sejadah oh sejadah

ALOR SETAR: Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri kerana ia boleh membawa kepada khurafat.

"Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebagai mengulas satu lagi kejadian kononnya sejadah berdiri yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan dan Kampung Teluk Yan dekat sini.

Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang-ramai di kawasan berkenaan.

Selepas kejadian sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini Rabu dan juga di Tanah Liat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian di Kedah, seorang murid, Noor Zulaika Mohd Rashid, 9, mendakwa ketika dia dalam perjalanan ke kelas Al-Quran di sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di belakang surau tersebut dia ternampak tiga helai sejadah berdiri.

"Saya nampak melalui tingkap surau yang terbuka, ada tiga sejadah yang berada dalam keadaan berdiri tetapi tidak bergerak dan saya terus memberitahu rakan saya," katanya di sini hari ini.

Sementara itu di PULAU PINANG semalam, kejadian serupa berlaku di sebuah surau di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada waktu Asar hari ini, di mana empat helai sejadah yang seakan-akan orang sedang duduk dalam tahiyat dan menghadap ke arah kiblat.

Menurut seorang penduduk, Mohd Khalid Abdul Latif, beliau dimaklumkan oleh kawannya kira-kira pukul 5 petang.

"Apabila saya pergi ke surau itu, saya lihat ada sehelai sejadah di bahagian depan seolah-olah seperti imam dan tiga helai sejadah seperti makmum di saf belakangnya. Apa yang mengejutkan saya, di depan sejadah "imam" itu ada seutas tasbih," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kejadian sejadah berdiri itu merupakan yang kedua di kawasan Bukit Mertajam selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Mohd Amin pada 2 Okt lalu.

Mohd Khalid, yang bekerja di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Kubang Semang di sini berkata kejadian itu memang sesuatu yang luar biasa.

Katanya, kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang tidak henti-henti berkunjung ke surau berkenaan untuk melihat sejadah berdiri tersebut.

"Bagaimanapun, sejadah itu dilipat oleh jawatankuasa surau sebelum masuk waktu Maghrib tadi bagi mengelakkan ia menjadi perkara khurafat. Saya sempat merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit," kata Mohd Khalid.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) Mukim 5, Sungai Semambu, Siti Noriza Abu Bakar berkata kejadian itu disedari apabila ada orang hendak menunaikan solat Asar di surau berkenaan petang tadi.

"Ada dua orang penduduk kampung pergi ke surau itu untuk bersembahyang dan sebaik mereka memasuki surau itu, mereka ternampak empat sejadah dalam keadaan berdiri. Bagaimanapun, mereka terus sembahyang dan lepas itu baru memaklumkannya kepada orang kampung," katanya.

----------------------------------------------------------------------

sebelum ni aq macam ala-ala was-was,ala-ala nak percaya tak percaya,bila keluar statement macam ni so harus di ambil peringatan~ini kata dari mufti bukan dari saya.

sebabnya,kalau terlalu taksub dikhuatiri menjadi khurafat tapi allahmualam semua ini kerja tuhan.

kalau betul orang tengok dengan bijik mata sendiri sejadah tu berdiri sendiri itu adalah kebesaran Ilahi.

~sekadar ingatan.

p/s : ada blogger gong buat2 lipat sejadah berdiri.cet!!





1 anak murid:

siggplus said... []

aku tak percaya pun benda ni..memula 1, ni sekarang dah berjemaah pulak?rajin betul diorang melipat..heh