khamis.

Salam satu bloggers.


Hari ini hari Khamis.

Selalunya balik,tapi hari ni tak balik.Tak ada mood.

Mood : berpuasa di bulan Rejab,ambil berkat.

Banyak kerja nak buat dari melayan benda tak berfaedah seperti perkara yang menyakiti hati.

So you,watch up.

Banyak duit nak pakai,kelas teknologi nak duit minggu depan Rm50.

Dulu celah gigi tapi sekarang debu pun tak ada.



notakakiku : puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tp marah juga.

laporan dari KB minggu ini

Salam satu bloggers.

Sudah berada di Kuala Besut.Akan ke Pulau Perhentian 22-24 / Julai 2010 ini.Bayar tambah RM10 je.Sungguh baik itu punya pengarah suruh cepatcepat buat BIG.

Bukan lagi single.Bukan lagi master of 201.Kena kongsi dah.Junior TESL.Budak Kelantan.Pandai.Banyak A dia dapat dalam slip SPM.Bekas pelajar UIA.

Pembetulan.Silat Cekak Malaysia bukan Silat Gayung jauh lagi Silat Baldi. T_T

Kelas kecik tahun ni tapi padan la dengan jumlah yang sikit.Jadual sem ni tak pack macam semester lepas sebab ada puasa.

Cuak sebab Fizik.Lecturer cakap : terimalah dengan seadanya.Ada lah 5-6 orang
( lulus ke gagal,dapat A ke dapat B?,makan dalam )





Sekian.




notakakiku : mencari mood dalam suasana ini.

refleksi diri sepanjang semester 3

Salam satu bloggers.

Esok nyah nak balik ke tempat belajar dah.Nak balik tempat yang membina jati diri nyah secara fizikal dan dalam,baik bertambah mahupun berkurang.Hidup mesti diteruskan.Lagipun mak nyah dah menyampah tengok nyah habiskan beras dia tanpa sebarang ganjaran yang berpatutan.Sebab nyah banyak berada di luar dari di dalam rumah. T_T

Kondisi talian internet disana mungkin tidak menentu,jadi entry malam ni adalah entry sebelum balik kesana sebagai pelajar semester 4.Yakni semakin lama nyah berada disana semakin cepat nyah akan keluar dari sana.

Tulisan malam ini bersifat peribadi.Siapa nak baca,silakan,siapa yang tidak mahu silakan tekan pangkah disebelah kanan anda.

Malam ini adalah refleksi kehidupan untuk sepanjang semester 3 yang lepas :

Pelajaran

Agak merosot dengan kesedaran yang rendah dan semakin rendah.Motivasi diri semakin berkurangan.Penyiapan tugasan juga sangat buruk.Esok nak hantar esok masih lagi tak siap dan pukul 3pm baru nak hantar.Ini hanyalah melibatkan tugasan berkumpulan atau berpasangan saja.Komunikasi dengan teman agak tidak baik,baik dari saya mahu dari dia.Susah nak buat kerja dengan orang yang slow steady apabila nyah jenis laju.Kalau dia masih lagi teman tugasan maka perubahan harus dilakukan pada semester baru ini.


Sosial

Agak baik,tidak mencari gaduh dengan orang atau orang mencari pasal.Sikit-sikit tu biasalah.Hidup tak boleh terlampau tenang.Kawan-kawan baru yang dicipta tak ramai tapi kawan-kawan bloggers semakin ramai.Dalam aspek agama juga semakin meningkat walaupun nyah giler giler orangnya.Kematian arwah Hisham menguatkan lagi kesedaran diri yang kematian wujud bila-bila masa.Betapa besarnya impak kematian arwah kepada nyah.


Kewangan

Sangat teruk.Sumber kewangan hanyalah dari kerajaan Malaysia.Elaun yang lepas hanya sempat membuat simpanan sebanyak RM1400 malangnya hanya tingga RM400 disebabkan terpaksa membeli laptop baru.Balance terkini dalam BSN sangat mendukacitakan dan hanya mampu mengeluarkan notes hijau sekeping sahaja.Say no to shooping online.Sudah cukup la dengan semua tu.Shawl yang tak dipakai ada lagi sebanyak 12 pasang dan shawl lama yang hanya pakai sekali banyak telah dilelong dengan harga murah cuti yang lepas disebabkan kekangan duit yang sangat.Baju pasang pun tak mahu beli dah.Ada lima pasang baju di tangan tukang jahit sekarang.Azam mahu berhenti shooping online.


Kesihatan

Merosot.Berat badan naik dengan mendadak dari kebiasaan 45 kepada 48kg.Ini tidak elok untuk baju baju kebaya koleksi nyah.Jumpa doktr dan doktor suruh amalkan gaya hidup sihat kerana badan asyik naik turun sahaja.Azam kurangkan kuantiti makan tapi makan banyak kali dan turun bersenam di waktu petang.Harus.


Cinta

Hubungan masih baik cuma harus ada nafas baru agar tidak terlalu mengongkong.Itu saya.Cinta jarak jauh ini susah dan nyah perlu banyak memahami kondisi keadaan beliau yang tidak menentu itu.


Kerja

Agak stabil tapi bagi tugasan dan jawatan baru harus banyak merujuk kepada mereka yang lebih berpengalam agar ia memberi pengalaman yang berguna.Walaubagaimanapun,nyah lebih senang untuk menerima sebarang jawatan kerana nyah sudah penat dengan dunia seperti tu yang telah nyah libatkan sedari dari sekolah menengah lagi.




notakakiku : jangan ulangi kesilapan yang lama =)

Gadis Melayu Menari di Lorong Haji Taib

 Salam satu bloggers.

