syima syaz

 

Akak ni lebih cute dari saya ke?

Sebab tu akak tak tinggal link akak kat belog saya.Tak nak bagi saya kecewa dapat tahu akak lagi cute dari saya dan akak nak kahwin lepas ni.

T_T

Akak seyes low profile tak nak orang tahu belog akak ae.

Tak macam doc Sarawak ni.Stress nyah tengok dia dok tayang URL dia di setiap komen.Hahahaha.Lek lu bro.nanti nyah follow k

Sebelum tu nyah nak ucap arigagto guzaimas kepada yang follow nyah lately ni.Nyah tinggal jejak kat belog ko orang kan?

Terharu dalam sawang-sawang belog ni ada yang sudi pollow nyah yang sengal ni

 

=)

kenali nyah yang bukan nyah ini

Salam satu bloggers.

Hye ko orang.Amacam dah sampai rumah ke belum? Kalau yang masih bertapa nak jaga hostel masing-masing tu nyah memang suspek la semangat kecintaan ko orang yang terbilang tu.

Bukan semua orang sanggup tak balik kalau cuti tapi mungkin ada sedikit kekangan maka ko orang pun tak balik.Okeh sila jaga hostel masing-masing dengan baik ae dan jangan meraung macam Tarzan pulak.Tak kuasa nyah nak nolong.

Hahahhahaha,gelak keji sambil terkentut sedas dua.Hah.Legaaaaa.

Smile with tongue out

Malam ni nyah nak kabor sikit tak banyak pasal diri nyah.Rasanya kalau tak bagi tahu pun mesti ko orang dah ada sedikit pandangan tentang diri nyah melalui tulisan nyah kan?

Ianya mungkin : nyah kelakar,nyah gila,nyah mengarut,nyah tak senonoh atau perkataan-perkataan yang lebih kurang tak matang tak serius macam tu la.

Okeh,kalau ko orang jumpa nyah face to face kan,ko orang akan  bertanggungjawab untuk telan segala pandangan ko orang terhadap nyah sebabnya nyah sangat serius.

Sangat serius dan tak akan cakap merapu merabang macam ni.Biasanya dengan orang nyah tak kenal,nyah tak akan tunjuk sisi sebenar diri nyah.Katakan saja hipotalamus atau hipo warna biru TMNet mahupun hipokrit.Memang tu diri nyah yang sebenar lebih-lebih lagi bila berada di situasi yang memerlukan nyah serius.Huh

TAPI..

Kalau ko orang kenal nyah,nyah kenal ko orang,ko orang baik dengan nyah,macam mana ko orang baca tulisan nyah macam tu la diri nyah yang sebenarnya.Nyah akan tepuk bontot ko orang laju-laju bila nyah rasa gatal-gatal tangan dan akan terkentut bila gelak terguling-guling ( okeh yang ni kawan nyah yang kata bukan nyah yang kata padahal nyah mana ada kentut pun.Heh ) Kalau kentut pun mana ada bunyi.hehehehehe.

Tahuilah kamu jika nyah berlaku tidak serius itu kamu sangat bertuah kerana bila nyah serius nyah sangat polite dan sangat tidak fun okeh.

Makanya jika selama ni nyah merapu merabang kalian suka,teruskan jangan cari pasal dengan nyah sebab nyah tak akan cari pasal jugak.Orang baik kita buat baik jugak.

TAPI

Bila dah lama kenal,dah tahu diri nyah macam mana kemudiannya mula nak kata nyah tak serius memang orang tu mencari pasal dengan nyah.Saja menempah tiket ketidakmesraan dan pesanan ini khas untuk kamu.

KHAS UNTU KAMU.ENTRY INI SINDIRAN KHAS PADA KAMU YANG BERKENAAN.

Ko orang rasa nyah ni macam mana ae???

 

notakakiku : I sangat fun okeh.Huh.

hobi suka peram baju dalam almari

Salam satu bloggers.

Dah sampai rumah belum semua?Cuti dah mula,nyah dah sampai rumah.Tak payah bagi tahu pun tak pe rasanya sebabnya bila pulak rumah nyah jauh dari maktab tu.Heh.

