kenduri.sapa suka?





Sebelum nyah mahu lena izinkan nyah untuk menconteng papan putih yang free ini.Mahu saja nyah conteng sepenuh-penuhnya ruang ni.





Tadi sian nyah pergi memenuhi kenduri kawan nyah yang semuda nyah.Jodoh dah sampai.Nikah dengan abang polis yang gagah perut bulat dan agak putih dan sangat tinggi.SUngguh beda dengan abang pendek silat saya.Huh.





Nyah sangat jarang memnuhi kenduri hanya dan melainkan tengahari mak nyah mogok tamoo masak,malas nak masak so nyah rajinkan diri pakai baju kurung,tudung lilit then cari selipar paling buruk untuk ke kenduri.





Motif?





Orang suka buat-buat tertukar selipar masa kenduri.asyik tertukar dengan yang baru dan mahal je.Pandaiii..



Nyah nak usulkan di sini.Ada dua jenis majlis kenduri.Majlis kesyukuran dan walimatulurus.Apa bezanya?





M.Kesyukuran - makan free je,tak payah bayar duit.Bawak gulu 2kg atau susu cap F&N





Walimatulurus - bayar duit then orang pun bagi kat kita goody bag yang ada gula-gula,towel kecil,set sudu garfu kecik dan panty liner.Terkejut kaa nyah.





Nyah tak berkenan majlis walimatulurus ini.Memang tak sangat berkenan.Malas nak hurai tapi memanng nyah tak suka.Bukan kedekut tapi rasa macam nawaitu majlis diadakan terpesong seketika.





Buat majlis grand-grand cover balik dengan duit tadi.Zaman sekarang pulak majlis nak grand-grand.Buatlah ikut kemampuan diri,jangan lepas nikah p gadai hadiah majlis kahwin nak bekal makan laki bini.





Penat nyah bebel awal-awal pagi ni.Nyah cuma nak cakap.Nyah p majlis kahwen kawan tadi dengan sehelai sepinggan tak bawak beg duit,susu or gula jauh lagi hadiah untuk diberi.Bawak diri dengan kamera je.





Tuan rumah bagi makan sedap-sedap dan siap bagi goody bag setiap sorang.Mudah bukan.

Abang Hisham buat gitu jugak ae..

Hahahaha











notakakiku : nyah syak ko orang tak nak jemput nyah ke kenduri angpa..































0 anak murid: