Hye salam satu bloggers.
Hari ni entry khas tentang fashion gadis-gadis semasa di Malaysia yang sangat nyah admire.Rasanya dah ramai kot yang sedar gaya fashion ni,samada ramai yang tertarik,puji-piji ‘wooww lawa sih’ dan ada jugak yang pelik tapi tetap cool.
Tu kata perempuan.Lelaki nyah tatau.So kalau ada lelaki membaca entry ni cuba ko orang bagi tahu apa opinion ko orang dengan fashion gadis semasa kini ( gadis berhijb ).Pasti ada yang puji pasti juga ada yang keji.
I am the one of the but I have not enough confident to wear like them.Damn it.Seriously,I love the style but I can’t.There are some factors that prevent me to follow their style.
1.Kewangan
Yang ni memang faktor utama la,mostly ramai yang pakai barang branded yang kadang-kadang kalau nyah refleks balik,kalau nak ikut gaya ni tak ubah biar papa asalkan bergaya.This is totally ridiculous.Kalau nyah sebagai penerima biasiswa khas dari kerajaan,duit yang lebih nak kejar semua ni memang teruk la,lebih-lebih lagi elaun tu duit rakyat.Rasanya tak perlulah.Paling penting elaun tu diguna untuk sara hidup dan kos pembelajaran.Kalau ada yang lebih sikit-sikit pandai-pandailah.Kalau nak jadi up-to-date dengan fashion memang teruk la.
2.Bekalan
Ada seorang bloggers ni,barang-barang yang dia pakai mostly below than RM30.Serius geram giler mana dia dapat cari semua tu.Kalau duit lebih memang boleh cari je dalam shopping on9 as long as ada duit.Tapi barang murah babe,lepas tu lawa susah nak cari.
- jeans dress // TIMES SQUARE RM25
- long cardigan // JUNK SALE JB RM22
- shoes // CITY SQUARE JB RM25
Kalau nak cari di Kota Bharu alamak mahal dan tak up date sangat la jawabnya.
3.Lokasi
Yang ni la penyelamat nyah dari berketerampilan begitu.Hahahaha,gelak kuat-kuat la.Disebabkan nyah berada di kawasan perkampungan Kuala Besut dan kalau nyah keluar dengan fashion macam ni,memang tok iman tok siat pandang serong pelik la.Budak-budak boleh label kita gila kalau bertuah jumpa budak-budak yang lurus bentul.Heh.Aku rasa siap kena gelak on da spot rasanya.
Sebab tu la,gaya pemakaian perlu mengikut etika dan lokasi budaya tu sendiri.Lebih-lebih lagi apabila anda seorang guru. T_T
Fatin Liyana doktor comel yang belajar di Indonesia.Gaya dia sangatlah comel dan comel sangat-sangat.Paling suka tengok riben dia yang lawa-lawa.Dia kalau pakai baju-baju memang colourful tapi cantik mata memandang.
Nurul Hidayati Jalidar ni lawyer wanna be.Orangnya kecik molek bermuka bulat tapi serius nampak lawa even nampak bermuka bulat.Style dia paling nyah suka dia pakai skrit pendek untuk cover lebihan daging belakang.Hahhaha.Nyah ada satu skirt ni,beli untuk apa entah dan bila mahu pakai dan dimana.T_T
Selain skirt apa yang nyah suka pasal Nurul ni sebab flat dia pakai.Rasanya Crocs yang banyak dia pakai.Nyah tak mampu nak beli Crocs ori dan tanpa segan silu mengaku beli Crocs yang cap Golok yang sangat best sangat nak pakai.Nyah dalam proses mengumpul Crocs berwarna striking.Setakat ni yang ada adalah warna biru turquoise,merah,biru terang dan dalam proses mencari warna pink,oren dan kuning yang strinking.Hahahaha.Semua tu boleh di cari di Rantau Panjang cuma duit je yang tak ada sekarang. T_T
Shawl dia pakai cun,gaya loose tapi bila nyah pakai nampak loser.So nyah tak follow.Heee.
Shea Syahirah.I lover her vintage style.Sangat admire tau tapi di punya barangan sangat-sangat high maintenance dan branded.Kasut dia pula style macam ni tau,nyah tatau apa nama jenis kasut ni.Bloggers girl may you help me plz?
