cucu cik minah..

Tiga bulan bekerja di kilang.Penat gila.Sakit tulang sendi aku dibuatnya.Baru tahu susah payah nak cari makan.Padan muka.Dulu malas nak belajar.Kerja kilang lah kau Man.Kalau boleh aku nak perbetulkan kisah aku yang tak syok.Aku nak guna laci Doreamon.Mustahil lah,macam mana nak buat.Gila betul.





Kelihatan muka penyelia kilang.Muka keret ni lagi.Tak de kerja ke,tengok orang je.Kau ni Armand,dah kerja dia tengok orang buat kerja.dah tu nak buat macam mana.



‘Apa termenung tu.Buat kerja,masa tu duit.Duit’,sergah Din.Terkejut beruk aku,nasib baik tak jadi beruk.Kerek betul,mamak ni.



Tepat pukul 1 tengahari.Time rehat.Hmmm...rehat sejam.Armand tergesa-gesa keluar,mencari kawannya Hafiz.Beg Converse berisi bekal makanan dan air itu disandangnya.



‘Hari ni nak makan kat mana’,tanya Armand.



‘Kita makan kat tepi longkang tu lah’,jawab Hafiz.Kakinya pantas ke longkang itu.Armand mengikut dari belakang.



‘Cik,kau buat lauk apa hari ni?’,soal Mat Apis



‘Hari ni lauk special tau.Ikan masak pedas.Aku bawa lebih sikit,boleh kita share’,Mat Apis tersenyum lebar.Langkah kanan.Kesian Cik,dulu aku kerja malam,sekarang pagi lah pulak.Kenalah masak pagi.Kesian Cik,berdosa besar aku kat nenek aku tu.



‘Man kau ingat tak,kat sekolah dulu.Dah keluar air liur basi agaknya,sekarang ni kan time Geo’,jawab Mat Apis.



Teringat Armand di zaman sekolah dulu.Rindu pulak kat cikgu-cikgu,kawan-kawan,buku teks yang tebal pun sama.Rindu betul aku.Terasa menyesal pula.Padan muka kau,Man.



Seperti Selasa lain,hari ini ada perhimpunan mingguan.Pelajar akan berpusu-pusu ke dewan bawaah makmal.Menyanyi lagu NegaraKu.Ucapan berjela dari guru bertugas dan syarahan dari Pengetua.Balik-balik benda sama,nak buat macam mana dah benda sama yang berlaku.Pengawas pula berdiri kaku tak ubah macam guard yang jaga pintu pagar istana Ratu Elizabeth kat London.Macam patung kat supermarket.



Sebahagian pengawas pula diarahkan meronda kawasan sekolah.



‘Cikgu,blok ni clear!’,Cikgu Kamalul mengangguk.Sunyi sepi.



‘Hisy,nyamuk ni aku spray Ridsect kan,mampus karang’,bengang mat Apis.



‘Relax lah,kita yang tumpang rumah dia.Rasa je lah’,balas Man sambil membaca komik Apo!



Semak-samun itu bergerak tak kala di selak oleh Mat Apis.Bengang dia pada nyamuk.Kut-kutlah pak guard Cikgu kamalul tak bergaji datang nak skodeng ke.Be careful,safety first.



‘Woi,picnic ke’,sergah satu suara yang menjadi iagaun pelajar sekolah ini..Lintang pukang mereka.Cikgu kamalul datang.Nasib oh nasib,kaki Mat Apis tersangkut pada akar pokok.Mereka tertangkap.Mana boleh tingal kawan,beb.

Malam yang sepi itu menakutkan Armand.Bukan takutkan malam tapi Pak Ucu nya itu.Bakal memberi khutbah dimalam hari,malam Rabu.Melaluk apa,Pak Ucu ni.



Cik Minah di dapur menangis teresak-esak.Mengenangkan cucunya itu.Apa yang mahu dijawab pada anaknya yang nun jauh di Las Angelas.Man...Man...



‘Apa kau nak jadi hah,dulu kau hisap rokok dalam jambang,lompat pagar sekolah hari ni picnic di dalam semak.Apa kau nak jadi hah.apa yang nak kau tunjukkan pada kami.Tak habis-habis buat hal.Malu Pak Ucu pelajar pandai macam kau ni buat macam ni.Kau nak jadi pok ko ke?’,lantang suara pak Ucu.



Pok Ko tu apa mende lah pulak.Tak pernah dengar pun.Macam geng-geng orang utan je.Pak Ucu samakan aku dengan orang utan ke? Ni nak balik LA semula ni.Macam mana dengan future aku,cita-cita aku? Family? Dah berhenti sekolah.Nak balik LA,ni payah ni.Family? Longgar tulang belakangnya.



Mummy mesti ternganga.Papa pula...ngerinya.padan muka kau Man,siapa suruh buat perangai pok ko.Pak Ucu pula masih lagi memegang gagang telefon.Nak report kat papa lah tu.Melambunglah bil telefon bulan ni,maklumlah LA tu kan jauh.



Jam pukul 3 pagi.Armand ke meja belajarnya.Di bukanya laci.Ada sekeping gambar keramat yang ala-ala belacan.Diperhatinya.Gambar dengan Along,Angah dan dia di depan rumah di LA masa winter.Menyandar di kereta BMW papa lagi.



Malunya,mana mau letak muka handsome lagi cute ni.Macam abang Pond’s tu.Along ambil jurusan Kejuteraan Kimia di Dublin Universiti di Ireland.Angah pulak jurusan makanikal am di Oxford Universiti di London.Aku? Pok Ko.



