saya sayang tempat saya belajar sebab saya..

Saya pelajar disebuah institusi pengajian tinggi berdekatan dengan Laut China Selatan.Persekitaran disini sangat aman dan damai sebab jarang kereta lalu lalang di hadapan besar.Pada hari minggu hampir sunyi sepi berada disini.Sebab itulah saya suka balik rumah saya yang kecil itu hampir setiap minggu.Makin lama makin susah nak balik sebab saya sayang sangat pada tempat belajar saya ini.


Rasa sayang semakin membara sebab saya semakin 'suke' berada disini.Nak tahu kenapa?


Sekarang ada peraturan baru disini.Kami ada perhimpunan pagi.Ye perhimpunan pagi.Apa?Ye yang macam budak sekolah tu.Angkat tangan,senang diri.Heh.Itu tak baru sangat pun tapi yang barunya pintu hostel ditutup selewat-lewat 7.15 pagi.Perhimpunan mula 7.30am.Harihari pulak tu.'Suke' bukan?


Nak masuk hostel pintu pagar buka pukul 1.15pm.Pintu lain semua tutup rapatrapat.Saya sangat suka sebab bila dia tutup saya mahu masuk saya akan akan panjat kalau pakai trek dan akan masuk ikut bawah pagar kalau pakai baju kurung.Terbaik bukan? Terbaik dalam melahirkan atlet negara dalam acara lari panjat pagar dan berguling-guling bawah lubang.Lubang apa?lubang pagar.


Saya geram dengan JPP saya.Ya saya geram.Bukan saya kata mereka tak buat kerja tapi mereka perlu mengumpulkan semua suara dalam satu nada untuk menuntut hak pintu pagar tu. Saya tahu mereka juga lagi geram. Maruah kami tercalar balar bila melihat pintu pagar yang cantik tersergah indah itu.Kalau cadagan ditolak kita usul lagi dan lagi.Semua orang penat dan tak suka dengan semua ni.Pasti.Siapkan tekad untuk berperang dengan pengurusan.Kata nak melahirkan **** yang bertaraf universiti tapi bila lambat pergi perhimpunan mainkejarkejar la pulak.basah ketiak tau.


Tak lama lagi nak exam.Sebulan lagi,Nak kunci kami kat dalam ni ke?Nak suruh kami pergi study dalam kelas yang aman damai tu ke?Agak-agak la.Sorang dengar lagu disco,sorang menasyid seorang gelak sumbang.


Terbaik.Sebab tu saya sayang tempat saya belajar tapi saya paling menyampah tengok pagar tu.Macam la pagar tu larilari terkedekkedek keliling padang sampai nak kunci semua dengan manggamangga yang tak reti nak masak tu.


Lepas ni saya ingat saya nak pergi kuliah sambil bawak tukul dan gergaji.Tak payah buat laptop dah.Heh.



notakakiku : sangat 'suke' la ni.



















0 anak murid: