Hari Khamis adalah hari yang aku tunggu sangat sepanjang praktikum.Hari Khamis juga hari lecturer akan datang observe dan hari tu jugak aku balik rumah.
Kebiasaanya pagi Khamis aku masih dalam keadaan yang waras.Waras di sini bermaksud aku tak buat-buat gila dan mampu mengajar dengan penuh iltizam.Nak marah budak pun suara aku tinggi,nak cubit budak pun boleh.Kalau check kuku pun kalau kuku budak-budak ni panjang memang aku suka cari gaduh dengan dia orang.Aku suruh garu-garu muka sampai aku puas hati atau boleh pilih nak cium papan hitam.
Tapi bila masuk lepas rehat aku akan lembik selembik susu getah.
Masuk mengajar pun bagi nota siap-siap.Explain pun pakai tahap imaginasi tak ada dah alat bantu mengajar.Budak main-main pun aku buat tak kisah.Mata dah juling-juling tengok jam.Telinga dah kembang semangkuk bila la loceng nak berbunyi.Aku nak balik.
Selepas sebulan macam tu la aku setiap Khamis,aku dah ada point kenapa aku tak suka Khamis.
Aku kat sekolah dalam bilik guru yang air-cond bersuhu 20 dan lepas ni kena tukar 24 la pulak.Kedekut!kedekut!Kedekut!
Sebelum nak balik aku akan siap-siap tanda buku budak,biasanya aku turun buat di lantai sebab bontot aku dah panas dah atas kerusi,kat lantai sejuk sikit.
Pesen anak-anak cikgu,nak balik cari mak-mak dalam bilik guru.Aku yang shedap-shedap menanda buku di lantai terus segar kepala lutot.
Ohsem tahap dewa dewi.Hidung aku kembang kempis bau stoking selepas 5 hari sekolah.Felim dia tu macam kau hidu pengat stoking.Ko bileh bayang tak?
Double Ohsem!!!
Aku dah anak nanti,hari-hari aku suruh tukar stoking.Jangan nak malu kan aku.Boleh batal puasa kalau hidu lelama stoking budak-budak ni.
18 anak murid:
haha.. sabar aje lah cikgu..
betul.. ada anak nanti.. bli siap2 5 pasang stokin.. ^^,
takkan tak basuh?kehkeh
wow bestnya tahu bla kena observe...klu saya dlu..lecturer main terjah je..tgk2 dah brdiri dpn pntu kelas..klu ok skt..ckp dh otw ke sekolah..huhu
hehe..yath singgah sini:)wahhh..bestnye jadi cikgu..hehe
@Faaein Talip Roy
mama dia tolong beli jew,basuh sendiri =)
@Puan Kutu
memang tak basuh..lau akak nak tau felim dia akak cuba cium stoking mana-mana orang yang terdekat dengan akak ae =)
@fiqah
lecturer i sporting,dia takut-takut lagi kalau dia tak jadi nak datang observe..sebab dia tahu pelajar dia ni lagi bekeng dari dia
=)
@yayath
selamat datang.dulu saya tak suka,sekarang suka sangatttttttttttt
ahahaha..stokin kalau bau memang leh pengsan..=p
@merahitujambu
nak nak yang orang punya..
wah.. ajar anak membasuh dari kecik.. ok jugak.. =]
@Faaein Talip Roy
sebabnya mak dia malas..hahahahaha
kihkih..lucu je adiela baca entry nie..teros terimagine2 bau stoking..muahaha..lama dah xciom kot..sejak tinggal zaman skolah mnengah dah xde dah bau bauan yang camni..haha
@Syahirah Suhaili
bau budak yang paling ohsem selain dari khamis aalah lepas PJ..perghhh,sekarang lau ada hari PJ,tak payah tukar pada uniform..jadinya bau tu sampai ke tghari blh bau...
kehkeh..dahsyat..len kali suroh je la budak2 tu bawak minyak wangi..tak pon spray je air freshner satu bilik darjah lpas pj..haha
mesti sedap bau dia haha.
@Syahirah Suhaili
botak kerajaan mesia lau setiap kelas ada air freshner...hik3~
@Umie Artoqiemie
rasa dia pula maveles...nak?
Post a Comment