nyah devas kembali..

Salam satu bloggers.

Mak cik rindu kat angpa semua.Seyes,tak percaya ke?Sampai hati,bulan puasa ni mana orang bohong-bohong.Nyah menulis sebab nyah nak jadi orang yang terawal ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca tak kira dimana anda jua berada.


Kalau anak Kelantan rasa macam kenal Kedai Lalat boleh roger-roger datang sini beraya.Siapa nak rasa nak bagi kad jemputan kenduri pun boleh juga.Kenduri time raya ni best jugak,sebab tak payah makan biskut dah...Lalalalala.


Cakap pasal biskut berapa jalang eh balang dah ko orang sume dah buat?Nyah dah berbalang-balang dah biskut raya nyah tengok di pasar,buatnya belum.Hahahahaha.Sumpah gediks nokks,nyah tak reti nak uli tu semua,cukuplah taruk ceri dengan tunggu depan oven.Heh.


 Kalau ko orang rasa baru nak hantar kad raya kat nyah.Tak payah la.Posmen Kedai Lalat merajuk apa,awal-awal cuti bakar biskut.Nyah sakit hati.Beg raya nyah tak sampai lagi,anak tudung pun sama.T_T
Baju raya entah kemana dah,sebab tukang jahit jahit baju kebaya devas nyah dengan KAKI.Heh,sumpah nyah tak marah,mana boleh tacing2 puasa ni kan.


Kepada semua bloggers,rakan-rakan dari SKKL,SMKRS,KMPh,IPG KTAA,IPG KSM dan semua rakan-rakan yang mengenali nyah,nyah menyusun 20 jari termasuk jari kaki mengucup kan,eh mengucapkan:



 notakakiku : semoga semua rakan-rakan selamat sampai ke kampung halaman dengan selamatnya.

hayati keindahan perbezaan

Salam satu bloggers.

3 hari sudah nyah tak update.Tak larat dah.Jadual sangat pack,kerja dan komitment juga semakin bertambah.Masa bukan tak cukup tapi diri sendiri yang banyak longlai.Lorong Haji Taib ada tutup tak sempena Ramadhan ni?Heh.


Lain kali nyah-nyah sekalian apa kata tukar port.Pergi menunggu di area tepi-tepi masjid.Nesyaca sentap hati,berair mata sebab tengok ramai manusia yang berDNA XY.Heh.Jangan mengada-ngada ko pergi pulak.Kes nyanya diri je,kan kena 'katok' ( sila baca pukul ) dek orang.



Perbezaan itu indah jika kita belajar untuk menguasai pebezaan itu dan bukan dikuasai perbezaan itu.

Perempuan kata lelaki tak memahami,ego,bla....

Lelaki kata perempuan cerewet,menyusahkan,bla... 

Lelaki/Perempuan sila belajar dan hayati keindahan perbezaan itu,maka manisnya tetap ada.Jangan mudah putus asa dan beralah.Proses itu adalah pembelajaran maka ianya mengambil masa.Bersabarlah dalam menguasai ilmu itu.


Saya,tuan punya belog mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca-pembaca setia ( ayat bajet pemes.heh ) belog ciput ini.



notakakiku : waktu puncak sudah.sibuk sayang..

.abang kacak bergoggle.

Salam satu bloggers.

Hari ni teman tak nak cerita pasal cabaran sebab awal-awal pagi lagi nyah dah publish.Hahahaha.Gelak puas-puas,kalau tak mencicit nyah nak berkejor nak menjawab soalan cabaran.


Ini entry nyah nak kabor masa nyah tengah beli 'goggle'.Ahaaa,beli'goggle'versi kita-kita la.Kalau buat-buat bodoh,mai dekat dengan nyah.Nyah nak tarik tali 'goggle' dia sampai putus. :P





Lokasi : di sebuah shopping complex di Kota Bharu.


Masa tu nyah tengah pilih-pilih,nak calor apa nak beli.Masa tengah belek-belek tu tetiba datang satu mahkluk ni.

Mahkluk tuhan yang sangat kacak.Kacak dan nyah pandang dia dan dia tak pandang nyah pun. T_T

Dia jalan sorang-sorang.Nyah rasa kesian je,rasa nak ajak pilih color sekali dengan nyah.Hempuk pipi dua kali.Hahahaha.Hey abang,sorang ke? - Mulut ni gatal nak mengorat gatal.

Kalau tengah syok tu kan,memang syok la jawabnya.Kakak salesgirl tu macam tak puas hati je dengan nyah,ko tahu apa dia buat.Dia mintak barang yang nyah nak bayar.Menci.I tengah syok ni dia kacau tau.

