salah faham yang indah

sebelum ni ada sesuatu yang saya nak kongsikan bersama readers yang lain,draftnya tertulis semasa di di kuala besut lagi...

tapi saya tahankan diri untuk publish entry tu sebab ada yang lebih menarik berlaku.episod kejar mengejar dengan esah then jadi telinga untuk pasangan yang bergaduh

(ok bab kapel2 gadoh ni seyes memang bebel kepala otak aq sebab terkena tempiasnya bukan sorang dua tapi ramai dan berlangsung banyak hari~banyak kerja tergendala apabila emosi mereka kurang stabil,member pun terkena sekali,kena laung~)

fenattt~


entry kat bawah warna-warni hidup bikin gelak dikalangan reader sebab persoalan yang ditanya oleh my silent reader..(dun know he/she )..
mula2 baca tekejut tapi ilek je..
sebabnya entry tu terlampau umum..
dan boleh ditafsir dalam banyak aspek,jadi banyak andaian yang boleh dibuat..
to her/him just make it something to be laught k..
something that funny in this weekend..

bikin nyah gelak lagi bila abie bagi tau ada member beliau dalam kuliah cakap kuat2...
ko hilang teruna ke?? ( ehgs6vdgvd xxhdbygdyetexx)
ohh soalan macam sial jer..
(tulis sambil gelak2)
depa ingat kami gaduh2 sebab bukan sal entry tp sal komen my silent readers..
jadi bahan gelak la...saya y dengar pun tergelak2 jugak..

itu lah yang indah dihari minggu ini,,bergelak ketawa riang
kepada silent reader berkenaan..
terima kasih daun keladi sebab membawa warna-warni hidup dihari minggu ini...

:)

p/s : esok kena pergi sekolah,macam tak best je





warna - warni hidup

entry luahan rasa tanpa perancangan..


cinta sangat indah jika dipupuk disemai disiram dengan keprcayaan dan kesetiaaan..

cinta sangat menyeronokkan jika gelak ketawa menjadi satu nada tanda keserasian..

cinta sangat menenangkan jika ada kesefahaman dalam jurang berbedaan..

cinta sangat serasi jika kita saling bertoleransi menerima kelemahan antara kamoo..

tapi

cinta sangat memeritkan jika beralaskan kata-kata dusta

cinta sangat kotor jika berlandaskan nafsu serakah semata-mata

cinta sangat keji jika hati terluka berulang-ulang kali..

cinta sangat alpa jika hati tidak cukup ilmu di dada

cinta...

anda yang menentukan samada jika indah atau kelam cinta itu..

anda y merasa...

letakkan kepercayaan dalam perhubungan antara kekangan yang lompang itu

letakkan kerehdaan jika itu bukan untukmu...


anda sendiri yang memilih warna cinta anda..


p/s : menulis kerana banyak urusan cinta mereka y tak kesampaian...
aq hanya pelakar kata di maya ini



esah oh esah

penat kena kejar kat esah tadi,baru habis PJ kat padang then around 12 kami habis awal untuk ISL...berjalam macam best je melepak di padang,lenggok pun slow je mengalahkan siput sedut..

tetiba,keta sport kuning esah mai..

"balik,balik,saya tak nak tengok muka kamu kat sini,menyusahkan orang je"

saya dan rakan-rakan pun,melangkah pergi dgn muka selamba...
sambil minum air dibawah pokok tepi kantin...
hahaha~
menikmati angin tengahri y mengeringkan basah di ketiak masing2..
itu y lega

ok ni bukan dah setakat minum dah bernerak2 ni...




p/s : nak balik tunggu nak blik..
tunggu entry terbaru malam ni...
mmmuahhhhxx



hidup mana nak susah

salam perpaduan untuk semua..
tukang bebel dalam mood y sangat bz..
(selalu bajet bz je~ym selalu on red color)

sangat slow tindakan nyah
mula banyak bertangguh kerja..
dulu x~sanggup tido kul 2 am setiap hari kuliah and bgn balik kul 6 esok tu..
g kelas semangat,tak penah lelap sem 1 lepas..
sem ni..
Ya Allah..
punya la aq slow..
kerja asyik bertangguh je..
sisitem kerja pun dah tak sistematik tau..
tengok fail dalam lappy aq sah2 ko org x leh nk cilok assigment aq sebab merata-rata dan x jumpe klu nak cari fail~
SEBAB
aq sendiri pun terkehel stimulas lutot nak cari
( ni bab kutok diri sendiri..hak2~)

nyah baru siapakan folder..
bukan 1 tapi dua terus..
x tangguh jerja da.
esok nak pk sal assigment u major sains...
BUNTUUUUUUUUUU~

kena kuat semangat ni..
kena push diri ke higher leval...
minggu depan kena school based xperience seminggu
tugasan u ke sekolah masih lagi belum lengkap
masak la nyah n suku2 sakat nyah esokkkkkk~

aq dah tau kena aq malas...
sebabbb...
aq bukan...
cuba teka????

iltizam dan sokongan dari dalaman amat diperlukan untuk memaksa diri berkerja dari kelaziman kita

p/s : aq penah buat sebab tu aq tahu...


reality of H1N1

This is a real situation!..

