Mak nyah oh mak nyah

Hye kawan-kawan nyah sekalian.Nyah sekarang mengalami sedikit masalah untuk menerjah teman-teman.Nyah sekarang sedang melacur di sebuah sekolah untuk School Based Experience.


Esok hari terakhir berada disini.Tak sabar.Penat dah pergi sekolah.


Lappy nyah yang berwarna pink sedang dirawat di hospital.Padan muka.Assigment tak buat langsung.Sudah tiga hari bersenang lenang macam ni.


Okeh la.Ni update terkini sahaja.Nak masuk kelas pulak ni,nak ajar budak-budak cara nak attract attention manusia khususnya di Lorong Haji Taib .Tidakkk nya aq nak ngajar gitu Cik Kiah oiii..


Jaga kelas Sains.Nak buat helicopter.Daaaaa



~Ah Fatt buat contest.Sila terjah yer.



notakakiku = lambatnya nak balik rumah.lagi sejam











lawak bodoh

Salam.


Bukan cara saya melepas rasa sinis pada orang dalam blog.Kadang-kadang adalah.


Tak suka orang buat lawak bodoh.Tipical nonsense.



Lagi tak suka manusia yang bersifat mahu autokrasi dan mahu up diri saja.Menyampah walaupun tittle anda lebih tinggi.



Pengalaman yang ada berserta dengan riak.WTH!!!!




notakakiku : sangat nak tulis banyak tapi tahan diri.














Kem Karisma 2



Walaupun golongan melayu tak ramai yang berkawan dengan nyah ( dalam company charlie je la )nyah masih berkawan dengan budak-budak dari company lain mcm alfa delta b???.Ala tak ingat dah.





Antara kawan-kawan yang paling nyah suka apabila berkumpul dengan mereka adalah dalam kelas kenegaraan rasanya.Masa tu kelas tu la yang paling menarik sebab banyak buat hands-on.Gelak-gelak tepuk bahu members sume.





Dalam ramai-ramai wira dan wirawati ada seorang wira.Jeng jeng jeng...







Namanya Jamal.Jamal ni kalau tengok muka pelakon yang ada masa ni iras muka Nas-T tapi versi kulit gelap.Orangnya kelakar gila-gila suka cari gaduh dengan nyah.Nyah jugak suka cari gadoh dengan dia.Biasanya kami perang mulut tapi in the ends of class kami senyum balik.Nice bukan?





Ada satu malam,masa kami semua dalam surau.Tetiba ada suara wirawati mengilai.Damn.I hate it.Kenapa mesti masa kat surau.Kami semua masa tu tengah baca Yassin.Makin kuat kami baca makin kuat dia mengilai.HUk3..





Segala bulu roma nyah meremang.Takut.Dalam takut sempat lagi tengok muka wirawati tu,tapi cepat-cepat larikan pandangan.Tangan masing-masing erat antara wirawati.Cuak.Tengah mengaji tu,sorang lagi kena.Wira pulak yang kena.Adoo la.Tak lama lepas tu sorang lagi wirawati yang kena.





Malam tu,cukup untuk semua orang berganding bahu dan berkongsi rasa takut.MAsing-masing tidur rapatkan katil kat tengah.Cina India Melayu tak kira sume tu.Maisng-masing baca ayat masing-masing.Siap mintak garam dengan mak cik kantin lagi tau.Kelakar pulak.Malam tu dorm senyap je.





Dua malam berturut-turut kami tidur katil rapat-rapat sebab takut.Malam ketiga,rupanya cikgu masuk dorm kesemua company.Esoknya pula cikgu dengan lantang bersuara suruh tidur tempat masing-masing sebab katanya dia tak senang tengok budak lelaki tidur rapat-rapat berpelukan tak pakai baju.So gay.Hahahaha.













( bersambung )

















Kem Karisma 1

Salam semua.Malam ni nyah ingat nak publish entry pasal satu penyakit tapi nyah tak jadi sebab gara-gara nyah tertengok cerita budak-budak PLKN tadi.Huh,menguji perasaan betol sebab nyah pernah pergi ke PLKN ni.


