Salam satu bloggers.
Ingat lagi tak entry tajuk Klon Nizamsani ? Rentetan cerita masa di restoran tu tak habis setakat tu je.Mamat blur-blur tu ada buat kes sengal dia lagi.Memang rare giler la manusia selamba badak gitu,dia bersalah sebab buat orang ketawa terbahak-bahak sampaikan ada yang tercekik.Contohnya nyah yang tersembur air kelapa ke mee goreng adik.Sila rehda.Ini bukan pintaku nak membuat pancutan ke makanan orang.Itu biadap T_T
Perbualan telefon beliau bersama rakan beliau yang sumpah akan annoying sama.
Kawan : Kau kat mana ni?
Mamat : Aku tengah makan ni.Mai la join sekali,the more the merrier.( abang tu skipping babe )
Kawan : Makan kat mana ni ?
Mamat : Kat mulut la. ( tanpa teragak-agak memberi jawapan )
Kawan : sakit hati betul la.nama tempat la sengal.
Mamat : Hahahaha.Orang panggil apa dah,ala rambutan,apa ke nama dah.Heh.Ni nak marah ni,rambutan apa dah.Hah baru ingat,Tanjung Rambutan.Kau marilah sini.
Nyah syak kawan dia letak phone sebab annoying yang sangat nak arwah.Main gurau kasar sangat.Lepas tu dia membebel sorang-sorang.Kawan-kawan dia gelak dekat nak terburai perut.
Apakah aku duduk di Tanjung Rambutan atau Rambutan Rendang?Heh
Pakaian Tradisional The Contest
Salam satu bloggers.
=)
Update macam orang malas je nyah ni tapi kalau contest laju nak arwah pergi update sebab gila nak menang.Lebih-lebih lagi lepas menang contest yang bukan pornografi hari tu.Hahahaha.
Contest kali ni pasal Pakaian Tradisional The Contest dari sis Hafidzah Hafidz. Siapa yang gila melaram asa raya dengan baju kebaya macam nyah dan baju melayu bagi lelaki dan baju tradisional kaum masing-masing boleh bertaruh yang bukan haram dalam contest ni.Apa barang gambar-gambar lawa ko orang peram je dalam My Pictures.Nak buat pekasam pun bukan laku mana pun.
Ni gambar latest nyah masa hari raya lepas sebab tahun--tahun dulu dan berkurun dulu mana buat kebaya untuk beraya,tahun ni je terlepas sebab beli kain sendiri. Disebabkan baju kebaya ni telah menumpahkan air mata nyah selang seminggu sebelum raya kerana jahitan yang tak kemas dan tambahi lagi dengan bayaran macam tayar kapal terbang MAKA ku berharap ada sinar di balik kebaya hijau ini.(ayat tocing haruslah,mana tahu sis hafidzah tersentuh nak nobatkan juara = )
ni photoshoot masa pergi raya rumah kawan.
Okeh disebabkan contest ni memerlukan nyah untuk mengetag so nyah nak tag mereka ini :
Fine kalau nak join contest ni boleh pergi ke belog Hafidzah Hafidz dengan click ke banner beliau yang lawa ini. =)
http://hafidzahhafidz.blogspot.com/
kahwin muda @ awal
Salam satu bloggers.
Nyah dah merdeka assignment.Tadi pagi semua dah settle.Tak ada lagi episod tekan-takan keyboard dan buka Microsoft Word.Musim buka FB dengan blogspot pulak.Dekat sebulan terabai belog ni,ingat nak tukar muka baru tapi asyik tertangguh je.
Mesti ko orang marah,tajuk kahwin muda@awal tapi tak cakap pun pasal ni.Heh. Nampak sangat gelogoh tahap nak arwah .Sabar la sayang. Perasan cantik tak?Heh,bukan.Perasan tak sekarang semakin ramai yang kahwin muda dan beranak awal juga ( kita tolak tepi yang beranak yang tak bersambut,yang sambutnya pakar forensik dan polis )
Nyah geram tengok orang kahwin muda dan beranak muda. Sila jangan kata nyah gatal atau pun gegeh.Nyah bukan begitu,tapi naluri keibuan dan untuk dijagai orang mulai subur .Erkk,betul ke?Kan ada yang salah faham pulak. Ish tak reti lah nak explain semua tu.