(From a friend)

High risk infection to person yg smoking, has atshma, children, pregnant woman..

A) Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

B)Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma,
at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital.
Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.
hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...
Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.
macam kes adik I.

C)Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung.
Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu.
At this stage u need oksigen with highest level,
Strongest antivral..very high drug.
At least 7 days oksigen kena bagi.
% to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die.
My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia.
Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuk...siap pakai baju plastik.
To support him, what we did bagi sms, bagi dia al-quran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...
All the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young .
The oldest dr in my brother ward was 28 years.
All the Otai dr dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far Hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.
Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah.

(kredit dari adam)


p/s : vavi makin menjadi2..mangsa korban hampir mejejah 30~


hedgehog

dua tiga hari ni,selalu ternampak gambar joni dan jeni?saper pulak dy orang ni...
dy orang ni hedgehog...
nama omlayu dy...
landak..
ni gambar joni dan jeni
(ehsan dari huda luna )
hudaaa...
alie dah falling in love dengan spesis ni
nak jugakkkkkkk sambil terguling2 bawah katil



ni baby jeni n joni..jeni mama dy dah x da..
mana satu joni dan mana satu jeni ( ini ayat tanya kerana saya pun tak tahu y mana)


ni gambar y buat saya jatuh cinta pada pandangan pertama

* abie=my gemoookk

TB : abie b nak landak sekor
abie : cam huda nyer ae.wat pe?

TB :wat gulai daging landak.orang kata sedap(mengang jap)
abie:heee

TB :boleh la,b dah jatuh hati ni,b nak beli gak.beper puluh?
abie:murah je.300

TB :erkk!!murahnya
abie:abang ingat nak beli anak dy tapi dah mati
TB :mesti azmi(pakwe huda) tak bagi,jeni dah tak da

sesungguhnya memang aq addict kat binatang ni,tetiba je feel gegiler,bila bagi tau kat shu,sha dan nabila dy orang gelak3 kat aq..katanya bela dulu kucing kurap,benda2 murah.kan mati landak aq kan melayang duit...

ohhh~ko org keji,awal2 dah doa landak aq mati ae...sha suh bela kura2 je,senang jaga..shu lagi sengal suh bela lalat mentang2 kampung aq nama kedai lalat.cihhh~porahhh

sume kawan2 dah beli barang baru dengan elaun sem ni,mostly dah tukar handphone.nabila pun baru je beli sony ntah apa nama...
sem lepas aq beli dig cam..sem ni nak beli hedgedog la..
nak nak...
sem depan DSLR..
insyaallah..
kena beli senyap2,nanti abah dengan cik bising

p/s:sedang mengoda msg gemokk belikan hegedog untuk nyah..
sedang giat berusaha..



cucu cik minah..

Tiga bulan bekerja di kilang.Penat gila.Sakit tulang sendi aku dibuatnya.Baru tahu susah payah nak cari makan.Padan muka.Dulu malas nak belajar.Kerja kilang lah kau Man.Kalau boleh aku nak perbetulkan kisah aku yang tak syok.Aku nak guna laci Doreamon.Mustahil lah,macam mana nak buat.Gila betul.





Kelihatan muka penyelia kilang.Muka keret ni lagi.Tak de kerja ke,tengok orang je.Kau ni Armand,dah kerja dia tengok orang buat kerja.dah tu nak buat macam mana.



‘Apa termenung tu.Buat kerja,masa tu duit.Duit’,sergah Din.Terkejut beruk aku,nasib baik tak jadi beruk.Kerek betul,mamak ni.



Tepat pukul 1 tengahari.Time rehat.Hmmm...rehat sejam.Armand tergesa-gesa keluar,mencari kawannya Hafiz.Beg Converse berisi bekal makanan dan air itu disandangnya.



‘Hari ni nak makan kat mana’,tanya Armand.



‘Kita makan kat tepi longkang tu lah’,jawab Hafiz.Kakinya pantas ke longkang itu.Armand mengikut dari belakang.



