stoking

Hari Khamis adalah hari yang aku tunggu sangat sepanjang praktikum.Hari Khamis juga hari lecturer akan datang observe dan hari tu jugak aku balik rumah.


Kebiasaanya pagi Khamis aku masih dalam keadaan yang waras.Waras di sini bermaksud aku tak buat-buat gila dan mampu mengajar dengan penuh iltizam.Nak marah budak pun suara aku tinggi,nak cubit budak pun boleh.Kalau check kuku pun kalau kuku budak-budak ni panjang memang aku suka cari gaduh dengan dia orang.Aku suruh garu-garu muka sampai aku puas hati atau boleh pilih nak cium papan hitam.


Tapi bila masuk lepas rehat aku akan lembik selembik susu getah.


Masuk mengajar pun bagi nota siap-siap.Explain pun pakai tahap imaginasi tak ada dah alat bantu mengajar.Budak main-main pun aku buat tak kisah.Mata dah juling-juling tengok jam.Telinga dah kembang semangkuk bila la loceng nak berbunyi.Aku nak balik.


Selepas sebulan macam tu la aku setiap Khamis,aku dah ada point kenapa aku tak suka Khamis.


Aku kat sekolah dalam bilik guru yang air-cond bersuhu 20 dan lepas ni kena tukar 24 la pulak.Kedekut!kedekut!Kedekut!


Sebelum nak balik aku akan siap-siap tanda buku budak,biasanya aku turun buat di lantai sebab bontot aku dah panas dah atas kerusi,kat lantai sejuk sikit.


Pesen anak-anak cikgu,nak balik cari mak-mak dalam bilik guru.Aku yang shedap-shedap menanda buku di lantai terus segar kepala lutot.


Ohsem tahap dewa dewi.Hidung aku kembang kempis bau stoking selepas 5 hari sekolah.Felim dia tu macam kau hidu pengat stoking.Ko bileh bayang tak?


Double Ohsem!!!


Aku dah anak nanti,hari-hari aku suruh tukar stoking.Jangan nak malu kan aku.Boleh batal puasa kalau hidu lelama stoking budak-budak ni.






damn.

Anak murid memang takut sangat dengan aku.Aku tahu.Aku suka


Yang aku tak pahamnya sekarang yang lecturer aku takut kat aku tu apa kes???

Apa raksasa kah aku?

Siapa observe siapa ni?





Heh!!!

merajuk

Hari ni kena masuk dua kelas.Dua-dua kelas kena baham dek cikgu dia hari ni.


Kelas 1 - Tak tampal kertas latihan yang aku bagi.Spotcheck mengejut,aku pulak yang terkejut.Ambik kau.Separuh kelas tak siapkan latihan aku.Geram.Grrrrr


Kelas 2 - Kelas ganti.Aku masuk ketua kelas tak bagi salam.Brainwash adat memberi salam dan hormat menghormati.Sekelas kena.Practicum mate aku bagi tahu selepas aku keluar ketua kelas menangis merajuk sampai tak bagi salam kat member aku.Perghh tacink.


Aku?


Entahlah.Geram tapi yang penting aku dah tegur apa yang patut.Tak perlu takut.Yang aku tahu ramai budak tak suka aku sebab aku cikgu yang garang.

tak nak jadi macam elia dengan apex

Dah lama aku tak menoreh kat sini.Berzamang rasanya.Dari awal aku menjejak tanah ke sekolah praktikum sampailah ke hari ni baru aku sampai seru nak menulis kat sini.

Well.Aku malas nak kata aku busy sebab rasanya tu je la model aku bila tak menoreh kat sini.

Sebabnya aku tak nak bawa emosi aku di sekolah dalam belog sebabnya aku risau kalau aku geram aku nak marah aku tulis kat sini.Even tak ramai yang baca atau mungkin tak baca terus torehan aku ni tapi disebabkan ini adalah dunia tanpa sempadan makanya semua benda boleh jadi.

Aku tak nak buat kes macam kes Elia dengan Apex tu.Terlajak erahu boleh reverse terlajak tulis status,tulis entry orang print screen.

Satu persatu kisah pengalaman di sekolah aku akan publish kat sini.Tak ada orang baca pun aku jugak yang akan baca bila tua-tua nanti.Nama belog tak serius kenapa nak tulis benda serius kan?

Lagi 20 hari lagi di sekolah untuk praktikum.Tak sabar nak balik jadi pelajar balik.Wohaaa!!!