Salam satu bloggers.
Entry ni khas untuk KAWAII GADGET'S CONTEST.
Nyah terjumpa masa check list belog-belog femes yang terpilih untuk pertandingan belog tu la then termelawat dalam belog Mommy Pinky (referral) kemudiannya tersadai la ke belog KAWAII GADGET'S maka terjumpalah contest kawaii ni.
Sila klik untuk join ae.
Selama ni nyah tengok J-Drama selalu je dengar perkataan kawaii lepas masuk belog ni baru tahu kawaii tu apa.Naif giler nyah kan?Hmmm.
Sapa-sapa nak tahu boleh buat spot check untuk tahu makna kawaii tu ae.=)
Untuk contest ni nyah tag 3 rakan bloggers yang ternyata sekali punya masa untuk membuat entry ini.Mereka adalah :
Lain orang lain selera lain lagu pilihan bukan?
Okeh untuk contest ni lagu pilihan nyah adalah : Beautiful dari Christina Aguilera.
Lagu ni sangat bermakna bagi nyah apabila nyah rasa down atau kurang motivasi lebih-lebih lagi bila terkena hentaman manusia yang sentiasa iri hati atau berniat tak baik pada nyah.Lagu ni jugak akan buat nyah bersemangat untuk bangkit dan refresh diri untuk terus berdepan dengan pancaroba hidup ini.
Nyah akan dengar lagu ni sambil fahamkan lirik dia sampai otak nyah akan hadam makna lagu ni sebabnya setiap kali lepas dengar lagu ni even berjuta-juta kali dengar nyah akan hilang ingatan.Sila rehda sebab penyakit mudah lupa ini.T_T
Biasanya nyah akan dengar berulang-ulang kali dan bila part chorus nyah akan nyanyi dengan penuh semangat dan penuh bertenaga walaupun hasil yang keluar mampu mendatangkan seranah manusia sekeliling.Heeee
I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down
So don't you bring me down today
Setiap kata nista atau niat jahat orang tak akan menjadikan nyah lemah sebaliknya semakin kuat dan bersemangat untuk berdepan dengan masyarakat.Bukan kata nista je tau mana-mana halangan yang berniat untuk menjatuhkan motivasi nyah membuatkan nyah berani dan tahu untuk membuat keputusan yang baik mahupun buruk sebabnya nyah selalu berpengalaman berdepan dengan keadaan ini.
Sesungguhnya halangan ini datang akan membentuk kita menjadi tabah untuk menjadi diri sendiri dan tak mudah tunduk pada halangan.Setiap halangan ada jalan penyelesaiannya tapi kita sendiri yang harus mengerakkan diri kita sendiri.Pada tuhan kita memohon arah petunjukNya dan lagu ini hanya perangsang untuk nyah berani untuk mengambil langkah seterusnya.
Kalau berdepan dengan masalah jangan mudah berputus asa.Tuhan ada sentiasa disisi.Mengadu la pada tuhan.Insyaallah doa kita didengariNya.
Opppsss,dah macam entry agama la pulak kan?
Heeee,xpe kadang-kadang kita kena balance jugak kan,tak kan nak menulis merapu merapan je.Heeee.
Harap entry ini dapat dibaca oleh juri dengan tersenyum riang =)
Menang atau kalah bukan isunya tapi kalau terpilih apa salahnya,tu stadium Bukit Jalil nyah tadahkan tangan nak terima hadiah.
notakakiku : update seterusnya dari…..rahsia =)