something I have to forgive myself for.

Salam satu bloggers.


Cabaran hari ni : something you have to forgive yourself for. 


Tajuk hari ni agak susah nak bertinta sebab tinta ni akan dibaca orang.Susah jugak untuk berlaku jujur bukan?Cabaran tinta ni bukan sebarang cabaran.Cabaran yang memerlukan keihlasan dan keberanian dalam berkata sesuatu yang benar : BENAR dari lubuk hati ini.


1. Langgar dinding porch sampai runtuh.

Nasib baik selamat tapi trauma.Sebab tu kecuaian yang kedua dalam 3 minggu.Yang pertama calarkan pintu kereta dengan gate rumah sebab tak reti nak bajet undur kereta.Dah habis kan RM700 nak cat balik.Then langgar dinding pulak.Habis 1K untuk kereta.Dinding runtuh sampai ke hari ni tak usik.

Trauma.Abah bagi drive balik kereta kesayangan dia tapi kaki ni berketar-ketar.Tak mahu bawak dah,sebab tu abah beli Myvi tapi macam ngeri jugak sebab dalam lingkungan kawasan zon bahaya kemalangan (padahal umah sendiri je pun )

Kenapa bersalah?

Lepas kejadian pertama,dah janji tak akan drive tapi mungkir janji.Rasanya tak perlu hurai dah.
Berdosa anak buat abah kecik hati.




2. Telan panadol 6 biji sekali gus.

 Bodoh.Singkat pemikiran.Tak akan buat lagi.




 3.Pointer turun merudum semester ni

Sem lepas belajar Fizik.Lecturer mengajar nyah buat kelab kat belakang.Hari-hari macam tu.Hari-hari mengata lecturer tak pandai mengajar tapi diri sendiri tak belajar.Sampai ke musim exam,masa tu siap mengalir air mata berderai,tension bagai.Sebenarnya,lebih kepada motivasi diri.Diri semakin sayu,layu,menyembah bumi mudah terbuai dengan angin lalu.Jadi follower dan bukan leader.Sama juga sekarang,bila dah tulis refleksi diri baru sedar.Ya,aku baru tersedar.


Cuba kembali kepada petala muda-mudi dulu.Penuh energetic dan passion.Aku rindu aku dulu.



4.Pengaruh muda-mudi.

 Maafkan diri ini,dah banyak aku seksa badan.Pernah terlibat dengan Bulimia selama dua tahun.Nak kurus padahal tak gemuk.Akibatnya dah merasa dan mula merana.Kadang-kadang sedapkan hati,ini bukan kerana itu.Kalau hal muda-mudi ni banyak lagi.Aku maafkan diri dan jangan buat lagi.Semua yang salah dan tak betul dari norma masyarakat atau dunia. 




Dah lama tulis,auto publish tapi salah date,patut tak keluar.Apa yang aku maafkan diri aku ini,hanya kekesalan yang aku buat dalam usia menjangkau 21 tahun ini.Makin lama di dunia ni,makin dekat dengan dunia yang satu lagi,makin banyak kekesalan yang kita buat sebenarnya.






notakakiku : payah aku nak fikir apa yang perlu dimaafkan.rasanya banyakk




.










 







.menjanda.

Nyah telah kembali ke FB setelah dua hari deactive.Dua hari je.Heh.

Kenapa boleh active balik?


Sebab makan dalam mahkluk ni buat.Tersirap darah sampai ke otak.

Sebab nyah sedar ada yang tak sabar-sabar nak nyah mati.Status dia widowed.


Apa kes???

takut akak tau dik

Salam satu bloggers.

Tadi masa nak ambik wudhu kat toilet,lalu satu bilik ni.Bilik budak junior,mak oii ko bergaduh dengan balak jati ko sampai akak yang dengar pun seram bulu roma.

Volume : ala-ala nak terkejutkan orang dengan menjerit

Isi perbualan : awak tahu dalam 48 jam ni berapa kali awak panggil saya sayang?sekali je tau.....
                      ( xkuasa nak dengar lelalam,kan pekak free )



Akak ni dah lama orang tak panggil sayang,tak call.Rilek je.Masej pun kadang-kadang reply,kalau reply satu msg jarak macam rakaat pertama nak ke tiga.Nyah rasa teman gay ( sila baca bf ) mengeja.24 jam tak berkomunikasi,nyah rileks je,maklumlah tawar hati.


Letak banyak-banyak pun tak guna.

.something I love about myself.

Salam satu bloggers.

Merajuk lagi ke nyah pada teman gay nya?Tawar hati.Tu je yang boleh bagi tahu lebih-lebih lagi tak ada pula yang nak pujuk.Hati makin tegar.Tak apa,kalau awak baca,bacalah.Seterusnya biarlah...


 Cabaran hari kedua :  something you love about yourself. 


 Kulitku hitam manis.Alis keningku hitam melebat.Hidungku tak mancung.Pipiku sebelah labuh sebelahnya tembam.Mataku hitam bulat.Bibirku bukan merah jambu.Tinggiku biasa saja 153 cm.Tapak kakiku saiz 5 .Besar tak gemuk tapi perut berlipat.Rambutku lurus tapi pendek.
 

Aku kedekut.Aku penyibuk dan mudah marah.Dalam semua tu aku juga ada kualiti-kualiti lain.


Aku adalah baik maka aku jugalah tak baiknya.Aku rehda menerimanya,adakah kau sudi menerimanya seperti aku gembira dan cintakan diri aku sendiri?


 
tangkap gambar suka senget sebab nak cover pipi.



Saya sayang diri saya yang sebenarnya,mana mungkin ada yang sayang saya seperti saya sayang diri sendiri.




notakakiku : just silent.





,something I hate about myself.

Salam satu bloggers.


Hari pertama untuk cabaran 30 Menyelongkar Kebenaran adalah tajuk sesuatu yang saya benci /tak suka tentang diri ini.

T_T.Nak kata benci,tidak jugak sebab inilah diriku sebenar.Yang buruk cuma boleh dikurangkan buruknya,yang terlampau baik kita kurangkan jugak.Pro dan Contro.Ying dengan Yang orang katakan.


1. Muatan haba rendah.

Mudah marah,mudah sejuk.Mudah merajuk,mudah dipujuk.Kiranya mudah la.Kadang-kadang sampai orang permainkan diri dan ambil kesempatan.Sebab jenis mudah melupakan,tapi awas apabila nyah marah memang nyah marah semarahnya,meletus sangat hangat.Itu menjadi kelemahan dan menjadi punca pergaduhan sebab mudah nak marah.

Tapi sekarang dah kurang.Sangat kurang.Tapi aspek muatan haba rendah dalam hal lain pula yang mejadi kelemahan diri.

Lagi satu,saya mudah jatuh cinta dan mudah melupakannya.Hmmm.Sensasi ke?


2.Penyibuk

Benda ni kadang-kadang sampai makan diri sebab orang senyap-senyap aku pom pum pam tolong back up orang.Orang punya masalah nyah yang tolong masuk campur.Ohh plz,nyah terlampau penyibuk dalam hal orang kadang-kadang membawa kesusahan untuk diri.Sampai hal orang lain,orang nampak kita dulu.Padahal kita cuma jurucakap je.

Bila kita kena serang,orang yang bermasalah diam seribu bahasa.Nasihat? Jangan menyibuk and just silent. 


3.Penjimat

Kalau anda pembaca belog ni,anda pasti tahu yang nyah sangat kedekut untuk diri sendiri makanya sila faham nyah juga agak kedekut kepada yang lain jugak.Bahasa lain : kedekut.Heh tapi bukan berkira okeh.Kadang-kadang rasa hilang nikmat keremajaan.Bila tengok benda orang lain beli,kita kawal nafsu.Nak makan pun berkira okeh.Setahun yang lepas nyah rela masak makan sardin okeh sebab nak berjimat sakan untuk entah pape.

Sifat kedekut  ni jugak la menyebabkan nyah tak beli DSLR sampai ke hari ni.Ini bukanlah kes nak naik kkan diri.Duit elaun nyah ( tanpa tajaan PAMA ok ) yang nyah simpan dah masuk 6k.Itu jumlah sepanjang belajar di IPG ni.Betapa kedekutnya nyah sampai boleh simpan banyak begitu.


