pesen tak malu

Cuti aku di pertengahan tahun biasanya akan lebih seminggu daripada cuti sekolah. Rasionalnya kalau cuti sama baik aku masuk sekolah dan bukannya maktab.Gitu alasannya.Heh.

Jadinya seminggu ni adik-adik dengan cik abah semuanya pergi sekolah.Sebagai anak yang ala-ala nak kena sumpah jadi batu,aku selalu bangun bila aku nak bangun sebabnya aku tidur pun bila aku nak tidur. Orang tidur aku melompat-lompat dalam rumah,masa tu la kerja yang cik bagi baru aku nak buat.

Contohnya vakum ruang tamu.Kek dah pukul 2 pagi aku vakum sampai dapat masej dari abah.

‘kalau tok sir kena tibe (pukul) bo vakum’

Heh.

Pagi tadi aku bangun awal.Rasa mengidam nak makan ais krim.Gila western,mat salleh pun tak bantai ais krim pagi-pagi.

Menahan napsu sampai tahap mengigi-gigil macam duduk di kutub selatan,aku buat keputusan pergi beli ais krim.Jenis iman senipis bawang gitu lah pesen.

Jenis pemalas, pakai ala kadar dengan seluar track busuk bawak kereta pergi supermarket depan USM. Aku jenis independent okeh,bukan jenis rasa loser bila keluar sesorang.

Sampai je terus turun keta bukan golek-golek.Kalau golek-golek kan ada terkejut sampai kencing tak ke malu.

Naik je supermarket cari ais krim dengan kon.Bayar terus terun cari kereta.Aku ni jenis mudah menarik perhatian orang,bukan nak tapi jenis mudah menarik perhatian.

Macam pagi tadi jugak.Ramai orang pandang-pandang.

Sebabnya aku turun kereta tak buka spek hitam aku,sampai aku ambik ais krim dengan kon ais krim sampai aku bayar.Gila jakung.Masuk kereta baru aku sedar.

Perghhh gila smart,pakai spek hitang dengan seluar track busuk pergi beli ais krim.

Tobak aku dop g doh nirwana.

awek cun kena rasuk depan rumah

Tipikal abah dengan cik (ibu) selepas makan malam adalah keliling kawasan rumah sampai penat.

Abah akan berbual dengan pokok buah-buahan dan cik akan membelek pokok bunga.Apa ke jadah malam-malam gelita nak tengok pokok,bukan nampak pun.Kan ada pontiyanak tersengih tak ke sawan.

Malam tu meriah sebab depan rumah kami tengah get ready untuk kenduri esok harinya.Aku pulak jenis anak puteri emas jadi tak berminat nak tayang muka malam-malam keliling rumah,makanya aku online sahaja.

Tiba-tiba...

Cik melompat terkejut sebabnya ada orang menjerit di depan pintu pagar.Okeh nak describe sikit : bunga rawang atas pagar yang emas olok-olok tu hilang kena bedal entah siapa.Jenis gilo ko besi.Heh.

Mana tak terkejut,mahu aku terkincit dalam seluar dalam.Seorang perempuan tiba-tiba menjerit meraung secara tiba-tiba.Elok-elok tadi jalan lek lok,muka dah berkerut menjerit-jerit tarik rambut.Meraung pulak mengadap cik.

Pesen macam dalam slot seram.Nasib baik gate dah kunci.Sah-sah kena rasuk.

Orang ramai dah mula pegang dia.Perghhh dalam menjerit-jerit sempat dia tendang orang.Memang seram.Orang bawak masuk dalam kereta nak hantar berubat dia tendang sampai bergoyang kereta.

Balik rumah semula,sebab pak cik tu tak ada kat rumah.Aku jenis pesen penakut.Tadi rasa nak berak tapi kepala taik masuk balik.Sapa nak tolong aku basuh kalau masa aku tengah berak,dia melaung lagi.Memang sah-sah aku lari tak basuh punggung.Heh

Malam tu dia menjerit-jerit tak reti nak penat.Panas kena ayat kot.Bilik aku pulak mengadap ruang tamu rumah sebelah.Takut tak takut aku layan kdrama kuat-kuat sampai lena.

Menjerit la sampai penat,jangan tetiba meraung ketuk tingkap aku,kan ada yang kena basuh tilam esok pagi.Perghhh..

kisah kemalangan kerana perempuan



Petang tadi pergi kenduri kekasih gelapku suatu ketika dahulu.Bekas kakak ipar tak jadi menikah.Tahniah kepada beliau kerana telah mendapat lesen persetubuhan halal.

