berbulu-bulu biarlah bertempat yer.

Salam satu bloggers.Hari ni banyak entry pasal kes Flotilla di Gaza,nasib rakyat Malaysia pun masih lagi misteri.Kita disini doakan yang terbaik untuk semua.

Nyah nak tulis satu entry bagi release tension semua.Kalau strees je tak boleh jugak kan?Biasanya perempuan selalu dikaitkan dengan kecantikan dan keindahan kan,tapi kadang-kadang dalam ramairamai tu ada la sekerat dua tak macam tu.Biasa lah dalam majoriti ada minoriti.

Dalam tiga malam yang lepas la kan,sebelum nyah balik nyah ada keluar pergi makanmakan malammalam dengan member kat luar.Tak ada lah nak melaram mana cukup ala kadar je,macam biasa seluar track dengan long sleeves tshirt je la dan jangan lupa tang tudung sekali yer.

Tengah sedap makan mee hoon goreng tetiba nyah tersentap.Nak makan tak lalu.Sumpah woo.Senak kepala otak tau.Menci menci menci sambil hentak kaki ayam lajulaju.Sumpa menyampah.

Geli mat wooo.Kalau nak order makanan lain kali kalau macam tu tak payah la nak angkat tinggitinggi yer.Kalau rasa malam tak ada yang nampak,ni bukti nyah gelimat ni maknanya nyah nampak la.NAMPAK.

Ko tahu nyah nampak apa?Sumpah fabulous wooo.Memang tak lalu la ko nak makan.Hendaknya nyah tengah makan mee hoon goreng.







 


Bukan awek ni tapi benda tu la yang nyah nampak.spoiler tol.




Awekawek tolong bersih yer bahagian tu.Walaupun anda lawa,kulit licin,dada pakai cup C bontot mantoop tapi situ macam serabut,semut masuk tak keluarkeluar sebab mati sesak anda memang sumpah mengelikan tahap dewa dewi wooo.Sila ambil perhatian.Bukan situ saja tapi manamana area la.ISh.




 Macam ni kan lawa.Bersih.Licin.Gunakan Nivea Whitening ok.



Kalau pakwe macam ni memang nyah tak kisah.Auwwww.Tapi pastikan badan bau anda nice okeh.Bukan bau macam hangit tegik pahit semua.Euwwww.Pape pun lebih elok kalau bersih kan?






notakakiku : apa kata anda?






Video diatas kapal Flotilla

Video suasana diatas kapal konvoi ke Gaza.Semoganya selamat segalanya.Samasama kita menmanjat doa kepadaNYA.

Kita masih berharap.Sesungguhnya kekejaman Israel sememangnya diharap kali ini akan membuka mata dunia.Pulaukan Israel dans sekutunya.Aku rasa nak mencarut tapi sabar lagi ni.






Terharu apabila salah seorang wakil Malaysia dalam konvoi tu ada berpesan kepada isteri kalau dia tak ada,mayatnya biarlah jangan pulang ke tanah air..


notakakiku : masih berharap 11 orang warga Malaysia yang berada dalam konvoi tu selamat.




kekejaman Zionis - Mari samasama kita berdoa

Ini update ringkas dari alie,alie tak ada mood nak menulis panjang dengan apa yang berlaku hari ni.Pagi tadi seharian lepak di sekolah lama bermesra dan berborak-borak dengan cikgu lama.Gossip girls bla bla bla...sampai la pukul 1am.Pasrah je la,dah lama tak pergi ke sekolah.

Balik dari sekolah Alie dapat massage dari kawan yang mengatakan konvoi skuad yang ke Gaza telah diserang oleh Zionis.Alie tak sebar massage risau tu omongomnagan saja.Rupanya betul bila alie google.

Terkejut,terkesima dengan Israel.Zalim.Itu saja mampu terucap. 

MasyaAllah.Harap semua perserta yang berada dalam konvoi tersebut selamat dan kapal itu dibebaskan.Berdasarkan dalam berita,kapal tersebut dirampas dan dibawa ke suatu lokasi yang takdiketahui.

