manusia berubah bila berusia?

Banyak sangat benda yang berlaku dalam tempoh saya tak aktif menulis di belog.Berhenti menulis sebelum praktikum di sekolah hampir sebulan dan tiada satu pun entry pasal pengalaman saya di sekolah.BTW tak rasa pelik ke bila selalu baca nyah itu nyah ini then entry kali ni guna bahasa ganti diri sebagai saya.

Well,people changes.

Belog baru,identiti baru dan gaya menulis pun baru.Jangan kata saya ada masalah identity pulak,sebenarnya lebih kepada experimen dan pencarian identiti.Dulu identiti penulisan sebagai nyah menyebabkan orang terbawa-bawa panggil saya nyah.Andai kata lepas ni tuhan nak tarik balik nyawa,then kawan-kawan bloggers sampaikan berita.

Siapa yang meninggal? Yang mana satu?

Alaaaa yang nyah,nyah tu la.

Tak ke haru?Sekarang nak berubah pulak.Mula-mula sekali dengan gaya bahasa.Lagipun usia dah nak masuk 22 tahun ni,tahun depan 23 dan kemudiannya akan posting mengajar.Bercakap pasal posting,jauh disudut hati nak mengajar di luar semenanjung Malaysia,specifically di Kundasang tapi itu rancangan saya tanpa budi bicara kedua-dua ibu bapa.Insyaallah kalau ada rezeki sampailah saya ke sana sebagai pendidik.

Gaya menulis entry juga akan berubah.Masih dalam teraba-teraba mencari idetiti.Masih baru dan suam-suam kuku.Banyak benda nak tulis tapi semuanya kena ubah sebab nak bagi telly dengan gaya baru.Susahkan nak berubah?

Sama jugak kita berubah dari buruk kepada baik.Tapi lebih teruk lagi kalau dari baik kepada beruk eh buruk.Susah tapi ada semangat nak berubah,semuanya beres.Insyaallah.

Gila skema.Kata belog bukan skema tahap dewa-dewi.

Confucius sudah.


6 anak murid:

Inspirationalefeks said... []

manusia berubah bila bersendirian. jika berusia pun kalau tidak meneliti diri sendiri .. sama sahaja kan ?

nora said... []

@Inspirationalefeks

sendiri atau dalam masyarakat sama je.bila sudah tiba masa,ada kesedaran muncul la usaha =)

Jard The Great said... []

selamat maju jaya!

nora said... []

@Jard The Great

thank you sis =)

Kapten Atok said... []

ah berubahlah
nyah tu untuk bapok ja

nora said... []

@Aimi dan Pakcik Hashim

ko punya komen selalu bagi aku sentap.majuk ar..