Cik Minah ingat akan peristiwa lalu.Bila anaknya Haris ditugaskan bekerja di LA.Armand baru saja berumur 12 tahun,budak tu gembira nak masuk tingkatan 1.Sebab tu lah dia meminta anaknya itu meninggalkan cucu bongsunya itu.Bosan di rumah sendirian.Berat hati anaknya Haris dan isterinya Wairah meninggalkan anak bongsu mereka.

Sekarang,hampir lima tahun Armand tinggal bersamanya.



Cucunya itu berjaya mendapat 8A dalam PMR tahun lepas.Itulah bukti bahawa cucunya itu tidak hanyut.Malah Armand dapat tawaran ke asrama penuh tapi dihalangnya.Baginya belajar dimana saja sama saja.Tapi setahun yang lepas,cucunya yang bujang itu mula berubah.Cucunya itu semakin liat untuk dilenturkan.Hinggalah peristiwa semalam.Dibuang sekolah,parah.Apa yang mahu dijawab bila ditanya ank menantu dia nanti.



Disuatu petang,Armand bermain-main dengan gitarnya dibawah pokok manga.Hafiz datang dengan basikal tuanya itu.Darii jauh lagi dah dapat lihat temannya itu.Maklumlah basikal tua kan tinggi.



‘Man aku nak beritahu kau ni.Semalam bapak aku tanya,nak lagi ke aku sambung belajar.Aku jawab iye lah.Kau nak sambung belajar ke tidak?’,soal Mat Apis sambil mengigit buah mangga.



‘Kenapa kau jawab iye?’



‘Aku nak jadi jurutera Man,tu cita-cita aku.Aku tak nak masa depan aku gelap,Man.Bapak aku kasi peluang kalau aku ubah perangai aku tu.Katanya dia setuju buat rayuan kat sekolah untuk sesi sekolah tahun depan’



Aku macam mana!Mana adil,bapak kau tanya kau.Pak Ucu aku tak tanya aku langsung.Papa? Berjela-jela hantar email marah kat aku.Siap suruh cari makan sendiri.Yang buat aku frust menunggungnya,duit saku aku dipotongnya.Padan muka aku.



Malam ni,Cik masak special.Ikan sweet sour kegemaran aku.Meleleh air liur.Kalau Chef Wan tengok,gerenti dia join sekaki.Lepas makan,terus aje dia tumbang di depan TV.Tengok Smallville ,sebenarnya nak tengok Lana Lang.

Tetiba je Pak Ucu datang dengan gaya sumo.Di tutupnya tv.Aik...apasal pulak.Cik pun join sama.Duduk disebelah.Mahu gugur bulu kaki aku bila bertentang mata dengan Pak Ucu.



‘Man,kerja kat kilang macam mana.Okey ke?’, Serius sambil mengurut janggutnya.Kacak jugak Pak Ucu aku.



‘Hmmm,bolehlah’,ringkas jawapan Armand.



‘Puas hati dapat RM500.Rasa-rasanya cukup tak nak kahwin,nak kasi anak dara orang makan?Beli susu anak,Pampers?Kumpul harta ?’,serang mulut Pak Ucu.Mana satu nak jawab,mengalahkan CIA.



‘Kau dengar Pak Ucu cakap apa?’,lantangnya sekali lagi.



‘Tak cukup’,perlahan suaranya.



‘Kau nak kerja kat situ lagi?’



‘Tak ada lah sampai kesitu.Kalau boleh Man nak sambung belajar.Kalau tak kat sekolah sini mungkin sekolah swasta’



‘Kau boleh ubah perangai kau yang macam pok ko tu.Kau dah merasa macam mana orang susah payah cari sesuap nasi.Kau untung Man,dapat semua.Hidup kau mewah,Man’



Armand diam.Mengerti akan teguran Pak Ucu.Memang betul yang Pak Ucu cakap tu.Dia hidup senang selama ini.Kesian papa cari makan di negara orang.Aku kat sini jadi Pok Ko.Tak kenang budi langsung kat dia orang.

Panas punggung Armand.Mana tak nya bertapa di dalam kapal terbang berjam-jam.Bukannya dekat Jerman-KL.Lepas tu sambung pula penerbangan pulang ke Kota Bharu. Dah lima tahun duduk di sana Mengambil jurusan perniagaan.



‘Gedebuk...’,tersertak Armand bila bahunya ditepuk begitu.Hafiz hanya ketawa berdekeh-dekeh.Ciss,kau kenakan aku Apis.



‘Kau ni,orang lalu lalang pun sempat khayal.Teringatkan mak we yang ditinggalkan ke?’,usik Apis.



‘Ya lah,rindu betul aku kat mak we aku tu.Cepatlah.Aku dah tak sabar nak merasa ikan sweet sour.Fuhhh,terangkat beb’,Armand mengangkat kening kanannya kepada Hafiz yang bakal bergelar peguam minggu depan.



‘Cik,tunggu Man ye’,bisik hatinya sendiri.

Nukilan,

Norazlaili Mokhtar (3 Khas 1)



p/s : karya jamang budak2..









2 anak murid:

SasHa Lee said... []

tak sabar nak tggu seterusnyer..

.alie. said... []

haaaa?
nak kena sambung ke?
x penah terpikir nk wat bersiri
(sambil tergaru2 hidung)