Apabila dalam keadaan begini,apa yang kita mampu hulurkan adalah doa.Ini ilmu yang alie dapat dari belog Joe.Alie ambil untuk sebarsebarkan di kalangan kita.

Amalkan bacaan doa Qunut Nazilah:


  • tiap2 sembahyag fardhu ketika umat islam di timpa bala
  • dibaca selepas iqtidal selepas ruku' rakaat terakhir
  • lafaznya adalah :

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



Dari jauh hanya ini umat Islam mampu hulurkan.Luangkan masa anda berdoalah untuk mereka baik untuk sesama Islam dan juga bukan Islam yakni mereka semua maklukNYa.

notakakiku : PBB pun mereka tak takut..





sticky notes : harap menunggu giliran anda.

Salam pagi Jumaat untuk semua.

Nyah tengah dalam proses menaik taraf blog ini.

Nak update semua link-link.Jadi harap bersabar yer..






xpdc : daki bukit keluang

Disebabkan GengBloggers bermasalah ( masalahnya kenapa kat aku orang lain rilex2 je ping belog ),tension giler.Sebabnya unique id belog ni kebanyakkan dari GB.Nyah cuba Google cari sebab masalah ni,ramai yang kena dan ramai yang kena cakap GB dah okeh.

Woooo,lagi nyah naik setim kawkaw.Tension sihh.Kenapa nyah tak dapat nak ping entry latest.Hampagas la,so selagi masalah ni tak dapat diselesaikan ( macam masalah besar je kan? ).Nyah sajikan dulu entry bergambar ok.

Lokasi adalah : Bukit Keluang bersama mak nyah dan adik nyah. =)













notakakiku : lepas ni kita naik Broga Hills =)



GB kenapa tak boleh ping belog?

Salam pagi Sabtu.Sekali lagi selepas beberapa hari nyah menjadi burung hantu yang cerdik kerana dia baca buku Fizik dan study sampai nak muntah tak boleh lena lagi malam ini.

Orang puteh kat jet-let.Sumpah annoying giler dan bertambah Kelvin kegilaan apabila nak ping blog di GB tak boleh.Hampir sepanjang hari dah.

Mangang giler.

Tapi hati sejuk apabila tengok hasil yang dibuat pagi semalam dengan rakan-rakan yang berjuang sampai ke peluh terakhir.

Peluh  sampai basah ketiak dan segala sudut condong tubuh.Lepas turun siap shuffle lagi.Heh



notakakiku : ilham dan ketenangan datang dari alam kurniaNYA =)



sawi warna hijau kan?

Ini entry recycle yer tapi tak salah kan kalau baca kembali.Sebab masa nyah tulis dulu tak ramai pun yang baca.

Mencikkk.





****


Perkara ni masih segar dalam otak nyah,segar Sehijau Daun Malar,eh kan dah terkeluar tajuk buku KOMSAS dah.Heh.Benda ni masa nyah F4 rasanya.Ini kisah orang muda-muda.Hahahaha.Masa tu Ah Fatt tak buat blog lagi,Hisham berpindah randah cari isteri,eh rumah sewa la,Kawie mungkin dengan kerjanya yang lama kot.Kot.



Di suatu petang yang indah,nyah bersama sepupu dan seorang jejaka kacak yang kini telah bergelar suami kepada seorang gadis Indonesia yang cun melecun macam mak cik Mustika Ratu keluar berjalan-jalan ke Pantai Irama di Bachok.


Kalau anda nak ke K.Terengganu mengikut jalan Tok Bali pasti akan jumpa.Kalau dulu anda pernah singgah,sekarang P.Irama tak seperti dulu lagi.Kakisan memenuhi sepanjang perairan pantai.Sangat kehilangan kenangan manis di pantai tersebut.


Masa kecik-kecik dulu,Cikgu Mokhtar rajin membawa anak-anak beliau bersantai di Pantai sambil mandi wajib sampai basah-basah dan mengutip 'rgemis'or 'rgesit' .Apa tu?


