kisah akok dengan lelaki hot.

Salam satu bloggers.

Lupakan dulu episod emosi duka minggu lepas.Biar nyah bertenang dulu yer sayangku sayang sekalian.Nyah masih dalam mood penyembuhan emosi dan fizikal.

Ko tahu nokss,hari tu sebelum pergi ke Taiping,nyah ada ikut abah pergi beli sedikit barang nak bagi kat kawan-kawan abah di Taiping.Then masa nak balik rumah kami singgah beli akok.

Tahu tak akok tu apa?Rasanya nama baku dia pun memang akok.Akok ni kalau pergi Kelantan tak makan memang rugi la.Memang sedap dan kena pandai pilih jugak la.Rasa dia lemak-lemak manis.

Ni akok.


Cerita pasal akok.Nyah turun beli akok kat suatu kedai tu.Kedai tu dekat dengan rumah nyah je.Memang femes,kalau bulan puasa pukul 3 dah ada beratur tunggu queue nak beli akok ni.

Nak dijadikan cerita,masa nyah tengah tunggu nak beli akok ni,datang seorang jejaka paling hots ( sila baca sebagai panas )di kampung nyah ni.Memang femes la.


A : kito nok beli.


B : nak berapa riya akok?


A : kita nak akok 2 lot.


Si A ni senyum manis dengan gembiranya.Si B dah geleng-geleng angguk-angguk kepala.


Nyah yang 3/4 suku ni agak menjauh sedikit dari beliau.Rasa mengancam eh terancam macam gorilla menyorok dalam gua Kelam yang semakin cerah tu.Jauh sikit demi sikit.


Abah kata dia gila sebab hilang duit main MLM masa muda-muda dulu.Hilang tanah dua lot masa buat modal MLM.Makan dalam gila.Gila sebab duit.

Kenapa dia hot? Sebab dia seorang lelaki yang kurang sihat dan memakai tudung syria kerana panas bila dia keluar dari rumah.




notakakiku : gila ko nak makan akok 2 LOT.



.

8 anak murid:

Jard The Great said... []

da lama tak makan akok..meh sini.. bg aku sket

FarhanaDr said... []

2 lot tu bape banyak? Hehehehe.. Kesiannya dia..

.alie. said... []

Jard The Great :

singgah lagi KB,jom alie belanja =)

.alie. said... []

FarhanaDr

besar la sis,tanah satu lot pun dah boleh buat rumah teras kos rendah 2 biji tau..

Anonymous said... []

jusoh batu ko li?ainaa

Emmer's Mommy said... []

Lamanya tidak menyinggah. Supo tau2 jah Nana ngide nok make akok sbb tu buat entry pasal akok. Huhu..

.alie. said... []

aainaa : tak berapa nak batu dah na.pakai tudung syria wat shelter... T_T



nana : hahahaha.tak pasal2 seksa bila baca entry akok ni..hu3~kena cari tu nana

CUTE_on you said... []

teruks nyer cita org 3/4 ni it's all about money jgn gila letak iklan dlm blog pas2 meroyan x dpt duit sdh la...takut jadi 3/4 sku nihh haha