Nyah ada satu jenis kasut ni yang berharga RM70,paling mahal antara koleksi yang pernah ada dan hanya pakai sekali je.Sekali dan cukup seksa sebab pakai untuk tawaf KBMall.Hahaha.Sakit ngenggg.Mula-mula pakai sedap je lama-lama sampai 5 jam memang terharu dan mengalir air mata la jugak.
Huda Luna ni tatat saya yang paling sporting.Ajak berbual,gossip,kutuk-kutuk pakwe sume boleh.Sebab kami berkenalan sejak dua tahun lepas,makanya nyah dapat lihat dengan jelas transformasi beliau.Sekarang she looks so adorable and attractive.Dia tak banyak tayang gambar dia maybe sebab takut kat singgapelas kot.Hehehehe.
Terinspirasi dengan beliau dengan gambar ini suatu ketika dahulu.Cuba tengok riben dia.sangat besar dan sangat berani.
Nyah punya kecil molek je tu pun pakai masa dinner ada classmate kata macam retarded dan mangsa fashion.Hahahaha,gelak guling yang amat-amat sebabnya lepas nyah pakai sudah muncul junior-junior nyah follow dan yang cakap retarded tu pulak tanya beli kat mana?Jilat muntah sendiri ke?
Nyah lebih senang follow fashion yang berbentuk dalam hijab berbanding dengan bentuk pakaian.Itu saja cara untuk melepaskan nafsu fashion dalam diri ni dan disebabkan nyah terlampau banyak membeli on9 abah nyah dah bagi gelaran ‘Jutawan Pos’,sebabnya bila posmen datang dia la yang ambiknya.Hahahaha.Anaknya dah jadi "’Jutawan Fakir’ sudah.Sila salahkan genetik kita ya abah ae.Hehehe..
Perasan tak sangat simple je pemakaian nyah.Nyah lebihkan pada hijab dan aksesori semata-mata.Kalau nak tayang banyak la sangat sebabnya di Kuala Besut kalau nak keluar perempuan kena keluar dengan seluar track je. T_T
Gaya hijab pula banyak di pelajari dari ini kakak iaitu Raja Shairah.Peminat Glee dan pet ni sangat banyak buat tutorial dan DIY.Mana-mana gadis yang tangannya sangat serasi dengan jarum benang dan mesin jahit boleh belajar dari tutorial beliau.
Gaya fashion dia juga agak funky.Paling suka tengok mata beliau yang macam mata kucing yang berwarna warni dan make up mata dia.I tak reti nak make up sangat dan sangat malas.Heee.
Tengok mata kakak ni,geram nyah tengok tau.ngeeeee..
Kesimpulannya,kalau nak berfesyen pastikan anda selesa dengan fesyen tersebut dan jangan guna konsep biar papa asal bergaya.Orang lain dia orang mampu tak apa lah,berbelanja ikut keupayaan diri okeh dan paling penting keyakinan yang tinggi.
notakakiku : cantik tu dimata orang bukan di mata kita kata abah saya. T_T
8 anak murid:
awww yuuuu
namau la puji lebih2
malu ai taw!
hehhe
pandai kan yu tau ai tatot kat singaplus tu
keh keh keh
i tahu la sebab i pun tatut kat dia jugak..
hik3~
bila mai aura ustaz dia.hoooo
T_T
thanks sis =)
Ohhh.. Ini laa yang paling akak terlemah sekali.. Huhu.. Fashion..
alahai akak,jgn lemah lagi
saya sayang kt akak tau..
hey thanks! awesome post! oh oh btw, i tak ada kasut crocs. i pakai cotton on:)
cotton?
benda baru ni.nk kena belek kt kedai kasut ni
heee.thanks nurul =)
baju2 kalo kt kl ni mmg murah2 gile
akk dlu pn ms dtg sini, selalu juleng bijik2 mata..
ohh gila murah
rm5 pun lawa baju...huhu
sbb kalo beli baju murah rm50 bleh dpt 5 helai.hohohoh tu suka beli brg murah....
Post a Comment