Sudoh kijo,nanti nyah cuba cari dalam google.


Dari Kedai Lalat nak ke Bachok tak ada la jauh sangat,dalam 20 minut je.Sepanjang perjalanan apabila memasuki kampung Balai,kampung ini kampung orang Siam selain di Tumpat yer.Ada patung Buddha tinggi macam ultramen warna putih.Kenapa saya cakap ultromen?


Sebab dia ada lampu kat dada dan kepala dia.Macam ultromen bukan?Rasional lampu tu pulak takut ada plane terlanggar dia la.Ish3..




Dah-dah melaluk,masa kat area inilah kejadian itu berlaku.Ikuti lah perbualan kami.



Hakimi : Ya Allah,suburnya tanah Bachok ini.Tak sangka abang tau.


Nyah dan sepupu garu kepala lutot sekejap.


Nyah : Apa yang suburnya.Tak ada yang pelik pun.Apa abang cakap ni?


Hakimi : Laa,apa la alie ni,cuba tengok sawi-sawi kat sini.Besar-besar semua.Abang tak pernah tengok sawi sesubur kat sini.Serius.Orang Jepun pun kalah tau.









Memang la orang Jepun akan kalah sebab dia orang kenal apa beza SAWI dengan TEMBAKAU.Heh




ini sawie bukan kawie yer.hahahaha




ini tembakau.


Dah kenal apa beza tembakau dengan sawi?Masa kecik tembakau agak merupai sawi,itu benar tapi bila dia dah besar dah tinggi tak ada rupa sawi dah.Masa tu ko orang nak main sorok2 atas batas tembakau pun best.



Ilmu kita pada hari inilah,Bachok adalah pengeluar tembakau terbesar di MALAYSIA.Kalau tak percaya cuba belek balik buku Geografi Tingkatan 3.




notakakiku : jangan la buat malu dengan benda jakun ni yer.seyes sakit perut bila ingat balik.



berdaki-daki

Nyah baru penat balik dari mendaki bukit Keluang sampai berdaki-daki noksss.

Otot kardium berdenyut sistole diastole memang kencang la.Kawan nyah kata feeling macam kencang masa senggama.Heh.

Padahal masing-masing anak dara teruna suci.

Bau badan masyaallah masam giler.Seyes.Nyah sendiri pun tak tahan dengan bau sendiri. T_T


 Nanti nyah update ae..

Ni view bukit keluang dari hostel nyah


notakakiku : esok pergi lata pulak =)





i love you =)

Salam perpaduan dengan penuh kasih sayang dan kecintaan aku kepada kalian semua.

Nyah baru habis paper BI petang tadi dan tadi jugak paper terakhir nyah di sem 3 di Kuala Besut ini dalam proses pengajian dalam unit tangkapan ikan dalam.

Orang tangkap ikan pun study paper English okeh,jangan sengkek2 k.

Nanti nyah update balik dengan lebih proper sebab nyah nak kemas bilik dulu ~ tiap sem kena kemas bilik.I tension tau..gerdfdgdbb

Esok kalau cuaca okeh nyah akan panjat bukit,bukit yang sangat lawa.Auwww.Sangat indah pada pandangan mata.Mata kamu la.

:P



notakakiku : pas ni nak update kencang.




ini kisah saya =)

 notakakiku : jamgan baca kalau rasa jiwa rapuh.


Saya panggil dia cik.Cik jugak sama dengan ibu,mama,umie dll.Cik saya bernama Tuan Ramlah Tuan Mat.Saya selalu pelik kenapa bila dalam senarai nama guru-guru nama cik ditulis YM Tuan Ramlah Tuan Mat.Dalam IC tak ada pun.Kini saya dah tahu.


