sakit kata kesakitan,malu kata ....

Salam satu bloggers.

Lega tak habis lagi sebab baru habis satu kertas exam,ada lagi 4 kertas yang melambai2.Kemudian cuti panjang sehingga buka sekolah balik.Wohaaa.Keji gila bila ingat cuti then preparation untuk 4 kertas tak ada pape lagi.Hahahahaha,gelak dalam kesedihan.Sob3~


Sebelum ni tak sempat nak update sebab busy mahupun buat-buat b'z.Sila rehda,nyah bukan gila trafik pun.Hahahaha.Gelak lagi tanpa arah sebab rasanya banyak hari nyah tak gelak2 sebab nak jaga diri.Nyah punya mind set jangan gelak banyak-banyak nanti apa yang nyah baca semua keluar sama laju dengan gelak-gelak.Mitos ke?Entah.


Tapi mitos tu tak boleh jalan sangat apabila suatu petang nyah tergelak-gelak dengan penuh kemaluan.Erkkk..Macam pelik je.Rasa macam dah betul.Abaikan kalau salah,gelak kalau betul.Heh.

Contoh yang tak pelik adalah :
Betul ke salah? 

Pada suatu petang yang indah dengan matahari redup-redup rindu kami keluar bersama-sama.Indah riang bersama gelak ketawa sakan.Tawaf keliling bandar sampai penat kemudian pulang ke pondok masing-masing.


Bila balik ke pondok  menjerit kuat-kuat sebab rasa sangat malu yang amat. Sumpah sangat malu yang tak reti nak tulis macam mana sudah. Benci,benci,kata hatiku.Rasa ternoda tanpa rela walaupun tak confirm.Bencik tau.Nyah tak suka...


Kenapa?

Apa perasaan ko orang bila tertengok boxer orang lelaki?Kena pulak londeh pelik pakai boxer spangebob pink.Kan budak-budak pra tengok menangis sakan,spangebob dah jadi pink padahal petang tadi tengok warna kuning lagi.Huh.
 

Apa ko rasa?Sila nyatakan perasaan anda ...........................apabila melihatnya.


Nyah tak nak nyatakan perasaan nyah disini sebabnya apa pulak ko orang rasa kalau  ko di tempat tuan punya boxer tadi?


Nyah malu dan selamanya akan pakai seluar track.Waaaaaaa T_T



notakakiku : jangan tanya kalau tak paham.kalau faham sila gelak jauh2.

kontrabasi Fida Aisyah

Salam satu bloggers.

Dah lama tak update,sibuk tang mana pun tatau tapi agak sibuk la.Lepas habis perkhemahan uniform hari tu terus tak sempat nak update.Muka tak legam tapi tangan yang gelap.Sangat sakit hati,tak berak 4 hari pun tak sakit sampai macam tu.

2 November ni kertas pertama akan diserangi,persiapan ala-ala kadar.OMGucci,kalau raya persiapan ala-ala kadar tak apa la,ni exam.Semester lepas pointer jatuh dengan riangnya.Semester ni tatau la macam mana,sedang cuba sedaya upaya.Harap rezeki masih disisi.Insyaallah.
 
Kak Fida Aisyah private belog dia,Cik Epal pulak yang buka belog setelah berjamang dia tutup.Banyak benda ni tulis tapi malas nak tulis,kalau bebel laju je nyah bebel.Kepada Kak Fida,saya tak peduli apa kata orang yang begitu suka sangat nak siasat orang sampai semua gambar dia nak google cari,saya tak kisah siapa awak tapi saya suka tulisan awak.So jangan private lama-lama sangat okeh?  =)

Kepada yang sedang berjuang untuk berlawan dengan set-set kertas peperiksaan,selamat maju jaya.Selamat berjuang sehingganya.Buat habis baik,keputusan tak penting sangat pun tapi proses dalam mendapat keputusan tu yang penting.Paling penting,usaha dan terus berusaha.
 
Selamat Menjawab Peperiksaan =)
 
 
 
notakakiku : nak balik rumah jugak esok,like i care :P
Publish Post

.saya tak cukup baik untuk semua.

Salam satu bloggers =)

Ini bukan entry emo tapi entry tulisan hati semata-mata.Anda boleh tekan tanda X disebelah kanan jika tak mahu baca.Tak ada paksaan pun.

