siapa yang gila?

Tengahari semalam,mai kazen,Qamarina ada minta tolong temankan dia ke bandar Kota Bharu,maklumlah KB sekarang dah bertukar wajah,dia akut sesat.Kami ke KBTC yang ada Parkson tu.


Dah banyak lot kedai masuk.Kalau tak salah sampai 5 tingkat.Tapi tak pelik pun sebab dia lagi kecik dari KBMall.Kami pusing-pusing je.Sini tak leh lawan KBMall mungkin sebab masih baru dan tak banyak pilihan.Dengan kata lain kurang happening.


Lagipun nak berbelanja di Parkson tak ramai orang Kelantan mampu.Saya sendiri pun rela membeli belah di Pantai Timur jika berada di dalam bandar.( The Store aq langsung x minat,hidup segan tak mau-mau )


Sebelum pulang mai kazen ni kena tegur kat pak cik yang gilo.(mereng)


OG : Tu,sambil menunjukkan pada sesuatu.


Q:Blurring


OG:J*b**


Q: Terkejut sambil mula kelam kabut memeriksa.


Alie,arina dan syamin tergelak terbahak-bahak di tepi jalan.Tak tahan.Mia kazen ingat zip dy terbuka,tu yang kelam kabut.


Pak cik tu tak salah bagi saya.Sebab tolong tegur untuk kebaikan,kan?????.At least mai kazen akan alert apabila memilih pakaian.HU3~



Moral of the story : Jangan pakai jeans jika tuuut anda ehemmm atau tolong pakai baju yang labuh untuk menutup area tersebut.



rindu bau hujan bukan banjir.




notakakiku: terbiasa pakai track bila keluar gara-gara peraturan maktab.





kemalangan di KBMALL




saya disana tadi dan kemalangan berlaku di hadapan saya,sepupu dan dua orang anak sepupu.



tak nak ulas kejadian tadi sebab badan rasa nak deman,terkejut pasal tadi.esok saya cuba update.


takziah kepada keluarga pelajar Masterkills.Kita mungkin berlanggar bahu tadi semasa di surau.




notakakiku : hal ini dipolitikkan,boleh tak semua berhenti berpolitik untuk seketika?


kunjungan hormat VVIP

Mood menulis en3 sangat la kurang menjelang final exam.Akhir-akhir bulan November tak banyak en3 nyah keluarkan.Samada sibuk atau buat-buat sibuk.Nyah tak kuasa nanti ada yang tegur study malas tapi melanggang anak-anak ayam rajin.Heh.



Maklumlah masa tu stalkers masih berkeliaran.Sekarang dah lega.URL dah bertukar.Tinggal jejak pun hanya pada orang yang rajin melanggang anak-anak ayam nyah je.



Mood berbelog meningkat dengan tingginya menjelang minggu ini.Ini kerana nyah banyak menghabiskan masa menonton movie dan baca novel.Sampai satu level,otak mula saturated dengan watak-watak dalam filem dan novel.Tak tahan.Harus berhenti atau tahun depan baru nyah sibuk nak cari.



Dalam 2 hari ni,nyah banyak follow blog yang menarik dan kena dengan selera nyah ni.Ko orang maklum-maklumlah.Nyah ni selera lain.Auwww~



Semenjak balik operate kat Siam hari tu,makin auwwww~tapi tak boleh layan Kak Fatine.Cun jugak kak tu ae...



Ko orang,ko orang sume jangan judge sume mak nyah ni mengada nak jadi pompuan tau.Ada kes khausa,ko orang jangan nak memandai nak judge itu ini.Terasa nyah tau...Auww


Tamat.


****


Macam mana aq boleh link dengan depa ni.Seingat aq dari blog Joegrimjows yang aq menang contest hadiah tak dapat-dapat tu.Katanya bulan 11 tapi December sudah menjengah tahun ni.Maybe November 2012 kot...



Dy link dengan contest Lumut.Then masa baca tu Lumut ada link kan blog-blog yang jadi pemenang kot.Then dalam blog dari Lumut tu depa link bestie depa.