Orang yang keluar awal petang tadi pun baru sampai rumah masing-masing.Nyah yang keluar last dah sampai rumah.Hehehehe.Ayat saja nak bagi orang marah.

Banyak benda nak story mory dengan angpa semua tapi kita pelan-pelan kayuh dulu.Mula-mula nyah nak bagi tahu tadi kena tegur kat mak nyah tadi.Dia bising-bising sebab rupanya nyah ada banyak baju kurung tapi banyak tak pakai.Buat tapi tak pakai.

Semuanya kantoi sebab dia merajin diri naik ke bilik atas,biasanya jarang dia naik apatahlagi nak geledah bilik semua ni.

Dah nak buat macam mana,memang style nyah.Buat baju ke beli baju ke,nyah tak kan pakai terus.Biasanya nyah peram dalam almari sebulan dua kadang-kadang tiga bulan baru reti nak pakai.Sama jugak dengan shawl.

Dah out of date baru hegehmeru nak pakai laju-laju.

Sem ni lagi la,dari 5 hari kuliah hanya pakai 2 kali je baju kurung.Then selebihnnya pakai track dengan tshirt sebab ada Pendidikan Jasmani.Ahad dan Khamis kena buat berlari 2.4km keliling maktab tu.Terbaik.

Memang pecah lah segala lemak nyah sem ni.Heh.

 

notakakiku : esok keliling pasar pulak.

.sebab aku tak boleh jadi bloggers jutawan macam RedMummy.

Salam satu bloggers.

Nyah tengok ramai kawan-kawan update.Tayang tu tayang ini.Nyah nak tayang apa?Tayang body?

Wakakakakakah,ko nak penampar or pelempang.Boleh basi-basi nyah nak offer ni.Heh.

Hidup nyah sangat membosankan,lebih-lebih lagi bila tersadai di pinggir pantai yang indah ni.Katakan saja nyah tak reti mencari keseronakan hidup atau nyah malas.Tak apa.Itu memang benar.

Disebabkan nyah tak ada benda nak kongsi maka tak berupdate la belog.Lepas tu tak kan ko orang nak baca kalau nyah update nyah makan nasi kat kafe kena mahal,lepas tu nyah carut-carut esok save bajet makan nasi dengan sardin je.Gila sedih hidup aku.

Nak tayang warna-warna neon Lorong Haji Taib kan risau kena pulau pulak.Habis nyah nak cari makan dengan apa.Makan angin?

Sebab tu la nyah menulis bukan kerana nama bukan kerana duit tapi menulis untuk diri.

Andai kata suatu hari nanti,kot-kot la nyah berjalan  then terjatuh kepala luka berdarah terhantuk kat dada hero korea yang kacak then nyah hilang ingatan.Hahahaha.

Nyah jadikan belog nyah untuk ingat recall memori lama.Sweet tak?

Baik cakap sweet sebab nyah tatau nak tulis apa dah.So bye-bye

 

notakakiku : esok lusa cuti pulak.Bahagia betul kerja dengan sekolah ni.

mak hayam lari tergedek-gedek

Salam satu bloggers.

Disebabkan salah satu minor nyah adalah Pendidikan Jasmani makanya hampir setiap semester kami semua akan turun ke padang.Sem ni lagi terbaik sebabnya tajuk utama adalah olahraga.

Makanya pagi tadi buat julung kalinya nyah terpaksa turun berlari keliling balaton dengan bontot yang mantop sambil batuk-batuk mengoda rasa nak muntah sebanyak dua kali pusingan selepas minggu lepas berjaya mencilok kan diri disebabkan nyah MC satu hari dari keliling Lorong Haji Taib.Heh.

Tadinya rasa macam nak terputus urat berak rasanya sebab dah lama tak turun exercise yang selain kuak dada dan kuak lentang di atas kamar beradu pada waktu senja.

