Benda ni dah lama tapi peram-peram tak basi tak pulak jadi tapai tapi jadi kenangan.Kalau cakap pasal kenangan tak payah cakap la,dari kenangan membanggakan diri sampailah menjatuhkan diri memang banyak la sangat.Tu tak kira lagi kes syok sendiri.Heh.*Terasa
Dulu masa Kelantan bawah kepimpinan PAS,masa jalan raya dua tingkat tak siap-siap lagi dari zaman aku keluar ambik result SPM sampai aku nak habis belajar ni.*Hmmm.Dulu,nak cakap berapa lama dah kenangan ni la..*Hmmm sekali lagi
Ada sorang member ni,orang kata orang kel el gitu.Orang jenis duduk rumah tak ada laman,jenis tak jumpa sawah padi,tak jumpa lembu,then jumpa kambing peluk-peluk bajet jumpa biri-biri New Zealand then upload friendster.Hah?Nampak tak zaman tu dah lama sangat?*Okeh sila rujuk perenggan di atas.*Hmmm
Kami lalu di satu kawasan yang femes dengan satu jenis tanaman ni.Kalau korang dapat A Geografi memang sure pasti confirm tahu jenis apa tanaman ni..
Dengan muka inosen,muka jenis jalan-jalan petang keliling Mid dengan bangga dirinya meluahkan rasa kekagumannya terhadap kuasa Tuhan Illahi.Tak salah tapi tahap confident dia tu aku tak tahan…
‘Woooowww,suburnya tanah sini.Besarnya gila sawi sini.Geram dohh’
Ni aku kecik hati ni.Sawi dengan tembakau pun tak kenal.Siapa cikgu dia ni?Tak beli kamus bergambar ke kecik-kecik dulu?
Cuba teka mana sawi,mana tembakau?
*orangnya study di Australia sekarang,kalau dia tahu,mahu dia bahang aku kang…