Rasa keseronokan keremajaan tu hilang.Tolong bagi nasihat plz!!!! 


Tapi bila mula membazir memang sangat membazir.Itu pun kelemahan diri.


Sem lepas banyak membazir beli shawl sampaikan kat rumah berlambak yang tak pakai lagi.



Kalau nak cerita banyak benda yang nyah tak suka tentang tapi diri nyah tapi benda ni lah paling ketara.Hidung,muka,warna kulit tak ada hal semua tu.Tu hadiah Ilahi,siapa orang nak tentukan kacak atau cantik makhluk tuhan itu.Perut berlipat macam sekarang pun rehda tapi nak kuatkan semangat jugak nak kempis macam dulu.Heh.


Dalam tak suka,inilah diri nyah.Inilah simbol aku adalah aku.Kalau hilang terus maka umpama ukiran dipukul ombak di pasiran,ada tetap ada,kurangkan mana yang perlu =)



notakakiku : tawar hati


30 hari tentang diri yang tiada dusta

Salam satu bloggers.

Nyah dah deactivekan FB.So dashboard belog akan menjadi mangsa.Jangan terkejut kalau nyah update banyak-banyak.Heee.

Kenapa deactive.Nyah sakit hati.Nyah rasa tertipu nyah rasa tak dihargai.Biar nyah bawak hati ni pergi dari ditoreh tak berdarah lagi sebab dah biasa dibuat begini.Kata janji dulu hanya sekadar janji.

Aku dah janji dengan diri dulu,kalau kau buat hal lagi,sampai tiba masa aku angkat kaki sebab aku penat dengan mainan semua ni.4 tahun 2 bulan 2 hari.

Cukup.

Tak nak cerita lagi pasal hati sebab nyah ada banyak sangat kerja nak buat.Nak collect duit itu ini pun kena ada semangat,kena ada kesabaran sebab ni dah jadi tanggungjawab.Dah lama tak buat kerja GRO ni ( sis Farhana gelak dengar ayat ni ) Jadi cikgu bukan sekadar cikgu yer sayang.

Guru harus fleksibel,dari seorang guru biasa dia juga mampu menjadi penyanyi,pelakon,arkitek,tukang kebun,pengurus,pentadbir dan banyak lagi.Guru kena tabah tapi biasalah guru juga manusia.Bukan hidup dengan bekalan bateri yang boleh di charge semata-mata.

Oleh sebab itu nyah ingat nyah nak follow 30 Hari Menyelongkar Kebenaran sebab tak ada FB nak buang masa.So nak luah status kat sini.Dah mudah sebab dah ada tajuk.Nak join jugak even Cik Jard tak jemput.Hik3~


Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.

Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.


Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.

Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.

Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.


Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself.







Banyak masa yang nyah ada sekarang untuk siapkan tugasan je.Tapi untuk hobi sendiri dah lama tersadai.2 biji novel tak terbaca yang beli selepas cuti semester lepas sampai ke hari ni.Nyah pun nak manjakan diri.Masa untuk baca novel hampir tiada sekarang sebab masa-mas atersebut nyah banyak luangkan pada belog kalian semua. =)


Entry ni tanpa arah sebenarnya sekadar meluang masa yang selalu di FB semata-mata.Nanti nak tulis entry day 1 pulak la yer.




notakakiku : hatiku ribut tapi diri harus kawal.

sejuk.dingin.lovely

Salam satu Malaysia.

Hariku semakin pudar bukan lagi secerah Lorong Haji Taib ( cerah ke? ).Heh.Rutinku berubah habis dan badan menanggung seksa mengalami perubahan di samping cuaca yang mempermainkan matahari ini.Sejuk.Dingin dan Lovely.

Merapu!!!


Nyah sibuk mak-mak sekalian.Penat tau.Cabaran pertama dengan tugasan sebagai Ketua Bahagian or Ketua Bendahari entah dah untuk majalah Cakna.Kena kutip duit.Dah ada cabarannya.Biasalah tu,melayan kerenah manusia tak akan habis.Dah lama tak buat kerja GRO macam ni.Heh.


Penat tapi seronok.Sekian terima kasih.Cerita tergantung lagi.Sapa suruh baca. :P

nyah boleh!!!


notakakakiku : bila gemuk nak datang sini?