Tapi nyah suka latihan tu melainkan yang nyah tak suka muka akan terbakar dan lengan akan bertambah gelap.Dah la nyah ni cukup gelap even kerja nyah pusing-pusing tengok anak-anak hayam nyah keliling Lorong Haji Taib tiap-tiap malam.

Nyah antara yang fit dalam kumpulan perempuan unit nyah.Kiranya nyah antara bertuah atau mungkin kata lain nyah ada bakat di padang melainkan malas semata-mata.Bestie nyah dah tersadai tutup lampu dah malam ni sebabnya penat dan sakit urat kaki.Kalau tiap minggu macam ni masaklah.

Apa-apa pun nyah suka latihan di badan dan ini kerana ia mampu menjaga bentuk badan nyah agar kekal langsing dan perut tak buncit.Terima kasih TummyCream.Hahahahhahaha

 

notakakiku : hanya sekadar perkongsian hidup. =)

semakin lama semakin bosan

Salam satu bloggers.

Nyah baru saja sampai untuk check in ke penjara Besut ni.Felim macam biasalah,biasa-biasa je,menyampah tidak,suka jauh la sangat.

Dah nak masuk tahun ke-3 nyah tersadai di pinggiran Pantai Bukit Keluang ni,sesungguhnya nyah sangat bosan dengan kawasan ini dan perjalanan pulang ke Besut ni lagi lah membosankan lebih-lebih lagi bila kena datang untuk check in.Masa nak balik tak bosan pun sebab mata tak nampak apa dah selain rumah.Heh.Tipikal students kan?

Walaubagaimanapun,nyah sangat hairan dengan abah dengan cik nyah.Sebab dia orang tak pernah bosan untuk hantar nyah pulang ke Besut malahan terlebih excited.Kenapa?

Tengah jalan boleh singgah beli ikan kat Tok Bali.Heh.

Sambil tu boleh usha batu-batu tepi jalan untuk buat bertungku dengan batu landskap.Yang ni hobi baru.Tiap kali datang sini mesti nak usha batu kat depan PKT Besut tu.Adoi la.

Nyah pulak mampu bersabar je,dua tahun lagi nak habiskan sisa pelajaran di sini.Masih bersabar dan bersabar bila nak grad.

Lepas grad tu tak payah fikir lagi lah,lama lagi kan. Smile with tongue out

 

notakakiku : minggu depan cuti seminggu.Wiiii…

sakit jiwa sakit hati

Salam satu bloggers.

Update dari rumah sendiri dan bukan hostel haruslah mood baik sentiasa kan?

Minggu lepas nyah tak sihat dan sangat b’z dengan tugasan makanya nyah tak pulang rumah sebabnya nyah takut abah marah-marah.

Tadi pun dah kena tegur sebab batuk kuat sangat.Dah dekat seminggu dah,batuk tak nak surut,asyik batuk je.Ubat batuk pun dah segala ubat nyah telan.Ubat yang klinik bagi tu bagi nyah lena memanjang je,batuk kurang tidak pulak.Heh.

Nyah tak balik baru dua minggu tapi kamera nyah tak sentuh dekat dua bulan dah.Tadi bila tengok rasa nak marah sangat.Mencucuk sangat sebab dalam masa terdekat ni nyah tak ada niat nak tambah modal untuk DSLR nyah tu.Sumpah,nyah pokai tahap dewa dewi.

Beg kamera berkulat.Sakit hati giler!!!!!

Lagi sakit hati dari orang buat nyah sakit hati.

Ada sapa-sapa tahu cara nak buang kulat ni untuk long term tak?

 

notakakiku : xdop.

apa yang perlu kita buat bila masuk jamban

Salam satu bloggers.

Ni nyah terus tulis xda nak cover mover filters semua.Fresh gitu,baru keluar dari oven orang kata.Panas.

Memang sentap,panas hati nyah ni nokss.

Nyah baru je lepas keluar dari toilet ni sambil cuci muka guna produk Siti sampai hari ni muka tak cantik-cantik macam Siti.Nyah rasa ternoda eh tertipu la mak oii.

