contest bukan pornografi-zikeryhassan

Jom kita masuk contest abang kacak perkasa ni.Euwww~apa ni muntah hijau2.Auwww.I tak reti nak dusta-dusta ni.Ampun.AUwwww.


Jap,habis sesi menyakitkan hati tuan punya belog.Zikery nak buat contest pasal pornografi photografi dengan alam sekitar,omputeh kata nature gitu.Hik3.







 

Ni gambar bertema dengan alam semulajadi yang yang letak untuk contest ni.Memang nyah sayang giler picture ni.Sayang sangat.Dengan warna feberat nyah semua then gambar ni nampak sangat lovely.Merah dan hijau.Ni nyah candid masa BIG Sem  di Kuala Merang tahun lepas.Amacam?Lawa tak.


Contest ni berlangsung selama sebulan.So kalau ko orang nak join.baru nak candid picture dengan nature bagai,pergilah.Cepat sebelum nyah menang.Hahahaha



notakakiku : harap ada hadiah untuk kategori mak nyah.Sure2 nyah menang.Lady Gagap la.Hahahaha




ditag-mytafa-happy

Nyah kena tampar tagged setelah sekian lama tak ditagged.Tag ni disantau oleh pak cik gila kucing,sebab entry dia mesti ada meoww.Nyah nak cubit perut kucing kamu boleh :P



   1) Adakah anda happy sekarang?
Dop tapi gembira :P

2) Kenapa anda happy?
Happy la jugak sebab baru balik meronggeng dengan mak nyah.Pau bukan kuih pau tu tau,dapat sepasang kain.Mak nyah hati senang bayarkan aje kain pasang yang harga tidak seperti biasa..wowww

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Bila lapar boleh makan – bila sakit perut boleh berak – bila nak rindu jumpa si gemuk – balik rumah setiap minggu.

4) Pernahkan anda menerima tag?
Banyak la jugak,banyak tak jawab tag.Heh

5) Nyatakan warna yang anda suka.
Biru – hijau – oren - kuning



6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley..)

nyah tag member yang suka jawab tag boleh?



7) Nyatakan sifat orang yg anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

Cik Jard baru beli beg mahal dengan harga murah-murah.Sanggup berhimpit sempit tunggu kawan yang shooping lama dari dia.Apa lagi,dia happy bila makan ABC Fredo.Ahhhaaa

HudaLuna baru habis exam.Rasanya dah cukup untuk nyatakan betapa gembiranya,lepas tu dia boleh masak-masak untuk cucu opah Timah lepas ni.Betul x?

Dr Farhana happy bila dapat soalan daripada yang tak dikenali dalam formspring sehingga sekarang dia pula yang rasa seram.Hik3.Dia happy sebab dapat menang makan-makan free. =)

Akak ni suka khayal banyak-banyak.Apa kata berhenti khayal dan bercerita tentang kehappian akak.Dah lama tak dengar citer pasal abang pakai rantai yang tak pergi kuil tu.

Abang polis ini akan jawab bila dia rasa nak update blog.Saja bagi dia.Nak update blog dia ke tak.Gemuuuk.

Zikery si budak sengal yang buat contest photografi.Sebulan pulak tu.Heh.Make sure hadiah gempak2 tau,lama nyah tunggu.Heh








-manisnya berbelog-

Semalam result untuk keputusan Joegrimjow dah dikeluarkan.Ehemm.Tak menang pun,mana nak menag ornag lain dengan video,kad lawa-lawa nyah tulis pulak dengan tak ada nak pom pum pam Joe pun.Memang slumber la bak kata Joe sendiri.Hik3


Tak apa.Tu tak penting pun tapi ikatan persahabatan sesama rakan bloggers tu yang penting.Bila ada contest macam ni kita akan kenal lebih ramai orang dan pada masa yang sama akan promote blog masing-masing jugak la kan.Ommelayu kata ' serampang dua mata '.Haa,ambik ko,mentang-mentang nyah cikgu sains angpa ingat nyah tatau bahasa Melayu ke?Bahasa jiwa bangsa tu.


Tahniah kat Dr Farhana .Entry dia memang boombastikkk.Kemas,lawa,dari awal sejarah Joe  menulis sampai ke hari ni.Semua info tepat.Gaya penulisan dia pun memang dikenali ramai sebagai orang yang suka bercerita.Tak nak pom pum pam Dr Farhana .Kan orang kata nyah kaki pom pum pam pulak..