Ini adik manis tuan punya selipar jepun yang selalu kena libas manusia tag nyah.Nyah rajin melayan tag sebab malam ni tak modal nak bebel.Maklumlah gaji tak keluar lagi.Jadi tak ramai yang keluar Lorong Haji Taib.Heh.
 
 
 
 
1. Apa nama blog dan knp letak nama itu?
♥♥jari jemari menari-nari♥♥.Sebab nyah suka dengar lagi tema Gadis Melayu yang tak ramai nak Melayu tu.Seksi kemain nokss.Tak koser nyah nak explain banyak-banyak.Lagu tu  lagu berahi sebab ada abang Fahrin Ahmad yang katang-katang tu.Auwwww,suka tengok otot macho dia.


2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
Sepisendirian.Dulu URL lain,nama skema.Sumpah malu nak bagi tahu sebab terlampau skema dan terlampau mendedahkan identiti.Sepi sebab nyah suka filem sepi dan sendirian merujuk kepada cara nyah menulis.Sekarang nyah suka menulis secara underground.Bukan tak tepek langsung life kat sini cuma sangat jarang keluar pasal diri sendiri lebih-lebih lagi nak tayang muka pondan ini.Kiranya sendiri-diri tak dedahkan orang dan masyarakat sangat ler.


3. Apa method dlm penulisan anda?
Penulisan nyah yang sopan.Dulu gaya tulisan memang gaya pondan sampai ada yang percaya.Sekarang gaya pondan agak berkurangan sebab tak ada duit nak buat suntikan estrogen.Kulit pun makin kasar dan bulu ketiak pun makin lebat mengurai.Lalalalala.Tulis bila nak menulis.Sebab tu nama dia jari jemari menari nari.
 

4. Pernah terasa nak hapuskan blog? Sebab musababnya?
Tak.Tukar link je sebab belog lama ada banyak langau hijau gemuk.Menyampah.Nak potong periuk nasi orang je kerjanya.
 

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Pernah.Adik beradik dan saudara dan terkini anak saudara yang sunti yang gila K-Pop.Ohh nyah baru baru yang Super Junior tu sebuah band.Sungguh tak bertamadun sungguh nyah ini. T_T


6. Apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
Peduli apa nyah.Dia orang sume tu jeles je bukan apa pun.Kena pulak nyah ni kan lawa gebang gebang,sume nak dengki.Tak faham betul.Dah cantik nak buat macam mana la kan?Lawa.Kerana diriku seorang lawa 
( nada Maybellin )

7. Bila blog anda diberanakkan?
23 Mei kot.Ala tak ingat la.Surat beranak tak buat lagi ni.Sudahlah,kan belog aku nak masuk sekolah guane gini.


8. Siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
Teman gay.


9. Apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
Tak suka.Sebab depa tengok yang buruk je.Suka sempitkan minda,suka sebar fitnah.Seorang dua yang baca,seorang dua tu jugak yang tambah ajinomoto tolong sebar seluruh alam.Lepas tu bersebaran macam sampah busuk.Orang kenal belog dari tuan punya belog.


10. Sepuluh org sterusnya bakal di tag.
 Tak nak tag sapa2 boleh.Hehehehe

Sayang.Cinta.Kawan.Derak =)


perkara yang tidak disukai perempuan dari perempuan

 Terima kepada Joe kerana letak link belog ini di dalam FB beliau tengahari tadi.Hasilnya traffic tadi dalam tengahari melimpah ruah.Okey nak kata nyah gila traffic la tu.Tidak.Apa apa pun Terima kasih daun keladi =)


 =

Salam satu bloggers.

Malam ni kita buat entry pasal pompuan nak? Bukan make up bukan baju bukan shawl dan buka juga fesyen-fesyen tapi sifat perempuan yang tak disukai oleh perempuan.

Orang lelaki tersenarai ke dalam list tu?Hmmm boleh jadi ye lebih-lebih lagi kalau lelaki tu ambik suntikan estrogen bagi muka gebu mulus dan bulu kaki lebih halus dan kerinting.Erkk.Macam familiar je situasi bunkface tu.OMG Terasa nyah tau.Auwwwww.


Annoying 1

Mengatal dengan pakwe orang.Contohnya ayat nak manja-manja dekat FB.Setiap status mesti ada dia mengomen.

Sebab 1

Dalam kes ini yang sebenarnya dia kesunyian menghabiskan sisa baki cuti ini dan rumah dia pakai streamyx 4mb sebab tu dia sentiasa on dan laju je komen status orang.Kalau kata lain dia sepi kot.Sebab tu dia suka komen komen sampai banyak-banyak.Heh.



Annoying 2

Suka like status yang diberi oleh si gadis kepada si lelaki. Padahal kita tak pernah tegur sapa pun.

Sebab 2

Sebenarnya dia ada masalah dengan touch skrin lappy dia.Mudah sangat bergerak-gerak.Sebab tu tertekan like tu.Tak pun mungkin dia ada masalah dengan pergerakan otot tangan dia,so berlaku kegagalan untuk mengawal pergerakan.Tanda-tanda ini agak serius dan biasanya tandanya akan ketara muncul di FB.



Annoying 3

Ni yang paling annoying antara yang ada.Si lelaki pun sama naik kemiang melayan.Suka komen komen banyak-banyak sampai ada mata yang tengok nak berdarah.

Sebab 3

Ynag sebenarnya si lelaki ada masalah hormon kemesraan.Dia cepat geli geli dengan jantina berlawanan tapi lebih geli-geli dengan jantinan  yang sama.Beginilah,dia ada masalah kemesraan yang terlambau dan hanya boleh dipulih dengan mogok secara besar besaran oleh si gadis.


