10 things I do really hate

 

Well hello there!!!!

Benci,benci,benci,benci,benci.

Ish kalau nak cerita benda yang benci-benci ni memang banyak sangat idea sampai nak list ni kan tak cukup kertas dengan pen nak menulis.Tang kebenciannya memang terang bernyata tak ada keliru-keliru dah macam benda kesukaan tu.

Kenapa?

Sebab dah benci.Memang ingat la kan.Nampak sangat pendendam.Hehehehe.

 

10 benda yang nyah tak suka/benci

.lambat.nyah tak suka menunggu dan ditunggu orang.

.buat kerja last minute.benda ni akan buat nyah serabut alam yang amat.

.kena paksa.sapa yang suka kena paksa kan?.

.bola.ala benda yang bulat2 yang orang kejar macam tak cukup nafas tu.

.tak suka balik kuala besut.yang ni tiap minggu memberontak dalam jiwa.petang ni kena balik sana dah.benci.

.tidurku diganggu orang,nasib baik jenis yang bukan marah-marah kalau kena ganggu.

.orang yang sebut nama orang untuk back up diri walaupun itu tak benar.big liar.

.orang yang jenis nak mudahkan diri tapi susahkan diri orang lain.

.jenis buat hati bebel/keras/rebel then bercakap macam orang sombong.

.manusia yang jenis tak peka,rela dia pekak dari peka.

 

ubat ketiak yang bulu-bulu lebat,euwwwww

Well hello there!!!

Nyah kalau balik rumah suka sangat duduk depan tv sebab masa di hostel jarang sangat layan tv.Kalau tak hostel lappy tu macam tv dah.Segala benda paranormal ada dalam lappy tu,bahan buat kerja tak banyak mana pun.Heh.

Kena pulak nyah ni kaki download yang berjaya selepas berjaya mengerjakan tanaman di farmville suatu ketika dahulu.

Well.Ada satu hari ni.Isi utamanya nyah tengok tv.

Kemudiannya abah nyah lalu depan nyah sambil ambil satu alat canggih.Dia chereh chereh ( sound effek ni ) chereh chereh lagi then sapu di rambut.Chereh chereh lagi sampai puas hati.

Masalahnya nyah tak puas hati ni.Memang tak puas hati.

Nyah tengok benda yang abah nyah chereh chereh tu sama dengan Remy Ishak pegang dalam iklan tv.Musykil dah ( bunyi cengkerik sikit )

Tengok sekali sah.Sah memang sah.Soheh dah.Memang sama.

Produk yang sama.Yang buat nyah tension abah nyah sapu di kepala,Remy Ishak pulak buat-buat sapu bawah lengan dia.

 

Panas hati abahnya.Dua beranak tu dah pakai macam tu dua hari.Yang pakai rabun yang tolong beli masuk dalam troli pulak pakai ambik tak baca.Terbaik.

10 things I love

Well hello there!

Kan dah kata kalau nyah nak buat benda rancang je awal-awal mesti tak menjadi. Tak macam dulu,yang tu dirancang yang tu la yang dibuatnya. Sekarang kalau berjanji dengan sapa-sapa memang susah nak pegang,jadinya lebih baik tak berjanji then ikut rasa hati je. Rancang-rancang tak menjadi,payah tau.Tension. Pulak tu ada yang sakit hati.Aiphh.

Nyah geram-geram kan pergi melacur anak hayam kan.

Kan dah terlewat satu hari untuk update entry yang ada tajuk tu.Heh.

Dua.Hari kedua.

10 things I love

.cari gado dengan orang,hahahahaha,gelak keji.

.tepuk bontot kawan-kawan kuat-kuat.

.mengumpat sampai penat.

.korek hidung.

.tak balas/tak angkat call orang.

.membebel sampai pengsang.

.mengarut macam yang nyah tengah buat sekarang ni.

.suka putera william masa tak period lagi tau.

.suka menyakitkan hati orang macam apa yang korang rasa sekarang ni.

.suka hati aku la nak tulis apa kan.

 

Untitled_thumb6

chomel tak.chomel tak?

 

notakakiku : sebenarnya nyah tatau apa yang nyah suka.penat nak pk tau.

satu kosong

Well hello there!!

Kalau rasa tak ada modal nak menulis,apa kata ambik tajuk kat bawah ni sebagai modal entry.Ni kerja suka-suka je.

Angpa baca tentang diri nyah nyah pun baca pasal diri angpa semua jugak.Jom join.Boleh link kat bawah komen-komen ini.

Tajuk-tajuk ni khas daripada kakak gojes mata bulat-bulat Sherahxoxo.