Jadinya terjumpa lah Ah Fatt yang aq syak orang Sabah,Kawie yang tunggu depan lif nak berak,Encik Hisham yang bumbung blognya diterbang angin,Cik Epal yang comel molek,Jardness yang rupanya cik bukannya encik yang banyak blog dan banyak la lagi yang baru taruk link depa di page ni.


( banyak blog dah difollow,kalau tak tersebut.minta maaf la yer)



Bagusnya depa ni,mesra alam tau.Dengan orang baru kat blog depa,depa rajin melawat kita balik.Ini yang kita namakan two ways communication.Give and take.



Kadang-kadang tak ada la sampai nak expectkan kunjungan balas ni tapi bila adanya kunjungan balas dan tinggalan jejak,rasa happy dan rasa appreciation akan tinggi terhadap mereka.



Sepanjang holidays ni rajin la aq mengomen,once dah balik maktab dengan internet macam kura-kura kayuh perahu dapat baca pun dah syukur sangat.



Masih dalam mood blog walking.Tapi tak larat dah.Hari ni banyak godek entry lama Ah Fatt dan Kawie.Eh Kawie ke Kiwie.Gasaklah.Heee89~
(bukan,itu semalam.ni auto publish.Masa ni I dok redah hujan kat Kota Bharu cari barang..heee)



Semalam sakit kepala bila masuk dalam blog yang ada lagu.Sebabnya aq suka buka banyak-banyak then baca giler-giler,eh bukan gilir-gilir la.Sorry yer sume,backspacing I ni dah rosak.



Tambah dengan lagu dari winamp sendiri.Sampai satu masa terus mute dan baca dalam sepi.Then lagi terkejut kaa bila terbangun dari lena tertidur dengan Ah Fatt eh bukan la dengan blog dy la.



I dah katakan backspacing I rosak.Jangan la marah-marah.Ishhh~blushing tetiba.Gatai.




notakakiku : Sorry la,I malas buat hyperlink depa.Ngantok tapi lau rajin godek la kat ruang Bebel Ringan sebelah kiri anda k...



kisah adik

Abah garang.Garang dan selalu sibuk.Abah selalu janji dengan adik nak main sama-sama bila balik kerja.



Adik tunggu abah.Jam panjang di no 6 yang pendek di no 9.Abah tak balik lagi.



Xpe abah.Adik tunggu.Abah janji dengan adik.Adik tak mandi lagi.Abah pun tak mandi lagi.Nanti abah ajak adik mandi sama-sama.Adik suka.



Ibu dah marah.Marah adik sebab adik depan TV lagi.Ibu kata adik degil.Adik tak degil la.Adik tunggu abah.Ibu ni,susah nak paham ke?



Ibu bising-bising sambil siapkan baby.Adik tak suka baby.Baby jahat.Abah dan ibu sayang baby banyak dari adik.Adik tak suka.Adik rasa nak nangis bila ibu marah.



Xpe.Adik tunggu abah.Abah janji nak main dengan adik.Lama adik tunggu abah.



Adik terlena sampai ke pagi.Abah tak ada.Abah pergi kerja.Abah tak main dengan adik.Abah jahat.Adik benci abah.



Sebelum magrib,loceng rumah bertalu-talu berbunyi.Ibu sedang sembahyang.Kakak dan abang juga.Loceng berbunyi lagi.Adik masih mandi.Baby mula menangis.Biarkan.



Abah masuk rumah sambil bising-bising.Ibu dengar saja abah marah.Adik tunduk.Adik buat abah.



Adik kunci pintu pagar rumah dengan mangga.Mangga rumah Auntie Sally sebelah rumah.



natakakiku:jagalah hati anak-anak.

dunia baru

Tadi terbaca entry Encik Darus USM.


Kak Dayah pregnant.


Rezeki.Kalau tak salah aq depa kahwin tak cukup setahun lagi.


