bersama doc chenta : putus kasih

minggu ni ramai pesakit doc chenta telah mengalami keputusan bukan haid tapi putus kasih yer..

doc syak ini disebabkan terlebih makanan sosial seperti facebook,friendster,tagged,myspace,myroom ambik ko...

pendedahan terlampau ini menyebabkan perubahan tahap hormon kewanitaan mereka pasang surut seperti orang ramai yang datang melawat pasar wakaf che yeh yer ( agak anti di situ )

ditambah lagi dengan ekonomi negara yang makin merosok,jadi kadar bayaran telco adalah semakin murah sehingga nak bergayut pun boleh biar gegendang telinga pecah luka seperti awek sorang itu kerana keasyikan bergayutan menyeberangi pokok-pokok di lipis dahulu.

alhamdullilah telinga dia dah sembuh sekarang.

doc perhati juga ramai pesakit doc telah menukar status mereka lebih-lebih lagi di facebook yer..

doc agak jeles di situ sehinggakan terpaksa menelan 2 geleng koko kola cap halal buatan malaysia sehingga megalami cherry berry ( ini term baru sempena penghapusan PPSMI yer)

nasihat doc bagi mereka yang terpaksa telan vitamin dan ubat geget kerana masalah penukaran status ini agar bersabar yer.

bagi mengelakkan rasa kegatalan yang berlebihan pakai la bedak debu cap ibu dan anak jangan pula compact powder macam hantu gomok tu kan hilang rasa gatal.itu agak bahaya yer kerana anda mungkin menambah populasi bilangan abnormal di malaysia

( untuk kesedaran dan akibat sila tonton tsunami 2022 versi thailand,pasangan gay n zina mati kena hempap ombak masa tengah syok )

contoh ciri orang nak selam kepala kerana nak bunuh ciri


notakakiku: agak gelong kerana banyak tak cover study lagi ni



separuh jiwaku pergi

Tukang bebel kembali membebel setelah lama tak membebel-bebel.

Nyah b'z la ni nokks.Lepas pameran LB hari tu free tapi rasa malas nak menaip-naip,entry lepas pun banyak copy n paste.

Sekadar bilang update dan tak bersawang blog je.

Banyak benda dah berlaku,walaupun bukan kisah sendiri tapi terasa la juga.Member kena tapi mungkin hari lain diri sendiri yang kena.

Celaru hidup.

Banyak subject tak cover lagi,episod jombie jalanan akan bermula.

Sekadar nak share je la,kot-kot ada yang nak tanya tapi segan ( ada ke?lalalala)

10-11
Murid dan alam belajar

12-11
Science 1

17-11
Science 2

18-11
Elektif 1

19-11
Elektif 2

20-11
rumah ar....xsabar nak menghabiskan wang berlimpahan ini..erk!


Sekarang suka layan lagu Anang Separuh Jiwaku Pergi.

Terasa.

Entah.

Tapi suka layan lagu ni.

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua



klik sini untuk menyedut

p/s : hati berbelah bagi



SADAQAH JARIAH

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )


SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat


2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat


3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone


4. Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child


5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat


6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
Share a doa or Quran CD


7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
Participate in the building of a mosque thru wealth or strength


8. Letakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat


10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment


p/s : renung-renungkan...



sejadah oh sejadah

ALOR SETAR: Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri kerana ia boleh membawa kepada khurafat.

"Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebagai mengulas satu lagi kejadian kononnya sejadah berdiri yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan dan Kampung Teluk Yan dekat sini.

Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang-ramai di kawasan berkenaan.

Selepas kejadian sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini Rabu dan juga di Tanah Liat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian di Kedah, seorang murid, Noor Zulaika Mohd Rashid, 9, mendakwa ketika dia dalam perjalanan ke kelas Al-Quran di sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di belakang surau tersebut dia ternampak tiga helai sejadah berdiri.

"Saya nampak melalui tingkap surau yang terbuka, ada tiga sejadah yang berada dalam keadaan berdiri tetapi tidak bergerak dan saya terus memberitahu rakan saya," katanya di sini hari ini.

Sementara itu di PULAU PINANG semalam, kejadian serupa berlaku di sebuah surau di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada waktu Asar hari ini, di mana empat helai sejadah yang seakan-akan orang sedang duduk dalam tahiyat dan menghadap ke arah kiblat.

Menurut seorang penduduk, Mohd Khalid Abdul Latif, beliau dimaklumkan oleh kawannya kira-kira pukul 5 petang.

"Apabila saya pergi ke surau itu, saya lihat ada sehelai sejadah di bahagian depan seolah-olah seperti imam dan tiga helai sejadah seperti makmum di saf belakangnya. Apa yang mengejutkan saya, di depan sejadah "imam" itu ada seutas tasbih," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kejadian sejadah berdiri itu merupakan yang kedua di kawasan Bukit Mertajam selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Mohd Amin pada 2 Okt lalu.