Nyah tak koser nak xplain lebih-lebih sebab nyah geli cuma satu je.Tak kira perempuan,lelaki tak pun pondan segala gay seluruh alam..

Kalau nak berak tu pilih la toilet yang jauh sikit dari orang yang dalam tilet tu dan bukan sebelah or dekat dengan orang sebab bila ko berak tu kalau dah berbau semerbak alam berkongsi dua orang boleh buat orang batuk-batuk termuntah.

Kan nyah buat-buat yekkkss kan kecik hati.Masa nak berak tu cover-cover la bunyi barang jatuh dengan buka paip air sikit ni tak segan silu segala rahsia alam terbongkar.Yang sound effek tu kalau hidung nyah kalis memang nyah terburai gelak kat situ terus.

Tolong la lain kali kalau nak berak terus buka air siap-siap bagi alah tu turun jangan simpan penuh dekat dua kati baru nak simbah air.Tolong la mimpi ngeri nyah tau.

 

notakakiku : muntah jugak nyah kat situ.EuwwwwSick smile

misteri satu perkataan

Salam satu bloggers.

Hari ni saya nak perkenalkan perkataan ‘syafakillah

yang membawa maksud semoga cepat sembuh.

Betul kan Kak Seimura?

Terima kasih yang mendoakan kesihatan saya.Tuhan saja yang mampu membalasnya.

 

=)

 

notakakiku : masa sakit ni la kita dekatkan diri dengan tuhan.

orang sakit pun ada mood layan k-drama

Salam satu bloggers.

Nyah masih dalam mood tak sihat.Semua dah masuk pakej : selesema,batuk dan deman,alhamdulillah sakit di lengan dah beransur kurang.

Semalam nyah telan ubat sampai 6 kali.Overdoes sebab tak tahan sangat.Kalau Doktor Farhana tahu mesti kena sound ni.

Yang pelik bila telan ubat bukan makin mengantok tapi makin energetic.Payah nak tidur,dah la nyah spesis susah nak tidur.

Ubat batuk sebotol nyah habis kan dalam masa tiga hari.Tadi mintak tolong seorang kawan namanya Pudin tolong belikan ubat batok.Antara ramai-ramai kawan Pudin la yang paling murah hati dan sentiasa rajin hulurkan tangan bila kawan-kawan perlukan pertolongan.Terima kasih Pudin.

Walaupun Pudin tak baca belog ni sebab memang nyah hide url belog ni dari classmate dan kawan-kawan rapat.I need my privacy space.Titik.

Tapi nyah dapat tahu ada kawan-kawan IPG ni yang follow belog ni via Facebook.I malu you all.

Pasal berbelog ni nyah berbelog dari zaman Friendster dan sehingga lah menulis di blogspot dan tempoh tu sudah pun menjangkau 4 tahun.

=)

Masam.Manis.Pedas.Pahit semua nyah dah rasa.Dari menulis secara anonymous sehinggalah buat recomeback tayang muka.Semua dah rasa.

Dan saya dewasa melaluinya.


notakakiku : tengah syok layan My Princess.Wahahahahaha.

tak sihat macam orang tua sudah

Salam satu bloggers.

Saya tak sihat.Badan panas.Batuk kuat dan sakit urat di bahagian lengan.

Rasa macam orang tua sebab sakit urat.

Bukan tu saja susah nak angkat barang berat.Kerja pun banyak.

Serius sem 5 sangat sibuk dan menuntut kepada kesabaran dan pengorbanan.

Sabar kena siapkan kerja dalam tempoh singkat dan berkorban bagi aktiviti lapang contohnnya melayan drama korea.Ok,saya terasa sangat.

Tapi aktiviti mendownload cerita masih giat dilakukan.Bila nak tengok tak tahu.

T_T

Masih batuk-batuk sampai muntah.Got to go.Nak buat lab reports.

Doakan saya sihat dan sembuh.

Ohh lupa,saya menikmati hujung minggu di Kuala Besut minggu ini,ini salah satu pengorbanan juga.Sekian.

hbhjwbruises

 

notakakiku : lepas ni secret garden nak habis dah.otteke!!!

budak kecik yang chomel

Salam satu bloggers.