Saya tak cukup baik nak tegur kesalahan orang sebab saya pun bukan baik sangat.Sebab tu saya lebih senang berdiam diri dari bising-bising menambahkan masalah yang bukan masalah saya.Sebab saya mudah diam atau malas untuk bertekak orang lebih senang atau makin galak untuk memperkena atau menfitnah atau berkata-kata sumbang macam-macam pasal saya.Saya tak kisah,sebab saya pun ada buat macam tu jugak.Sebab tu saya tak cukup baik untuk tegur kesalahan orang.Orang nak fitnah apa-apa pun saya dah tak kisah sebab dah lali,diulangi lali.Dah tegar,tak payah cari antibiotik dah,memang dah kalis.Orang nak doakan kematian saya pun,saya boleh senyum.Siapa manusia untuk menentukkan mati hidup orang?

Biarkan si luncai yang bijak pandai itu berbuat macam-macam kepada diri ini.Orang tak cukup kasih sayang penuh hasad dengki tak senang tengok orang senang memang macam tu.Saya tak perlu mengadu pada siapa-siapa tapi mengadulah pada tuhan.Ada sebabnya bila jadi mangsa fitnah ni,sampai orang doakan kematian saya.Tak apa.Saya maafkan kalian.Biarlah.

Kadang-kadang saya refleksi diri apakah yang membuat saya sering menjadi mangsa fitnah orang,mangsa buli orang? Dulu saya macam tu jugak ke?Kalau ya,saya merasanya di muka dunia ini dan bukannya di akhirat sana.Sesungguhnya jika dibalas di dunia lagi lebih rela sebab saya masih ada tuhan untuk mengadu,masih ada masa untuk berubah memohon hidayat.Masalahnya hanya mereka saja beranggapan begitu dan bukan yang lain-lain.Saya tak rajin untuk tafsir apa sebab mereka begitu.Biarkan saja.

Saya keras hati dan degil.Ya saya memang begitu..Begitu hanya dan pada orang yang begitu dan mendatangkan masalah kepada saya.Jika tidak, anda  yang mengenali diri saya tahu mana baik dan mana buruk tentang saya.Hanya orang yang tahu saya dan serasi tahu akan diri ini.Saya tak hadap pun sebab saya tak berminat pun dengan mereka.Hidup saya bukan mereka,biarkan mereka dengan hobi-hobi mereka.Saya tak kisah sebab mendatangkan onar pada orang bukan hobi saya.

Bagi jenis kayu api,mata api juga saya maafkan kalian.

Saya tak cukup baik untuk semua orang.Tak cukup sempurna untuk semua,tak cukup baik untuk disukai semua.Saya rehda sebab saya tahu saya ada Allah SWT disisi.Tempat mengadu kasih yang hakiki.



notakakiku : semua ini takdirNYA.

badi baby baru

Salam satu bloggers.

Nyah dah dapat baby baru tadi.Terima kasih kepada Abang PJ yang membawanya dari IPG KKB da haruslah tak lupa pada orang yang menyambutnya di dunia ini,Andaq.Sangat comel.Mula-mula dapat tak bagi susu pun tapi sambung terus pada plug letrik.Hahahaha.Petang terus bawak pergi jalan-jalan bagi makanan dan jumpa sedara-mara.Pudin dengan rakusnya membawanya membaham pokok-pokok bunga tepi dewan.Zul pulak baham awek-awek dalam dewan dengan berketar-ketar.Kami meluangkan masa petang ini dengan gembiranya.Hasilnya?

Nantilah dulu.Nyah tak reti nak upload gambar dari dia lagi =)



notakakiku : semalam fed-up,hari ni senyum riang.

nikmat-nikmat dunia yang biasa dalam hidup.

Salam satu bloggers.

Antara benda-benda yang dianggap nikmat dunia adalah :

  1. makan free
  2. mengumpat
  3. dapat berak 
Nombor 1 dah dekat sebulan jugak dah dapat makan free dan nombor 2 pulak kalau boleh tiap masa dan tiap hari memang begitu.Heh.Kalau perempuan memang sah-sah la banyak buat aktiviti pemanasan mulut ni.Yang nombor tiga ni memang syahdu tahap gaba gaban dah.

Hujung minggu ini nyah berada di Kuala Besut dengan aktiviti hampir setiap hari berulang alik ke jamban sebab cherry berry.Doesn't it cool? Heh.Sakit hati betul nyah minggu ni.Heh.Dah la masa pergi pasar pagi dalam ribuan manusia nyah nak tercirit.Muka berpeluh-peluh memendam rasa kat bontot.Rasanya kena menuntu ilmu dengan Singgplus kot,cara nak lawas berak dengan jayanya.Heh.

hadiah untuk diri sendiri.