Nyah ke Kem Karisma,Kuala Pilah.Heh.Tatau la samada ada yang perasan ke tak,selepas F5 nyah asyik ke tempat yang bernama Kuala.

Kuala Pilah-Kuala Lipis-Kuala Besut


Agak-agak nak postim nanti Kuala apa ae,prediction nyah adalah dekat-dekat sini sebab cuma tengok perjalanan nyah.Dari N.9 ke Pahang turun ke Terengganu.Hahahaha.Agak bernasib baik jika prediction itu benar.


Nyah tak ada gambar hatta sekeping pun untuk ditayang disini semasa disana.Masa tu tahun 2007.Nyah pakai telefon Nokia 1100 dengan hasil simpanan sendiri yang harga 120 yang sekarang boleh dibeli dengan 30.Nostalgia betul.


Nyah pergi untuk siri kedua,selepas result SPM keluar.Inilah pertama kali nyah nak keluar dari Kelantan seorang diri.Ni lah kali pertama juga nyah naik bus dan inilah juga pertama kali nyah ke Negeri Sembilan dan inilah kali pertama nyah tinggal diluar selain rumah.Banyak pertama kali tol..


Inilah kisah independent nyah dewasa ini.Damn.Sangat tak syok.

Nyah pergi ke sana dengan hati yang berat dan berbelah bagi.Kenapa?Sebab masa tu kawan-kawan yang lain dok b'z isi borang nak U nak JPA dll.Nyah pula kat dalam kem.WTF,what the fun la..ish.


Pengalaman naik bus ini memenatkan dan meyeksakan.Pergi kul 10 kul 12 tengahmalam baru sampai.Baru nak makan nasi.Angkut beg ke bilik siap-siap.Orang lain tengah tidur kita baru sampai.Katil paling hujung dan paling depan je yang available.

Sarung katil yilekk,malam pertama tidur tak lena sebab kena gigit semut.Mengalir air mata.PIndah ke katil depan sekali yang mengadap pintu.

Pagi tu baru berkenalan dengan yang lain-lain.Tegur ala-ala basi je.Masih bukan dalam mood.Mood kacau.Banyak benda dlam fikiran.


Pagi tu ada ice breaking.Berkenalan.Cikgu tanya suka ke tak ke PLKN ni.Soalan tipikal icebreaking

Nama
Asal
Tarih lahir
RESULT SPM...

Tang soalan itu lah aq rasa dengan lurus bendulnya nyah menjawab dengan jujur tanpa kiasan.Tanpa mengingati perasaan orang lain.Maklumlah budak nerd dari Raja Sakti.

'Saya tak suka masuk PLKN sebab saya tak sempat nak buat lesen kereta,saya juga rasa tak adil sebab kawan-kawan saya dapat isi borang untuk ke U dan recheck tgk peluang lain dan saya tak ada kemudahan itu '

SPM dapat berapa?Soalan segar sebab result baru kuar.

'Sikit je,tu pun sebab tak study sangat.'

7A,bagi nyah tak banyak sangat pun sebab masa tu berlambak org dapat 10A.Tujuh tu apa la sangat.


Tanpa nyah sedari nyah mejadi golongan minoriti dalam pasukan Charlie itu.Sungguh teruk perasaan itu.


Rupa-rupanya,kawan-kawan yang lain tidak lah secemerlang nyah.Ada yang gatal,eh gagal dan ada yang tak ada A terus.Ada yang mula menjauhi nyah tanpa nyah sedari.Disebabkan nyah ni pelajar cemerlang pasukan Charlie,makanya cikgu banyak memberi tanggungjawab kepada nyah.Tukang masak dan tukang pintu kem juga kenal nyah.Masa tu yang paling highest SPM result wirawati nyah dan wira budak ganu.


Alie pergi ini itu,kira ni,ambik tu...Situasi makin teruk bagi nyah.Dah ada seorang dua muka bajet jadi ketua geng.Masa tu nyah lebih senang berkwan dengan Chinese dengan Indian.Depa lagi friendly,siap ajar nyah nyanyi lagu cina lagi.Makan sekali,pergi toilet sekali.Woooo 1 Malaysia tu..