Cik bukan sekadar cik malah juga cikgu saya.Cikgu yang paling saya takut sebab paling bekeng = garang dan paling pemurah dengan cubitan.Setiap inci tubuh saya ini pernah mendapat kesan lebam biru.Cakap saja dimana kebanyakkannya telah dihinggapi tangan berbisanya T_T


Sekarang tak lagi tapi telinga yang menderita.Buat salah kena bebel kadang-kadang dia di dapur saya dalam bilik di atas pun boleh dengar.Rehda saja lah cik saya suara bernada speaker yang kadang-kadang mengalahkan speaker masjid.Ohh melampaunya analogi.


Sehingga satu saat,satu saat yang paling genting dalam keluarga saya.Cik disahkan mengidap barah payu dara peringakat kedua.Masa tu saya sedang belajar di IPG Kuala Lipis,baru saja mendaftar dua minggu.Saya tak tahu menahu ianya barah sehinggalah dua malam sebelumnya,itu pun kerana sepupu saya yang bagi tahu.Saya telah berusia 18 tahun dan kadang-kadang dinafikan hak sebegitu.Saya tak pulang sebab saya takut dan tak berani untuk berdepan dengan situasi itu.Biarlah saudara mara nak kata apa.

Sebulan kemudian baru saya pulang ke rumah.Cik tak jemput saya di stesen keretapi.Saya pulang ke rumah,sepi dan saya lihat cik di tepi dinding.Lemah sugul tak bermaya.Tiada lagi suara speaker dan dia juga tiada daya untuk mencubit saya seperti dulu.Guru yang garang juga tiada melainkan seorang wanita yang lemah berdepan penyakit pembunuh wanita nombor 1.


Hari demi hari saya melihat perubahan cik,dari sugul tak bermaya kemudiannya rambut gugur,gugur dan gugur dan kemudiannya tiada.Emosinya juga tidak stabil,lebih senang berada di dalam bilik,diam tidak berkongsi cerita menarik di TV sebelum ini,diam dan sangat diam.Adik lebih banyak mengambil alih tugas cik,memasak,membasuh,menjemur dan mencuci.Hampir dua tahun.

 Hampir dua tahun saya menjamah air tangan adik saya ( abah tak selera makan masakan saya T_T ) dan air tangan abah.Dua tahun juga cik tak memasak,dua tahun juga cik tak mengosok pakaian dan dua tahun semuanya.Dua tahun juga cik tidak ke sekolah untuk mengajar dan dua tahun abah terpaksa berulang alik ke sekolah dan hospital untuk menghantar cik ke HUSM.Dua tahun juga saya berulang alik dari Kuala Lipis selang dua minggu.Dua tahun kami sekeluarga berpantang makan tiada makanan bergoreng melainkan direbus dan dibakar dan dua tahun tanpa membeli daging melainkan di musim korban sahaja.Dua tahun kami mengurus diri tanpa bantuan cik.Dua tahun saya dan adik membeli barang dapur berdua dan abah menunggu di parking.Dua tahun.Dua tahun semua menjadi dewasa.


Dua tahun saya melihat cik saya masuk wad untuk kemoterapi dan radioterapi.Dua tahun juga saya mendengar orang berbicara tentang cik di belakang tentang cik menyembunyi diri dalam rumah seolah-olah mereka tidak memahami kondisi orang sakit.Dua tahun juga saya mendengar cik membuat latihan tangan dengan takal yang abah buat khas untuk cik di berand.Dua tahun juga bunga-bunga diluar layu sayu dan ada yang mati kerana tidak ada yang sudi menyiramnya.Dua tahun.


Biarlah dengan dua tahun itu,dua tahun yang penuh ketakutan bagi saya.Takut kerana risau kehilangan cik.Cukup.Saya tak akan mengeluh dengan apa yang kami hadapi dengan dua tahun itu sebab dua tahun itu membuatkan saya amat menyedari betapa pentingnya cik dalam kehidupan kami.Dua tahun sebelum ini lah saya baru reti untuk mengucapkan selamat hari jadi,dalam dua tahun ini,tak terdaya untuk meluahkan dengan kata-kata saya tunjukkan melalui perbuatan.Maafkan anakmu yang pemalu ini cik.