Mohd Khalid, yang bekerja di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Kubang Semang di sini berkata kejadian itu memang sesuatu yang luar biasa.

Katanya, kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang tidak henti-henti berkunjung ke surau berkenaan untuk melihat sejadah berdiri tersebut.

"Bagaimanapun, sejadah itu dilipat oleh jawatankuasa surau sebelum masuk waktu Maghrib tadi bagi mengelakkan ia menjadi perkara khurafat. Saya sempat merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit," kata Mohd Khalid.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) Mukim 5, Sungai Semambu, Siti Noriza Abu Bakar berkata kejadian itu disedari apabila ada orang hendak menunaikan solat Asar di surau berkenaan petang tadi.

"Ada dua orang penduduk kampung pergi ke surau itu untuk bersembahyang dan sebaik mereka memasuki surau itu, mereka ternampak empat sejadah dalam keadaan berdiri. Bagaimanapun, mereka terus sembahyang dan lepas itu baru memaklumkannya kepada orang kampung," katanya.

----------------------------------------------------------------------

sebelum ni aq macam ala-ala was-was,ala-ala nak percaya tak percaya,bila keluar statement macam ni so harus di ambil peringatan~ini kata dari mufti bukan dari saya.

sebabnya,kalau terlalu taksub dikhuatiri menjadi khurafat tapi allahmualam semua ini kerja tuhan.

kalau betul orang tengok dengan bijik mata sendiri sejadah tu berdiri sendiri itu adalah kebesaran Ilahi.

~sekadar ingatan.

p/s : ada blogger gong buat2 lipat sejadah berdiri.cet!!





saper nak nikah?

Nyah kembali menulis walaupun sehari ini nyah macam dok dalam wad ICU je,terlantai eh terlantar di atas katil je..


Pagi2 sesubuh hari kena senguggut,disebabkan nyah jarang kena penyakit ni,nyah ingat nyah kena cheery berry( cirit berit )...


Upernya pra period pain,cet~susah payah je nyah melonggok dalam toilet tunggu jatuh produk...


lalalala~


dah la nyah demam selesema jugak.lepas lunch terus nyah telan sekali gus ubat antibiotik,selesema,demam dan panadol soluble..


tido macam legend je,nasib baik tak sampai heaven je...


jap,aq nak tolong carikan menantu untuk pak cik aq yang dok kerja di US,dy nak kawen kan anak pompuan dy ASAP sebab2 tak ketahuan,rasanya sebab x da orang nak jaga anak-anak dy,lagipun 2 anak dara dia stay kat malaysia...


memang heaven la lau nikah dgn kazen aq,dapat banglo 2 biji n keta 3 bijik berserta mez u dijaga...


lalalala~padan muka...


tp syarat antara usia 22-25 je la..
kazen aq muda lagi,kolej habis tahun ni..ko org agak la usia bper...


majlis maybe di carcosa negara tak pun kat golden horse palace...ecehhhh
pandai je aq buat promosi...


saper2 rasa layak,anda harus la lelaki berusia 22-25,bujang,rupa paras tak penting tapi jangan la legam sebab kazen aq tu melepak k..kan tahi cicak je atas pelamin.


apa2 lu komen kat komentar gua



p/s : asal tulisan aq malam ni pengaruh cik maya helmi dan leca de ketiak?






nak ke tak?

Dua tiga hari ini dah terpikir panjang sambil2 membuat research tentang DSLR. Baru dapat tau apa beza dengan DSLR dengan SLR, ingat kan benda yang sama cuma orang malas sebut D je.


Ada orang nak jual Nikon D60 dengan harga Rm 1900, siap sekali dengan lens kit 18-55mm. Kira agak murah la tu,sebabnya berserta lens kits. Kalau beli yang baru kat kedai bajet kena ada Rm 2300 , tu harga pasaran kat nikon.com.my


Ada member habaq harga berbeza kat kedai,kadang-kadang berbeza banyak ratus,tatau kenapa plak..maybe dia org dah sediakan pakej tambahan kot.


Then kalau nak tambah lens harga lain pulak,tu kalau beli model baru la.


Ashraf member I4P beli model yang sama dengan up lens habis RM2700.Dia tak terasa sangat sebab dy share DSLR tu dengan rumate dia,aku kalau beli memang hak milik persendirian dah..


Miskin gitu je,dia tak bagi beli lagi.Dia suh aq master dengan editing pic di Photoshop sebelum nak beli. Ish memang memberontak jugak la jiwa time tu.

Sekarang ada yang jual murah,mesti la rasa sayang kalau tak beli,lagipun abang tu orang KB je,so mudah je nak buat urusan.OHh ya,abang tu jual sebab dy nak upgrade ke D90...