Cuma nyah nak bagi tahu,semalam walaupun nyah tak menag pun tapi tetap senyum riang.Happy omputih kata.Sebab nyah antara dijemput oleh Dr Farhana untuk majlis makan-makan bersama Joe.Sampaikan Joe cakap belanja makan ni RM200 bukan RM2k.Sebabnya ramai bloggers yang dijemput.Hik3~tQ doc sebab jemput nyah.Insyaallah kalau free dan dapat izin dari big boss maka adalah nyah,kalau tak ada pun tak pe la,orang kata bukan rezeki. =) Jangan pulak majuk2.


Rasa bahagia sebab betapa kita tak kenal antara satu sama lain pun tapi kemesraan tu dapat dirasai semua.Cukup untuk buat tidur dalam senyum semalam.Manis kan persahabatan tu,lebih-lebih lagi terselit keikhlasan dalam hubungan itu.Dah ramai kenalan nyah dah kenal dalam blog ni,dari muda-muda sampai mak ayah budak.Semua ada.


Dunia bloggers ni indah bukan sebab  bilangan followers dan duit nuffnang dan traffic yang tinggi semata-mata tapi kerana keakraban dan kemesraan yang terjalin.Sebab tu hanya bloggers saja yang tahu apa manisnya berbelog ini.






notakakiku : rindu kat kawan-kawan bloggers lain yang menyepi kini.Nantikan entry tentang mereka =)







-penyakit perempuan yang menyakitkan hati lelaki-

Sebelum tu benarkan nyah mengucap panjang disini.Masyaallah.Apa nak jadi dengan nyah ni.Memang kromosom ke 21 memang XX betul.Nyah sebelum ni dikenali ramai sebagi orang yang kedekut pada diri sendiri berjimat sampai tahap gila babi tapi sikalang...




Jadi confession of a shoppaholic.Masyaallah.sekali lagi nyah mengucap panjang.Tadi bila kira-kira pengaliran duit.Nyah dah habiskan dekat RM300 untuk shooping on9.kebanyakkannya shawl dan sekarang musim beli inner macam Aida Rahim pakai tu pulak.



Masyaallah.Semalam jumpa penyakit baru pulak.Dah berani beli kain pasang yang cecah Rm100.Tak jadi cikgu lagi ni.Nyah nak mintak tolong ko orang yang tahu pasal kain-kain macam ni.Nyah jatuh minat kat kain batik Sarawak.Ni contoh yang nyah jumpa.Kain batik corak Etnik Orang Ulu.Memang brand sebab ada cop kat kaki kain.Sapa-sapa asal Sarawak tu boleh la share info kat sini.



 Lawa tak?Sepasang akak tu jual 90 sekali dengan postage.kalau sebenar berapa?





Berkenan kat kain ni tapi dah ada yang angkut. T_T

Nyah generasi baru.Tak minat batik corak bunga-bunga.Suka abstrak macam ni.Amacam.Siapa berani masuk pinang nyah.Sila add orang ini.


notakakiku : pernah kena sound kat pakwe sebab penyakit ni dalam FB.Ayat makan dalam woo.







kakiku dibibirmu

Kalau sayang gaya dia lain tau.Dulu,memang begitu la perangai beliau.Sebelum tidur kalau boleh dia nak tido dengan aku.Malam-malam pakaikan selimut untuk aku.Maklumlah,malam-malam ni sejuk lagipun banyak benda nak kacau aku.Namanya kesayangan kan?


Sebelum tido dia bisik-bisik kat aku.Kata-kata manis bertaburan seluruh semesta alam.Dia belai-belai aq dengan penuh kasih sayang.Kalau boleh dia nak peluk-peluk aku tapi maklumlah public,kan buat gitu orang kata dia gila pulak.Tension.


Hari minggu hari gembira buat aq dengan dia.Sebab?Dia mandi bersama-sama aku.Disyampu wangi-wangi,dicuci sampai bersih situ dan sini.Segala daki-daki aku dicucinya dengan semangat.OHh betapa bertuahnya aku.


Tapi kini semuanya mula berubah.Dia tidak seprti dulu lagi.Dulu aku lah permata akulah intan.Kini aku hanya sekadar di pinggiran sepi.Ku tahu dia mahu mencari pengantiku.



