Salam satu bloggers.
Nyah update dari belog.Memang tak ingat dah nak dah nak update,tertengok Cik Jard dengan Doc Farhana punya entry terus laju-laju nyah update.Penat ni,nak kejar nasi panas kat dapur.
Cabaran hari keempat : Something you have to forgive someone for.
Okeh.Dengan lafaz bismillah nyah mengaku dari tulus dan ikhlas ( macam nak rayer la pulak kan? ) nyah maafkan seorang kawan,tidak kawan tidak jugak sahabat cumalah kenalan.Seorang kenalan tapi impaknya,rasanya nyah rasa sampai ke sekarang.Dendam?Tidak tapi sudah kuat dan kalis dengan cabaran-cabaran yang mendatang.
Waktu belajar masa foundation si A ni tak tahu kenapa dengan tiba-tiba memboikot nyah yangs edari itu baru kenal dunia luar selepas sekolah.Boikotnya sampai mempengaruhi orang lain.Serius,terasa sangat.Tanpa sebab dia kata aku tak suka kau,jangan tanya kenapa,tapi aku memang tak suka kau.
Waktu tu kau kenal aku tak sampai sebulan pun tapi kau dah declare tak suka akan aku tanpa sebab.Apa mungkin kau jeles dengan aku wahai si A?Persoalan yang tetap persoalan.
Apa yang dia buat?Sebab declaration yang dibuat,maka banyak benda aku diabaikan.Contoh makan beramai-ramai bersama ....Aku tak dijempur,tak diajak hatta di bulan puasa.Semua turun berbuka di luar dan aku sorang saja berbuka di bilik sendiri tanpa teman.Sebab aku disisih dan lama-lama aku dipulau.Ya dipulau.Masa tu usia 18 tahun,nak mengadu kat cik,cik sakit masa tu.Aku tak nak menyusahkan cik,tak nak buat dia sedih.
Sepupu call masa dekat nak berbuka puasa,suara aku sebak,air mata mnegalir laju,dia ingatkan sebak kerana berbuka seorang tapi tidak.Aku...
Kawan-kawan yang lain semua diam,tak tanya pun nak berbuka dengan apa-apa jauh sekali nak ajak-ajak ayam.Bukan sekali dan bukan dua kali.Banyak kali aku diabaikan.Betapa kuat kuasa kau masa tu.
Aku berbuka puasa seorang sambil menitis air mata jatuh ke nasi putih.
Tempat duduk.Aku duduk seorang.Meja aku seorang bila teman sebelah lari duduk sebelah kau.Aku ingat lagi masa tu.Aku tanya dan katanya tak mahu duduk dengan aku.Sedih?
Satu seketika aku ke kelas sendiri.Seawal 7.15am aku dah keluar bilik berjalan ke kelas.Sendiri.Tiada teman berbual,maka masa-masa begitu aku ambil masa membaca buku mengadap suasana dingin Kuala Lipis.Dingin dan lovely dan aku sepi.
Teman yang setia masa tu aku ingat sampai ke hari ni.Selain bf dan kawan baik aku Ada,seorang kawan yang baik sampai ke sekarang,Faizal Hashim,kawan yang tak pernah bersua muka tapi hubungan kami mesra dan akrab sampai ke hari ni.Aku banyak menyusahkan dia,dia teman tempat aku meluah rasa dan tak malu segan teresak air mata.Pejay,terima kasih kawan =)
Leretan keadaan tu,sampai melibatkan hal lain,aku mudah menjadi mangsa fitnah.Ya,sebab tu sekarang mana-mana fitnah yang dilemparkan pada aku,aku tak mudah melatah,sebab aku tahu aku tak bersalah.Andai aku berbuat salah,ini kerana kamu sebab aku tak mahu dibuli oleh kalian beramai-ramai.Aku menjadi kuat,kebal.Aku menjadi pahlawan untuk kawan-kawan aku yang dibuli kalian.Ya,aku menjadi jahat dan sinis kerana peristiwa tu membuat aku tak mudah dibuli orang.Jangan mudah bermain api dengan aku.
Kau minta maaf kemudian kau buat lagi.Perlakuan kau semakin jelak di mata aku dan mana-mana mangsa mulut dan perbuatan kamu.Tuhan maha Adil.Tak lama.Kemudian kau berada di tempat yang pernah kau buat aku dulu.Kau DIPULAU.
Pada kami jugak la,suatu ketika menjadi teman kau.Pada mangsa-mangsa kau dulu la yang reti bersimpati.AKu simpati pada kau sebab aku tahu betapa sakitnya dipulau orang begitu.Buat baik macam mana pun orang tetap sinis.Kau dah merasa bukan apa yang aku rasa?
Kadang-kadang aku rasa kawan-kawan kau tu yang jahat ( bajet betul selalu ).Kadang-kadang aku rasa kita menjadi mangsa kadang-kadang aku rasa aku bersalah,kau bersalah maka mereka ynag betulkan dan kemudianya aku rasa semuanya entah apa-apa.Setiap tahun benda yang sama,ayat yang sama.Heh.
Sampai saat menulis ni,aku rasa dendam lama kembali walaupun dah lama dibiar.Biarlah.kepuasan mengingat kembali melebihi rasa dendam dan benci.Aku siapa nak judge kau,aku tak seperti kau dan orang lain yang betul dalam menilai orang.Kuasa majoriti mengatasi minoriti.
notakakiku : ....
3 anak murid:
fuhh.. ku tak pernah dipulau.. hu hu..
peritt...lebih-lebih lagi bila org kata tak suka kita tanpa sebab.
rasa macam dah maaf tapi bila dah tulis mcm tak rehda pulak.mmg cabaran la..
Post a Comment