Aktiviti paranormal seperti ini sama tarafnya seperti Cik Huda annoying pada Cik Anon itu.Mungkin leval itu lebih tinggi dari pihak Huda sendiri.Pape pun,annoying adalah annoying.XD










notakakiku : entry macam pompuan.menyampahnyeeeee...

ada iras tak?


Salam satu bloggers.

Tadi kan ko orang nyah tak kerja malam jaga Lorong Haji Taib ( seyes nyah tak faham,tak boleh guna nama lain ke untuk lorong ni macam Lorong Pondan ke? )


Jadi nyah agak punya waktu lapang untuk menonton televisyen.Seyes ko nokks nyah tak layan tv ni bila balik hostel,nyah rela berbelog dari tengok tv dan rela tidur dari semua itu.Dasar dunia songsang tu hanya wujud bila di hostel je,kalau bercuti memang lagi songsang la jadual semua.


 Mulamula tengok Glee.Best.Tiap minggu nyah tengok.Suka tengok dia orang menyanyi macam HSM tu.Suka tengok awek comel tu,dengan gay yang chomel itu.Okeh bila pasal gay nyah teringat pada geng Gay lama nyah.

Gabungan Abe Long, Hisham, Kawie dan Ah Fatt yang sekarang turut mengikut jejak mereka yang tidak menulis lagi.Sedih wooo..Seyes rindu kat dia orang.Kenangan semua tu.


Kita happyhappy pulak.Apa yang sedih ni.Lempang lajulaju kan.Sedut hingus hijau tu balik.Nyah nak bagi tahu nyah tengok Hotel Mania.Terkekeh nyah tengok sebab nyah sebab baru tersedar something.


Mai kita tengok sama ke tak?


Suspen tak?


JOm kita terjah




Perkenalkan kembar kepada Chef Zam : sini klik disini









 Ada iras-iras ke tak?Cuba bagi pandangan sudut 3D ko orang lak. =) Dimata nyah Joe iras-iras dengan Chef Zam.Dah lama tengok Chef Zam,rasa macam familiar dengan someone tapi tak ingat.BIla tengok cerita tu tadi barulah ingat kat Joe sebab ada terbaca status Joe yang nak balik Kelantan malam ni.

Joe jangan marah ae.Memang adat kalau femes ini.Orang akan sentiasa mudah ingat orang tu.Hahahaha.Dah la Mr.K ada buat entry khas untuk Joe.Kena pulak dengan entry nyah malam ni.Masa godek-godek gambar Joe tadi baru la nyah perasan gambar Joe tak banyak senyum nampak gigi.Berbeza dengan Chef Zam yang senyum waji buat tayangan gigi.Hik3~

Persamaan lagi : mereka suka memasak.Jenguh nak cari gambar Joe yang tayang makanan dia masak,tak larat nak cari sebab tenet sangat slow malam ni.Kalau nyah simpan entry ni lama-lama risau tak publish pulak,sebab tu by hook or by crook kena publish jugak malam ni.Jadilah ia entry yang tak kemas ini. T_T


Banyak lagi persamaa dia orang tapi tak larat dah nyah nak telek sebab nyah dah ngantuk dah.Nyah bagi peluang ko orang list kan apa yang sama.Kalau tak sama anggap la ini entry suka suka antara bloggers.


Joe dah sampai Bachok kan? Bilo nak ajak tubik ni? Dop sir ajak bloggers kelate ko?Huhuhuhu.... =)


 notakakiku : Joe jangan marah ae...



****kredit to Google untuk pic Chef Zam dan FB untuk Joe...

Streamyx Cool Uni Pack

Salam satu bloggers.

Dalam entry sebelum ni nyah ada habaq yang bakal MIL, (insyaallah ) ada sms nyah.Apa isi kandungan SMS tersebut.

Bila boleh datang merisik? Dah bersedia belum nak bertunang?

Nyah blushing2 banyak2 sebab soalan itu tak wujud pun tapi soalan yang ditanya adalah : bagaimana nak register Streamyx University Pack.Sila jangan marah sebab nyah pun macam tahan marah je tadi kenapa bukan soalan itu yang ditanya okeh.Sila bersedih bersama nyah.

Streamyx University Pack

Ni pakej yang disediakan oleh TM Malaysia khas kepada pelajar di IPTA dan IPTS di Malaysia .Promosi akan diadakan di IPTA dan IPTS masing-masing.Keperluan yang diperlukan semasa nak register pakej ini adalah kad pengenalan dan kad matrik tempat belajar dan surat pengesahan tempat anda belajar.

Kalau dia tak datang macam  mana?

Mengikut pengalaman beberapa teman,borang tersebut boleh di dapati di Kedai TM.Cuba tanya orang di bahagian operator pertanyaan.Lain-lain pilihan nyah ada tengok depa buat promosi di tempat jualan gadget macam PC Fair hari tu.SO rajinkan diri bertanya okeh.

Apa yang menarik?

Harganya yang murah dari harga pasaran.Okeh macam ni sebelum ni untuk speed 365kb harga yang perlu dibayar sebulan adalah RM68 tapi kalau register melalui pakej ni harga untuk speed yang sama adalah RM32 saja.Murah bukan?Latest nyah dapat tahu speed untuk 4mb adalah RM100.Berbaloi bukan?

Nyah pakai 1mb je.Bayar Rm68,dulu Rm68 untuk 365kb.Murah kan?