Perasaan tu semakin subur dan membara-bara apabila sepupu kesayangan merangkap kawan baik akan berlaki bulan tiga tahun depan dan bukan tahun ni.Apa kes berlaki tak ajak nyah?
Sumpah.Nyah hentak kaki laju-laju kecemburuan yang teramat sangat.Sumpah nak arwah aku jeles.See,yes i am jealous. So what? I want to get marriage too.
Lepas tu ada senior sorang baru kahwin lepas raya hari tu.APA barang kahwin lepas raya,tak ada challenge langsung,kahwin la masa bulan puasa macam Aida Aris tu.Baru kena puasa sebulan kalau tak kena gaya.Hahahaha.Fine,saya melaluk entah kemana-mana.
Disebabkan penyakit kahwin awal ni mula melanda diri,sambil tertunduk malu-malu segan mahu nyah cuba test mak nyah ( sila baca ibu saya ) masa dia tengah tengok Ahmad Durrah. Nyah pura-pura lena dan pura-pura mengigau. Sila ingat bahawa ianya adalah percubaan semata-mata.
Nyah buat-buat mengigau dengan berkata...
' mak saya nak kawin ' , sambil tangan terawang-tawang macam baru terima cincin.Wohaaa.
Tak lama,maksudnya sekejap je kaki nyah kena geletek sampai nyah mula rasai titisan air akan keluar kalau nyah bertahan sekejap lagi.Fine,nyah surrender.
notakakiku : Tak ke jeles tengok abang ni punya excited kawin.Waaaa. T_T.Ku mahu jua.
klon nizamsani.
Salam satu bloggers.Hee
Malam ni malam gaya penulisan Nizamsani yang bukan Sani Ekspress.Sila jangan tertukar.Kecik hati dia sebab dia tak pakai bus pun.Hehehehe.
Siri 1 :
Di satu restoran pada suatu malam Jumaat,bersama keluarga.
Meja sebelah pula golongan pemuda belia negara.
Pelayan lawa : Abe nak air gapo ?
Lama berfikir.Lama dan agak lama.
Pemuda belia negara : Air sembahyang ada ?
Ciss.Nyah tersembur mee lakna sebab tergelak.Heh.
notakakiku :amacam?
Malam ni malam gaya penulisan Nizamsani yang bukan Sani Ekspress.Sila jangan tertukar.Kecik hati dia sebab dia tak pakai bus pun.Hehehehe.
Siri 1 :
Di satu restoran pada suatu malam Jumaat,bersama keluarga.
Meja sebelah pula golongan pemuda belia negara.
Pelayan lawa : Abe nak air gapo ?
( Abang nak pesan air apa? )
Lama berfikir.Lama dan agak lama.
Pemuda belia negara : Air sembahyang ada ?
Ciss.Nyah tersembur mee lakna sebab tergelak.Heh.
notakakiku :amacam?
terbang tinggi-tinggi jatuh cium bumi
Salam satu bloggers dan salam satu Malaysia.
Dah lama kan nyah tak menulis.Kalau belog ni di ibaratkan ruang angkasa yang besar tu kan,kalau dah lama sangat tak pantau umpama lepas sekian lama ruang angkasa tu penuh dengan satelit dengan kapal terbang,entah-entah dengan kereta terbang apa semua,main-main je nak ke bulan.
Itu ruang angkasa,hakikatnya ini hanyalah belog yang sayang tak sayang saya makanya ia tidaklah maju sedemikian selepas lama tak berupdate.Sila rehda,anda sedang membaca tulisan seorang guru kecil Sains akan datang maka anda akan rasa macam nak lempang-lempang kerana tulisan Sainsnya akan meyerongkan fakta anda yang terkemas kacip itu.Sila rehda. T_T
Ada ruang seketika,sebab tu nyah boleh update.Nyah update live ni dari Lorong Haji Taib you all.Baru hantar adik-adik auww untuk dikemaskini oleh mak ayam.Eh boleh ke?Tak bleh-tak boleh,sebenarnya baru lepas hantar assignment.Hahahahaha.Itu baru satu.diulangi SATU bukan lagi LIMA.Tapi rehda sebab yang lain sudah siap awal-awal masa cuti.Hahahahaha.Ini baru gelak happy.
