tahi kering

Tiga minggu di rumah.

Kaki tangan suka berjalan meronggeng mencari jodoh.

Bawak kereta.

Kaki suka tekan minyak.

Kadang-kadang memotong sebab orang depan bawak 20km/j.

Ada awek dowww,mesti bawak pelan-pelan kayuh.

Tekan hon macam bunyi trelar,kuat-kuat.


Masuk kampong.

Dengan lembu pun nak berlumba.

Padan muka.

Tayar terbenam dalam taik lembu.

Terpencik sampai ke cermin.

Tak ada kerja.

Biar je kering sampai keruping jatuh sendiri.

:P


Masa cuti ni lah nak buat benda yang masa lain-lain tak boleh buat.Hang up dengan kawan-kawan.Tapi patuh pada arahan mem.Keluar pagi balik sebelum Zohor.Keluar lepas Zohor balik sebelum Magrib.

Perghhh,kalau duduk kat KL ni…… ( sila isi tempat kosong dengan jawapan hati:skema tiada)

tiga minggu

Sekarang sedang bercuti tiga minggu.

Tiga minggu yang lalu pulun study macam tak cukup tidur.

Masa study tanam niat : balik karang aku nak tidur sampai lebam.

Di rumah dan bercuti : mata mood macam study week.

Tak reti nak lena.

Sakit hati.


Tiga minggu yang lalu.

Tangan bergerak pegang pensel,pen,kalkulator tanpa henti.

Masuk dapur goreng keropok je pun.

Tangan kena minyak.

Apa rasa?

Sakit + lembam


Macam mana nak kahwin tahun depan?

Susah jadi perempuan ni,nak complete dengan lelaki di tempat belajar sampai muka nampak tua dari asal,nak kena jugak pandai di dapur.

Balik jadi mak nyah kan!!!

manusia berubah bila berusia?

Banyak sangat benda yang berlaku dalam tempoh saya tak aktif menulis di belog.Berhenti menulis sebelum praktikum di sekolah hampir sebulan dan tiada satu pun entry pasal pengalaman saya di sekolah.BTW tak rasa pelik ke bila selalu baca nyah itu nyah ini then entry kali ni guna bahasa ganti diri sebagai saya.

Well,people changes.

Belog baru,identiti baru dan gaya menulis pun baru.Jangan kata saya ada masalah identity pulak,sebenarnya lebih kepada experimen dan pencarian identiti.Dulu identiti penulisan sebagai nyah menyebabkan orang terbawa-bawa panggil saya nyah.Andai kata lepas ni tuhan nak tarik balik nyawa,then kawan-kawan bloggers sampaikan berita.

Siapa yang meninggal? Yang mana satu?

Alaaaa yang nyah,nyah tu la.

Tak ke haru?Sekarang nak berubah pulak.Mula-mula sekali dengan gaya bahasa.Lagipun usia dah nak masuk 22 tahun ni,tahun depan 23 dan kemudiannya akan posting mengajar.Bercakap pasal posting,jauh disudut hati nak mengajar di luar semenanjung Malaysia,specifically di Kundasang tapi itu rancangan saya tanpa budi bicara kedua-dua ibu bapa.Insyaallah kalau ada rezeki sampailah saya ke sana sebagai pendidik.

Gaya menulis entry juga akan berubah.Masih dalam teraba-teraba mencari idetiti.Masih baru dan suam-suam kuku.Banyak benda nak tulis tapi semuanya kena ubah sebab nak bagi telly dengan gaya baru.Susahkan nak berubah?

Sama jugak kita berubah dari buruk kepada baik.Tapi lebih teruk lagi kalau dari baik kepada beruk eh buruk.Susah tapi ada semangat nak berubah,semuanya beres.Insyaallah.

Gila skema.Kata belog bukan skema tahap dewa-dewi.

Confucius sudah.


fenomena nora :P

Sayangkan privasi sehingga wujudnya Noralisme.Hye korang semua.

Mana-mana rakan yang berpeluang singgah disini bermakna saya senang untuk diketahui kalian semua.Nak update banyak-banyak pun tak sempat lagi sebabnya belog ini masih under construction.Semuanya saya buat sendiri,main coding sendiri sampaikan follower rosak.Kalau rasa nak follow kena guna cara manual je la yer.

By the way,nanti saya sendiri akan terjah ke belog kalian.Cuti tiga minggu,wowww.

Mana-mana nak tukar-tukar link boleh letak di bawah yer.

iye ke?

 

orang kata blogspot tengah pening-pening lalat?

nyah boleh buka ni?

apa kes?

hadiah hari guru

 

Hadiah hari guru nyah hari ini.

.dapat sekolah baru,yang lagi jauh dari sekolah asal.

.perjalanan dari maktab ke sekolah tu mengambil masa hampir sejam.

.cari rumah sewa petang tadi hampir 3 jam.hasil : gagal.

.balik hostel.hasil : penat + kecewa

Praktikum ni rasa macam dah nak postim pun ada.

sekian.

aktiviti bersetubuh di malam jumaat

well hello there!!!

Malam ni malam jumaat.Malam jumaat sangat dicintai lelaki dan perempuan kerana malam jumaat sangat berkat untuk mereka bersetubuh mahupun disetubuhi secara halal mahupun secara haram.Hmmm.Malam jumaat jugak iklan seperti ombak besar,bah besar,kopi janda mahupun minyak lintah sensaoil akan memenuhi slot iklan di tv3.Semua orang akan masuk tidur awal.

Bagi yang berjurus seperti nyah malam jumaat dimulaikan dengan solat magrib dan bacaan yassin dan kemudiannya melara dengan drama Cita&Cinta melihat hero yang kacak dan kemudiaannya mendalami ilmu mantera dengan Ratu Asjosmara.Kemudian naik ke bilik untuk aktiviti seterusnya iaitu bersetubuh sendirian mahupun lena sendiri sampai ke pagi esok tanpa rasa bersalah.

Semua itu hanya dan akan berlaku apabila nyah balik ke rumah pada hujung minggu.Minggu ini nyah tersadai di Kuala Besut kerana memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar dan anak dan bakal ibu.Kena study untuk exam kalau tak siapa nak bagi anak-anak aku makan kepci,pakai baju baby branded,main X-box3,study pakai ipek mahupun bercuti di luar negara setiap tahun.

Oleh sebab itulah nyah gagahkan diri tidak pulang membuat lemak di perut dan tak study di saat exam di rumah kerana memikirkan tanggungjawab-tanggungjawab di atas.Makanya korang doakan nyah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga 26 Mei 2011.Lepas tu nak gemuk mahupun busuk sampai ke pagi pun tak apa.

 

 

Yang Benar,

Mak Nyah.