Ingat lagi tak yang nyah bagi tahu cuti yang lepas nyah jaga dua budak kecik?

Dari tak pernah-pernah pegang baby sampai reti nyah dibuatnya sebab dua budak kecik ni.Memang rare la.

Ada satu hari ni,Emeer dah bosan tahap agung tunggu mummy dia balik,dia pun buka la (umbrella)sebabnya ‘kakak’ aka nyah tak nak bawak dia pergi main kat leground (playgground).

Nyah bukan apa nyah rasa macam ala-ala bibik gitu kalau keluar.Pakai pun sememeh je.T_T

Tak koser nyah nokks,kat kawasan tu penuh dengan orang kulit hitam.Kan dia wat lari nyah balik negara dia orang.Sure-sure nyah paling cerah kat sana.Hahahahaha.

Nyah bukan bias tapi memang seram u all.Depa dah la tinggi gedebak lepas tu tubuh pun besar-besar macam indon gaul simen tu.Ko tak takut?Nyah takut.

Lepas penat bebel-bebel orang tak layan dia pun main umbrella.

Smile with tongue out

DSC01047

kakak tolong buka sebab kakak tak larat kena marah kat budak techik ni.

DSC01048

tu dia dah siapsiap investigate.dah buka nak tutup pulak.

DSC01049

muka tak tahan tu,marah sebab kakak pandai tutup umbrella,dia buat tak jadi.

DSC01051

putus asa dah tu,ugut nyah nak buang umbrella.

DSC01052

penat argue dengan kakak main payung happy sorang diri.

 

Mudah je kan jadi budak.Tak pikir masalah.Penat menangis mintak ‘angket’angkat dia.Orang tak layan bagi susu,settle.

Kita?

Alahai lambat la nak senang macam tu.

 

notakakiku : rindu emeer =)

kisah abah

 

Salam satu bloggers.

Nyah jarang bercerita pasal pamilia nyah kan?Memang pun sebab nyah tak nak berkongsi sangat pasal orang lain dalam belog ini.Serik.Dikhutiri menjadi bahan sensasi.

Sebenarnya dah banyak kisah abah nyah dalam ni cuma tak mention nama dia je.Nyah kira lepas ni nyah nak buat entry khas pasal abah macam Cik Epal dia ada kisah opah,sama juga dengan Singgplus dengan kisah Opah Timah yang femes tu.Kelakar you all.

Tapi kali ni nyah nak bercerita pasal abah nyah.

Satu hari tu kami gathering ramai-ramai depan TV.Entah apa topik tetiba keluar la pasal isu kereta.

Rasanya kes kazen nyah yang baru mengajar berhajat nak beli kereta kot.Kazen nyah ni bulan 3 ni dah nak kawen.

Kalau cerita pasal kereta ni,mesti isu nyah rempuh dinding garaj kereta sampai runtuh dengan Civic dia akan naik.Semua nak kenakan nyah.Heh.

Rasanya sampai nyah beranak pinak isu ni tak habis.Huh.

Abah pun masuk line menyampuk masa orang tengah berbual.Tu feberet dia.

 

Abah : Pok Dek (panggilan diri abah pada anak saudara ) hari tu dapat free gift masa beli kereta.

 

 

Kazen : Dapat free apa Pok Dek?

 

 

Abah : Dapat free gear  so ( satu ).

 

Dengan selamba abah pakai kopiah terus naik motor ke masjid nak sembahyang Magrib.

Makan dalam abah bergurau,nak suruh kita orang berhenti tengok TV je pun.Heh

 

notakakiku : terharu dengan abah petang tadi.

lelaki yang ku cari yang ku puja

 

THAT MAN

One man loves you

He loves you with all his heart

Everyday he follows you like a shadow

He is laughing but actually crying


How much longer that I must gaze at you like this alone?

This foolish love.. This miserable love..

Must I continue for you to love me?

Come closer a little bit more

When I take a step closer.. You run away with both feet..