Perjalanan mahu pulang,aku melalui satu kawasan yang sangat indah.Tepi sungai dan kami berhenti di tepi jalan.Apa ke jadah aku berhenti tengah jalan,tak kena langgar kereta lain memang tak sah.

Maka turunlah kami berdua di port kegeraman kami yakni lalang berwarna emas itu.Kami mahu berphotostot sebab kami rasa anggun bergaya dengan berbaju kurung.



Sebelum tu sebuah lori merah,pemandu gatalnya bersuil kearah kami.Bajet hot,kami diam je.Baru nak tekan shutter DSLR kami terkejut kaa..

Banggggggg...

Lori tadi melanggar sebuah motor.Tepat di mata kami.Kami berdua kaku.Aku bukan jurufoto pro,makanya tidak pula aku candid kemalangan tersebut.Hampir seminit kami terdiam,terkejut sehingga kami tersedar teguran seorang lelaki kacak berkaca mata hitam di dalam Hilux.

'Hye handsome'.Perghhh.Jenis gatal.

Kemudian polis datang.Kami panik sebab abang tu cakap maybe lori tu excident sebab tengok kami asyik bertangkap gambar.

Perghh.Gilew,muka kacak tapi nak buat aku bersalah.Benci.

Polis sibuk tangkap gambar.Well abang motor tu masa jatuh dia sedar tapi nampak blur.Lutut dia berdarah.

Aku dan kawan aku merupakan saksi pertama disitu tapi kami bukan saksi sebab kami tak tengok pun.Kami tak nak jadi saksi polis.Kami bawak kereta,terus laju-laju pergi.

Masa ni la aku rasa geram bila pakai no plat kereta mudah orang ingat.Aku rela polis datang tanya soalan dari masuk metro..

....kemalangan sebab leka tengok perempuan cantik...

Perghhh.Aku tu babe.

orang kacak masuk dalam kereta

Kami sekeluarga makan-makan depan tv.Style keluarga moden.

Tengah-tengah makan,ada yag buka rahsia.Kali ni abah yang buka rahsia dia.

Petang tadi masa dia singgah tepi jalan nak beli pisang goreng bukan goreng pisang yer.

Jenis pesen orang kaya banyak kereta.Buka pintu,tutup pintu.Enjin kereta hidup.Well jenis orang kaya banyak kereta katakan.Perghhhh,abah cerita nak cover malu je tu.

Lepas beli pisang goreng bukannya goreng pisang,abah masuk dalam kereta.Tengok-tengok ada orang duduk di sebelah.

Perghhh,bukan ayu mana pun,kacak lagi tidak tapi orang yang jenis tiga suku.Apa kes masuk kereta orang ni.

Pom Pum Pam,abah habis modal nak pujuk suruh turun.Jenis tak makan saman,tak turun.

Pisang goreng nak sejuk dah ni.Dia pun putus angin,bawak je kereta.Dalam kepala ligat nak cari idea nak suruh orang tiga suku keluar.

Kereta tersedut-sedut di tepi jalan bukan di tengah jalan.Akhirnya berhenti.

Abah suruh dia tolak,kereta rosak.Dia turun.

Abah terus tekan minyak.

hantar rombongan pengantin

Sekarang musin orang mengawan.Ramai orang mengawan. Aiphhh.

Buktinya haku dapat banyak kad undangan jemputan ajak makan hayam yang bukan ajak-ajak hayam.Fenim?.

Fine.Info : orang jarang hidang hayam sekarang sebab hayam mahal.

Di suatu petang yang panas terik.

Satu rombongan nak hantar pengantin.Mereka berjanji nak bertemu di suatu persimpangan jalan.Makanya di persimbangan yang dijanji,satu rombongan telah berada di situ makanya rombongan yang lain mengikut rombongan tersebut.

Maka sampailah mereka ke tempat yang dihendaki yakni rumah penganti perempuan.

Turunlah mereka semua dengan hampir 10 buah kereta dan 18 buah pahar.

Fine.Pengantin mana yang balas pahar 18 balas 18?Cuba jawab.

Yang lain dah sampai pegang pinggang kaut lauk buat makan.

Mana datang 18 buah pahar ni?

Cakap punya cakap.Pom Pum Pam.

Got it.Kita salah follow rombongan pengantin.Pengsan.Maluuuu.

Dan benda tu baru sahaja berlaku.Perghhhh