tips mengendalikan golongan psiko dan cara untuk mengatasi kecewa dalam cinta

Salam satu Malaysia.


Hari ni nyah tak ada.Penulis jemputan yang bernama Alie akan menulis.Alie akan muncul apabila nyah dalam keadaan sibuk atau pun kurang waras untuk mengendalikan laptop kerana gusar akan menekan-nekan keyboard sehingga tertanggal huruf-huruf.
Hari ni kita bercakap tentang cinta.Bukan cinta di awal musim tapi selepas bermusim-musim yang lama.Contohnya seperti Alie yang telah mencecah perkenalan selama 5 tahun.Kalau orang dah kawin dah ada dua orang anak gamaknya.Kalau kawin la kan kalau tidak mesti banyak masalah.Hatta orang yang dah berkahwin pun ada pasang surutnya inikan orang yang tiada ikatan.


Masalah yang timbul banyak jenisnya.Ada kes yang curang,ada yang kes bosan dan ada juga kes anasir jahat yang muncul dalam hubungan tersebut.Apabila terlibat dalam situasi sebegini peritnya tetap sama tanpa mengira masalahnya kerana perasaan yang hadir dahulu rasa di perkotak katikkan.Sakitnya juga sama.Pedih.Baik lelaki mahupun perempaun.


Jika ada derita dalam hati itu jangan lah dipendam.Jika dipendam dikhuatiti akan meletus sehingga merana diri.Alie bukan jenis yang memendam rasa.Jika rasa marah,Alie marah dan begitu juga bila gembira,sedih dan apa saja.Kawan-kawan menjadi tempah singgahan rasa,teman lelaki juga.Tapi jika teman lelaki yang membuat hal maka kawan-kawan la teman yang paling setia.


Tolong jangan bersendirian.Anda akan mudah dipengaruhi emosi dan berisiko untuk melakukan perkara bodoh seperti menelan panadol banyak-banyak dan mencederakan diri sendiri.Percayalah sebab Alie pernah berbuat sedemikian namun akal masih panjang panadol yang banyak-banyak tadi diluah kembali apabila akal kembali waras.Sila jangan berbuat demikian.Berdosa.


Pergilah kepada rakan-rakan yang dipercayai yakni emosi anda akan tenang.Mereka akan memerhatikan anda dan akan mengambil telefon anda jika telefon itu menjadi punca.Jika internet maka router itu akan dihempas ke tingkat bawah gamaknya.


Mainkan ayat-ayat suci jika anda tidak mampu untuk membaca Al-Quraan dalam emosi tersebut.Sesungguhnya itu penyejuk hati yang panas membara.


Keluar dari lingkungan kebiasaan anda.Aura tidak sihat harus dihindari.Pergilah berjalan-jalan keluar mengambil nagin untuk merehatkan mata yang seharian menangis sehingga mata sakit.Nasib baik tak jadi Kassim Selamat.






Jika anda dipihak yang dianayai,pastikan anda tidak mudah mengalah dan putus asa. Keraskan hati apabila diri kita diperbodohkan orang untuk satu tempoh yang lama.Jangan mudah mengalah dengan situasi.Pertahankan hak anda.


Sebagai contoh : ada manusia lain yang memalukan anda dengan meluahkan perasaan beliau kepada rakan-rakan beliau sehingga mendatangkan aib kepada pihak mangsa.Contohnya bercita-cita untuk merampas kedudukan anda dan mahu bermadu dengan anda.Itu tindakan psiko yang kronik yang akan mendatangkan amarah kepada mana-mana gadis.Lelaki sila fahami,walaupun anda tidak melayan mereka.


Perempuan amat merimas kan tapi bukan selalu tapi kadang-kadang.Setiap tindakan perempuan yang dianggap tidak bermunasabah adalah kadang-kadang dan bukan selalu.Terimalah mereka dengan seadanya dan fahami mereka.


Jika pasangan anda dan gadis itu sama-sama suka.Maka angkatlah kaki dan jangan perbodohkan diri anda.Ramai lagi jejaka disana.Jangan bonekakan diri anda untuk jadi bahan ketawa orang lain.Carilah penderma tulung rusuk anda yang sebenarnya dan bahagiakan diri sendiri.


Jika si psiko syok sendiri maka pertahankan diri anda.Buat apa saja jangan pula upah orang pukul atau buat benda tak baik tapi lebihkan kepada less talk and more action.Katakan tidak pada action yang bersifat negative.Contohnya bagi warning  yang bersifat tekad dan nekad dan hantui dirinya dengan action annoying anda walaupun anda amat sibuk untuk berbuat perkara bodoh seperti itu.


Kepada gadis jangan lah cuba mencari penyakit dengan memendam rasa kepada milik orang lebih-lebih lagi kau sendiri curag pada pasangan sendiri.Malas nak cakap panjang-panjang.Apa yang kau buat akan dibalas balik.Kau rampas orang punya,esok lusa orang rampas ko punya.Cari lah orang yang sayangkan kau bukan kau yang sayangkan dia.Jangan menanam benih di angin lalu.
 

Dalam menangani si lelaki pula,jangan mudah memberi kepercayaan apabila anda telah terasa sakit.Tinggal lah 10% ketidak kepercayaan anda kepada mereka sebagai ikhtibar di masa hadapan.Simpan sedikit syak wasangka untuk mengelak diri diperbodohkan lagi dan sebagai amaran kepada mereka.


Kepercayaan harus ada tapi sepenuhnya percaya juga tidak boleh.Pointnya rujuk perenggan di atas.



Entry ini bukan khas untuk gadis tapi untuk lelaki juga.Selagi bernama manusia yang berperasaan rasa itu akan datang juga.Yang mana boleh pakai dek otak kamu,pakailah yang buruk itu datang dari Alie sendiri.Tulisan ditulis atas pengalaman sendiri selepas menderita buat sedemikian harinya.



Sentiasa pegang pada prinsip : tak kacau orang kalau orang tak kacau.



notakakiku : jangan kacau orang kalau tak nak dikacau balik.







12 anak murid:

FarhanaDr said... []

Ahhh.. Begitu susah bila sebut soal hubungan ni kan.. Manyak fening juga ada.. Heeee..

Jard The Great said... []

heehehehe.. kenapa tibe2 ade entri neh? alie gaduh dgn kekasih hati ke?

May Maisarah said... []

oh sy jatuh cinta dengan entry ini.sedikit sebanyak ade btolnye....;p

.alie. said... []

FarhanaDr :

cabaran bila lama kapel lagi berat.semakin lama semakin geram..

semakin lama,semakin sayang juga..


confiusnya..

.alie. said... []

Jard The Great

entry lepas geram sis...xbanyak sikit pun ada kena mengena dengan dia..


susah kan cinta ni?

.alie. said... []

maisarahzakariah

tulis sendiri dengan pengalaman terseksa..org yang pernah kena tahu seksanya mcm mana...


=)

Seimura said... []

baeeekkkk punya tips ni alie. bagus2.

joegrimjow said... []

kagum dengan tips yg nampak matang ni

.alie. said... []

seimura

kisah sendiri sis

T_T

.alie. said... []

joegrimjow

tQ,betul lah org kata experience is the best teacher

.alie. said... []

joegrimjow

sebab tu org kata

experience is the best teacher kan?

Hemy said... []

sebab tu diorang cipta perkataan "move on"