Kini saya cik sudah sihat.Sudah masuk dapur,masak masakan kegemaran kami.Biarlah yang lain kami urus sendiri.Yang kebiasaan kami selama dua tahun ini kami urus sendiri.Kami sudah biasa dan berdikari.Cik juga semakin sihat,mula aktif.Sudah mula memandu kereta sendiri,sudah aktif berjalan keliling kedai kain memilih kain.Semuanya kembali seperti biasa dengan masing-masing sudah dewasa dari usia masing-masing.


Dua tahun cik berjuang diri bukan untuk diri sendiri malah untuk kami.Terima kasih cik,sesungguhnya apa yang berlaku membawa hikmat tersendiri.Terima kasih kerana menjaga dan melahirkan kami.Menjaga makan minum kami sebelum ini,mendidik kami dan mencubit kami juga T_T.Terima kasih kerana terus berjuang untuk kami.



Sesungguhnya kau lah ratu hatiku.Aku sayang kamu.



Selamat Hari Ibu.cik.








yang pergi tetap tak akan kembali

Ah Fatt dah menulis dan katanya dia tak akan menulis.Sama jugak dengan nyah.eh Alie la.Takmoo dah panggil nyah sebab bila fikir-fikir balik kalau esok lusa Alie tak ada Alie tak nak orang tulis status kat FB nyah telah tiada...Tak nak la.Nanti segala doa x sampai kat nyah Alie.Ish.


Mood dah okey dah,maybe sebab 2 hari lepas banyak sangat benda berlaku then masa tu jugak tengah b'z dengan meting dengan test.Rehda aje la kan.


Alie ada baca beberapa tulisan tentang arwah abang Hisham dari Joe, Kawie dengan Ah Fatt.Meruntun air mata kewanitaan yang tak seberapa ini.Pemergiannya kita rehdainya,sebab mati itu pasti.Bila dah ada orang terdekat dengan kita telah pergi baru kita mula rasa kelam kabut,rasa tak  panas punggung.Dah banyak ke amalan aku nak bawak bekal pergi sana.Cukup ke tak cukup?Kita sama-sama saling ingat-mengingati bukan =)



Bila Alie baca  berita pasal kemalangan Abang Hisham,Alie maafkan dia kalau ada kekhilafan beliau pada Alie.Yang itu apa dan kenapa?Biarlah menjadi rahsia Alie dengan arwah.Alie anggap arwah dah macam abang sendiri dah pun.Yang berlalu biarlah berlalu.Yang hidup kena teruskan kehidupan dan semoga yang berlaku menjadi ingatan dan batasan untuk semua.

Yang baik dikenang orang.sentiasa dikenang orang.Insyaallah.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah semoga roh beliau dicucuri rahmaNya.





-----


Tadi tengok perubahan tarikh exam.Tak banyak beza pun makin rapat dan hari-hari adalah.Heh.Orang lain dah habis exam aku dok sini baru nak hegeh-hegeh nak study.



19.5.2010 - PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN KELAS

24.5.2010 - PHYSIC IN CONTEX ( i hate it )

25.5.2010 - THINKING AND WORKING SCINETIFICALLY

26.5.2010 - ELP

27.5.2010 - FISIOLOGI ANATOMI





31.5.2010 - ANNIVERSARY ****




3.6.2010 - BARU BOLEH BALIK. T_T





notakakiku : encik muncet saya sedang syok bersenokeling dengan perot boroi sambil pakai tight.Euwww




Abang Hisham kembali ke Rahmatullah.Al-Fatihah

Salam semua.Alie baru dapat tahu abang Hisham telah kembali ke Rahmatullah petang tadi.Beliau adalah seorang bloggers yang sangat baik dan mesra.Baru sebulan satu hari berkahwin dengan Kak Shima.Takhziah buat keluarga beliau.Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan golongan yang terpuji.Al-Fatihah.

notakakiku : sangat terkejut.



download citer PONYO

Salam.Nyah dah sampai Kuala Besut dah ni.Sebulan tak balik.Ambik ko.Gatai sangat mulu.Ni fast update je,tadi ada yang tanya nyah di formspring kat mana nak cilok citer PONYO ni..
Ok ni antara senarai link yang boleh ko orang nak download.