I, who loves you.. Even now I'm by your side..

That man is crying


That man is very timid

So he learnt how to laugh

There are so many things that he can't tell his closest friend

That man's heart is full of tears


So that man said that he loved you because you were the same

Another fool.. Another fool..

Won't you hug me once before you go?


I want to be loved my dear

Everyday in my heart.. In my heart..

I shout out

That man is beside you till today


Do you know that man is me?

Don't you tell me you know

Still you're doing this to me

But you won't know

Because you're such a fool my dear


How much longer that I must gaze at you like this alone?

This foolish love.. This miserable love..

Must I continue for you to love me?

Come closer a little bit more

When I take a step closer.. You run away with both feet..

I, who loves you.. Even now I'm by your side..

That man is crying

 

lelaki yang nyah dengan Doktor Farhana tergila-gila. =)

 

notakakiku : masa lepak nyah layan cerita korea je…

isu panas gadis bershawl bergaya

Salam satu bloggers.

Hye semua.Dua tiga hari ni nyah  follow up isu yang hangat sekarang.Gadis bershawl apa entah tajuknya tapi lebih kurang macam tu lah.

Disebabkan nyah jugak gadis bershawl dan admire sangat dengan fashion dan trend  shawl sekarang maka nyah jugak agak tersentap dan terasa dengan bidasan tulis makhluk Allah tersebut.

Nyah tak ada niat busuk tak nak bagi orang baca belog dia kot-kot nak naikkan traffic belog dia so nyah dengan buka pintu tingkap semua bagi link kontrabasi tersebut.

http://lensarosak.blogspot.com/2011/01/menjengkelkan-4-gadis-tudung-shawls.html

Semua orang boleh baca,boleh tafsir dan boleh fikir.Anda bebas untuk mempunyai pandangan masing-masing walaupun akan ada yang sakit hati.Termasuklah nyah.

Sebabnya bukan semua orang betul dan bukan semua orang salah.

Dalam isu ni bagi nyah tak boleh nak sangkal points yang dia bagi sebab ada isinya adalah betul dan benar dan tidak boleh disangkal cuma cara penyampaian beliau tu agak tidak sesuai.

Niat untuk menegur biarlah berpada-pada.Jangan tulis nama orang yang dituju jangan guna gambar,lebih-lebih lagi dalam dunia blogspot.Tak pasal-pasal tuan punya gambar mintak delete gambar tu.

Kenapa nyah sentap?

Sebab nyah jugak terpengaruh dengan gaya tersebut dan nyah juga tidak nafikan salah satu sumber adalah melalui blogspot2 tersebut.Naluri perempuan biasalah,mahu kelihatan cantik,bergaya.ia juga disebabkan faktor pengaruh.

Kalau buruk dimata orang pun,kadang-kadang kita tak peduli sebabnya kita berkeyakinan tinggi.Ko ingat nyah tak fikir banyak kali masa 1st nak pakai riben kat shawl.

Disebabkan nyah berkeyakinan tinggi nyah pakai jugak dan nyah gembira walaupun ada yang kutuk macam budak retarded dan kemudiannya orang yang kutuk retarded tadi pulak terpengaruh dengan fashion tersebut dan bertanya : kat mana nak beli riben shawl tu?

Kenapa dia boleh tanya macam tu?Sebabnya itu adalah pengaruh dan itu jugak adalah trend.

Makanya terpulanglah pada tafsiran masing-masing.Nyah mungkin akan slow down sedikit lepas ni,sedikit je la.Banyak macam tak janji sangat sebab tu dah jadi imej nyah.Hehehehe.

Yang paling penting pakai apa yang anda selesa.be confident dan jangan takut dengan orang yang dengki-dengki dan pastikan bersesuaian dan mengikut syiah. =)

 

Muahahahaha.

 

 

notakakiku : hujan lebat.air dah naik.

tujuh tiga rumah

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

sebelas

 

esok nak balik rumah.terapi jiwa terbaik.

Photo0019

I think I need u sayang.

feeling sedih dan terkejut di awal semester

Salam satu bloggers.