 

 

day one : 10 things about you

day two : 10 things you love

day three : 10 things you hate

day four : 10 things you want to say to one person

day five : 10 wishes

day six : 10 items you can’t live without

day seven : 10 important people

day eight : 10 of your favourite songs

day nine : 10 ways to win your heart

day ten : 10 final words

 

notakakiku : jommy jommy jommy.

day one : 10 things about you

 

Well hello there!!!

Dah lama nyah nak menulis tapi tak ada modal nak baham kat ko orang.Kalau setakat nak cerita pasal makan kat kafe kena harga mahal ya ampun then cerita banyak assignment nak kena settle, orang puji keji muka macam kakak kpli, cerita sakit hati dengan pocong then polang then tulang ni then dengan konpidem nyah melaung kat angpa semua dengan pepatah omputeh ‘wat de hel’

Kalau ko orang nak kabor betapa bosannya hidup nyah,tak payah nak susah-susah.Nyah sedar diri.Selagi hidup nyah masih di Kuala Besut,hidup nyah ni routine harian yang tak akan miss.Kuliah-Kafe-Bilik.Surau? Surau?Surau?

Ada yang nak makan kaki cagu nih.Heh

Jadinya nyah akan update pasal diri sendiri boleh tak.Dia ada sepuluh hari untuk di settlekan tapi nyah ikut halal beralal je la,bila nak update,update la.Ikut rasa hati je,tak payah nak pening-pening lalat semua.

 

day one : 10 things about you

.bakal guru.

.mudah marah dan murah sejuk.

.pipi besar sebelah.

.tahi lalat penggoda disebelah kiri diantara bibir dan hidung.

.petah berkata-kata.

.bahasa melayu nyah ada slanga omputeh.omputeh lagi ler.

.suka simpan duit( kedekut) dengan orang kedekut.

.suka ketawa.

.hillarious.

.love to flirt.

 

triffle hati.

Well hello there!

Mood : tak berapa nak betul.Frust menunggeng.

Korang kenal tak trifle?Tadi nyah buat triffle.Memang niat nak buat triffle pun sebab classmate ada request nak triffle then sambil nak bagi kat kawan prktikum hari tu.Mood nak buat tu dah ada tapi tetiba jatuh kebabom.

Semalam teman gay bagi tahu dia odw nak balik rumah dia which is about 5 minute than my home.Nyah pulak ada kat rumah.Nampak apa yang nyah rasa.

Happy?

No.no.no.and no.

Nyah geram sebab dia baru nak bagi tahu sebabnya kenapa dia tak bagi tahu awal-awal dan apa motif dia balik.Then pagi esoknya barulah nyah dapat tahu.Then nyah jumpa dia eh tak ada pun nak jumpa,terus dia lari laju-laju jemput adik dia pulak dia Ganu.

Okeh.Fine.No biggie.Masih tahap normal kewarasan hati.

Dia kata nak jumpa.Tapi tak jumpa pun.Ko rasa kecik hati ke tak?

Dia ada bagi tahu dia balik malam ni dan sebelum balik dia akan jumpa.Pukul 10 ajak jumpa.Nyah heleng-heleng kepala.

Kalau zaman nakal-nakal dulu boleh la,sekarang dengan umur la ni memang perangai pun dah jaga.Nyah geram sebab dia kata dia balik awal dah tapi pukul 10 baru ajak nak jumpa.

Macam tak acuh je.Nyah lagi lagi la down.Terus tak ada mood nak jumpa.

Sambung balik triffle yang nyah buat.Nyah buat khas untuk dia dengan harapan dia tipu nyah tak balik malam ni.Kiranya nyah syok sendiri kononnya dia nak buat surprise kat nyah.

Ambik ko,terkejut beruk mat yeh nyah malam ni.Nyah buat triffle tapi dengan hati yang sebab dan bebal sikit2.Tawar manis nyah tatau dah.Tak rasa pape,tawar.

Sepatutnya letak kastad dulu tapi jiwa kacai terus letak buah.Dah sedar buang balik.

Trifle nyah buat malam ni mewakili hati nyah.

Nampak cantik kat luar~Nyah la tu.Hhahahahaha.sengal.

Jeli malam ni terlebih keras~appearance nyah la tu.nampak kasar

tapi

kastad lembik-lembik~hati nyah la tu.

Muka gangster tapi hati fragile.Handle with care.

Nyah tulis sebab tak ada orang nak dengar luahan hati nyah.Kalau ada orang dengar nyah tak tulis.Nyah bukan jenis marah,sedih,terasa hati,happy pendam makan sorang-sorang.Nyah jenis yihaaa yihaaa.Meriah.Nyah akan bercerita sampai ada orang kata nyah jenis kecoh.Biar ar,tu diri nyah.