Pastikan anda mempunya Free Download Manager or Orbit Downloader sebab benda ni semua akan up kan speed masa nak download dan yang paling penting kena ada HJSplit atau apa software yang seakannya sebab nak cantum balik citer tu.Semua tu boleh dicari di Download.Com


http://www.iwatching.info/2010/01/ponyo-2008-english-dubbeddvdrip-mkv.html
http://team-tdk.blogspot.com/2009/12/ponyo-2009-english-dubbed-dvdrip-hqx264.html
http://www.animea.net/forums/f54/mu-ponyo-cliff-sea-mkv-41831/




notakakiku :selamat mendownload.sesuai di tengok bersama family =)






the lovely bond

Semalam nyah ingat nak publish entry pasal rakan-rakan bloggers,entah macam mana tulisan tangan tu hilang lepas nyah tersalah tekan delete pada draft tu. T_T .Semalam dah la tengah serabut kepala lutot dah jadi macam tu,nyah pun malas dah nak godek-godek sebab kalau dah delete memang dah hilang kot.Biarlah.Sebab tu nyah update ala kadar dengan formspring je semalam.Janji update.



Hari ni nyah buat review filem-filem yang best untuk ko orang download dan tengok.





PONYO





Citer ni pasal seekor ikan entah spesis apa sebab ayah dia manusia yang boleh hidup dalam air dan mak dia bidadari laut tapi anak ikan la pulak.Nonsense.Abaikan.Kekuatan citer ni pasal kasih sayang anak ikan tu pada budak nama Sosuke.Ponyo sanggup bertukar jadi manusia sebab terpikat kat Sosuke.Ponyo dan Sosuke ni budak tau.Citer ni comel maybe sebab dia orang budak kot.Lagi satu lagu dia tu best,cuma untuk minit pertama tu mungkin membosankan tapi selepas syok banyak-banyak.Suka bila Ponyo sebut  Sosuke.Nyah bagu 5 bintang.




LOVELY BONE





Ni pasal pembunuhan Sosie Solomon.Citer ni bukan kategori horror yang buat ko orang tak tidur lena tapi sekadar nak buat adrenalin merembes dengan tetiba tu boleh la.Kisah ni macam mana Susie recall balik kisah kematian dia.Nampak sadis cara pembunuhan dia walaupun tak ditunjukkan.Rasanya ni keskisah sebenar yang berlaku dalam tahun 1970-an.Susie ni sangat lawa,serius maybe salah sebab dia dibunuh.Motif pembunuhan memang tak dinyatakan tapi lebih kepada bagaimana dia mencari pembunuh dia dan kisah keluarga dia selepas kematian dia.Nyah bagi 4 bintang.


IT'S COMPICATED



Dari picture tu kita tengok orang tua kan.Memang kisah orang tua pun tapi boleh tahan la.NI kisah pasangan yang dah bercerai tapi laki dia gila talak balik nak kat bekas bini tua dia.Atas faktor kesepian la yah rasa bini tua dia tu buat affair balik dan dalam tempoh hubungan tu dia da jumpa seorang duda yang agak baik.Watak tuhero citer Pink Panter.Love him la,xda la dia bercakap omputeh France macam citer tu.Tak rugi untuk ditonton sebab kisah macam ni jarang ditonjolkan.Awas.Agak banyak agenda didalam cerita ni tai tak berat mana pun,biasa-biasa je cuma kekerapan dia je yang lebih. T_T


SHHH..JADIKAN AKU SIMPANAN



Citer ni kelakar tapi ending dia nyah tak paham sebab masalah komunikasi agaknya.Lawak dan higar sebab Acha ni ken halau kat mak bapak dia sebab boros.Otak singkat dia pergi ke rumah yang mengajar perempuan jadi perempuan simpanan.Memang kelakar habis sebab Acha dalam cerita ni naif dan citer ni ala-ala cuci mata sebab ada nama besar macam Julia Perez dengan AYu Azhari.Sapa yang tak kenal boleh google la.Wekxxx..