Lagi pemasangan secara percuma yer kawankawan.Ini meliputi :

  • One Hewlett Packard (HP) Netbook with 250 GB harddisk, 1 GB memory plus free delivery anywhere nationwide - ( netbook free,nyah ada sebijik kat umah )
  • Free Streamyx broadband Internet access at 384Kbps
  • 50% discount on the 1st month subscription fee
  • One free wireless modem with a 12-month warranty period
  • Waiver of activation fee (RM75) and Installation fee (RM88)
  • One free Streamyx Zone account
  • 50 songs download per month for 12 months from Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
  • One Streamyx email account
  • Dynamic Internet Protocol (IP)





rujukan boleh didapati disini.

Kalau ada nak tanya pape boleh komen di bawah.nnati nyah jawab okeh.


notakakiku : rindu tak tertahan lagi.













terengganu public days..yehaaa

Salam satu bloggers.


Pagi tadi mood nyah sendu senda sebab mengingatkan teman gay akan pulang ke UMP malam ni untuk ke konvo Silat Gayung di Melaka.Jap panjang gila ayat nyah,kena tahan nafas nak baca ayat tu.Perghhh.Melaluk dah,ini lah kelebihan belog ini anda dibawa melaluk entah kemana-mana.Sila rehda.


Tengahari tadi seram sejuk sebab dapat masej dari umi teman gay.1'st time tu weiii,longgar lutut aku.Huh.


Dalam pukul 3pm senyum kembali riang sebab Terengganu isytihar Ahad ni cuti public.Wakakakakah.Maksudnya cuti nyah extend lagi satu hari.Nikmat woooo.Sapa tak suka cuti,nai nyah nak geletek tapak kaki dia sampai terberak.Mai sapa berani nak lawan?


Semoga pasukan Terengganu menang di Sukma lagi dua tahun dan dapat lagi cuti.Heheeeee..



notakakiku : hujan.macam mana nak jumpa abie ni?




berchenta di bawah pokok rambutan

Salam satu bloggers.




Nyah ingat nyah dah tak rasa nyah,hanya bahas nama jadi nyah je.Dah hilang rasa jadi nyah dah.Alalalala.Tension jugak sebab nyah dah jadi icon belog ni.Tetiba ayat tak berapa nak nyah.Tension wooo.

Perasaan dia tu macam electron kena halau ke petala yang terluar.Macam black sheep omputeh kata.Terasing je feeling.Nyah syak hormon estrogen makin kurang kot,lepas ni laju-laju nak kena pergi buat suntikan estrogen.Baru kulit gebu sebu mebu.Bulu kaki pun dah banyak naik ni.Heh.

Cuti berbaki lagi seminggu.Sasau dah.Barang banyak tak beli.Deman pulak tu.Balak tak beper nak jati nak balik dah esok.Then sapa nak datim dengan nyah petampetam sambil makan eskrim then panggil abang jual satay ikan nek beskal tu.I miss u la abie.


 Siapa nak temankan nyah pergi shooping then pegangkan beg nyah? T_T


Lepas ni ingat nak belek buku panduan PISMP.Nak tengok kena study apa pulak sem depan.Pointer sem lepas apa jadi pun tatau.Sebab exam hari tu banyak buat kimchi. T_T

 Ingat nak tulis entry pasal abah.Esok kot sebab demandeman ni sensentip sikit.Huk3~


notakakiku : bosan tapi tak nak balik study agi.. T_T









kau pergi

Salam satu bloggers.


Seperti biasa setiap tahun penggal yang sama
Aku menjadi seperti ini,terkesima

Lantas tiada kata lagi
Biarkan dia pergi

Kata janji dihiliran sepi
Menolak hati balutnya rapi



Biarkan dia pergi
Merawat hatinya lagi

Berlari-lari pergi
Tinggalkan aku sendiri



















hobi mengajuk orang

Salam satu bloggers.


Tahukah anda bahawa nyah suka mngajuk katakata orang.Biasanya dengan suarasuara sekali nyah buat.Tapi untuk sorang yang terkenal ni nyah tak reti nak ajuk.

Tapi Johan boleh buat dan nyah tergelak-gelak tergolek-golek masuk bawah katil.Tak senonoh.Siang-siang gini,mana ada orang langgan nyah jadi kita rilex-rilex je la.


notakakiku : hari ni xda kenduri la pulak


diam diam boleh tak?

Salam satu bloggers.



Tadi masa nyah buka Google Readers banyak entry keluar sebagai respon peristiwa seorang bloggers yang dikenali ramai di kalangan bloggers.

Kenapa tetiba reramai nak menulis benda ni,sekarang baru nak tulis?Diam-diam dah la.Kalau nak bercerita pun berkias la sikit.Benda tak manis tak payah la kita nak ulas lagi,dah la cara menulis tak ada kiaskias.Tu dah umpama kita mengebanggebangkan benda yang tak baik.

Harap semuanya akan kembali seperti biasa dan menjadi tanggungjawab kita sesama bloggers untuk menegur.Dalam keadaan ini jangan pula mengambil kesempatan nak kejar traffic dengan ambil kesempatan ni.Sumpah tak suka tau.

Macam ambil kesempatan dalam air yang keruh je.Hari ni orang,esok lusa kena kat kita.Suka ke orang buat gitu?


notakakiku : jagalah hati orang yang terlibat.jangan gila kejar traffic sangat.


Doli Taiping

Salam satu bloggers.


Entry semalam dikejam hebat oleh pihak yang terasa atau jenis yang cepat melatah.Eh tolong la,jangan berfikiran sempit yer.Sila rujuk pada entry sebelumnya jika berminat. =)



Hari ni kita bercerita pulak tempat makan yang ada disekitar Taiping yer.Nak list banyak-banyak tak boleh sebab sering kali ulang kedai sama.harap maklum yer tawangtawang semua.