‘Cik,kau buat lauk apa hari ni?’,soal Mat Apis



‘Hari ni lauk special tau.Ikan masak pedas.Aku bawa lebih sikit,boleh kita share’,Mat Apis tersenyum lebar.Langkah kanan.Kesian Cik,dulu aku kerja malam,sekarang pagi lah pulak.Kenalah masak pagi.Kesian Cik,berdosa besar aku kat nenek aku tu.



‘Man kau ingat tak,kat sekolah dulu.Dah keluar air liur basi agaknya,sekarang ni kan time Geo’,jawab Mat Apis.



Teringat Armand di zaman sekolah dulu.Rindu pulak kat cikgu-cikgu,kawan-kawan,buku teks yang tebal pun sama.Rindu betul aku.Terasa menyesal pula.Padan muka kau,Man.



Seperti Selasa lain,hari ini ada perhimpunan mingguan.Pelajar akan berpusu-pusu ke dewan bawaah makmal.Menyanyi lagu NegaraKu.Ucapan berjela dari guru bertugas dan syarahan dari Pengetua.Balik-balik benda sama,nak buat macam mana dah benda sama yang berlaku.Pengawas pula berdiri kaku tak ubah macam guard yang jaga pintu pagar istana Ratu Elizabeth kat London.Macam patung kat supermarket.



Sebahagian pengawas pula diarahkan meronda kawasan sekolah.



‘Cikgu,blok ni clear!’,Cikgu Kamalul mengangguk.Sunyi sepi.



‘Hisy,nyamuk ni aku spray Ridsect kan,mampus karang’,bengang mat Apis.



‘Relax lah,kita yang tumpang rumah dia.Rasa je lah’,balas Man sambil membaca komik Apo!



Semak-samun itu bergerak tak kala di selak oleh Mat Apis.Bengang dia pada nyamuk.Kut-kutlah pak guard Cikgu kamalul tak bergaji datang nak skodeng ke.Be careful,safety first.



‘Woi,picnic ke’,sergah satu suara yang menjadi iagaun pelajar sekolah ini..Lintang pukang mereka.Cikgu kamalul datang.Nasib oh nasib,kaki Mat Apis tersangkut pada akar pokok.Mereka tertangkap.Mana boleh tingal kawan,beb.

Malam yang sepi itu menakutkan Armand.Bukan takutkan malam tapi Pak Ucu nya itu.Bakal memberi khutbah dimalam hari,malam Rabu.Melaluk apa,Pak Ucu ni.



Cik Minah di dapur menangis teresak-esak.Mengenangkan cucunya itu.Apa yang mahu dijawab pada anaknya yang nun jauh di Las Angelas.Man...Man...



‘Apa kau nak jadi hah,dulu kau hisap rokok dalam jambang,lompat pagar sekolah hari ni picnic di dalam semak.Apa kau nak jadi hah.apa yang nak kau tunjukkan pada kami.Tak habis-habis buat hal.Malu Pak Ucu pelajar pandai macam kau ni buat macam ni.Kau nak jadi pok ko ke?’,lantang suara pak Ucu.



Pok Ko tu apa mende lah pulak.Tak pernah dengar pun.Macam geng-geng orang utan je.Pak Ucu samakan aku dengan orang utan ke? Ni nak balik LA semula ni.Macam mana dengan future aku,cita-cita aku? Family? Dah berhenti sekolah.Nak balik LA,ni payah ni.Family? Longgar tulang belakangnya.



Mummy mesti ternganga.Papa pula...ngerinya.padan muka kau Man,siapa suruh buat perangai pok ko.Pak Ucu pula masih lagi memegang gagang telefon.Nak report kat papa lah tu.Melambunglah bil telefon bulan ni,maklumlah LA tu kan jauh.



Jam pukul 3 pagi.Armand ke meja belajarnya.Di bukanya laci.Ada sekeping gambar keramat yang ala-ala belacan.Diperhatinya.Gambar dengan Along,Angah dan dia di depan rumah di LA masa winter.Menyandar di kereta BMW papa lagi.



Malunya,mana mau letak muka handsome lagi cute ni.Macam abang Pond’s tu.Along ambil jurusan Kejuteraan Kimia di Dublin Universiti di Ireland.Angah pulak jurusan makanikal am di Oxford Universiti di London.Aku? Pok Ko.



Cik Minah ingat akan peristiwa lalu.Bila anaknya Haris ditugaskan bekerja di LA.Armand baru saja berumur 12 tahun,budak tu gembira nak masuk tingkatan 1.Sebab tu lah dia meminta anaknya itu meninggalkan cucu bongsunya itu.Bosan di rumah sendirian.Berat hati anaknya Haris dan isterinya Wairah meninggalkan anak bongsu mereka.