Maka nikmatnya terasa sehingga ke saraf periferi selepas berminggu-mingguan bermain-main depan acerina dengan pak wok ( sila baca : M.Word ) dan pak pin (sila baca : M.P.Point ).Macam tak ada kena mengenakan?
Memang pun.Ok.Nyah rasa dah dah menyakitkan hati mak-mak sekalian dengan entry menuju entah kemana-mana ini.Hahahahha.Gelak happy ni,serius HAPPY.Sebelum berakhir nyah kepilkan wajah terbaru semasa hari raya dengan bakal suami tercinta,Che Muhammad Ridhwan Che Hashim.Awak tuuuu.....
Serius ini entry entah apa-apa..
Hee.Kan dah pesan..
Datuk Sosilawati sah dibunuh dan dibakar.
Salam satu bloggers dan salam aidilfitri.
Hanya fast update dari nyah.Semoga tuhan mencucuri rahmat mangsa-mangsa kehilangan Datuk Sosilawati.Beliau dan mangsa-mangsa lain disahkan dipukul,dibunuh,dibakar dan abunya dialirkan ke sungai.
Satu perkataan.ZALIM.
Dalam kemeriahan Aidilfitri ini,keluarga mangsa mengalami tekanan hebat dan trauma yag dahsyat kerana kehilangan orang yang tersayang,lebih-lebih dalam keadaan sebegitu rupa.
Lebih menyakitkan hati nyah sendiri,kes ini disebabkan persaingan perniagaan dan Datuk yang terlibat bukan bangsa Melayu dan berbangsa *****.Datuk yang pandai menyorok perbuatan terkutuknya,malah tertangkap juga.Harapan nyah,kes ini tidak akan menjadi seperti kes high profile seperti Nurin dan Altantuya.Kita tengok macam mana polis Malaysia menyelesaikan kes ini.Hmmmm
Semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Tuhan ini.Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi kekasihNya.Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa.
notakakiku : dunia akhir zaman.
nyah devas kembali..
Salam satu bloggers.
Mak cik rindu kat angpa semua.Seyes,tak percaya ke?Sampai hati,bulan puasa ni mana orang bohong-bohong.Nyah menulis sebab nyah nak jadi orang yang terawal ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca tak kira dimana anda jua berada.
Kalau anak Kelantan rasa macam kenal Kedai Lalat boleh roger-roger datang sini beraya.Siapa nak rasa nak bagi kad jemputan kenduri pun boleh juga.Kenduri time raya ni best jugak,sebab tak payah makan biskut dah...Lalalalala.
Cakap pasal biskut berapa jalang eh balang dah ko orang sume dah buat?Nyah dah berbalang-balang dah biskut raya nyah tengok di pasar,buatnya belum.Hahahahaha.Sumpah gediks nokks,nyah tak reti nak uli tu semua,cukuplah taruk ceri dengan tunggu depan oven.Heh.
Kalau ko orang rasa baru nak hantar kad raya kat nyah.Tak payah la.Posmen Kedai Lalat merajuk apa,awal-awal cuti bakar biskut.Nyah sakit hati.Beg raya nyah tak sampai lagi,anak tudung pun sama.T_T
Baju raya entah kemana dah,sebab tukang jahit jahit baju kebaya devas nyah dengan KAKI.Heh,sumpah nyah tak marah,mana boleh tacing2 puasa ni kan.
Kepada semua bloggers,rakan-rakan dari SKKL,SMKRS,KMPh,IPG KTAA,IPG KSM dan semua rakan-rakan yang mengenali nyah,nyah menyusun 20 jari termasuk jari kaki mengucup kan,eh mengucapkan:
notakakiku : semoga semua rakan-rakan selamat sampai ke kampung halaman dengan selamatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