1. Kawasan Penjaja Taiping

Lokasi jangan la tanya sebab nyah  memang tak tahu apa nama jalan.Dari pagi sehingga lewat malam dia beroperasi.Kalau makan tengahhari ada la kedai melayu  dalam 6-7 buaj kedai.Yang sedap dan murah kedai yang kat tengah-tengah dalam barisan kedai melayu.memang puas hati la,dan hari kedua kami ditahan oleh pekedai no 2.Baru tengok lauk dia dah hulur nasi sepinggang.Damn,my lil bro pergi ambik.What to do?Makan je la apa yang ada.Makanan x sedap dan mahal.


Jangan takut nak makan sini waktu malam.area ni macam 1 Malaysia.Dari M,I,C semua ada.Sampai jam jalan area kawasan tu tapi nyah tak pernah sampai situ malammalam la.Lalu je ada la.



2.Gerai belakang The Store ( jalan nak balik ke Kemuntig dari bandar Taiping )

Sumpah sedap masakan gerai ni.Jarang kami sekeluarga makan gerai waktu malammalam.Tu malam pertamakami di Taiping so agak belur nak mencari tempat makan..Ingat nak take away KFC tapi ternampak gerai ni.


Makanan dia agak limited la.Kuew Tiew Gorang,CharKuew Tiew dan Mee Goreng.Harga RM3 je tapi memang sedap, banyak dan puas hati.Dengan harga yang murah tu ada 3 udang besar dalam setiap pinggan.Memang terkejut la bila dapat tahu dengan harga tu.Memang ramai yang ke gerai tu dan kita kena tunggu lama sikit kot kalau ramai sangat orang sebab cara dia masak walaupun dia menu sama,dia masak untuk sepinggang je.memang puas hati dan harus mencuba sekiranya anda di Taiping.



3.Doli

Kalau pergi lambat bersedialah untuk menunggu tempat dengan berdiri yer.Kalau dah sampai tapi ramai orang sedia lah untuk menunggu juadah tiba.Doli ni agak femes yer,asal usul dia dulu menjaja di pasar malam je tapi sedap sangat sampai dia ada premis sendiri.Nyah syak tuan punya kedai ni nama Dollah dan Rosli.Boleh tak?


Kedai ni femes dengan kuew tiew tapi nyah makan tak rasa pape pun.Tak sedap pun.Sedap lagi yang yang gerai belakang The Store tu.Kuew Tiew kering dengan beberapa udang kering kecil dan telur sebagai lauk disamping touge.I have no comment,mungkis sebab selera masingmasing kot.Tapi nasi ayam dia agak sedap la.Boleh cuba.Banyak juadah lagi tapi tak semua la kami merasa.Tempat ni harus anda tuju kalau di Taiping.





 4.Ar-Rahman

Kalau rasa nak makan pagi tak mahu makanan berat,boleh pergi ke kedai mamak Ar-Rahman.Ada dua branch.Satu dalam bandar Taiping satu lagi kat jalan nak balik ke Kemunting.Roti canai dia agak sedap jugak la.My lil bro bedal 4 keping roti canai dia pagi tu,makan ke melantak.


notakakiku : ada cadangan tambahan?



pengalaman berada di kelantan

Salam satu bloggers.

Sebenarnya nyah beberapa hari yang lepas ( ok ayat agak keling disitu ) nyah ke Taiping,Perak.Nyah tahu ko orang nak gelakkan nyah,apa la yag mak nyah ni pergi Taiping,apa yang ada?

Mai la nyah nak pom pum pam kat ko orang semua,kat Taiping ada nyah nyah yang lain laaa,bertenggek kat tepi tasik malammalam.Auwww,menganyam eh mengancam noksss.Tergugat nyah selaku nyah Kuala Besut.Heh.Tamat sesi membebel tanpa arah.

Taiping bukanlah lokasi favorite sangat untuk bercuti kot,melainkan anda pencinta alam.I guess so.Nyah pergi sana pun sebab abah ajak mengimabau kenangan jamangjamang dulu masa kami di Taiping.Dari sekolah lama sehinggalah ke rumahrumah yang hampir nak runtuh.Rehda aje la,kita menumpang je pun.

Motif nyah nak cerita pasal R&R Jeli.Heh.sebelum ni cik jard ada komen pasal R&R Lu Musang,katanya kotor,no comment la sebab dah lama tak sampai sana la kan,tapi sebelum ni yang Lu.Musang okeh je,maybe dah tukar pihak pengurusan kot ( hidup harus bersangka baik yer tawangtawang ).

                                                              Google punya

Yang di Jeli ni,masyaallah,sumpah annoying gilergiler.Servis sangat lambat dan sengal bagi pemudi seperti nyah yang mudah naik darah lebihlebih lagi bila lapar,Sila faham yer.

Masa nyah pergi dah pukul 2pm,ada dua kedai makan je kat sana.Duadua melayu.Hmmm,tipikal Melayu la bila tak ada pesaingan memang begitu la gayanya.Aduan nyah pertama :

  • lauk pauk macam bawah saji kat rumah atau yang kat rumah lagi sedap-masa nyah pergi kedai 1 lauk ada nasi xda,kedai 2 nasi ada tapi lauk habis.
  • air sampai lepas nasi habis sepinggan-orang tanya mana air boleh pulak dia sound kita balik.naharum
  • masakan panas je available sebgai alternatif - lambat harus la sebab pelanggan ramai,yang tu kita faham la.
  • kotor- sumpah memang bengang.meja sebelah tu xda orang duduk tapi kami ada.pinggan sebelum tu tak ada inersatif langsung nak angkat.nak tunggu semua kena tegur ke?mentaliti ni bukan dalam kalangan orang melayu ada tapi ramai begini,lebihlebih lagi kelantan yang terkenal dengan dilabel kekotoran dan tak kemas seperti negeri lain.Bukan nak memburuk tempat sendiri tapi itulah realiti.( ada orang tak puas hati ~ sebab terasa kot )
  • toilet sangat kecik dan kotor -tak payah nak cerita banyakbanyak,kalau kotor tu kotor la jawabnya.