Nyah akan rasa better lepas mulut ni meluahkan segala-galanya.Ada orang jenis mendengar semata-mata.Ada yang jenis mendengar kemudiaanya menyenangkan nyah.Ada yang memberi telinga tapi otak jauh dari nyah.Ada yang mendengar free give ceramah.Macam-macam.

Nyah jenis bagi telinga,bagi nasihat buat orang rasa light and easy.Itu nyah.Bukan semua orang di sekeliling nyah macam nyah.Sebab tu ada yang jenis acuh tak acuh bila nyah meluah rasa di hati.

Masa tu la baru kenal siapa kawan masa susah siapa kawan masa senang.

I miss my oldies time.

Entry ini khas buat teman gay aka ydp tuuututtt,itu pun kalau dia baca.

 

notakakiku : tulisan ni tak mewakili sepenuh rasa nyah sebab nyah dah penat nak menaip.hal ni sangat kompikated.Kalau rasa nak komen nak tembak nyah.syuhhhhh syuhhhhhh

malam jumaat yang hangat di bawah sinaran bulan

Well hello there!!

Macam nyah janji tadi nyah akan belog walking ukur lilit perut belog korang semua dan ada la dalam 15 belog kot nyah sempat drop komen tadi.Yang tak sempat tu nanti esok lusa nyah proceed ae.

Malam ni jugak nyah dapat jumpa kekasih lama dan dia dah menulis semula.Good for you.Aku nak baca entry ko yang sengal-sengal lucah 18sx  macam dulu boleh tak?Ekekekeke.

Malam ni nyah cuti dari merayau Lorang Haji Taib.Malam Jumaat orang katakan~cett dia tak kahwin lagi,mengada je kerja.

Bila cerita pasal malam jumaat ni nyah ada story nak di morykan la.Benda ni nyah dapat tahu masa praktikum hari tu la,orang story telling kita tadah telinga.Masalahnya bila nyah dengar nyah guling-guling masuk bawah meja menahan sakit perut.Sakit hulu hati nyah nokks.

Akak tu pun cikgu macam kita orang juga.Once ada seorang kids ni datang kat dia then story mory kat cikgu ni.Kids tend to be honest in every single of his words right?

Samalah kes ni.Masalahnya sebelum akak tu mula cerita akak tu dulu yang gelak sesorang dulu.Apa kes?Rasa nak makan nasi ikut wayar ke?Nyah dah tengok dia dengan muka yang berapa nak kemas dah masa tu.Macam Maharaja Lawak yang x berapa nak lawak je.

Budak tu bagi tahu cikgu ni yang malam semalam dia tengok mak dia menangis sebab ayah dia buat mak dia.

Jadi dengan caringnya,kakak tu tanyalah kenapa?

Budak tu kata ayah dia yang buat.

Then dia mula la cerita satu demi satu dengan detailsnya.Memang nyah yang menadah dengar dah tepuktepuk meja lajulaju sampai merah tangan.Kawan-kawan lain yang sopan geleng kepala je.Nyah je yang rock tepuktepuk macam orang kena sawan.Heh.

Ayah dia buat mak dia menangis sebab ayah dia angkat kain then duduk atas mak dia.Lepas tu aku pun malas nak cerita sebab bila nak cerita benda gini aku memang sangat inosen yang sangat.

Kalau nak suruh bloggers sambung,kamu yang baru mula menulis tu boleh sambung.Ekekekekeke…

 

notakakiku : saya budak yang naïve.

.tak ada awek.

Well hello there!!

Kali ni saja-saja guna tagline Anwar Hadi sebab dia kata dia tak ada GF lagi,Laughing out loudgelak dengan muka gatal tak boleh blah.Hahahahha.

Anwar Hadi kata dia tak ada girlfriend lagi.Then….( mata dah bersinar-sinar)Open-mouthed smile

Nak kata nyah gatal la tu.

Memang gatal pun,kepala lutot dah lama tak syampu Smile with tongue out

Walau pun taraf hubungan kita boleh jadi kakak-adik tapi tak apa,nyah tetap suka hang sepenuh jiwanya.Red heartOrang kata umur tu nombor je pun,kalau dah cinta dah ada jodoh jadi jugak kan? Thumbs upLebih-lebih lagi kau orang Kelantan. Kembang idung nyah bila dapat tahu tau..In love Mak ayah nyah ni suka orang dekat-dekat je.Thumbs upEkekekeke.

STOP.

Bukan nak cover line pasal Anwar Hadi pun.Sebenarnya nak cerita pasal benda lain la tapi tersalah bebel pasal adik Anwar Hadi la pulak.

oh em jii.

