Berminggu rasanya aku dapat tahu sekolah untuk praktikum semester depan.Sekolah pula dekat-dekat sampai tak jumpa traffic light pun.Nak pergi sekolah pun aku boleh turun pukul 7.30 pagi sebabnya sekolah tu mula pukul 7.45 pagi.Ko nampak tak betapa dekatnya jarak sekolah tu dengan hostel aku?
Sangat dekat.
Aku tak nak mengeluh tapi terima sebagai rezeki di saat teman-teman yang lain pula terpaksa bergerak keluar nak ke sekolah seawal pukul 6.45 pagi.Tu baru nak praktikum bukan terima gaji pun.
Tapi aku terkilan kot.
Sebabnya tiga semester berturut-turut aku praktikum sekolah yang dekat dengan maktab yang jaraknya tak sampai 5 minit perjalanan.Latar belakang murid-murid yang hampir sama.Anak nelayan dan golongan sederhana.
Aku bosan.Aku rasa tak mencabar langsung.Aku nak suasana baru.Sebabnya aku nak latih diri aku dengan kepelbagaian murid dari pelbagai latar belakang.Baru nampak kaya dengan ilmu.Ini tidak jenis pesen yang sama.
Eh.Aku mengeluh ke?
Tak ada la sekadar mengadu kasih je.Aku perlukan pengalaman baru tu sebab aku nak buat persediaan ke Sabah dan Sarawak.InsyaAllah.
6 anak murid:
bersyukurlah anda!
insyaAllah.. get ready !! ^__^
yg penting skrg cuti. hooray!
@cikpinky
syukur dah
@Umie Artoqiemie
amin...
@Shawn Razaleigh
yang penting aku tatau nak buat apa cuti ni
Post a Comment