Entry pertama nyah bukan dari Lorong Haji Taib tapi dari IPG Agama Kampus Sultan Mizan.

Cool tak?

Tu nama panggilan manja ramai pelajar kat sini di semester ni.

Sistem baru di semester baru buat ramai orang mula berasa susahnya nak balik awal seperti biasa.T_T

Seksa tau hari pertama belajar dah belajar dan kelas dari pagi ke petang.Nyah siap telan panadol lagi.

Enjin masing-masing berkarat,mana boleh bawak lajulaju.Kelas pukul 2,otak semua terpikir kat Alisa.Heh.

Kawan nyah sampai deman dapat cuti 2 hari tau sebab terkejut.

Sistem baru tu kan,rasanya kat IPG Terengganu je kot.Hari tu kata tak ada perhimpunan,tup tup ada la plak.Heh huh Heh.

7.40 semua masuk kelas baca al-Quraan sampai pukul 8.00am.Kelas habis pukul 1.30pm.

Kedatangan ala-ala matrikulasi gitu aka U jugak sebab pensyarah pegang attendant.Makin susah la nak balik bilik awal.Nyah terkejut noksss.

Elaun tengah bulan 2 paling awal.OMGuccci.

 

notakakiku : tak nak cerita banyak la.ada homework dah walaupun baru masuk hari kedua.T_T

suka gadis fashionista tapi tak mampu

 

Salam satu bloggers.

Hati nyah gunda gulana.Bukan sebab berak batu tapi sebab penyakit rutin awal tahun.Feeling dia macam budak sekolah tak nak pergi sekolah.Pernah rasa kan?

Feeling naïve gitu,bagi gula cap tebu manis sekilo pun belum tentu dapat ubat hati tapi mati hati adalah.Heh.

Sebenarnya tiap awal tahun mesti nyah akan rasa berat hati nak balik ke penjara aka maktab tu.Hmmmm

Biarpun tak jauh mana dari rumah ( sebab perjalanannya sungguh membosankan ) hanya ambil masa sejam dan boleh balik rumah setiap minggu tak menyebabkan penyakit ini hilang.

Dulu masa belajar di Kuala Lipis lagi teruk.Setiap kali nak naik keretapi di Stesen Wakaf Baru mata mesti berair,memang la berair kan berdarah kan ko kata nyah jelmaan Kuntilanak pulak.Heh.

Sampai ke hari ini,dah masuk umur 22 tahun pun masih macam tu.Maknanya hampir 4 tahun penyakit ini hinggap dalam mental nyah.Serius tahap kepala tempurung you all.

Sepatutnya nyah bila dah makin mudo tua ni, makin matang tapi nampaknya tidak ae.

Normal je kan penyakit ni?Jangan heleng kepala,kan nyah gigit kan.

Petang ni nyah akan check in dalam penjara Besut tu dan rasanya beban kurang sikit kot.Kot.

Nyah dah dapat result sem lepas.Okeh la tu padan dengan perangai malas sem lepas dan tahu kebolehan diri.Nyah cuma mampu dapat 3.68.Alhamdullilah.Lebih tinggi dari sem lepas yang jatuh tahap cium bumi Besut.

Highest dalam unit nyah 3.84.Memang jauh berbeda la.Tak apa,rezeki masing-masing.Kita kalau nak banding dengan orang sangat,asyik sedih la jawabnya.Lebih baik banding dengan keputusan lalu dengan semasa.Peningkatan individu orang kata,lebih adil.Bukan semua orang mempunyai potensi yang sama bukan?

Dah balik fenjara ni tak boleh dah nak melawa sangat you all.Track dengan t-shirt sudah.Hmmm.

 

No more fashionista looks.Buhbye.

 

IMG_1561hyun-bin-as-chadonam

 

Nyah dengan pakwe baru.Jangan marah Doktor Farhana.matching gitu you all.Hek3,gelak kuda malu-malu.

 

 

notakakiku : cabaran berpraktikum semester ini.setapak ke dunia perguruan.