Dah termengaku kakak la pulak.Aiphhh.

Nak bagi tahu nyah dah tak busy-busy macam dulu dah.Dah boleh meround seekar dua belog korang-korang semua.Boleh komen-komen dah.Ekekekeke.

Dah la tu.Kan malam kang nyah update lagi ae.Muahhxoxoxoxoxo

kisah lampu hijau dan lampu merah

 

Orang kata langgar lampu merah tu benda biasa tapi kalau tak boleh nak beza lampu merah dengan lampu hijau maka itu mencari nahas.

Kalau suatu hari nanti nyah tulis dalam belog mencarut suka suki kena bayar saman tolong ingatkan nyah tentang entry ini.

Bahawasanya nyah melanggar dua lampu merah di kawasan yang baik punya ada CCTV kurang dalam tempoh 5 minit dalam satu kawasan.

Alasan tengahari tu terlampau silau sampaikan nyah tak dapat bezakan tahap kecerahan dia.Kalau masuk court laku tak alasan ni?

 

notakakiku : matikan eh nantikan banyak entri tentang ragam di jalan raya.

you got to go

Mulai lepas ni nyah akan publish entry yang memang wujud dalam draft sejak azali lagi.Kiranya bukan benda yang latest la.Kalau orang berak tengah jalan then tahi tu kira dah lupus sebab reput umpamanya.Aiphhh tak ada analogi lain ke?

Kebanyakkan entry ni nyah tulis sekerat tak habis tak pun tulis-tulis malas nak publish.Hah.Ada yang nyah tulis tapi tak publish sebab nak marah sangat.Kira banyak sebab la or tak pun banyak alasan untuk setiap entry tu.

Kiranya nyah akan publish semberono lepas ni.

Hahahaha.Nyah tak bertanggungjawab kalau yang tocing.

Lepas tu kan,nyah akan publish kalau nyah ingat dan rajin la.Hahahahha.Kalau dah nyah kata gitu ko jangan berharap sangat la.

NI pun menulis sebelum nak lena sat.

syok giler lagu ni.khas bagi yang tocing melebih-lebih.tocing2 tekan tanda X di kanan laptop tu..

secretsd

notakakiku : teman gay pun mudah tocing la ni.I sibuk la sayang,I penat..Alien

oh em gay

Hye korang semua.Salam satu bloggers.

Dah lama nyah tak menapak disini.Sekarang dah ada masa free,tak banyak tapi bolehlah untuk nyah mula blogwalking dan tinggal jejak untuk ko orang.

Praktikum dah habis.Nyah rasa bebas sebebasnya.Rela belajar dari mengajar sebab nak mengajar ni bukan mudah tau.Silap-silap boleh tocing sebab tak boleh nak control kelas.Heh.Ada orang tu kan menangis masa mengajar.Huh

Nyah berat hati sangat nak menulis sebabnya sebanya sebabnya dah ramai yang tahu pasal belog ni.Oh em gay.

Bila nak menulis nak mengarut dan mencarut nak semuanya mula tak sedap hati sebab orang di sekeliling nyah dah mula baca.Kadang-kadang bukan menulis pasal mereka,mereka sendiri yang syok sendiri terasa.Lepas tu nyah la kena,mula lah kata nyah mengata dalam belog.Lepas tu pom pum pam.Semua nak menjahanamkan aku je.So baik elak awal-awal.

Lepas ni nak tukar link belog ni pulak.Hahahahha.Nyah sayangkan privacy nyah.Sebab tu nyah tukar link belog berkali-kali.Nyah pun bukan gila followers,kalau kawan-kawan bloggers biasanya nyah sendiri yang bagi tahu mereka.

Sebab tu dalam 4 tahun nyah menulis,followers ramai tu je.Tak lebih tak kurang.Tak naik mencanak-canak pun.Blogwalking pun bila ada masa je.Yang mana follow belog ni terima kasih bebanyak la yer.Minta maaf kalau ada yang terasa ajinomoto kat mana-mana.

Kalau ko orang follow belog ni dengan harapan suruh nyah follow balik memang nyah tak pakai la formula tu.Kalau belog ko best nyah follow.Macam bajet diva bercakap kan tapi apa salahnya.Sebab bila nyah follow,memang nyah baca tulisan ko orang.Komen tak komen je yang bezanya.Nyah tak suka follow semata-mata nak ko orang follow nyah.

Kenapa nyah timbulkan isu ni?Sebab ada yang tegur nyah sombong sebab tak p belog dia.Oh em gay!!!

notakakiku : tak layan semua tu.baru menulis dah perli-perli.aiphhhh