Rm 1900 dengan Rm 2700 sangat berbeza untuk benda yang sama...i am wondering

ko orang boleh bagi cadangan or idea tak???



p/s : dillema



kata hati perempuan

Kata pujangga ini sangat indah :

hawa tercipta dari tulang rusuk lelaki
bukan terletak di atas kepala dan bukan juga di bawah kaki
tapi dekat dengan hati
agar bisa disayangi dan dikasihi

kata hati perempuan ada satu leval kesabaran yang sangat-sangat tinggi tapi leval tu boleh jatuh dengan tiba-tiba jika keperluaan asasnya tidak dipenuhi.

seperti manusia juga,asas kehidupannya udara,air,makanan dan tempat tinggal.jika tiada satu maka keseimbangan akan terjejas,jika berlarutan akan membawa binasa.

jika diuji berlebih-lebihan dengan faktor yang semakin terhad maka peperangan dan haru biru bisa berlaku,kerana masing-masing mahu memenuhi asas kehidupannya.

Jika dibiarkan akan membawa mati,mati bernafas tapi hilang sifat-sifat kemanusiaannya.Sama juga apabila melibatkan hati.Hati kaya dengan asid folik,oopsss tersains la plak

sambung balik~

dah namanya asid,pH kurang dari 7 adalah tahap kandungan ion-ion H adalah sangat tinggi,tinggi sehingga boleh mematikan hati ( ini bukan fakta sains tp di analogikan yer..)

jadi...

saya tatau apa sebab saya tulis,tapi hati ini perlu dirawat...
secepat mungkin,sebelum kehilangan rasa.


hati sakit sehingga terjatuh



p/s : hati yang sakit ini bertambah kecik hati.makin berpenyakit





giler-giler cikgu muda

Nyah sedang mengalami kesengsaraan kepala lutot akibat jatuh waktu ujian amali PJ.I'm such clumsy girl!! :(

Tido tadi pun macam esok x da hari dah,bangun-bangun gelong2 kepala otak.I got sms from my lil sis : today is hanani besday n we got two cake to her...

why it must be two n no cake for me..
gaggagag~geget kepala lutot sendiri

Couple weeks ago are such very2 busy day for me and the science class too,trying hard like a lubricant girl running around da field for hockey tournament.we got a big big Ben achievement in giving others team score...




lalalala~

This week we got test for PJ,this is xtvt which is will tiring our body and it is.there are some lebam2 in my body..huk3

Esok nak balik,kaki ini sudah penat bawak kereta manual,rindu n malas nak masuk gear dan cuak untuk naik bukit bila muatan kereta penuh di belakang.B'coz of that saya sangat takut untuk masuk ke bandar Jerteh.

Seyes,bila angkut lebih muatan kat belakang dengan kancil mula la gelebah,mesti akan ada tempat y slack tengah jalan.( kenapa sorang-sorang vontot besar dgn nada annoying~huh)
Ini akan berlaku apabila ada lima penumpang dibelakang..

Ok,you name it as i'm not cekap yet.

I'm stuck for this kuala besut for 3 weeks and it really irritating me enough. My brain saturated with this O2 area ( ini x da kena mengena k)

Saya mahu pulang,melakukan ops pembersihan nilai yang terdapat pada slip bank seperti kata kak puding roti..heee~

Wanna pampered myself before get ready for exam that will be visiting us in 3 weeks more.

Dalam sakit kepala,sempat lagi mengutuk orang tu,bangun tido terus meluru ke lappy dengan selekehnya,YM maniac..

You all jangan la jadi begitu,desperedo sgt dgn on9,once ur life without internet,u will feel like wanna sawan2 buih2 mulut..macam kucing hilang anak,bini mati laki,macam fahrin terpaksa lepaskan scha, keep bla222222

Malam ini kalau boleh anak-anak ayam dan nyah nak pergi makan besar,bukan melacur di lorong haji taib k...(apa barang lorong haji taib,hik3~)


macam mana nak melacur dengan muka samseng jalanan.tak layak.

p/s : nak balik





batal kahwin

oleh hal yang demikian saya akan membatal kahwin saya minggu hadapan.

hal ini kerana saya sudah capek sama dia,bikin jantung hempedu kolon vibrate hingga panahan tiba ke hati.

sekian.


layan la batal kahwin-project pop


p/s : serabutt perokk


polo putih mahal gua

Tadi nyah dan anak-anak nyah yang kecik-kecik pergi keluar mencari makan ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..

Ingat nak pergi ke lorong haji taib,eh3 bukan la..