Kalau nak kata penjual kelantan ni peramah,nyah yang orang local ni mencaricari la jugak yang ramahramah tu.Biasanya warga tua je yang begitu,yang muda mudi tu ramah dengan gender yang berlainan je kot.Kalau perempuan tu,ramahnya dengan lelaki yang sama muda je yang ramai,senyum pun lokek,nada menjawab tu kan,memang rasa nak cabaicabaikan je.Memang menang geng nyah di lorong haji taib la.Huh

Nyah harap kalau apa yang nyah rasa ni cukup je la warga local je yang rasa,jangan buat orang luar macam tu,buat malu negara kelantan je.

Anda ada pengalaman di negara Kelantan?CUba share


notakakiku : lain tempat lain pengalamannya =)


bacalah dengan minda yang terbuka dan berdimensi dan bukan pada satu hala sahaja.ini bukan entry kutukan tapi teguran agar menjadi ikhtibar bersama-sama.cuba berfikiran positif dan bukan asyik bersangka buruk je.kalau terasa terkena batang hidung,bukan niat saya tapi ambil la sebagai pengajaran dan panduan.






bengang + sakit hati = bengti

Saya seorang perengus.Pemarah juga adalah saya.Pencinta juga saya.Tapi cinta hilang bila saya marah.


Saya pemarah bila melibatkan hal dia,seperti tadi.Saya lempar selipar saya pakai,saya mahu hembas cawan biar ia berderai tapi masih marah.Tanpa menoleh ke belakang saya mara ke depan dan sekali lagi menghembas pintu sekuat hati.Sekuat hati.Sebab itulah rasa hati saya.


Orang kata tak memahami.Biarlah.Saya jaga hati sendiri,saya layan hati ini.Saya tak puas dengan dia yang hanya beberapa kali ini.Sebab saya tahu lepas cuti dia tidak akan seperti biasa dan kami tidak seperti biasa.
Saya mahu lebih,bukan selalu pun.


Sakit hati.Saya tahu dia juga sakit hati tapi saya lagi sakit hati.Biarlah.Biarlah dia balik dengan SILAT GANYANG dia tu.Sayang sangat.Pergi lah....





kenapa cik jard private belog?

Salam satu bloggers.Dari hari Sabtu yang lepas hinggalah semalam nyah langsung tiada masa untuk update di belog buruk ini disebabkan nyah berada diluar daerah negara Kelantan ini.


Kemana?


Disini. =)



Nanti nyah ceritakan di entry lain akan datang.Cuma nyah nak share la,nak jadi kaki penyibuk pun tidak.Nyah tak sempat nak baca semua entry kalian dalam tempoh 4 hari yang lepas sebab terlampau banyak.Nyah tekan je mark as read di Google Readers sebab tak larat nak baca semua.


Cuma kalau dah dasar kepoh pun memang kepoh la jugak kan?Kenapa Cik Jard private belog dia?Tapi still update?

Nak baca jugak =(



remember me-khas untuk pencinta robert pattinson

Salam satu Malaysia kepada semua. =)



Seharian nyah tak online sebab nyah bila dah ambik suntikan hormon pompuan selain kulit gebu gebang nyah juga akan mengalami fasa seperti golongan XX ni.Sumpah sakit menahan sakit.Ehh,apakah itu?

Walaupun nyah kesakitan tapi masa yang ada ko jangan siasiakan nokks.Rugi tau.Nyah buat apa?Dalam kesakitan kita harus mencari ketenangan.Itu harus.Baru boleh nak hadapi kesakitan yang bagai dihiris sembilu kasih Zed Zaidi.Huh.

Kita harus mencari benda yang buat kita tenang je mak nyah mak nyahs sekalian.Bagaimana?Nyah pencinta Edward Cullen diulangi Edward Cullen bukan Robert Pattinson yer.Jadinya bila nyah tengok movie terbaru beliau terus nyah download lajulaju.Bukan apa,sebab seumur nyah nyah hanya menikmati lakonannya dengan Twilight dengan New Moon je.Macam tak berkembang la kan.



Bella pun nyah ingat selain twilight dengan NM cerita Zathura yang pernah tengok lakonan dia.Not bad la.

Orang lain semua sibuk review tayangan LBS.Heh.Nyah tak berminat nak review sementelaah tak keluar lagi link untuk di download.Hahahaha.Minta maaf la bukan nyah tak sokong cerita tempatan tapi kecik hati tiap tahun la kalau nak tengok movie di Kelantan dan Terengganu ni.Mana ada pawagam.

Jadi nyah dengan semangat membara berkobarkobor  pun tengok cerita tu.Apa tajuk.Remember Me.
Tajuk pun dah goda nyah.Nyah masa download tak suka tengok preview,nanti tak suspen.Bila nyah tengok memang kena tengok dengan penghayatan yang tinggi la.Taraf dia macam nak tengok cerita Muallaf.Cerita dengan massage yang agak berat dan tersirat.

Tak ramai yang suka tengok cerita jenis gini.Mesti ko orang banyak pause stop pause stop lepas tu terus tak habis tengok.

Tapi nyah suka.BUkan sebab RP yer nyah sekalian tapi kerana kejutan cerita tu sendiri.Nyah sendiri terkejut.Kalau nak tengok nyah rasa tak rugi la,lagipun dalam cuticuti macam ni apa salahnya buka minda tengok cerita yang beratberat gini.Orang kata menjana kebiasaan pemikiran kita.

tapi tak rugi dan akhir cerita ko orag mengalir air mata.Seyes.Kalau ko orang tak mengalir air mata macam ni T_T memang ko orang dasar hati batu.Heh.emo dah.