Sekarang,hampir lima tahun Armand tinggal bersamanya.



Cucunya itu berjaya mendapat 8A dalam PMR tahun lepas.Itulah bukti bahawa cucunya itu tidak hanyut.Malah Armand dapat tawaran ke asrama penuh tapi dihalangnya.Baginya belajar dimana saja sama saja.Tapi setahun yang lepas,cucunya yang bujang itu mula berubah.Cucunya itu semakin liat untuk dilenturkan.Hinggalah peristiwa semalam.Dibuang sekolah,parah.Apa yang mahu dijawab bila ditanya ank menantu dia nanti.



Disuatu petang,Armand bermain-main dengan gitarnya dibawah pokok manga.Hafiz datang dengan basikal tuanya itu.Darii jauh lagi dah dapat lihat temannya itu.Maklumlah basikal tua kan tinggi.



‘Man aku nak beritahu kau ni.Semalam bapak aku tanya,nak lagi ke aku sambung belajar.Aku jawab iye lah.Kau nak sambung belajar ke tidak?’,soal Mat Apis sambil mengigit buah mangga.



‘Kenapa kau jawab iye?’



‘Aku nak jadi jurutera Man,tu cita-cita aku.Aku tak nak masa depan aku gelap,Man.Bapak aku kasi peluang kalau aku ubah perangai aku tu.Katanya dia setuju buat rayuan kat sekolah untuk sesi sekolah tahun depan’



Aku macam mana!Mana adil,bapak kau tanya kau.Pak Ucu aku tak tanya aku langsung.Papa? Berjela-jela hantar email marah kat aku.Siap suruh cari makan sendiri.Yang buat aku frust menunggungnya,duit saku aku dipotongnya.Padan muka aku.



Malam ni,Cik masak special.Ikan sweet sour kegemaran aku.Meleleh air liur.Kalau Chef Wan tengok,gerenti dia join sekaki.Lepas makan,terus aje dia tumbang di depan TV.Tengok Smallville ,sebenarnya nak tengok Lana Lang.

Tetiba je Pak Ucu datang dengan gaya sumo.Di tutupnya tv.Aik...apasal pulak.Cik pun join sama.Duduk disebelah.Mahu gugur bulu kaki aku bila bertentang mata dengan Pak Ucu.



‘Man,kerja kat kilang macam mana.Okey ke?’, Serius sambil mengurut janggutnya.Kacak jugak Pak Ucu aku.



‘Hmmm,bolehlah’,ringkas jawapan Armand.



‘Puas hati dapat RM500.Rasa-rasanya cukup tak nak kahwin,nak kasi anak dara orang makan?Beli susu anak,Pampers?Kumpul harta ?’,serang mulut Pak Ucu.Mana satu nak jawab,mengalahkan CIA.



‘Kau dengar Pak Ucu cakap apa?’,lantangnya sekali lagi.



‘Tak cukup’,perlahan suaranya.



‘Kau nak kerja kat situ lagi?’



‘Tak ada lah sampai kesitu.Kalau boleh Man nak sambung belajar.Kalau tak kat sekolah sini mungkin sekolah swasta’



‘Kau boleh ubah perangai kau yang macam pok ko tu.Kau dah merasa macam mana orang susah payah cari sesuap nasi.Kau untung Man,dapat semua.Hidup kau mewah,Man’



Armand diam.Mengerti akan teguran Pak Ucu.Memang betul yang Pak Ucu cakap tu.Dia hidup senang selama ini.Kesian papa cari makan di negara orang.Aku kat sini jadi Pok Ko.Tak kenang budi langsung kat dia orang.

Panas punggung Armand.Mana tak nya bertapa di dalam kapal terbang berjam-jam.Bukannya dekat Jerman-KL.Lepas tu sambung pula penerbangan pulang ke Kota Bharu. Dah lima tahun duduk di sana Mengambil jurusan perniagaan.



‘Gedebuk...’,tersertak Armand bila bahunya ditepuk begitu.Hafiz hanya ketawa berdekeh-dekeh.Ciss,kau kenakan aku Apis.



‘Kau ni,orang lalu lalang pun sempat khayal.Teringatkan mak we yang ditinggalkan ke?’,usik Apis.



‘Ya lah,rindu betul aku kat mak we aku tu.Cepatlah.Aku dah tak sabar nak merasa ikan sweet sour.Fuhhh,terangkat beb’,Armand mengangkat kening kanannya kepada Hafiz yang bakal bergelar peguam minggu depan.



‘Cik,tunggu Man ye’,bisik hatinya sendiri.

Nukilan,

Norazlaili Mokhtar (3 Khas 1)



p/s : karya jamang budak2..