Kini di lantai aku diletaknya sampai begini.Mangga dengan labu pun ada sama.Itu tak kira dengan jabe rok rak (palstik ).Itu tanda dia sudah tidak sayang padaku.Sampai anak tuanku masuk kereta hari tu masa malam terkejut kaa apabila ada benda dikakinya.labu itulah dikakinya.




Tubuhku yang mengoda sudah tidak dapat menambat hati tuanku lagi.INi kerana anaknya yang sulung itu gatal mahu kereta baru.Aku benci padanya.Dah lah buat dada aku langgar dinding hari tu.Menciiiii


notakakiku : dah nak cukup setahun aq langgar ko dengan dinding kan?Hik3











mari makan puding roti

Hari ini hari Sabtu.Tak ada orang kat rumah.Semua pegi sekolah sebab nak ganti cuti Hari Raya.Kalut je,kita orang tak ganti lagi tapi kalau tak payah ganti pun best jugak :P


Oleh sebab itu nyah main masak-masak.Bahaya.Main apa dengan microwave,kalau alpa rumah terbakar.abang bomba datang berlumba-lumba.Ish.Dah.


Main nyah nak tayang hasil kerja nyah.Nyah dah lama tak buat puding roti n,bila dah buat mula la kelam kabut.Nyah tertukar majerin dengan minyak sapi.Tolong jangan jadikan inis ebagai sebab nyah tak boleh kawin muda.Please...


NI entry bergambar semata-mata je la yer.Nyah tak layak nak bagi resepi sebab nyah tak suka terikat dengan resipi.Sebab tu la nyah tak boleh ulang balik resepi yang nyah buat.Hahahaha.




 Acuan campuran roti.telur dengan susu dengan gula hangus


 strawberi kering dengan pisang.Apa-apa pun boleh,ada durian tadi,kan nyah taruk kan jadi lain pulak :P


 Sapu marjerin tau bukan minyak sapi T_T .satu lagi tu choclate rice.Taburrrr


Tadaaaaa.Nampak macam kek tapi kawan nyah kata macam pizza.Masyaallah.Habis semua menyimpang.


notakakiku : suka buat dessert tapi tak reti buat lauk pauk.T_T







oh mama ku mahu kawin

A : kenapa sibuk nak pilih lelaki sama negeri?

S : mudah nak balik kampung.mudah nak tengok mak.mudah dan jimat

A : harus ke?

S : wajib

A : biar dapat yang jauhjauh :P


Tu sedikit isi perbualan nyah dengan seorang kawan.Kawan nyah ni obses sangat nak cari teman hidup sama negeri.Mana dia cakap tadi la antara sebabnya.Boleh ke kita pilih semua ni?Sebab semua ni kan jodoh.Mana tahu kawen dengan sama negeri tapi mu'alaf.Mungkin juga India.Satu Malaysia la kan.



Entahlah.Lain orang lain buah fikirannya.Ada betulnya juga points kawan nyah tadi.Tapi betapa relevannya di zaman ini.Kenapa wujud persepsi ni dalam kalangan kita?Antarnya adalah ibu bapa.
Macam kawan nyah tadi,mak dia dah pesan awal-awal cari orang dekat-dekat,jadi sedikit sebanyak ada tempiasnya juga.Tapi macam kesian la pulak,kalau dia berkenan kat orang jauh tapi disebabkan pilihan ibu bapa bukan macam tu jadi kena berkorban la ni?



Nyah?Teman gay nyah orang jauh.Kacukan Melayu dengan Kemboja.Jauh bukan?Rumahnya kalau berjalan kaki adalah setengah jam.Naik motor tak sampai 10 minute.Jangan kata nyah obses lelaki senegeri pulak.Dah kebetulan orang sini.Sekelas pulak tu.Kantoiiii.



 Semalam nyah ada tengok satu drama Melayu.perkahwinan antara orang Kelantan dengan Negeri Sembilan.Gamok sakan meriah yeop.Apo kono dengan ko no jang?Bukan Jang Nara tau.SUsah jugak kawin jauh-jauh ni.Bahasa beda,Makanan pedas vs manis,adat pepatih vs adat temenggung,siap pergi kenduri sesat then g siggah rumah pengantin lain la pulak.Jumpa masa pelamin tengok bukan bini dia.Sakan.Gamat.


nak nikah nanti nyah nak naik brigo hill untuk pre-photoshop.sapa yang sudi?
 
 
 
 
notakakiku : jangan kata nyah terpengaruh dengan adamaya!!!!