Salam satu bloggers.

Hari ni nyah senyum sangat lebih,sebab sangat gembira yang amat.Tak lama lagi nyah akan dapat chenta baru yang menjadi idaman sejak setahun yang lalu.Sempena usia yang telah mencakupi 21 pada tanggal 8.9.10 (serius tarikh ini sangat lawa  untuk sapa-sapa nak menikah,tapi sapakah nak menikah dua tiga hari lagi nak raya =(

Pertamanya,nyah hadiahkan diri dengan mengadakan birthday party setelah berbelas tahun tak sambut.Heh.Walaupun banyak cacian dan makian serta kata-kata tohmahan kerana cemburu semata-mata,akhirnya tanggal 16 September 2010 nyah berjaya mengadakannya bersama ramai tetamu yang kebanyakannnya adalah kanak-kanak yang belum muhmayiz dan golongan ibu bapa semata-mata.Rehda.Asalkan ada yang sponsor ayam BBQ secara percuma =)

Turut dihadiri rakan-rakan tepi-tepi rumah yang jugak kawan sekolah menengah.





Itu hari birthday punya majlis dan kali ini adalah hadiah untuk diri sendiri.Nyah tak hadap hadiah orang bagi,ada,adalah kalau tak ada,tak ada la jawabnya.Paling penting sempena umur dah masuk boleh mengundi ini nyah telah mmenghadiahkan diri sendiri sebuah DSLR Canon EOS 500D.




Insyaallah hari Selasa ni kawan nyah akan hantar sendiri by hand ke Kuala Besut  ni.Kenapa tak beli sendiri?Nyah tak mampu nak pergi KL yang,kan kalau pergi aku merayau lebih di Lorong Haji Taib pulak.Habis segala plan mak nenek aku nokss.Kat Kota Bharu ni usha harga 2.8k,so nyah tak ada saving sebanyak tu,ni pun dah terus jatuh papa kedana.Tahun depan kena sangat menjimat dengan duit elaun.Sangat menjimat.No more online shopping.I have to do it.

Nyah sangat tak sabar dan excited walaupun akan tahu bahawasanya dengan adanya kemera ini,gambar nyah akan berkurang dengan mendadaknya.Sekian terima kasih.

notakakiku: kena belajarnsemula



sampai bila nak bergantung kepada orang?

Salam satu bloggers.

Mula-mula kita senyum lebar dulu,pastikan sehabis luas mulut anda yer.Kenapa?Sebab malam ni adalah malam Jumaat,sila senyum lagi.Kalau orang kahwin suka la kan,senyum sampai nak terkoyak mulut tapi kalau yang bujang annoying tahap nak arwah sebab banyak iklan malam Jumaat seperti meraikan malam itu.Heh. Seumpama memperli golongan bujang seperti kita.

Kenapa tak buat iklan malam Jumaat malam untuk kita beribadat.Okeh fine,yang tadi pun ibadat juga ( ko yang belum bersunat kawin bagai jangan gatal-gatal ) Okeh itu bukan pointnya.Hahahaha.Sila rehda bila anda membaca belog ini.Anda akan dibawa entah kemana-mana yer.

Nyah cuma nak bertanya adakah perempuan akan bergantung kepada pasangan atau lelaki apabila lelaki ada berdekatan dengan mereka? Adakah ramai yang begitu? Sebab nyah tak macam tu,baik ada lelaki atau tidak nyah lebih senang berdikari membuat sendiri melainkan di luar batasan kudrat wanita yang tak seberapa ini.Contohnya : angkat beg yang berat tawaf KBMALL dan  membantu drive kereta sebab malas.Fine itu saya.

Tapi kalau sampai nak makan,nak bergantung kat lelaki dan kalau tak ada lelaki tak nak makan,Itu namanya mengada-ngada okeh.Nak jugak bontot orang atau dengan kata lain nak bergantung kepada orang.Tolonglah,masing-masing dah besar tak kan nak bergantung sampai tahap tu.Nak makan nak kena tanya,ajak tak mahu turun,malas nak simpan lemak.Heh.

Kesimpulannya jangan bergantung kepada orang sehingga buat orang meluat.Hudoh tau.Sekali tak apa lagi,banyak-banyak kali sorry naik lori la.




notakakiku : rindu nak makan burger abang depan pintu pagar IPG KKB  =(