Ingat nak memborong barang nak bagi up gaya2 nyah,anak-anak nyah yang lain panas vontot sebab pulus enggak ada,dah lama tak ada pelanggan katakan ( bukan tak laku k )

Nyah selaku orang kaya aka taik hidung masin antara mereka dengan vangga la x yah pergi melanggan,bukan jauh pun nak melanggang dekat kotak biru bunga emas je pun ( berkebuk duit nyah kat situ )

Bila nak bayar tu berasap vontot nyah tau sebab dalam purse mahal nyah ada banyak tempat selit-selit barang ( kondom x men la,nyah baik ),konon nye pulus2 terselit disitu situ je la..

Sekali haru nyah tarik,hmmm

tarik lagi...ish

sekali lagi (panas dah telinga)

semuanya RESIT pembelian..

agak malu disitu.

berzaman sebulan lepas..
ni bsn u awal tahun lagi (jarang kuar duet)




p/s : kena cari spek juga,bawak kereta malam seawal tujuh pun dah mula pedih mata




kotak biru berbunga emas

Masa tak pernah cukup dalam sehari,jangan salahkan beliau,beliau cukup je 24 jam dalam sehari tetapi kita je yang kadang-kadang terkejar masa,sebabnya kita melenggang dengan masa sebelum berkejaran..( berkejaran di pantai juga enak..)

Sama juga dengan duit,sentiasa tak cukup dengan duit sebab tak reti nak buat pengurusan kewangan,lepas raya kalau budak-budak kecil pandai je berduyun ke bank,buat simpanan.Yang besar macam kita ni berduyun-duyun depan kotak bunga emas ( bagi ipgm students).

Then ramai-ramai mula brpuasa,elok juga puasa enam..harus kalau masih berdaya~

Berpuasa dan berbuka dengan maggi dan sky juice..ohhh nasib baik puasa jadi keseedihan tak ada la terasa..( itu bukan saya :( )

Cerita pasal masa dan duit.Nyah memang berkejaran asmara nak siapkan teaching aid untuk Literasi Bahasa sempena ulang tahun IPG KSM dan demonstration science project sempena majis yang sama dikuti dengan perlawanan hoki ( jadi capten ooo)..

then..

pameran Literasi Bahasa lagi untuk batch 2009 PISMP

odoiiiiyaaaa...penat,berkejaran.Buku tatau kat mana,ada je depan mata tapi mentaliti manusia melengah-lengahkan masa ni jadi tabiat lebih-lebih lagi di environment IPG ini..

Masa tu kalau terbangun pagi nak pergi ciciie,boleh la tengok kebanyakan bilik lampunya masih menyala walaupun dah pukul 3am hatta pukul 5am.Mula la pergi kelas esok mata macam anak zombie tak cukup CO2.Ini suasana biasa yang berlaku dipertengahan semester.

Nyah dah terbebel sebenarnya ni :)

Nak habaq la,sekarang ada uar-uar yang mengatakan elaun yang kami dapat ( IPG students) akan ditukar menjadi pinjaman.Dulu pun ada tapi bila ada member dari IPG lain bagi tau sampai PTPTN datang bagi taklimat ke IPG itu harus menjadi ingatan ...

Uar-uar juga ada menyebut bajet untuk KPM tahun depan kurang dari kebiasaan..

Ini harus menjadi ingatan semua.Jangan pulak marah-marah.Ini belum pasti,masih menjadi tanda telinga kera..

Tapi harus jadi ingatan.Kalau fikir balik adakah permohonan untuk menjadi warga IPG akan terus meningkat jika keistimewaan ini ditarik?

Mungkin ya dan mungkin tidak.



p/s : rasa berat hati nak beli slr walaupun jiwa meronta-ronta




trauma

Semua orang mesti ada trauma masing-masing.Benda macam ni kalau tak ada macam ibarat masak gulai tak cukup alagapas ler...

Lagi banyak alagapas lagi kauww dia punya gulai.Ini nyah nak cerita antara trauma yang pernah nyah hadapan dalam hidup yang cukup-cukup 20 tahun.

Teratas di carta selama 20 tahun.

1. Langgar kereta abah sampai dinding porch kereta runtuh.( nasib baik dinding tak jatuh mengadap nyah )

2. Cik nak suh aq berpisah hisap puting plastik dia taruk lada dan garam.

3. Tengok orang jatuh keretapi masa turun kat stesen kuala lipis.

4. Tengok ribut kencang baru-baru ini.Pokok tu menari-nari macam nak cium aq je.

5. Pertama kali berak tak pakai pampers,haram jadah terburai agaknya.

6. Pasar besut sebab ada cerita di awal semester.Mengarut punya trauma.

7. Dengar pergeseran syiling dengan lantai simen.Pedih hulu telinga ni.

8. Tengok ular mengesot,kenapa tak ada kaki?

9. Kena kejar dengan anak tenuk dalam zoo.

10. Nyanyi lagu patah hati atas stage,then patahhhhhla .........tiiiiiii.blushing~


p/s : susah jadi orang baik.baik jadi orang jahat