Tak apa bang,jangan risau.Tu titik pertama orang yang bernikah selepas menanggung
tanggungjawab hidup berpasangan.
~amboi2 pepandai je budak ni cakap ae


Nanti blog Encik Darus kena tukar tagline lak..


In making of future papa...


Kepada kalian selamat bergelar ibu bapa.








notakakiku:dah bergelar mak.mak ikan happy aquarium.heh





sedang mengilai membaca novel secara online.


xda duet.


sedang memghabiskan ketika cinta bertasbih 2...


next twilight series..


tunggu nyah wat reviews k...






cerita kedai kopi!!

Dunia ini banyak muslihat.


Banyak sangat kadang-kadang tak terlintas di penglihatan kasarnya.


Isu terbaru.


Subsidi gula dalam cadangan untuk ditarik.Alasannya untuk mengelak pengambilan gula yang berlebihan dikalangan pengguna.Berapa ramai yang ambik secara berlebihan?


Cuba tampilkan data yang khusus,yang kukuh.Gula faktor utama pelbagai penyakit.Ada.


Tapi berapa ramai yang terlibat.Jangan fikir surface je.


Gula,garam,beras dan tepung.Penting.Orang susah lagi susah kalau benda-benda seperti ini disusahkan.Itu orang kampung.Orang berniaga?Pekedai?PENGGUNA?



Bagi yang berpendapatan 1000 sebulan,pun sudah susah mahu hidup dalam dunia ini disamping tanggungang keluarga dan peribadi.Inikan orang kampung yang kerja naik basikal pergi menoreh.


Mereka naik basikal.Tak pakai petrol pun tapi kesan apabila petrol naik mereka terjejas sama.Sama saja apabila subsidi gula ditarik,kesannya sepertinya juga.



Peniaga mula beralasan menaikkan harga.Gula akan naik sekali ganda dari harga lama tapi kenaikan harga di kedai mencecah hingga 30%.Pengguna yang berpendapatan 3000 pun akan mula terasa.



Eh,harga barang tak semestinya naik hanya kerana harga petrol naik.Banyak kesan lain akan menyusul hanya kerana gula ini.Kalau betul negara Malaysia,satu-satunya negara yang memberi subsidi kepada gula,kenapa tidak diteruskan.Adakah ia memalukan?



Mana janji suara rakyat didahulukan?



Janji rakyat diutamakan?



Kalau ditarik subsidi gula tu kemana subsidi itu dihulurkan?Adakah akan membawa keuntungan kepada rakyat kembali.


Heh.Rakyat tak bodoh.Sama jugak dengan isu pengangkutan awam.Bising nak tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan bilangan kenderaan masuk ke dalam bandar.Mantan Pak Lah naik LRT,dah tegur pun sampai hari ni macam tu jugak.Perkhidmatannya?


Tepuk dada tanya selera.


Kerajaan hari ini penuh dengan agenda.Sedar atau tidak.Bukan kerajaan malah pembangkang juga.


Dua X Lima.


Pembangkang dengan otak singkatnya minta rakyat doakan kebinasaan.Itu yang kita kata celik akal dalam agama kalau yang jahil,bagaimana pula.



Pergi pijak dan lompat poster orang?




Pada siapa harus kita,rakyat merujuk sebagai panduan?
Rakyat dipermainkan,diperkotak katikkan.
Kesian kat orang kampung yang susah.Musim hujan je banjir.
Lepas ini buka sekolah.Duit.Nak makan pun susah.
Harapkan pagar,pagar makan padi.


Jangan tarik subsidi gula.

****

Seorang kawan memberitahu yang bahawasanya kenyataan nik aziz di manipulasi.Diambil ayat separuh dari kenyataan.Jadi akibat mainan media massa keluar lah statement kontroversi itu.


Jika benar begitu pun.


Kenyataan daripada mufti Perak berkata.


Dalam apa-apa situasi pun adalah tidak harus mendoakan kemusnahan sesama umat Islam melainkan kepada golongan kafir yang memusuhi Islam.


keliru.




notakakiku: rotten to the core~maaf blog politik la plak..