Lelaki dan perempuan memang sangat berbeza.Tak payah nak fikir sangat,saiz punggung pun dah lain-lain,tak payah nak rasa sangat pejal atau lembik,rasa sendiri punggung masing-masing.Ini kan yang lain-lain lagi.
Fizikal terang nyata tak bersuluh memang tak sama, fikiran lagi la tak sama.Umpamanya,sorang masak maggi dengan rendam air panas dan sorang lagi akan rebus air siap rencah bagai baru siap satu hidangan maggi.
Complicated yer!!
Yang mudah-mudah tu lelaki dan yang complicated tu harusnya perempuan.Well ketentuan Illahi menjadikan kami berfikir tiga kali lebih detail berbanding kamu lelaki. Kami mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa.Maksud saya yang sangat-sangat luar biasa.
Analogi lapuk akan mengatakan kekuatan kami adalah untuk melahirkan makhluk kecil bukan sekali malah berulang kali.Sakit tapi mahu lagi dan rasa sangat hebat.Kami juga tak akan mati kerana mengalami pendarahan berterusan hampir 5 hari dan tidak akan pengsan mengelilingi shopping complex tanpa membeli apa-apa untuk 3 jam non-stop.Ini ditambahi lagi dengan kekuatan kami untuk bersyarahan tanpa henti tanpa menunggu hari Jumaat.Setiap masa kami ada teks tersedia untuk kamu wahai lelaki sekalian.
Senarai ketara perbezaan lelaki dan perempuan di institusi pengajian tinggi
Tugasan
Lelaki :
buat ikut kehendak soalan,kadang-kadang kurang dan hantar lambat dah hasilnya juga nipis,alasan : senang lecturer nak mark.
Perempuan :
buat lebih dari kehendak soalan,hantar cepat dan tugasan tu tebal yang amat.Lelaki selalu marah sebab lelaki yang kena angkat hantar.
Exam
Lelaki :
tak study week pun,layan movie sampai pengsan ke tengahari esok.Masa nak jawab exam pakai saka siap-siap dengan nota kecik dan nota dalam bentuk pdf dalam handphone.Check bila masuk tandas,kalau ulang-alik tu jenis meniru tak pro lagi la tu :P ( situasi ini di tempat saya,mungkin berbeza dengan lain-lain tempat )
Perempuan :
Study awal-awal sedari sebulan sebelum kertas pertama,sanggup tidur 5 jam sehari untuk study.Buat latih tubi sampai cair otak dan ikat ilmu tu kemas-kemas dalam supit @ plastic untuk bekalan jawab masa exam.Masa exam mata sorang-sorang macam panda sesat sudah.
Kuliah
Lelaki :
Berani tak bertempat.Steady je lambat masuk kuliah,masuk selamba badak gemuk.Kedatangan tak ambil pun rileks lagi,tunggu masa akhir semester baru reti nak kalut.
Perempuan :
Tanpa banyak soal,suruh pergi kelas malam tiap-tiap malam dalam bebel-bebel malas pun tapi sampai jugak,malahan awal dari orang lain.
Presentation
Lelaki :
Power point slide sangat lemah.Grafik lawa tahap macam budak multimedia tapi contents hancurs.Isi-isi penting copy paste dari Wikipedia tanpa sebarang editing. Buat apa? Umpama pakai baju tapi tak pakai seluar. Slide memang sikit.Hmmm.
Perempuan :
Kalau grafik memang ramai yang tak lawa dan kadang-kadang lawak dengan grafik mickey mouse bagai.Heh.Tapi content tip top dan macam biasa kami selalu letak info tambahan yang buat lelaki mendidih kemarahan.Bilangan slide jugak hampir 3 kali ganda dari bilangan lelaki buat.
Semua ni hanya melibatkan pemerhatian saya dalam institusi saya.Mungkin sama dengan situasi ditempat lain dan mungkin berlainan sama sekali.Entry ini mungkin dianggap bias kerana banyak memihakkan perempuan,tidakk.Ada benda kami pun khilaf juga.Biasalah namanya manusia,tak kira lelaki atau perempuan,kita sama je.
Tapi kerana perbezaan inilah lelaki dan perempuan saling lengkap-melengkapi.Harus diingat pemerhatian ini hanya meliputi satu ekosistem yang keci dan tak semua macam tu tau.Kan ada pulak yang datang serang. T_T
2 anak murid:
wow.. nice entry..
film review : KungFu Panda 2
@Syuk Ry
=)
Post a Comment