Then nyah cover tengok benda lain,goggle tadi dah hulur dah nak buat bil.Nanti bayar kat kaunter.

Habis.Abang tu naik atas.Tata abang kacak.

Tiba masa nak membayar.Ni yang aku geram ni,benda-benda gini abang tak berapa nak tak nak malu yang jaga kaunter.Lepas tu nak masukkan goggle dalam plastik macam segan tak bertempat.Kan ada yang nak kena pakai goggle kan.

:P

Bayar.Pulang.



Balik rumah.Nyah rasa nak mengalir air mata.

Google colors sama tapi size lain.


80 cup C.Sentap.



Birthday siapa yang terdekat,nyah rasa nak bagi 'goggle' ni je.Boleh?

.someone who made my life hell, or treated me like shit.

Salam satu bloggers.


Entry ni auto-publish sebab senang.Hahahaha.Kenapa senang sebab cabaran hari kelapan ini adalah  :

Someone who made your life hell, or treated you like shit. 


Jawapan kepada cabaran ini ada disini.Sila kik pautan ini.




Rasa senang hati sebab dapat siapkan awal.Hik3~


.someone who has made my life worth living for.

Salam satu bloggers.


Meneruskan cabaran hari ini dengan tajuk :
Someone who has made your life worth living for. 



Tak lain dan tak bukan :

abah.

cik.

nani.

ja.

asraf


ali.sayang.kalian.






Ingat nak tempel gambar kat sini tapi line tenet tak berapa nak larat nak upload pictures.Teman gay bila?Tu bila dah siap akad nikah baru masuk nama dalam list okeh sayang.


Lepas ni rasanya nak kena buat auto-published jugak la.Kan macam hari tu pulak.Terbabas entah kemana-mana sudah.



Sis Farhana kata ada kejutan pukul 8pm ni,apakah ia?Kita nantikan =)



notakakiku : puasa dah nak dekat,list makanan x makan banyak lagi ni.Ish.Tension.




.something you hope you never have to do.

Salam satu bloggers.

Meneruskan hidup di hari Sabtu yang mendung ini dengan cabaran hari ke-enam dengan gaynya dengan tajuk :
Something you hope you never have to do.  


Ala susahnya soalan.Nak goreng pun tak ada rencah.Jap nak pikir.........




Lepas fikir panjang la kan.Rasanya tak ada kot.Dengan usia yang menjangkau 21 menjelang Hari Raya ini umurku masih muda dalam mendalami rencah dunia yang penuh cabaran dan haloba ini.

Yang mana buat silap pun rasanya it's gonna be fine sebab semua tu adalah pengalaman yang membentuk diri dan identiti diri.Kira tak ada menyesal la.Memang tak ada lah.Tajuk harian semakin berat.


Adakah ku mampu meneruskan cabaran ini?





 Rasa macam dah dewasa tapi tengok la sekor-sekor,macam budak-budak lagi.Yang tu siap kaler warna-warni lagi.




notakakiku : malas betul nak balik maktab.Mencikkkkk!!!

.something I hope to do in my life.

Salam satu bloggers.


Cabaran hari ke 5 : Something you hope to do in your life. 

Nyah terbabas satu tajuk.Seyes semalam seharian penat.Pagi menghadiri majlis kesyukuran kazen.Dia dah dapat tempat untuk postim.Dekat tapi tak dekat mana.Kuala Krai.Disebabkan dia adalah guru yang dikhaskan untuk kawasan pedalaman jadi lokasinya mestilah agak 'dalam'.Nanti dua tahun lagi turn nyah pulak.Sob3~

Petang pulak pergi meracau di bandar Kota Bharu beli barang sebab lepas ni 3 minggu nyah tak balik rumah.Sob3~



Sudah.Berhenti.Kita ke tajuk cabaran hari ini pulak.



Kalau boleh,nyah berharap tiap kali nyah kunci jam yang nada yang berbunyi kuat bukan nyah yang bangun tapi jiran-jiran nyah yang bangun tu,LAIN KALI BIAR DENGAN NYAH SEKALI BANGUN.


Contoh kesan : macam entry ni tak sempat nak tulis.Pukul 10 nyah dah peluk bantal dengan lenanya.Bajet kunci jam pukul 11.30pm tapi haram jadah.



Ala jam punya lawa tak guna jugak sebab tuan dia tak bangun-bangun.Heh



notakakiku : enrty ni boleh terima yer Cik Jard.Hik3~