orang akan masuk tidur awal.

Bagi yang berjurus seperti nyah malam jumaat dimulaikan dengan solat magrib dan bacaan yassin dan kemudiannya melara dengan drama Cita&Cinta melihat hero yang kacak dan kemudiaannya mendalami ilmu mantera dengan Ratu Asjosmara.Kemudian naik ke bilik untuk aktiviti seterusnya iaitu bersetubuh sendirian mahupun lena sendiri sampai ke pagi esok tanpa rasa bersalah.

Semua itu hanya dan akan berlaku apabila nyah balik ke rumah pada hujung minggu.Minggu ini nyah tersadai di Kuala Besut kerana memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar dan anak dan bakal ibu.Kena study untuk exam kalau tak siapa nak bagi anak-anak aku makan kepci,pakai baju baby branded,main X-box3,study pakai ipek mahupun bercuti di luar negara setiap tahun.

Oleh sebab itulah nyah gagahkan diri tidak pulang membuat lemak di perut dan tak study di saat exam di rumah kerana memikirkan tanggungjawab-tanggungjawab di atas.Makanya korang doakan nyah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga 26 Mei 2011.Lepas tu nak gemuk mahupun busuk sampai ke pagi pun tak apa.

 

 

Yang Benar,

Mak Nyah.

6 anak murid:

Aimi dan Pakcik Hashim said... []

nak bersetubuh stp malam pun blh. haha

sempat lg ko update. kata nak study

.alie. said... []

@Aimi dan Pakcik Hashim

sebab aku tension sampai gugur rambut

eiymnajmie said... []

bapak gempak tajuk post kak eli nyah nie...huhuhu

.alie. said... []

pesen dia dah,jenis yang gila glammm
hahahhahah...

Anonymous said... []

tak syokkk!!!!!

noralisme said... []

@Anonymous

syok.org ada