Tetiba teringat kat dia orang.Lost contact terus..


( bersambung )












kain kebaya nyonya sulaman indon

Salam Hari Jumaat untuk semua.Masih dalam mood busy dengan assigment,semalam tak buat langsung sebab meronggeng ke KB dari pagi ke petang.Malam je lena seawal pukul 10.Nikmat sungguh lena nyah sampai ke pagi ni nak buat assigment pun malas lagi.Heh.





Semalam Dak Wan tanya kain kebaya yang nyah beli tu boleh cari kat sapa.Ok cuba add saudari Fariezza Rahim di FB,ni akak senior nyah di maktab Pulau Pinang.Banyak jenis kebaya lagi,kalau yang ada dalam list dia tu dah book,boleh request kat dia nak warna apa.





Tetiba jadi promoter la pulak.Nyah sekarang dalam mood giler shooping on9.Masyaallah,ni semua bahana nyah bercuti kat rumah.Sebabnya kalau kt Besut,nak bank-in semuanya kena turun ke Jerteh.Nyah bukannya rajin sangat nak ke sana.Heh.





So,mana-mana yang belum berjangkit jangan berjangkit,sekali berjangkit boleh bawak maut.Menipu je tak habis aq ni.





notakakiku : telah habis rm200 dengan shoping on9 sampai hari ini.lelaki sekalian saya tahu anda akan menjauhi saya. =(





















hijau daun..

Salam.Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau tak reti nak menghormati masa orang lain?Nyah paling pantang dengan orang yang menjawab..


'sukati aku la masa aku,ada aku kacau ko?'


Memang ko kacau sebabnya ko menyusahkan aq dengan masa aq,aq kena tunggu,bukan pakai masa ke?


Masa tu emas.Tidak.Tidak sama sekali nyah setuju.Kalau nak emas boleh beli kat Poh Kong je tapi kalau nak masa boleh ke gadai dengan emas dengan cap Tiffany?


Heh.Oii Cik Kiah,kalau aq boleh beli masa,hmmm kalau la aq boleh beli masa.Tak akan berlaku sebab masa yang berlalu tak akan kembali.


Hargai lah masa,lebih-lebih lagi masa orang lain yang sudi meluangkan masa untuk kamu.




++++++

Nyah sudah sampai di teratak ini.Esok cuti dan nyah plan nak keluar ke bandar Kota Bharu,jangan salah sangka pulak,bukan mahu melacur tapi pergi bayar hutang.

Hutang kain-kain kebaya dengan shawl.Sumenya bahana shooping on9.Duit oh duit.


lawa bukan??

Sapa nak jumpa nyah kat KB esok.Pagi je.Hahahaha,bajet la aq tanya soalan ni.


ESok nyah update elok-elok.Malam ni cakau-cakau cukup syarat je.Ok la.GTG..

Take care semua..


notakakiku : =)



Streamyx untuk pelajar - free mini lappy

Salam sekelian.Update ringkas tepat dan padat dari Kuala Besut.Tengah buat esemen ni nak hantar esok tapi masih sempat lagi nak update.Dush banyak2 kat pipi gebu nyah,GEBU yer..

TAdi siang nyah ada register untuk Streamyx Combo edisi Unipax.Lumayan.Lagi 2 minggu dapat mini lappy free.Sebabnya dy dalam penghabisan promosi,4000 mini lappy di sediakan untuk students di Terengganu saja dan bekalannya juga masih banyak.

Tak ramai yang register,maybe tak dapat banyak info kot.

Khamis ni hari keputeraan terengganu.Cuti.Yeyeyeye.Ahad depan pulak ke sekolah sebagai cikgu muda.Amacam cikgu muda comel x?

Pakai heels,kening cantas,make up 3 inchi sah-sah,smokey eyes bukan monkey eyes,suara garau.Terbaik bukan,sume students lari tengok nyah.


notakakiku : esok balik umah.tak sabarnya...