Apabila Laili Membebel-Bebel

Rasanya dah lama saya tidak membebel tentang isu-isu semasa,sesuatu yang serius.Maklumlah sebelum ini tumpuan saya lebih kepada final exam yang telah seminggu berlalu.Time tu juga la server down di IPSMB (x berapa nak guna IPG KSM,panjang sangat la)

Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan


Satu usaha dari PM baru,boleh dikatakan macam tagline masing-masing la.Kalau anda sedar la kan Tun.M terkenal dengan Wawasan 2020,Pak Lah dengan ISLAM HADHARI begitu juga dengan Najib,dia pun nak gak.

Pelaksanaan ini masih baru tetapi pelaksanaannya boleh dilihat.Saya tak berminat pula untuk kata bersetuju atau membangkang kerana tidak banyak maklumat yang boleh saya dapati untuk saya abstrakkannya dengan acuan fikiran saya.

Tapi,banyak benda yang saya agak berat untuk terima.Apa pula pandangan anda?
Ok,pertama sekali ISA mahu dimansuhkan.Pada saya kita masih perlukan ISA.ISA adalah satu undang-undang mandatory yang dikenakan pada individu yang dianggap boleh membawa ancaman kepada Negara.Individu berkenaan berhak untuk tidak diberi pengadilan di mahkamah tinggi dengan kuasa rang undang-undang ISA.( betulkan saya jika saya salah)

Dalam hal ini,ramai yang mengatakan undang-undang ini tidak menepati hak individu untuk bersuara kerana tertuduh tidak diberi pengadilan.Ini juga boleh jadi kebarangkalian kerana jika benar orang itu tidak bersalah,bukan kah kesian kepada ahli keluarga mereka.Bagaimana pelaksanaan ini dilakukan,saya tak tahu tapi kita masih memerlukan ISA ini.Mengubahsuainya agar sesuai dengan zaman adalah sesuatu yang relevan dan bukannya berterusan untuk memansuhkannya.

p/s : ISA dah mansuh belum?

Isu liberalisasi dalam kewangan.Apa itu?


Pada pemahaman saya liberalisasi tidak berapa sesuai untuk dilaksanakan dinegara kita secara menyeluruh pada masa ini.Kenapa???

Ini kerana konsep liberalisasi ini memberi peluang yang luas kepada pelabur asing untuk melabur dalam Negara kita tanpa syarat-syarat yang ketat.Antara perubahan yang telah berlaku adalah dalam akuiti syarikat luar Negara boleh mengabaikan syarat sebelum ini iaitu 30% ( kalau x salah saya) tenaga kerja atau hak ekuiti haruslah melibatkan sumber tenaga dan pemilikan warga bumiputera.Secara jelasnya kaum Melayu dan kaum peibumi di Sabah dan Sarawak.

Dalam merealisasikan 11 tahun menuju taraf Malaysia sebagai Negara maju,kaum Melayu masih lagi menjadi kaum paling ramai orang susah atau berpendapatan rendah berbanding kaum lain.Dalam hal ini,Dasar Ekonomi Baru masih dilihat relevan untuk digunapakai wlaupun banyak mendapat bantahan dari parti-parti pembangkang malah parti dalam kompenan Barisan Nasional itu sendiri.

Jika diteruskan,ini dikhuatiri akan membantutkan tahap kemajuan masyarakat bumiputera Negara ini sekaligus sebagai land lord of this land.Ada yang mengatakan kaum Melayu adalah kaum yang manja dan sukar untuk menerima perubahan.Ini ada benarnya juga.Tengok saja menerusi PPSMI ( malas nak ulas dah..)Ada juga kaum Melayu yang maju kedepan seiring dengan kaum lain.Hanya menyebut beberapa nama Tan Sri Syed MOkhtar Bukhary,Tan Sri Nasaruddin dll , mereka mampu melakukan perubahan yang besar dalam kebiasaan mereka.Mereka keluar dari landasan kebiasaan untuk mendapatkan hasuil yang luar biasa.LIberalisasi boleh dilaksanakam tapi haruslah dalam langkah yang perlahan-lahan agar rakyat dapat menyesuaikan diri ( bukankah rakyat didahulukan?? )

p/s : kerajaan banyak beralah pada kaum lain( BIASISWA JPA )

Terbaru,isu mengehadkan kertas untuk SPM sebanyak 10 kertas sahaja.Pertama kali mendengar cadsangan ini,saya agak terkejut ( siapa yang memberi idea y agak cacat ini )

Kenapa?

Sudah tentu la,cadangan ini dilihat sebagai hasil pemikiran yang singkat.Tidak terfikirkah mereka pada pelajar aliran agama yang sememangnya mengambil lebih dari 10 kertas,SEkarang kecoh tentang isi ini:Nampak sangat cadangan ini cadangan segera yang tidak melihatkan kematangan dalam membuat keputusan secara terburu-buru.Kelemahan dilihat dan diperhati oleh seluruh rakyat.

p/s : Kita tengak apakah keputusan akhir tentang isu ini..

Manohara Odelia Pinot

Isu isteri Tengku Temenggong Kelantan ini dilihat cuba untuk mengeruhkan hubungan baika ntara Melaysia dan Indonesia.Bagus pihak Malaysia,anda bersikap berlecuali dalam hal ini.Terang-terangan ini adalah masalah peribadi rumah tangga.Lebih baik kerajaan tumpukan dalam hal lain dari isu murahan ini.

Bagi Tengku temenggong,usahlah berduka.Biarkan kesah lama (pewittt pandai nasihat ) .Iklankan iklan siapa bakal penganti beliau,nescaya ramai anak Kelantan sanggu membuat Q untuk di interviewkan (ehemmmmmm )- kegatalan mulai melanda

p/s : Jarang kisah keluarga diraja di Negara ini menjadi isu sensasi ala-ala kisah Diana-Charles.

2 anak murid:

fyruz said... []

oit elie..
post ko ni ad beberapa kesalahan..
isi die ak xpasti sgt..sbb xphm sgt..hehe
1. ejaan akuiti-->ekuiti
2. idris jala bukan orang melayu..dia suku kelabit dari sarawak yg beragama kristian
3. Manohara Obiet Pigat-->namanya bukan manohara Odelia Pinot ke?

.alie. said... []

semua itu kesalahan y telah dikenal pasti dr awal lagi...
sengaja x nak betol kan..
sebab malas...
nama monohara tu mmg btol2 salah pom...kesalahan y sengaja y dicipta
hahahaha~
kebanyakan typing error ar...
idris jala kelabit ae...oooo~
nanti aq search maklumat tentang dy...
tQ for ur comment k....
nanti bila rajin aq edit balik...