Kalau ko orang jenis nak tengok review,ini dia :




Kalau nak download boleh je melalui link ni.Untuk caracara mendownload cerita,boleh rujuk pada entry ni.

http://hotfile.com/dl/46876860/84dece6/inagtdaku.rmvb.001.html

http://hotfile.com/dl/46876920/0a934a7/inagtdaku.rmvb.002.html

gelagat di jalan raya-homestay taiping

Salam satu bloggers.Kenapa nyah tak update.Saja sebab nyah banyak berjalangjalang dari duduk di rumah.Kenduri?Malas nak cerita sebab sam je pun.Lain pengantin je pun?Hik3~

Disebabkan banyak berjalangjalang maka banyak la ragam yang kita jumpa bukan?Samalah dengan nyah.Sepanjang nyah kat Kb ni jangan harap nyah boleh jumpa kaunkaum nyah.Rupanya nyah silap mak,ramai kaum nyah kat sini.Sekorsekor macam lawa gila,wangi semerbak berjalan menjerit kuar suara jantan.Auwww.Rosak rosak.Heh.Jap nyah pelik sebab Kota Bharu tak sesak tak seperti biasa macam kebiasaan cuti.Itu satu nikmat je kawankawan.Kalau tak asyik nak jam je nak masuk bandar KB.Huuu

sekarang pun banyak yang buat sale yer.Menci.Dah la nyah tengah sengkek.Abah plan nak pergi Taiping.Adoo la.Banyak duit nak kedai pakai nih.Awal semester lagi.Dugaan tu sume.Heh.

Ada sesiapa orang Taiping?Nyah sedang mencari homestay di sekitarnya.Boleh tolong nyah tak?Nanti drop infi di rung komen yer. =)

Ini benda yang nyah nak kongsi dengan ko orang.Amboiamboi pak cik,selamba badak biru ko menyandal di kereta orang.Memamhg sempoi la.Terbaik.Kalu ko menyandal di kereta dah lama nyah sound.Ko dah puas hidup belum,kan kalau aku tak perasan terus pecut ko jatuh sapa nak jawan.heh.

Abang yang dalam kereta tu pulak jenis yang segansegan.Nak sound macam nak beli nasi je.Heh.ABnag tu siap buka tingkap tanyatanya kenapa kot.Perabisan dia orang berbuabual tunggu lampu hijau.Adoo la.

Memang berbudi betul orang kita yer =)






Nyah bukan apa tapi risau keselamatan dia je pun.Hatihati yer dijalan raya.Macam kawan nyah drive siang tadi seyes nyah takut.Bagi aku berdebar je,bawak kereta macam nak cium bontot orang.



notakakiku : berhatihati..







tips bercinta dengan cara murah =)



Salam satu bloggers.Hari ni nyah gumbira sebab pagi tadi nyah kuar bercinta dengan budak gay nyah.Tak kemana pun cuma buat urusan di bank dan berdatim-datim menghabiskan duit membeli baju di kbmall.Jangan kata nyah membazir sebab nyah cuma akan shopim baju setahun dua kali saja.Ini fakta okeh.

Sebab tu nyah paling pantang orang kata nyah duit banyak (padahal dapat elaun sama banyak je) then depa ingat mak bapak nyah bagi duit FAMA.Tidak ye mak nyah mak nyah sekalian.Nyah meneruskan kehidupan di Kuala Besut itu dengan duit elaun semata-mata.Nyah hanya peruntukkan sebulan hanya RM350.

Macam mana nyah boleh buat?nYah hidup dengan gaya hidup sederhana je,makan tak mewah sangat cukup sekali seminggu dan selebihnya bersederhana dalam segala hal.Sebab tu la,sekali lagi sebab tu kalau orang pinjam duit nyah,nyah tak kisah tapi bila nyah tanya kenapa boleh kehabisan jawabnya : beli kain baju,tudung yang berjuta,makan mewah tiap hari,tukar telefon nyah rasa nak menyumpah-menyumpah.


Orang macam ni kita kata biar papa asal bergaya.Elok la sangat yer.Amalkan selalu yer.Sudah dah jadi entry membebel la pulak.
Maafkan mak nyah yang meletup mengalahkan Azwan Ali ini.Plzzz..

Apa yang nyah nak share kat ko orang semua adalah,apa yang selalu nyah buat bila datim dengan teman gay.Kami sangat educated ye kawankawan.Kami suka spend masa kami di kedai buku,membelekbelek majalah sampai habis dan membeli buku.Kadang-kadang kami bermain dalam kedai buku sampai orang jelingjeling jeles dengan kami.

Apa kami buat?


Nyah suka beli novel.Baca novel dan kumpul novel jugak.Masa di ruangan novel biasanya kami akan senyap dan bermain jiwang-jiwang.Sumpah ini sangat comel dan kelakar okeh.


Nyah :


 Kami dah bersama 4 tahun 3 hari =)


Abie :



Nyah :




Abie :





Masa ni nyah dah rasa sakit hati dah.Sumpah geram.


Nyah :




Abie :




Then kami gelak kuatkuat dan nyah hempuk kaki teman gay nyah.Sumpah buat nyah sakit jiwa.Akak yang jaga kaunter gelakgelak tengok kami.Chomel bukan?



notakakiku : saya sayang kamu =)









contest cik aleng indah

Nyah tak ada modal nak update tapi kalau tang gambar nyah memang laju gila.Nyah terbaca belog Razman then terus semangat nak join sama contest ni.

Contest ni datangnya daripada Cik Aleng Indah :




Kalau babbab gambar ni nyah memang laju la sikit,tapi ko orang jangan ingat nyah ni photogedik je.Nyah pencinta gambar omputeh kata photo lover.Ko orang kan tahu nyah tengah gigih nak kumpul duit nak beli DLSR.

Doc Farhana dengan Sis Jard sibuk buat tabungan kahwin nyah pulak pergi beli gadget tu.Tapi tak apa gaya orang kerja dengan orang belajar lain kot.Eh Doc Farhana study lagi bukan?

Nyah tak lain tak bukan nak tayang gambar ni.Biarlah ko orang nak kata tak ada gambar lain ke apa tapi,bukan apa dah yang ni gambar yang latest.Ko orang sibuk apa? :P



Ni gambar nyah masa nyah daki Bukit Keluang depan maktab nyah.Tapi bukan jalangjalang eh calangcalang orang la boleh panjat ni.Yang nyah tahu ramai lagi budak maktab tak panjat lagi bukit ni.Seyes lawa.

Depan kami semua tu Laut China Selatan.Lawa bukan.Masa kami tengok first time,mulut ni tak habishabis memuji kebesaran Allah SWT.Tak macam masa nak panjat mulamula,mulut mencarut sakan sebab asyik kena tipu kata dah nak sampai tapi tak sampaisampai lagi.Hampagas betul.

Apa yang indahnya bila sampai di puncak Bukit Keluang ini adalah selain pemandangan kurnian Tuhan ini adalah kerana kami rakanrakan samasama berkerjasama dalam xpdc ini.Gua sayang ko orang ketaketat la.

Kalau nak tengok pulau-pulau kecil dan dari jauh kelibat Pulau Perhentian boleh la panjat bukit ini.Ambil masa tak sampai sejam pun. =)


Nabila.Azri.Pudin.Tasha.Dol =)


notakakiku : keindahan alam itu adalah amanah kita.





sticky notes : tawaran untuk backlink di jari jemari menari nari

Salam satu bloggers.Okeh nyah masih belum ada mood atau modal nak menulis.Kalau dalam mood begini biasanya yang mengong-mengong laju je keluar.

Tapi nyah tak nak nampakkan sangat yang nyah ni bengong atau gelong tahap di luar petala.Makanya nyah nak tawarkan kepada adikadik makmak nyah sekalian untuk menderop link anda diruangan ini.


Sila letakkan :
  • link
  • nama anda
Nanti bila nyah bosan nyah terjah anda,dengar tu bila nyah bosan okeh.Sebabnya memang nyah bosan.Tapi jangan salah faham pulak nyah cuma buat backlink bukan follow yer.


Terima kasih.



Ni kawan nyah sorang lagi kirim salam.Katannya kalau ada baju lebih boleh tolong derma yer.Sejuk dia punya tu.Neno neno neno..Gelong tol dah nyah.








Kenapa kawan nyah ramai yang macam ni?HUk3~


notakakiku : cepat-cepat sebelum terlambat.


cara bercinta di kedai buku.amalkan..

Salam satu bloggers.Hari ni nyah gumbira sebab pagi tadi nyah kuar bercinta dengan budak gay nyah.Tak kemana pun cuma buat urusan di bank dan berdatim-datim menghabiskan duit membeli baju di kbmall.Jangan kata nyah membazir sebab nyah cuma akan shopim baju setahun dua kali saja.Ini fakta okeh.

Sebab tu nyah paling pantang orang kata nyah duit banyak (padahal dapat elaun sama banyak je) then depa ingat mak bapak nyah bagi duit FAMA.Tidak ye mak nyah mak nyah sekalian.Nyah meneruskan kehidupan di Kuala Besut itu dengan duit elaun semata-mata.Nyah hanya peruntukkan sebulan hanya RM350.

Macam mana nyah boleh buat?nYah hidup dengan gaya hidup sederhana je,makan tak mewah sangat cukup sekali seminggu dan selebihnya bersederhana dalam segala hal.Sebab tu la,sekali lagi sebab tu kalau orang pinjam duit nyah,nyah tak kisah tapi bila nyah tanya kenapa boleh kehabisan jawabnya : beli kain baju,tudung yang berjuta,makan mewah tiap hari,tukar telefon nyah rasa nak menyumpah-menyumpah.


Orang macam ni kita kata biar papa asal bergaya.Elok la sangat yer.Amalkan selalu yer.Sudah dah jadi entry membebel la pulak.
Maafkan mak nyah yang meletup mengalahkan Azwan Ali ini.Plzzz..

Apa yang nyah nak share kat ko orang semua adalah,apa yang selalu nyah buat bila datim dengan teman gay.Kami sangat educated ye kawankawan.Kami suka spend masa kami di kedai buku,membelekbelek majalah sampai habis dan membeli buku.Kadang-kadang kami bermain dalam kedai buku sampai orang jelingjeling jeles dengan kami.

Apa kami buat?


Nyah suka beli novel.Baca novel dan kumpul novel jugak.Masa di ruangan novel biasanya kami akan senyap dan bermain jiwang-jiwang.Sumpah ini sangat comel dan kelakar okeh.


Nyah :
 Kami dah bersama 4 tahun 3 hari =)


Abie :

Nyah :


Abie :



Masa ni nyah dah rasa sakit hati dah.Sumpah geram.


Nyah :


Abie :


Then kami gelak kuatkuat dan nyah hempuk kaki teman gay nyah.Sumpah buat nyah sakit jiwa.Akak yang jaga kaunter gelakgelak tengok kami.Chomel bukan?



notakakiku : saya sayang kamu =)