notakakiku : semua boleh dicapai di syok.org kecuali PONYO.



hasil formspring

tu atas kepala ko tu stokin ke apa?? :P okay aku xde soalan yg mecabar2 mampus la hahah :)) BTS
soalan memang tak mencabar langsung.atas tu boxer budak depan bilik aq.nak?

blaja lg k??? by n4zrin

x.jadi cikgu memandu kereta.dah ada lesen tak ni?

memang suka melatah eh?

menyampah giler aq.sapa yang tanya ni.aq siku kan :P

tema masa kawen nanti? by zikeryhassan

aq ingat nak buat gaya sifu n tongga la.murah sikit...materials kain dr guni

ohh..tanye aku bogel bape kali ek..so ko plak camne?bape kali membogelkan diri? jwb jujur!tuhan tau! by andaQ

memory is loading...............................................................



fail.

ape perasaan bile ujan turun? adekah masih bernafsu utk brbogel?hahaha :P by andaQ

hahahaha.senseoil tol ang ni.bogel tidak la sekadar pakai boxer hawai bunga-bunga adalah :P nikmat angin masuk..ambik kooo

secara purata yer!! bukan ko la! secara am ye! apa piority perempuan dlm lelaki! aku xcakap ko la. aku cakap secara keseluruhan yer!! susun lah ikut apa yg ko rasa! a)rupa b) hati c) duit! sejujur2 ye la ko rasa..! soalan skema nie hasil perbulan a by bonekaxsakit

ni kalau soalan objektif senang sikit.macam ni la,ni aku la...hati tu penting,kalau dia tu asyik buat aq nak marah,sakit ati,blh blah r.rupa aq pilih,be honest,sebab tu la teman hidup aq,aq tamoo bangun pagi terdetik cakap 'alahai ni ke jodoh aq'even dah ada anak 2.duit pun penting sebab aq xmo support laki aq kalau dia goyang kaki.xda hireaki sebenarnya.semuanya penting kalau sederhana pun dah ok..peace

sy nmpk anda mcm ngosekk skit.. btol ke? by cikgunik

layang la sebab perangai ini hanya muncul tak lama.antara musim pengantaraan lepas anta asemen dengan tunggu exam..lepas tu jadi nerd balik

so pilihan ko hati> muka> baru duit! serius aku respect ko punya jwpn!! duit boleh cari sama2 kan! k thx! by bonekaxsakit

yes my dear..bereh.bisa aja.tanya la abanyak2 lagi.soalan ko memang menduga akal aq..

agak2 ko la kan..boxer tu trcipta utk sape?laki ke pmpuan? by andaQ

untuk semua makhluk yang perlukan pengudaraan di hari panas seperti kau dan aku...
:P

y jnis bling2 ad x?? nk bg meriah sket kubur 2... hehehee by n4zrin

yang sport light pun ada.tp kubur tu la y cerah.dalam tu amal masing2 encik
=)

ad offer x utk member2?? by n4zrin

ada/banyak jenis.nanti kami hantar katalog..

cmne lau nk tmpah batu nissan nie?? by n4zrin

sila tanya soalan di kaunter pertanyaan.terima kasih


notakakiku : tak ada mood. T_T .Chenta tu jahat







makan dalam

Makin hari aku makin kecik hati dengan kau.Makin lama aku makin tawar hati.Bukan hari ni tapi selalu.Selalu dibuat begitu.Acih tak acuh.Makin diabai makin terabai.Mudah saja.Simple saja.Tapi cukup dalam terasa bila selalu kena.Umpama luka tak berparut luka lagi dan makin dalam.Cukup buat terasa dengan kau.Malas tapi tetap sakit.Kau seperti biasa,seperti kini tetap melukakan diri dari jauh.











notakakiku : -tiada komen-