Gaji Dalam Cuti

 

Semua belog yang ditempah dah siap.Total semuanya 4 buah belog dengan tema yang berlainan,tajuk lain-lain,template lain-lain,dan semuanya lain-lain.Tak ada persamaan sebabnya semua pelanggan belajar dengan pensyarah yang sama.

Bagi yang tuan badan kena buat pulak,totally insane sebab kena layan kerenah pelanggan yang ada songeh ada ragamnya pula.Mahu aku bagi balik upah sebab benda dah siap,dia ubah-ubah then msg mintak ubah here and there and in the same time ada lagi belog yang tak buat lagi yang paling best siap dengan content tak buat so aku jugak yang kena buat dan kena fikir.

Kalau tak kena gaya,boleh bikin sawan.

Masa ni aku dah rasa stress dia lebih stress dari buat assignment sendiri.Assignment sendiri,kita tahu apa kehendak kita,apa selera kita,gaya kita presentkan content tu tapi bila orang punya,banyak aspek kena fikir.

Kita suka tak semestinya orang suka.

Kita kata kemas orang mungkin kata complex.

Mudah kata,lain orang lain seleranya,lain minatnya.

Masa ni la aku fikir,apa-apa kerja pun ada kesusahan masing-masing.Tak ada kerja mudah dalam dunia ni.Nak berjaya banyak yang kita kena korbankan sebelum kita boleh merasa kemanisan diakhirnya.

Kalau gaya kerja tip top,result pun tip top.

Kalau buat ala kadar,result pun ala kadar.

Walaubagaimanapun kita masih dibawah ketentuanNya,rezeki itu datang dariNya.

Nak mudah lagi,entry ni bukan entry yang memberi kesimpulan tapi anda sendiri yang membinanya. =)

 

notakakiku : gaji masih terletak elok dalam dompet sebab tak ada gang nak ajak keluar.masa ni aku tatau nak happy ke or rasa loser.

 

1 anak murid:

Boneka Tak Sakit said... []

itu biasa..kdng2 memang kena situasi camtu . siap orait la..